Wednesday, June 10, 2020

10 June 2020

Salam,
Sekadar coretan...hari ini bermula PKP-Pemulihan...10 Jun 2020-31 Ogos 2020..Alhamdulillah, banyak sektor kembali dibuka...
Ayuh, kita sokong ekonomi negara dengan melancong di dalam negara, banyak membeli di gerai tepi jalan..
Kita doakan bersama-sama virus Covid-19 ini terhapus di muka bumi ini...

Terima kasih buat frontliners yg byk berkorban untuk rakyat Malaysia...


Wednesday, May 27, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Salam,
Selamat Hari Raya,,..tak terlmabat nak buat ucapan lagi...Raya kan sebulan walaupun Raya tahun ni amat berbeza..banyak duduk rumah ja #KitaJagaKita..
Semoga ramadhan yang berlalu pergi bukan ramadhan terakhir buat kita...

Tuesday, May 19, 2020

Online survey:Review Shopper Thoughts

Salam,
Sekadar perkongsian, online survey yang Legit, Eija dah cuba dan dapat hasil :)..
Eija dah bermula dengan Shopper Thoughts ni sejak 2017..tapi biasala on9 survey ni sat rajin sat malas.haha.

Pernah redeem sekali tahun lepas (2019);

Ni hasil dia:

Email inform duit dah masuk...


Check paypal, tengok dah masuk :)


Tapi untuk tahun 2020 ni, Eija perasan hadiah paypal dah tiada...Hanya ada Tesco Voucher dan Lazada Voucher... Eija baru redeem point untuk voucher Lazada minggu lepastapi tak sampai lagi...email inform seminggu baru dapat :)


Hadiah redemption:

1. 2000 point = RM 10 Tesco voucher
2. 4000 point = RM 20 Lazada voucher 

Update as of 12 June 2020;
Alhamdulillah dah sampai email code voucher. Mula2 email kata seminggu ,tapi realiti, dari tarikh redemption sebulan lebih juga baru sampai.huhu..tak apa ,yg pasti legit..Eija dah ada wishlist nak beli apa guna voucher ni.hehehe



Untuk daftar dalam shopper Thoughts, Klik SINI.

Boleh jimat kannn??? Rasa setakat ni Online survey Shopper thoughts bagi hadiah yg banyak sikit, sebab setiap survey dia point banyak jugak.... dan survey dia FIRST COME BASIS....dapat email terus jawabbb...kalau lambat, abes peluang,

Harap membantu anda berjimat :)







Thursday, May 7, 2020

Rezeki bulan Ramadhan..

Salam,
Sekadar berkongsi berita gembira bagi Eija..yang Eija tak pernah nak jangka...heheh...

Eija dapat jemputan jadi " Reviewer" untuk 1 paper bagi Journal of  Taibah University for Science... Universiti di Madinah... Tahun lepas dapat rezeki jejak kaki ke Madinah, tahun ini dapat rezeki paper dari Madinah...Alhamdulillah..... Happy sangat....Unexpected...tak tau paper mana yang depa refer yang boleh select Eija jadi reviewer...Eija bukannya sesiapa pon...huhu....tapi Alhamdulillah atas rezeki dan peluang ini....Mana tau satu hari nanti ada rezeki jejak universiti tersebut :)

Kenapa Eija happy sangat?

1. Pengalaman pertama Eija. Another achievement! Eija bukanlah pensyarah,  dan tak pernah jangka dapat peluang ini.

2. Bagi seorang yg pernah melibatkan diri dalam bidang penyelidikan, pengiktirafan bagi Eija  bahawa paper2 Eija di baca...setakat ni paper Eija semuanya Conference paper sahaja. Terima kasih sv n co -sv Eija serta rakan2...

3. Universiti tersebut dari Madinah :)

4. Mengimbau kembali  bidang penyelidikan...boleh buat comeback?haha..tunggu tengok dulu.

Terima kasih Allah atas rezeki ini...



Wednesday, May 6, 2020

Kisah Emas dengan Eija

Salam,
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai ramai orang beratur di kedai pajak gadai selepas PKP-B membenarkan sektor ekonomi di buka... berkemungkinan mereka memajak emas ataupun mengambil emas yang dipajak...
Sekadar perkongsian bagaimana emas membantu memenuhi kehendak Eija.heheh

Kisah pertama

Pertama kali Eija jual gold bar yg Eija ada kerana trip ke Yogjakarta pada tahun 2017. Trip NI .
Rasa gold bar dalam 2.5/2 gram tak silap (sorry dah tak ingat) ... habuan untuk belanja untuk trip tu...Seingat Eija, rugi bila Eija jual gold bar tu sebab harga Eija beli lagi mahal...pengalaman... terdesak jual time tu sebab nak buat belanja g travel dan Eija tak bekerja time tu....

Kisah kedua

Eija baru start kerja dalam 2-3 bulan....tak sempat nak simpan duit...Kali ini Eija pajak rantai tangan Eija dekat Ar Rahnu Yapeim...untuk belanja trip NI.. trip ke Indonesia lagi pada tahun 2018... hahah... Kali ini Eija pajak rantai tangan emas kerana yakin boleh bayar balik sebab kontrak kerja Eija setahun.. Selepas 6 bulan pajak, Eija berjaya ambil balik rantai tangan emas Eija... travel dapat pergi, rantai emas masih ada...hehe..itu pentingnya ada emas...pengalaman pertama Eija pajak emas:)

bila nak boleh terbang lagi?

Kisah ketiga

Eija kumpul emas melalui HelloGold , kemudian jual melalui app dan duit dapat tu Eija beli gold bar Yapeim 2 gram. Tapi Eija simpan dalam 2 bulan ja,pastu Eija jual sebab nak beli handphone.. hahahahah. Kenapa Eija tak pajak?Sebab kontrak kerja Eija dah abes...Eija tak nak tanggung risiko bayar upah Ar-Rahnu..Maka lebih baik jual terus...

Pengalaman Eija jual beli gold bar di Ar Rahnu Yapeim boleh klik SINI.. Time jual ni Eija dapat keuntungan dalam 2.75%. Sekarang Eija dalam proses kumpul balik emas di HelloGoldheheh

Rupa gold bar Yapeim
Sekadar perkongsian pengalaman Eija....

1. Jual emas terus jika rasa tak mampu nak konsisten bayar upah Ar-Rahnu. Fikir yg mana terbaik, nak jual atau pajak.
2. Boleh kumpul emas sikit-sikit, melalui HelloGold, bermula serendah RM 1..
3.Senang urusan beli dan jual gold bar di Ar Rahnu Yapeim dan urusan pajak. Urusan pajak boleh diselesaikan dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun...
4. Boleh kumpul emas serendah 0.5 gram (gold bar).
5. Boleh kumpul emas untuk dana kehendak atau kecemasan kita. Bila tiada duit , boleh pajak emas tu..
6. Bila beli emas, ada juga nampak duit hasil kita kerja (bagi Eija la)..hehe...
7. Emas membantu Eija pergi travel :P.. nak simpan duit asyik bocor ja, so, target Eija simpan emas untuk pergi travel :P

Kesimpulan: Kita cuba pastikan ada simpanan emas juga...Ada emas,ada duit :P





Saturday, May 2, 2020

Solo trip ke Hatyai menaiki kereta api #2020

Salam,

Sekadar perkongsian Eija ke Hatyai dan ini merupakan solo trip pertama  Eija ke Hat Yai dan trip pertama buku Merah untuk tahun 2020. Medium pengangkutan ke sana semestinya kereta api, kegemaran Eija. Btw, trip ini bulan 2 yang lalu, dan ketika itu kes Covid-19 tak banyak dan tak seteruk masa kini. Eija berani membuat keputusan untuk ke Hatyai tika itu memandangkan tiada kes dicatatkan lagi di Hatyai dan di Malaysia kurang lagi kes dan tiada halangan dari kerajaan. 


Day 1  (22/2/2020)

Bergerak ke Padang Besar dari stesen Anak Bukit menaiki komuter. Selepas sampai di Padang Besar terus beli tiket dan beratur untuk imigresen. Misi untuk santai-santai  sahaja sebab pergi seorang sahaja. Fikir positif ja sebab dah pernah sampai Hatyai.heheh...Eija ambil kereta api trip pagi. 
Di imigresen Hatyai, disediakan hand santizer. Prevention :)

Note: Jangan lupa bawa pen untuk mengisi white card.

Ketika sampai di stesen Hatyai, ada staff Hatyai Train menyambut dengan menyembur hand sanitizer ke atas tapak tangan. Good inisiatif.

Eija sampai awal lagi, check in pukul 2, maka Eija pergi berjalan-jalan di depan kawasan Plaza Lee Garden.
Rezeki awal pagi, dapat makan Ais Krim Kelapa. Wajibbbb ni :P




Kemudian ronda-ronda cuci mata di Plaza Lee Garden. Dah bosan, keluar , g watson, 7E dan tengok gerai2 di hadapan Lee Garden. Kemudian, Eija terpandang Free Shuttle  Tuk Tuk  ke Hatyai Central Festival (hadapan Lee Garden). Hatyai Central Festival ni mall besar dekat Hatyai. Apa lagi, Eija tanya dan dia cakap boleh naik. jimattt...

shuttle tuk tuk

Bila dah sampai Hatyai Festival, sebelum masuk, kena cek suhu dan barang dulu ya. Memang Thailand dah ambil precaution. Pastu dalam mall tu Eija tengok hand sanitizer pon disediakan untuk pengunjung. Good action taken.

Hand sanitizer
Kedai paling Eija suka ialah kedai 10 bath......Menarik dan jimat...cheapskate :P


Selain itu, Eija dok spend time dekat Watson. Promosi menarik. Patutla orang Malaysia suka masuk Watson Thailand. Selepas itu, Eija kembali ke Hatyai Train station sebab Eija akan menginap di Train Hotel.

Alkisahnya,, Eija menunggu di tempat shuttle tuk tuk free. Ada jadual seperti di bawah. Eija dok tunggu dan perasan ada ja tuk tuk shuttle free tu (ada banner dekat tuk tuk tu), Eija dok ingat dia akan panggil atau tanya orang yang menunggu di situ. Rupa-rupanya TIDAK. Maka terlepas tuk tuk FREE.huhu... So, Eija kena cari tuk tuk untuk kembali ke Hatyai Train Station. Lepas  tawar menawar dapat la 50 bath. Mula-mula dia letak 100 bath.huhu




Naik tuk tuk sorang-sorang

Kemudian, Eija check in di The Train Hotel. Review Eija, klik SINI.




Eija rehat di hotel....Bila dah petang, Eija keluar balik dekat area depan Plaza Lee Garden. Meriah situ...banyak orang jual dan tuk tuk pon banyak...tapi Eija pergi jalan kaki sahaja...nk jimat.ahhahahhah.. pergi beli makanan sebab lapar.hahah.


makanan wajib juga ni kat Thailand :P

gerai2

makanan wajib :)

Untuk makluman, di 7E Thailand sudah TIDAK MEMBEKALKAN PLASTIK, maka standby siap2 bawa plastik beg sendiri.huhu.. Kemudian balik berehat di hotel dan makan.hahha.

Pada malam hari, kawan Eija, Noree datang ambil Eija dan dia bawa ronda-ronda dan makan. Mula-mula kami ke Makinta. Eija pertama kali sampai sini. Info dari Noree, Makinta ni port baru di Hatyai...tempat dia ala foodcourt..tapi besarrrrrr siap ada band nanyi, orang jual barang selain makanan.



Dinner malam ni Noree belanja...TQ Noree :)



Kemudian selepas di Makinta, Noree belanja lagi makan....TQ Noree... Kami makan di  Chalee D'Hatyai.. Restoran ni pon pertama kali Eija sampai....Ramai orang.. Boleh try next time pi Hatyai :)



makan..
Kemudian, Noree hantar balik dan zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Day 2 (23/2/2020)


Eija ambil train pagi disebabkan petang nanti dah nak balik ke Perak. Short trip sahaja ke Hatyai :P Ketika sampai di Padang Besar, pemeriksaaan suhu badan dilakukan di pintu masuk Malaysia, dan peg. KKM menyoal perjalanan kita sama ada pernah travel ke China/Singapura dalam tempoh 2 minggu sebelum itu.

Sekian catatan solo trip Eija ke Hatyai.


Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2019, Klik SINI
Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2016, Klik SINI



Friday, May 1, 2020

Bagaimana tukar portfolio dalam Wahed Invest?

Salam,
Untuk yang belum buka akaun Wahed Invest, dan teringin nak cuba buka...boleh baca dekat SINI.

Sekadar perkongsian, Wahed Invest telah membenarkan kita menukar portfolio.
Bagaimana?

1. Pergi ke "Account Details", dan pilih My Investment account (Regular)

2. Kemudian, klik " Change My Portfolio". Perhatikan, portfolio asal Eija ialah " Moderate".
3. Kemudian boleh lihat portfolio yang ada. Perhatikan peringatan yang diberikan. Kita TIDAK DIBENARKAN menukar portfolio dalam tempoh 3 bulan selepas permohonan.
4. Dah selesai tengok, boleh pilih portfolio baru anda. Eija pilih portfolio " Aggressive" sebagai portfolio baru Eija.


5.Kemudian, akan dapat emel dari Wahed Invest. Permohonan mengambil masa 1-3 hari bekerja.


 Eija buat permohonan pada 30/3/2020,  dan hasil yang Eija dapat seperti di bawah pada 30/4/2020:


Melebihi jangkaan  yang diberikan oleh Wahed Invest untuk portfolio kategori  "Aggresive" dimana average return dalam lingkungan 9.15%. Mungkin disebabkan ekonomi dunia semakin baik..


Mudah sahaja nak tukar portfolio, kan? :)

Disclaimer: Risiko pelaburan adalah tanggungjawab sendiri.