Showing posts with label DiscoverPulauPinang. Show all posts
Showing posts with label DiscoverPulauPinang. Show all posts

Friday, November 8, 2019

Jalan-jalan cari makan di Penang #JJCMEija

[Dikemaskini pada 18/11/2019]

Salam,
Sekadar perkongsian tempat makan yang best/ popular di Penang yang Eija pernah pergi.

1. Heritage Ais Tingkap
Mesti cuba bila pi Georgetown sebab tak pernah dengar lagi ada kat tempat lain, Air dia best!

Lokasi: Lebuh Tamil, Georgetown
IG: Heritage Ais Tingkap
Ais Tingkap
 2. Restoran Deen Maju
Terbaikkkk Nasi Kandar untuk Eija  :)
Lokasi: Georgetown




3.Pak Mat Western
Masakan western terbaik dan murahhhhh. Eija cuba mix platter disini :) Memang berbaloi2..

Lokasi: Simpang Ampat




Mix platter: ada chicken grill, lamb grill & etc


4. Restoran Kapitan (Perda)

Eija cuba chicken Milani di sini. Sedappp... Baru first time tau pasal menu chicken milani di sini.hahahahahah

Lokasi: Perda

Chicken Milani. 


5. Cargas Cafe
Memang kena cergas kat sini, kalau tak, tak dapat ayam goreng dia yang sedappppp tu :)

Lokasi: Bayan Lepas



6. Bawal Goreng Pokok Ceri
Penggemar Ikan bawal mesti mai cuba makan sini. Kuah gulai yang disajikan dalam set ikan bawal tu sedapppp

Lokasi: Bayan Lepas
FB: Bawal goreng pokok cheri, bayan lepas

Info
set bawal goreng. Harga: RM 10 tak termasuk air
7. Restoran Kapitan (depan Queensbay)

Di cawangan ini, Eija cuba Briyani chicken claypot. Sedappp api pedas sikit.huhu....Portion nasi briyani pon banyak, untuk perempuan, boleh share 2 orang.hahahah.

Lokasi: Depan Queensbay Pulau Pinang





Tempat2 popular ni kalau terjah selalunya susah sikit nak cari parking, orang ramai kena beratur, kena tunggu tempat nak dapat meja makan..Tapi sebab makan punya pasal, hadap sahaja la...Hahahah


Sesi jalan-jalan cari makan Eija di Penang akan disambung dari semasa ke semasa :P

Thursday, November 7, 2019

Review: Lexis Pulau Pinang

Salam...
Best Lexis ni sebab ada private pool dalam bilikkkkk....Rezeki Eija dapat tumpang kakak2 yang beli voucher hotel ini untuk bawa anak-anak depa.hehe:)..
Lexis Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas...tak jauh sangat dari airport.

Ada elephant :P While waiting for check in


Katil besar, 1 katil 3 orang tido pon muat



paling best. Private swimming pool dalam bilik :):):)
boleh berendam di bath tub juga

Iron disediakan juga, jangan risau nak iron tudung :P




Di tingkat 8 (maaf,tak pasti sebab gi sekali ja.huhu) ada disediakan tepat mainan untuk kanak-kanak, swimming pool, tempat membuat aktiviti (main ping pong, dart, congkak dan sebagainya)..




Walaupun katil besar,bilik besar,boleh sumbat ramai orang, untk makluman  toiletries& towel yang disediakan hanya untuk 2 orang sahaja :)...So, kalau nak g ramai2 tu, bawa siap2 extra barang2 tersebut.

Kesimpulan:
Menginap di Lexis ini memang untuk rehat sahaja..Menginap di sini, duduk dalam bilik/hotel sahaja, keluar pon untuk makan sahaja :P. Baru berbaloi bayar hotel mahal-mahal.Hahahha..Eija suka dan Jom kumpul duit untuk tidur di sini lagi!!!







Saturday, October 5, 2019

Pak Mat Western, Penang #jjcmEija

Salam,
 petang semalam sempat singgah untuk Cuba makan di Pak Mat Western. Patutla ramai orang recommend & viral.. Memang sedap Dan terbaikkkk.. Eija Cuba makan mix Platter yang mengandungi lamb grill, chicken grill, meatballs, sosej Dan sebagainya (seperti dalam gambar), Memang sedappppppp. Kuah black pepper terbaikkkk.. Harga RM 23.90 di mana Eija rasa murah sebab pelbagai menu dalam set itu. Boleh kongsi 2 orang makan kot... Hehe
Set mix platter



Wednesday, July 31, 2019

Naik feri Pulau Pinang #Discover Penang

Salam,

29/7/2019, Kakak Eija menghantar Eija ke Penang Sentral untuk Eija pulang ke kampung. Eija bermalam di rumah kakak di Nibong Tebal selepas menyaksikan perlawanan Final Piala FA. Dah lama tak naik feri, maka sementara meneruskan perjalanan balik ke umah, Eija saja ronda-ronda Penang sat.hehe .
Pertama kali masuk Penang Sentral, menempatkan stesen bus baru Butterworth, menghubungkan   ke Feri (untuk ke kawasan Pulau)  dan menghubungkan komuter utara. Senang kan!

Pemandangan dari tingkat 3 di Penang Sentral

Jom menuju ke Feri (Tingkat 2)
Jom,menuju ke Feri

Laluan ke Feri dan untuk membeli tiket
 Harga tiket Feri RM 1.20...Murah kan! Untuk makluman,  time balik nanti tak perlu beli tiket. FREEE ja...

Jimat & murah!
 Yeay, Enjoyyy angin laut. Dah lama tak kena angin laut.heheheh. Perjalanan dalam 20 minit, sampai la ke seberang Pulau Pinang. Kemudian Eija ke stesen bus berhampiran jeti dan mencari CAT bus sebab naik CAT Bus ni Freeeeee. Jimattttt!... Eija tak tunggu lama pon, bus ni pon dah ready untuk bergerak ke destinasi tertentu sahaja.



Naik bus FREEE
 Selepas dok google nak ke mana, Eija buat keputusan turun di Jalan Chowrasta.


Niat nak pekena cendol tapi cari tak jumpa.hahahahha. Dok jalan-jalan sekitar tu, di Jalan Tamil, ternampak orang dok beratur kat gerai tepi kedai Jeruk Madu Pak Ali, maka Eija pon join memanjangkan barisan.hahahhaha. Sebelum tu, sempat juga Eija beli jeruk Pak Ali.hahahah...

Jalan Tamil


Cari jeruk



Merpati!

Heritage Ais Tingkap

 Gerai yang orang dok beratur tu adalah gerai Heritage Ais Tingkap. Dah tengok nama promosi, Ais tingkap, maka Eija pon membeli Ais Tingkap. Lama jugak beratur.huhu

 Rupa ais tingkap seperti di bawah. RM 3 / bungkus
Ais tingkap@ ais sarbat
 Kemudian sambung ronda sekitar tu, ada Pasar Chowrasta.Banyak orang dok menjual depan pintu masuk tu.


Selain itu,sempat juga Eija beli buah berangan.


Kemudian Eija gerak ke hentian bas berhadapan Pasar Chowrasta untuk menunggu CAT bus untuk pulang ke Jeti.Tak lama tunggu, bus pon sampai. Kemudian jalan ke tempat untuk menunggu feri.

Jom balik
Selepas sampai di Penang Sentral, Eija ke stesen komuter untuk pulang. Ok la , ronda-ronda dalam beberapa jam :) dan lepas gian nak naik feri:)

Sekian trip Eija ke Pulau Pinang bermodalkan RM 1.20 dari Penang Sentral.Jimattt:)