Saturday, November 28, 2020

Yayasan Wakaf Malaysia

 Salam,

sekadar perkongsian 

tau tak ada Yayasan Wakaf Malaysia? Eija baru  dapat tau selepas terdengar di sebuah program..

Wakaf untuk bekalan kita di akhirat kelak...semoga harta kita dapat memanfaatkan orang lain..

Untuk yang nk berwakaf, boleh layari web Yayasan Wakaf Malaysia

Kemudian, Klik untuk Berwakaf,


Jom berwakaf..



Sunday, November 1, 2020

2 bulan lagi...

Salam,

2 bulan lagi.untuk apa??

Pejam celik, tinggal 2 bulan lagi tahun 2020 bakal berakhir...

Siapa sangka, tahun 2020 yang dibayangkan dahulu, kereta terbang ,Malaysia maju,menjadi sebaliknya...

Tahun 2020 yang bakal diingati...Pandemik covid-19 merubah segalanya....

Malaysia mengalami krisis kesihatan,ekonomi dan juja krisis politik...

Jom kita berdoa sama-sama agar Covid-19 ini dihapuskan dari muka bumi ini...

dan semoga kita semua dilindungi-Nya...

Amin.



Coretan hari Ahad

Thursday, October 15, 2020

15102020

 Alhamdulillah,

Dipanjangkan umur sehingga tarikh ni..my special day:P

Terima kasih Allah atas segala nikmat yg kau berikan...

Doakan Eija berjaya di dunia dan akhirat...


Friday, October 2, 2020

Caj parking di Terminal Aman Jaya, Perak

Salam,
Sekadar perkongsian,
Pada hujung minggu yang lalu, Eija tinggalkan kereta Eija di Terminal Aman Jaya..
Eija rasa selamat di situ sebab ramai orang dan perkhidmatan bas yang sampai ke lewat malam.
Eija tinggal kereta dalam 2 malam di situ.

kad parking

caj parking

Boleh membantu budget anda utk yg nak tinggal kereta di stesen bus Aman Jaya .

Semoga dapat membantu :)

Saturday, August 8, 2020

BEST invest memang best! #TabungEija

Salam,

Nak melabur dalam unit trust serendah RM 10? Download la app " BEST invest" sekarang:)

Sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman Eija.Sebenarnya dah lama dok nak ingat melabur dalam unit trust,tapi tak terbuat-buat...hahah

 Tapi baru-baru ni Eija come across to BEST invest, milik Bank Islam. Unit trust yang available dalam app ni semua yg patuh syariah..best sebab bermula RM 10.., rs macam topup prepaid handphone..hehe...itu membuatkan Eija melabur  menggunakan Best invest...

Cara-cara seperti di bawah:

1. Install app " BEST invest"


2. Sign up. Isi details dan perlukan juga tangkap gambar IC




3.Pilih " Do it yourself"  utk yg mahu bermula serendah RM 10


4. Pilih senarai Fund yang ada. Setakat ni baru ada 5 sahaja..Study pasal fund tersebut dan buat pilihan...


5. Kemudian topup nilai yang ingin dilaburkan (serendah RM10) melalui online banking yang ada.


6. Siap :) Boleh monitor fund anda :)

Untuk yang nak melabur dalam unit trust, xtau bermula di mana boleh mula dengan "BEST app" ni:)


Disclaimer:Risiko Untung rugi adalah tanggungjawab masing-masing.



Wednesday, June 10, 2020

10 June 2020

Salam,
Sekadar coretan...hari ini bermula PKP-Pemulihan...10 Jun 2020-31 Ogos 2020..Alhamdulillah, banyak sektor kembali dibuka...
Ayuh, kita sokong ekonomi negara dengan melancong di dalam negara, banyak membeli di gerai tepi jalan..
Kita doakan bersama-sama virus Covid-19 ini terhapus di muka bumi ini...

Terima kasih buat frontliners yg byk berkorban untuk rakyat Malaysia...


Wednesday, May 27, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Salam,
Selamat Hari Raya,,..tak terlmabat nak buat ucapan lagi...Raya kan sebulan walaupun Raya tahun ni amat berbeza..banyak duduk rumah ja #KitaJagaKita..
Semoga ramadhan yang berlalu pergi bukan ramadhan terakhir buat kita...

Tuesday, May 19, 2020

Online survey:Review Shopper Thoughts

Salam,
Sekadar perkongsian, online survey yang Legit, Eija dah cuba dan dapat hasil :)..
Eija dah bermula dengan Shopper Thoughts ni sejak 2017..tapi biasala on9 survey ni sat rajin sat malas.haha.

Pernah redeem sekali tahun lepas (2019);

Ni hasil dia:

Email inform duit dah masuk...


Check paypal, tengok dah masuk :)


Tapi untuk tahun 2020 ni, Eija perasan hadiah paypal dah tiada...Hanya ada Tesco Voucher dan Lazada Voucher... Eija baru redeem point untuk voucher Lazada minggu lepastapi tak sampai lagi...email inform seminggu baru dapat :)


Hadiah redemption:

1. 2000 point = RM 10 Tesco voucher
2. 4000 point = RM 20 Lazada voucher 

Update as of 12 June 2020;
Alhamdulillah dah sampai email code voucher. Mula2 email kata seminggu ,tapi realiti, dari tarikh redemption sebulan lebih juga baru sampai.huhu..tak apa ,yg pasti legit..Eija dah ada wishlist nak beli apa guna voucher ni.hehehe



Untuk daftar dalam shopper Thoughts, Klik SINI.

Boleh jimat kannn??? Rasa setakat ni Online survey Shopper thoughts bagi hadiah yg banyak sikit, sebab setiap survey dia point banyak jugak.... dan survey dia FIRST COME BASIS....dapat email terus jawabbb...kalau lambat, abes peluang,

Harap membantu anda berjimat :)







Thursday, May 7, 2020

Rezeki bulan Ramadhan..

Salam,
Sekadar berkongsi berita gembira bagi Eija..yang Eija tak pernah nak jangka...heheh...

Eija dapat jemputan jadi " Reviewer" untuk 1 paper bagi Journal of  Taibah University for Science... Universiti di Madinah... Tahun lepas dapat rezeki jejak kaki ke Madinah, tahun ini dapat rezeki paper dari Madinah...Alhamdulillah..... Happy sangat....Unexpected...tak tau paper mana yang depa refer yang boleh select Eija jadi reviewer...Eija bukannya sesiapa pon...huhu....tapi Alhamdulillah atas rezeki dan peluang ini....Mana tau satu hari nanti ada rezeki jejak universiti tersebut :)

Kenapa Eija happy sangat?

1. Pengalaman pertama Eija. Another achievement! Eija bukanlah pensyarah,  dan tak pernah jangka dapat peluang ini.

2. Bagi seorang yg pernah melibatkan diri dalam bidang penyelidikan, pengiktirafan bagi Eija  bahawa paper2 Eija di baca...setakat ni paper Eija semuanya Conference paper sahaja. Terima kasih sv n co -sv Eija serta rakan2...

3. Universiti tersebut dari Madinah :)

4. Mengimbau kembali  bidang penyelidikan...boleh buat comeback?haha..tunggu tengok dulu.

Terima kasih Allah atas rezeki ini...



Wednesday, May 6, 2020

Kisah Emas dengan Eija

Salam,
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai ramai orang beratur di kedai pajak gadai selepas PKP-B membenarkan sektor ekonomi di buka... berkemungkinan mereka memajak emas ataupun mengambil emas yang dipajak...
Sekadar perkongsian bagaimana emas membantu memenuhi kehendak Eija.heheh

Kisah pertama

Pertama kali Eija jual gold bar yg Eija ada kerana trip ke Yogjakarta pada tahun 2017. Trip NI .
Rasa gold bar dalam 2.5/2 gram tak silap (sorry dah tak ingat) ... habuan untuk belanja untuk trip tu...Seingat Eija, rugi bila Eija jual gold bar tu sebab harga Eija beli lagi mahal...pengalaman... terdesak jual time tu sebab nak buat belanja g travel dan Eija tak bekerja time tu....

Kisah kedua

Eija baru start kerja dalam 2-3 bulan....tak sempat nak simpan duit...Kali ini Eija pajak rantai tangan Eija dekat Ar Rahnu Yapeim...untuk belanja trip NI.. trip ke Indonesia lagi pada tahun 2018... hahah... Kali ini Eija pajak rantai tangan emas kerana yakin boleh bayar balik sebab kontrak kerja Eija setahun.. Selepas 6 bulan pajak, Eija berjaya ambil balik rantai tangan emas Eija... travel dapat pergi, rantai emas masih ada...hehe..itu pentingnya ada emas...pengalaman pertama Eija pajak emas:)

bila nak boleh terbang lagi?

Kisah ketiga

Eija kumpul emas melalui HelloGold , kemudian jual melalui app dan duit dapat tu Eija beli gold bar Yapeim 2 gram. Tapi Eija simpan dalam 2 bulan ja,pastu Eija jual sebab nak beli handphone.. hahahahah. Kenapa Eija tak pajak?Sebab kontrak kerja Eija dah abes...Eija tak nak tanggung risiko bayar upah Ar-Rahnu..Maka lebih baik jual terus...

Pengalaman Eija jual beli gold bar di Ar Rahnu Yapeim boleh klik SINI.. Time jual ni Eija dapat keuntungan dalam 2.75%. Sekarang Eija dalam proses kumpul balik emas di HelloGoldheheh

Rupa gold bar Yapeim
Sekadar perkongsian pengalaman Eija....

1. Jual emas terus jika rasa tak mampu nak konsisten bayar upah Ar-Rahnu. Fikir yg mana terbaik, nak jual atau pajak.
2. Boleh kumpul emas sikit-sikit, melalui HelloGold, bermula serendah RM 1..
3.Senang urusan beli dan jual gold bar di Ar Rahnu Yapeim dan urusan pajak. Urusan pajak boleh diselesaikan dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun...
4. Boleh kumpul emas serendah 0.5 gram (gold bar).
5. Boleh kumpul emas untuk dana kehendak atau kecemasan kita. Bila tiada duit , boleh pajak emas tu..
6. Bila beli emas, ada juga nampak duit hasil kita kerja (bagi Eija la)..hehe...
7. Emas membantu Eija pergi travel :P.. nak simpan duit asyik bocor ja, so, target Eija simpan emas untuk pergi travel :P

Kesimpulan: Kita cuba pastikan ada simpanan emas juga...Ada emas,ada duit :P





Saturday, May 2, 2020

Solo trip ke Hatyai menaiki kereta api #2020

Salam,

Sekadar perkongsian Eija ke Hatyai dan ini merupakan solo trip pertama  Eija ke Hat Yai dan trip pertama buku Merah untuk tahun 2020. Medium pengangkutan ke sana semestinya kereta api, kegemaran Eija. Btw, trip ini bulan 2 yang lalu, dan ketika itu kes Covid-19 tak banyak dan tak seteruk masa kini. Eija berani membuat keputusan untuk ke Hatyai tika itu memandangkan tiada kes dicatatkan lagi di Hatyai dan di Malaysia kurang lagi kes dan tiada halangan dari kerajaan. 


Day 1  (22/2/2020)

Bergerak ke Padang Besar dari stesen Anak Bukit menaiki komuter. Selepas sampai di Padang Besar terus beli tiket dan beratur untuk imigresen. Misi untuk santai-santai  sahaja sebab pergi seorang sahaja. Fikir positif ja sebab dah pernah sampai Hatyai.heheh...Eija ambil kereta api trip pagi. 
Di imigresen Hatyai, disediakan hand santizer. Prevention :)

Note: Jangan lupa bawa pen untuk mengisi white card.

Ketika sampai di stesen Hatyai, ada staff Hatyai Train menyambut dengan menyembur hand sanitizer ke atas tapak tangan. Good inisiatif.

Eija sampai awal lagi, check in pukul 2, maka Eija pergi berjalan-jalan di depan kawasan Plaza Lee Garden.
Rezeki awal pagi, dapat makan Ais Krim Kelapa. Wajibbbb ni :P




Kemudian ronda-ronda cuci mata di Plaza Lee Garden. Dah bosan, keluar , g watson, 7E dan tengok gerai2 di hadapan Lee Garden. Kemudian, Eija terpandang Free Shuttle  Tuk Tuk  ke Hatyai Central Festival (hadapan Lee Garden). Hatyai Central Festival ni mall besar dekat Hatyai. Apa lagi, Eija tanya dan dia cakap boleh naik. jimattt...

shuttle tuk tuk

Bila dah sampai Hatyai Festival, sebelum masuk, kena cek suhu dan barang dulu ya. Memang Thailand dah ambil precaution. Pastu dalam mall tu Eija tengok hand sanitizer pon disediakan untuk pengunjung. Good action taken.

Hand sanitizer
Kedai paling Eija suka ialah kedai 10 bath......Menarik dan jimat...cheapskate :P


Selain itu, Eija dok spend time dekat Watson. Promosi menarik. Patutla orang Malaysia suka masuk Watson Thailand. Selepas itu, Eija kembali ke Hatyai Train station sebab Eija akan menginap di Train Hotel.

Alkisahnya,, Eija menunggu di tempat shuttle tuk tuk free. Ada jadual seperti di bawah. Eija dok tunggu dan perasan ada ja tuk tuk shuttle free tu (ada banner dekat tuk tuk tu), Eija dok ingat dia akan panggil atau tanya orang yang menunggu di situ. Rupa-rupanya TIDAK. Maka terlepas tuk tuk FREE.huhu... So, Eija kena cari tuk tuk untuk kembali ke Hatyai Train Station. Lepas  tawar menawar dapat la 50 bath. Mula-mula dia letak 100 bath.huhu




Naik tuk tuk sorang-sorang

Kemudian, Eija check in di The Train Hotel. Review Eija, klik SINI.




Eija rehat di hotel....Bila dah petang, Eija keluar balik dekat area depan Plaza Lee Garden. Meriah situ...banyak orang jual dan tuk tuk pon banyak...tapi Eija pergi jalan kaki sahaja...nk jimat.ahhahahhah.. pergi beli makanan sebab lapar.hahah.


makanan wajib juga ni kat Thailand :P

gerai2

makanan wajib :)

Untuk makluman, di 7E Thailand sudah TIDAK MEMBEKALKAN PLASTIK, maka standby siap2 bawa plastik beg sendiri.huhu.. Kemudian balik berehat di hotel dan makan.hahha.

Pada malam hari, kawan Eija, Noree datang ambil Eija dan dia bawa ronda-ronda dan makan. Mula-mula kami ke Makinta. Eija pertama kali sampai sini. Info dari Noree, Makinta ni port baru di Hatyai...tempat dia ala foodcourt..tapi besarrrrrr siap ada band nanyi, orang jual barang selain makanan.



Dinner malam ni Noree belanja...TQ Noree :)



Kemudian selepas di Makinta, Noree belanja lagi makan....TQ Noree... Kami makan di  Chalee D'Hatyai.. Restoran ni pon pertama kali Eija sampai....Ramai orang.. Boleh try next time pi Hatyai :)



makan..
Kemudian, Noree hantar balik dan zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Day 2 (23/2/2020)


Eija ambil train pagi disebabkan petang nanti dah nak balik ke Perak. Short trip sahaja ke Hatyai :P Ketika sampai di Padang Besar, pemeriksaaan suhu badan dilakukan di pintu masuk Malaysia, dan peg. KKM menyoal perjalanan kita sama ada pernah travel ke China/Singapura dalam tempoh 2 minggu sebelum itu.

Sekian catatan solo trip Eija ke Hatyai.


Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2019, Klik SINI
Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2016, Klik SINI



Friday, May 1, 2020

1 May 2020

Selamat Hari Pekerja!
Hari Jumaat hari ini, dan solat Jumaat masih tidak dilakukan disebabkan Covid-19.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.


Friday, April 24, 2020

1 Ramadhan

Salam,
Alhamdulillah...Ibadah puasa pada 1 Ramadhan berlalu,
Pastinya sambutan bulan Ramadhan kali ini amat berbeza sekali..
Kita tidak dibenarkan ke masjid utk solat tarawikh & tiada bazar ramadhan..
Hal ini disebabkan Covid-19 yg melanda dunia...
Untuk semua,

" Stay Safe and Stay At Home" dan Selamat berpuasa!:)


p/s:Coretan kenangan untuk masa hadapan

Friday, April 3, 2020

Pengeluaran akaun 2 KWSP (i-Lestari)

Salam,

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kebenaran untuk  mengeluarkan akaun 2 KWSP (maksimum RM 500) untuk membantu rakyat sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekadar perkongsian bagaimana Eija memohon :

* Permohonan dilakukan menggunakan laptop selepas app I-Akaun tidak dapat di akses selepas kebenaran untuk permohonan bermula 1 April.

* Untuk yang dah ada akaun i-Akaun.

Cara-cara:

1. Log in web KWSP dan pilih " Withdrawal". Kemudian klik "New Application".


2. Kemudian  pilih "i-lestari" untuk Withdrawal type. Kemudian, akan di paparkan syarat2 pengeluaran dan tarikh tutup permohonan adalah 31 Mac 2021.



3. Kemudian, masukkan amaun yang dipohon (maksimum RM 500) dan masukkan maklumat Bank kita.

4. Cek details yang dipaparkan dan pastikan betul sebelum tekan "submit". Klik juga dekat box declaration. Selesai.Mudah ja :)


5. Nak cek balik status permohonan anda? Pergi kt "withdrawal" dan dipaparkan seperti di bawah:


Semoga dapat membantu!:)

#StayAtHome #KitaMestiMenang 

Friday, March 20, 2020

Thursday, March 19, 2020

Review: Grand Inn Penang Road

Salam,
Pada 7-8 Februari 2020 yang lalu, Eija dan housemate pergi jalan-jalan ke Penang dengan tema JJCM :P... Kami bertiga dan menginap di  Grand Inn Penang Road, Georgetown..


Price
Eija book melalui AGODA. Eija dapat harga RM 109.28/ night untuk bilik family (2 double bed). Kami bertiga, maka seorang dalam +- RM 37. Jimat.

Deposit
Deposit diperlukan. RM 50 untuk bilik dan RM 100 untuk kad parking kereta. Jumlah deposit: RM 150.

Parking
Georgetown ini sangat la susah nak dapat parking kereta.Huhu... Tapi jangan risau, untuk yang menginap di Grand Inn Penang Road, parking ada disediakan tapi kena bayar deposit RM 100 seperti dinyatakan di atas. Sebab parking ini disediakan untuk umum. Kita just bayar deposit untuk kad sahaja,lepas return kad dapat balik deposit. Tiada caj parking dikenakan.

Location
-Boleh jalan kaki sahaja ke Penang Road, Jeruk Pak Ali, Ais Tingkap dan sebagainya. Strategic.

Breakfast
-Breakfast tiada tapi jangan risau banyak kedai makan walking distance. Penang kan lubuk jjcm :P

Room
- Bilik ok
-Ada aircond.
-Ada TV
-Kettle disediakan.


hanger disediakan
Bathroom
-Ok. BERSIH dan luas!
-Towel Disediakan
-Sabun disediakan.

Wifi
- Provided dan OK. 

Lain-lain
-Disediakan iron di aras.
-Disediakan coway- senang boleh refill air sejuk selalu :P
-Lif acess untuk yang ada kad bilik sahaja. Kena touch dulu then baru boleh naik. Safety very good. Macam hotel 5 star.
-Untuk yang nak naik Bus CAT boleh turun di Hotel Cititel dan jalan kaki ke hotel ni. Lagi dekat berbanding turun di Penang Road.

Conclusion:

Value for money & strategic location ..Recommended.