Saturday, November 27, 2021

Asnan Ahmad

 Salam,

Siapa Asnan Ahmad ni?

Beliau merupakan pemain bola sepak Kedah Darul Aman FC untuk 2021 ....

Walaupun dia pemain bola sepak Kedah,figura ini tidak la Eija pernah ambil perhatian...,,player pakai baju no. apa pon xtau :P , sebelum ni pernah dengar nama saja sehinggalah pagi ini Eija ada terbaca perkongsian di FB pagi ni dimana  beliau  menjadi  penulis dan masih berkarya...mempunyai minat mendalam dalam penulisan ...beliau juga mempunyai kedai buku online( IG: dampingbuku)....

Rare! Kenapa?

Bagi Eija, ini pertama kali pemain bola sepak tempatan yang mempunyai minat atau personaliti yang berbeza, tambahan dari temuduga bersama StubApp dia juga mempromosikan  budaya membaca....nilai positif yang ditonjolkan...tengok IG/FB dia pon banyak menonjolkan mengenai buku (terus cari lepas baca perkongsian di FB pagi tadi:P)....

Salute!

Semoga terus maju jaya anak Pendang!

Bangsa membaca bangsa berjaya!

#BanggaOrangKedah

#HijauKuningSelamanya

Saturday, November 20, 2021

Aktiviti baru!

 Salam,

Eija baru memulakan aktiviti baru dalam sebulan dua yang lepas....

Aktiviti berkebun!

hahaha..

boleh tambah details kat profile #PekebunPartTime :P

Monday, August 9, 2021

Salam Maal Hijrah

 Assalamualaikum...

Malam ini bermula buku amalan baru kita...

Semoga buku lama kita baik2 sahaja..

Jom berubah menjadi lebih baik:)

Pemergian Siti Sarah Raisuddin pada pg tadi amat memberi kesan pada rakyat Malaysia ...pada Eija pon..

Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah, kematian yg menghidupkan banyak jiwa...

Perjuangan seorang ibu melahirkan anak, bidadari syurga pada shuib..kasih sayang mereka suami isteri  boleh dijadikan teladan buat kita semua..

Hargailah orang yg anda sayangi & syukurlah apa yang anda ada...

Nimat dunia ini hanya sementara, jom kejar akhirat sementara masa masih ada...

Moga kita menjadi lebih baik dan mati dalam husnul khotimah...



Sunday, August 8, 2021

Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirai...

8/8/2021...
Berakhir Olimpik Tokyo 2021..
Malaysia menamatkat edisi kali ini denagn 1 pungutan pingat perak & 1 pingat gangsa..
Tahniah Dato Azizul Awang & beregu badminton,,Aaron Chia & Soo Wei Yik atas pingat yg berjaya dimenangi..
Terima kasih atlet semua atas pengorbanan anda!Keep Fighting!
Terima kasih Astro Arena bawakan siaran langsung atlit2 Malaysia dan ilmu baru yang dikongsikan bersama2 tetamu jemputan...
Arigato!
Next,Sukan Olimpik 2024 di Paris! In Sha Allah

p/s: Terima kasih Shah Firdaus kerana memberikan motivasi untuk terus bangkit berjuang!  The determination will move you on! All the best in Paris 2024.

Saturday, July 17, 2021

Promo penghantaran barangan IKEA serendah RM 10!

 Salam,

Buat penggemar koleksi barangan IKEA, IKEA ada menawarkan promo penghantaran RM 10...

Eija dah cuba :)

Kalau ikut website bermula 8 Julai 2021, tapi Eija tak pasti selama mana promosi ini berlangsung...

Pembelian adalah melalui website IKEA: https://www.ikea.com/my/ms/

Kurier yang digunakan adalah POS LAJU...


1. Eija order pada 8/7/2021


                        
                                    

2.Eija dapat tracking no. pada hari yang sama. 


3.11 Julai 2021, Barang Eija sampai! :) Packaging elok dan selamat :)



Untuk makluman, tak semua barang boleh untuk penghantaran RM10 ni dan ada limit size barang...

Tapi , good offer bagi Eija sebab tak tau bila nk boleh g IKEA.hehehe..






Saturday, July 10, 2021

Alhamdulillah...dah dapat tarikh :)

 Tarikh apa?

Tarikh untuk suntikan vaksin:)

Alhamdulillah after about 4 months ++  waiting :)

Wednesday, June 30, 2021

30 Jun 2021

 Salam,

pejam celik esok dah 1 Julai 2021...Separuh tahun sudah berlalu..

Bagaimana keadaan anda?

Eija doakan semoga baik-baik sahaja dalam menempuh cabaran di zaman Covid-19..

Semoga Allah mengangkat virus covid-19 ini dari bumi ini...


Sunday, June 27, 2021

Inovasi face mask dari Siti Khadijah!

 Salam

Suka Eija kongsikan inovasi face mask dari siti khadijah yang memenuhi keperluan wanita yang berhijab...

2 ciri mask yang dimiliki:

1. Ada stopper

-Ada stopper di tali maka senang untuk kita adjust kedudukan stopper mengikut keselesaan ketika pakai ataupun ketika kita buka mask dan tergantung di leher.. tidak memerlukan extender

2. Safety magnet

-Bila kita tidah mahu memakai dan sangkutkan di leher, terdapat 2 magnet di hujung penutup muka yang membolehkan mask ditutup dan ruangan dalam tidak terdedah kepada kotoran/tercemar...

Selain itu, kain face mask ni lembut ja & selesa:)

Nama Produk :Siti Khadijah Adjustable Head Loop Face Mask



                                                Gambar2 di atas dari website Siti Khadijah

Tengok ,tertutup elok kan mask disebabkan magnet tu..I love it!

Tuesday, June 15, 2021

Mak Ayah Eija Sudah Di Vaksin!

 Alhamdulillah...

Mak & Ayah Eija sudah lengkap 2 dos vaksin.....

Semoga Covid-19 cepat berakhir....

Ketika menerima Dos Pertama

Ketika menerima Dos Ke-2


Monday, June 14, 2021

Hari Penderma Darah Sedunia 2021

 Salam,

Terima kasih buat semua penderma darah...


Alhamdulillah, 2 hari yang lepas Eija berjaya derma darah...

Target Eija tahun ini 2 kali pendermaan... semoga berjaya capai target :P



Pertama kali menderma di negeri kelahiran :P
Alhamdulillah berjaya konsisten derma 2019-2021...
Semoga Eija terus Istiqamah menderma darah...
Jom Derma Darah! Jangan takut tak sakit pon :P





Saturday, June 5, 2021

PKP 3.0- Hari ke-5

 Salam.

Bagaimana hari PKP anda?

Moga baik-baik sahaja.

2 hari yang lepas Eija menerima berita saudara terdekat Eija di kampung disahkan positif covid...

Semoga keluarga Tok wan jid cepat sembuh...

Jaga diri semua...


Wednesday, June 2, 2021

5 Ebook Content by Khairul Hakimin hanya RM 30!

 Salam.

Promosi dari bapa viral kebangsaan ,tuan Khairul Hakimin Muhammad hanya bernilai RM 30 untuk Ebook Content...

Boleh belajar cara-cara menulis content di media sosial..boleh dapat ilmu baru...Eija pon dah beli :P

 Dapatkan sebelum 4 June 2021..sebab lepas ni dah tak dijual Ebook ni..

Nak beli? Klik bawah ni:

https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413

Jangan lepaskan peluang terbaik ni:)


p/s: Nak beli cookies pon boleh dari link tu..review dari Eija klik SINI... nak daftar dropshipp KHM OneCookies klik SINI .Percuma ja :) Boleh kita cuba tambah pendapatan dengan Dropship:)

Tuesday, June 1, 2021

1 Jun 2021. PKP 3.0

  Salam.

Hari ini bermula PKP 3.0 yg lebih ketat...

Sama2 kita patuhi SOP & Duduk di rumah...

Semoga virus Covid-19 dihapuskan dari muka bumi ini..

kepadau-MU ALLAH kami berdoa dan berserah....

Semoga semua urusan kita didunia ini dipermudahkan.. 

Pejam celik dah masuk bulan Jun yg bermakna hampir setengah tahun dah kita harungi 2021...

Cepatkan masa berlalu...

Hati-hati semua dan jaga diri..



Friday, May 14, 2021

Salam Aidilfitri 2021 #RayaPKP

 Salam,

pejam celik, ramadhan sudah melabuhkan tirai, syawal menjelma...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...

Semoga ramadan yg berlalu pergi bukan ramadhan terakhir buat kita...

PKP telah dimuktamadkan pada Raya kali ni..huhu...tak dapat kunjung mengunjung...

kes covid pon makin meningkat...

moga kita dijauhkan dari covid-19 dan terhapus covid ini dari muka bumi ini...

#KitaJagaKita #PatuhSOP 


Thursday, February 11, 2021

Review OneCookies by KHM Foodies Sdn Bhd

Salam,

Baru-baru ini Eija ada cuba produk OneCookies . Eija beli Biskut Chocholate Chunky & Biskut Peanut Butter Gemuk...Both sedap....Eija prefer Biskut Peanut Butter Gemuk , anak buah Eija prefer Biskut Chocholate Chunky.  OneCookies ni produk Khairul Hakimin Muhammad (pernah digelar bapa Viral Kebangsaan, ada buku juga ditulis, FB influencer)

Selain itu, ada produk biskut lain jugak, maruku dan ada buah kurma juga di jual...

Yang lain Eija tak testing lagi, cuma 2 biskut yang Eija dah beli ni memang sedap and recommended.

Nak tengok dulu ka nak beli ka , boleh  klik link bawah ni....

 https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413


Kurier Pos Laju

packaging terbaik



Update as of 5/6/2021: 

Baru-baru ini Eija beli perisa lain pulak.. time tu promosi Buy 1 Free 1 & pos FREE....

Eija testing biskut cornflake & nestum...

hasilnya biskut cornflake jadi first ranking favourite Eija :P

Nak try:

Dapatkan di sini:

 https://khmonecookies.com/shop/002413


p/s: Nak daftar dropship OneCookies? Klik SINI. PERCUMA! :)Boleh kita cuba tambah pendapatan dengan Dropship:)

Berjaya deposit ke Tabung Haji guna JomPay!

 Salam,

Deposit percuma tanpa caj ke TH melalui JomPay.

Eija dah try..berjaya tapi bukan on the spot masuk ke akaun TH.

Tapi melalui JomPay jimat RM 1  (cheapskate.hahahhah).

Selalu Eija transfer ke Tabung Haji menggunakan Bank Islam dan ada caj RM 1 untuk deposit

Eija guna JomPay dalam Cimb Click.

Mudah ja, pilih JomPay, kemudian masukkan Biller Code: 60228 .

Kemudian utk Ref 1: Akaun TH kita




.

Eija transfer pada 5 Februari 2021 (Jumaat, 5.05pm) check di akaun TH, masuk pada Isnin, 8 Februari 2021. 


Untuk yang dah ada amaun RM 1,300 boleh daftar dah Tabung Haji. Pendaftaran Haji tak automatik ya. Kita kena daftar  :)

Jom menabung di TH untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 :) #TabungEija


Thursday, February 4, 2021

Review 2020 Eija

 Salam,

Sekadar perkongsian perihal 2020 Eija.

Kerja

Alhamdulillah, masih bergaji walaupun status kontrak dan bergaji hari. Eija mendapat peluang berkerja dari rumah.Tempat kerja di Perak, tapi Eija stay di kampung, Kedah sepanjang kebenaran untuk bekerja dari rumah. Pandemik menyebabkan ramai kehilangan kerja , semoga yang terlibat dipermudahkan urusan. Pandemik yang tidak dijangka dan tika menulis ini , kes di Malaysia masih tinggi. Semoga kita dijauhkan dari wabak covid-19 ini dan dipermudahkan urusan kita. Doakan Eija dapat kerja tetap :)

Keluarga

Alhamdulillah, rezeki tahun 2020, dapat 3 orang anak buah baru :) 

Percutian

Sebelum perintah kawalan pergerakan, Eija sempat berjalan ke Hatyai. My first SOLO trip :P Dah ajak kawan, tapi kawan tak available.heheh. Selain itu , sempat road trip ke Penang dengan housemates (Ain& Nolly) dengan misi jalan-jalan cari makan :P.Lepas pelaksanaan PKPP, Eija dan keluarga sempat ke Penang, tidur di Lexis semata-mata. Tak gi jalan mana-mana sangat.hahah. Selain itu, Eija sempat ke Cameron Highlands dengan Nolly. Rasa itu sahaja. Alhamdulillah ada juga sesi jalan-jalan Eija.

Lain-lain

Alhamdulillah, dapat  peluang jadi reviewer untuk paper. Journal of Taibah University for Science. Pengalaman pertama, rezeki di bulan ramadhan. Universiti ini terletak di Madinah. Rindu Madinah. Moga mendapat peluang ke sana lagi.

Ini sahaja kot perkongsian. hehe

Alhamdullillah for 2020.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk 2021.



Sunday, January 17, 2021

Top 5 cara Eija melabur/menabung bagi 2020

 Salam,

Sekadar perkongsian cara Eija menabung/medium Eija menabung.

1. Tabung Haji

Ini keutamaan Eija sekarang, utk mencukupkan duit untuk menunaikan haji.

2. Wahed Invest

Ini untuk dana persaraan Eija nanti selain KWSP. Nak baca lebih lanjut pengalaman Eija klik SINI.   Minimum amaun utk  buka akaun  melalui app adalah RM100 dan  nak dapat RM 10 free, masukkan refferal kod:rosabd1  serta kena pastikan amaun tersebut berada dalam akaun sekurang-kurangnya 30 hari .

as of 11/2/2022- ada isu mengenai Wahed Invest..,Eija withdraw all the money.

3. BEST Invest

Ini tabung emergency Eija. baru bertatih untuk mencukupkan 3 bulan dana kecemasan. Buka melalui app dan Eija paling suka menabung sini sebab macam topup kredit handphone.hahaha. Pengalaman Eija, klik SINI.

4. SSPN

Tabung pendidikan Eija untuk Eija melanjjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.

5. HelloGold

Tabung travel Eija, Aim Eija untuk tukarkan duit untuk menjadi gold bar/barang kemas. Bila nak travel boleh gadai. Selain itu, emas boleh juga jadi dana kecemasan Eija. Pengalaman Eija dengan HelloGold, klik SINI. Buka akaun melalui app dan boleh beli emas serendah RM 1 sahaja,....Masukkan referral code: ROSN05BQ dan bila pembelian emas mencapaiRM 50 , dapat free RM 5.

2020, baru celik sikit merangka dan menguruskan kewangan Eija. Tu pon ada jugak terbabas. Semoga tahun 2021 ini Eija lebih konsisten menabung.

Doakan Eija dimurahkan rezeki.Amin.

Misi 2021 Eija

 Salam,

2021 definitely will be a tough year for some people.
Dengan kenaikan kes Covid-19 maka turut memberi kesan kepada ekonomi keluarga &negara.
Pada 13 Januari 2021 telah bermula PKP balik di sesetengah negeri dan semua tidak dibenarkan merentas negeri.Semoga Allah menghapuskan Covid-19 ini dari muka bumi.
Harapan Eija semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dilindungi Allah.
Sekadar perkongsian misi Eija untuk tahun 2021.
Semoga Eija di permudahkan urusan  kehidupan ini.

1. #RoadtoFreeFlightTicket

Ya, masih meneruskan misi #RoadtoFree FlightTicket... Rasa tahun ni x redeem lagi, prepare utk tahun 2022 di mana diharapkan border antarabangsa sudah dibuka.  Target Eija tahun ini melancong dalam negara sahaja...Jom rancakkan balik sektor pelancongan negara.

2. #MisiMengaktifkanBlog
Nak cuba tulis banyak lagi pengalaman Eija dalam blog. Target tahun ni minimum 50 post. heheh

3. #DanaPersaraan

Konsisten menabung sendiri dalam KWSP utk #DanaPersaraan...

4. #MisiTambahIlmu

Untuk misi #TambahIlmu, perancangan Eija, untuk belajar cara melabur saham di  pasaran global. 

5.#1Buku1Bulan

meneruskan Misi membaca. Bila Eija tulis kat sini, berjaya paksa diri Eija untuk mencapainya :p

6.#MisiDerma Darah
Untuk tahun ni, Eija aim untuk derma 2x setahun. Untuk 2019 &2020, Eija aim 1x sahaja setahun,heheh.

7.#Menambahkan income pendapatan.
Hopefully, tahun ini dimurahkan rezeki mendapat income dari affiliate dan saham.

Doakan Eija berjaya. To be a better person :)


Happy New Year 2021

 Salam,

Pejam celik, 2021 sudah menjelma....

dah 17 hari 2021 menjengah...

Sekadar review misi Eija tahun lepas :)

Thursday, January 9, 2020

Misi 2020

Salam,
Sekadar perkongsian misi Eija untuk tahun 2020.

1. #RoadtoFreeFlightTicket

Ya, masih meneruskan misi #RoadtoFree FlightTicket... Hopefully, tahun ini berjaya redeem tiket AirAsia :) dan berjaya pergi melancong ke luar negara :)

Update 2020: tak berjaya lagi redeem tiket memandangkan Covid melanda. setakat ni bigpoint ija berjaya kmpul dalam 4000++

2. #RoadToPassiveIncome

Nak cuba untuk mewujudkan passive income. Antaranya melalui affiliate , dividen, (eg:ASB -kena menabung banyak2 :P)

Update 2020: Alhamdulillah, berjaya dapat income dari affiliate HelloGold, Wahed Invest, Buzzbreak, tq yg guna referral code Eija 

3. #DanaPersaraan

Memulakan #DanaPersaraan... kena mula dari sekarang :)..Perancangan Eija melakukan tabungan sendiri di dalam KWSP.

Update 2020: Tak berapa nak berjaya., dapat tabung sendiri 3 bulan sahaja.

4. #TambahIlmu

Untuk misi #TambahIlmu, perancangan Eija, sama ada Eija menyambung pengajian ataupun paling kurang enroll class online.

Update 2020: Alhamdulillah berjaya join kelas saham by Najib Saahari. Selain itu ada join jugak kelas saham free by DDNK, akademi Ahmad Asri

5.#1Buku1Bulan

Misi membaca :) Semoga istiqamah
Update 2020: Alhamdulillah berjaya melaksanakan.