Saturday, May 2, 2020

Solo trip ke Hatyai menaiki kereta api #2020

Salam,

Sekadar perkongsian Eija ke Hatyai dan ini merupakan solo trip pertama  Eija ke Hat Yai dan trip pertama buku Merah untuk tahun 2020. Medium pengangkutan ke sana semestinya kereta api, kegemaran Eija. Btw, trip ini bulan 2 yang lalu, dan ketika itu kes Covid-19 tak banyak dan tak seteruk masa kini. Eija berani membuat keputusan untuk ke Hatyai tika itu memandangkan tiada kes dicatatkan lagi di Hatyai dan di Malaysia kurang lagi kes dan tiada halangan dari kerajaan. 


Day 1  (22/2/2020)

Bergerak ke Padang Besar dari stesen Anak Bukit menaiki komuter. Selepas sampai di Padang Besar terus beli tiket dan beratur untuk imigresen. Misi untuk santai-santai  sahaja sebab pergi seorang sahaja. Fikir positif ja sebab dah pernah sampai Hatyai.heheh...Eija ambil kereta api trip pagi. 
Di imigresen Hatyai, disediakan hand santizer. Prevention :)

Note: Jangan lupa bawa pen untuk mengisi white card.

Ketika sampai di stesen Hatyai, ada staff Hatyai Train menyambut dengan menyembur hand sanitizer ke atas tapak tangan. Good inisiatif.

Eija sampai awal lagi, check in pukul 2, maka Eija pergi berjalan-jalan di depan kawasan Plaza Lee Garden.
Rezeki awal pagi, dapat makan Ais Krim Kelapa. Wajibbbb ni :P




Kemudian ronda-ronda cuci mata di Plaza Lee Garden. Dah bosan, keluar , g watson, 7E dan tengok gerai2 di hadapan Lee Garden. Kemudian, Eija terpandang Free Shuttle  Tuk Tuk  ke Hatyai Central Festival (hadapan Lee Garden). Hatyai Central Festival ni mall besar dekat Hatyai. Apa lagi, Eija tanya dan dia cakap boleh naik. jimattt...

shuttle tuk tuk

Bila dah sampai Hatyai Festival, sebelum masuk, kena cek suhu dan barang dulu ya. Memang Thailand dah ambil precaution. Pastu dalam mall tu Eija tengok hand sanitizer pon disediakan untuk pengunjung. Good action taken.

Hand sanitizer
Kedai paling Eija suka ialah kedai 10 bath......Menarik dan jimat...cheapskate :P


Selain itu, Eija dok spend time dekat Watson. Promosi menarik. Patutla orang Malaysia suka masuk Watson Thailand. Selepas itu, Eija kembali ke Hatyai Train station sebab Eija akan menginap di Train Hotel.

Alkisahnya,, Eija menunggu di tempat shuttle tuk tuk free. Ada jadual seperti di bawah. Eija dok tunggu dan perasan ada ja tuk tuk shuttle free tu (ada banner dekat tuk tuk tu), Eija dok ingat dia akan panggil atau tanya orang yang menunggu di situ. Rupa-rupanya TIDAK. Maka terlepas tuk tuk FREE.huhu... So, Eija kena cari tuk tuk untuk kembali ke Hatyai Train Station. Lepas  tawar menawar dapat la 50 bath. Mula-mula dia letak 100 bath.huhu




Naik tuk tuk sorang-sorang

Kemudian, Eija check in di The Train Hotel. Review Eija, klik SINI.




Eija rehat di hotel....Bila dah petang, Eija keluar balik dekat area depan Plaza Lee Garden. Meriah situ...banyak orang jual dan tuk tuk pon banyak...tapi Eija pergi jalan kaki sahaja...nk jimat.ahhahahhah.. pergi beli makanan sebab lapar.hahah.


makanan wajib juga ni kat Thailand :P

gerai2

makanan wajib :)

Untuk makluman, di 7E Thailand sudah TIDAK MEMBEKALKAN PLASTIK, maka standby siap2 bawa plastik beg sendiri.huhu.. Kemudian balik berehat di hotel dan makan.hahha.

Pada malam hari, kawan Eija, Noree datang ambil Eija dan dia bawa ronda-ronda dan makan. Mula-mula kami ke Makinta. Eija pertama kali sampai sini. Info dari Noree, Makinta ni port baru di Hatyai...tempat dia ala foodcourt..tapi besarrrrrr siap ada band nanyi, orang jual barang selain makanan.



Dinner malam ni Noree belanja...TQ Noree :)



Kemudian selepas di Makinta, Noree belanja lagi makan....TQ Noree... Kami makan di  Chalee D'Hatyai.. Restoran ni pon pertama kali Eija sampai....Ramai orang.. Boleh try next time pi Hatyai :)



makan..
Kemudian, Noree hantar balik dan zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Day 2 (23/2/2020)


Eija ambil train pagi disebabkan petang nanti dah nak balik ke Perak. Short trip sahaja ke Hatyai :P Ketika sampai di Padang Besar, pemeriksaaan suhu badan dilakukan di pintu masuk Malaysia, dan peg. KKM menyoal perjalanan kita sama ada pernah travel ke China/Singapura dalam tempoh 2 minggu sebelum itu.

Sekian catatan solo trip Eija ke Hatyai.


Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2019, Klik SINI
Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2016, Klik SINI



No comments:

Post a Comment