Friday, December 28, 2018

Hasil kutipan online survey Eija untuk 2018 #TipjimatEija

Salam,
Sekadar perkongsian hasil kutipan online survey yang Eija berjaya dapat untuk tahun 2018. Almaklumla dah nak masuk taun baru :P

1. Toluna

Reward : Paypal
Jumlah kutipan :USD 19.94
Total redemption: 4x
Review: Klik SINI
hasil untuk tahun 2018



2. Global Test Market

Reward : Paypal
Jumlah kutipan :USD 10 & RM 90 (3 voucher 11street bernilai RM30 setiap satu)
Total redemption: 4x
Review: Klik SINI



  
3. Gloviss

Reward : Masuk dalam akaun bank
Jumlah kutipan :RM 30
Total redemption: 1x



4.VASE

Reward: Masuk dalam akaun bank
Jumlah kutipan: RM 7.00
Total tebus: 3x
Review: Klik Sini


5.Rakuten Insight Surveys 

Reward : Giant Voucher
Jumlah kutipan: RM 40 ( 2 voucher Giant bernilai RM20 setiap satu)
Total redemption: 1x
Review: Klik SINI


6.Shopper Thoughts

Reward : Paypal
Jumlah kutipan: USD 2.4
Total redemption: 1x



7.Survey On

Reward : Paypal
Jumlah kutipan: USD 2.0
Total redemption: 1x



8.Cash Pirate (melalui handphone)

Reward : Paypal
Jumlah kutipan: USD 2.5
Total redemption: 1x
Review: Klik SINI



Maka, hasil kutipan untuk tahun 2018:

Paypal:  USD19.94 + USD10 +USD2.4+ USD2.0 +USD2.5 = USD 36.84
CIMB: RM 7 + RM 30 = RM37
Giant Voucher: RM 40

11Street voucher: RM 90

Let say, assumption made; 1 USD =RM 4, maka,

36.84 USD x RM 4 = RM 147.36

Maka jumlah hasil diperolehi termasuk voucher untuk tahun 2018 seperti berikut: 

RM 147.36 + RM 37 + RM 40 + RM 90 = RM 314.36. 
Alhamdulillah...

Untuk kutipan hasil 2017, klik SINI

Untuk tahun 2018, kutipan paling tinggi adalah melalui Global Test market:) dan berlaku penurunan hasil kutipan keseluruhan,,huhu....
Moga tahun depan Eija masih konsisten untuk menjawab survey...Semoga dapat membantu kalian :)





Wednesday, December 12, 2018

3 Apps penting dalam handphone Eija untuk 2018 #TipJimatEija #TabungTravelEija

Salam,
Untuk tahun 2018 ini, Eija nak berkongsi 3 Apps penting dalam handphone Eija. Apps ni cara penjimatan Eija dan cara tabungan Eija untuk travel. Penting untuk merancang:):)

1. BigPay #Roadtofreeflighttickets

Kenapa penting? sebab Eija gunakan untuk kumpul AirAsia BigPoints seterusnya Eija aim untuk redeem flight ticket #Jimat

Referral code : 4LBRSXK6ZJ (masukkan kod ini  untuk mendapat RM10 :)

Review: Klik SINI


2. Boost App  #TipJimatEija

App/E-wallet ini penting bagi bagi penjimatan duit Eija. Setiap kali pembayaran menggunakan Boost App akan mendapat "shake rewards". Shake rewards bagi Eija macam cashback. Setakat ini paling tinggi Eija dapat "RM 1.50"/shake. Selalu yg Eija dapat 10sen,20 sen dan 50sen. Nampak sikit,bila kumpul lama2 jadi bukit.hehe :):) ..Selain itu, Eija top up Boost App menggunakan BigPay. Maka, bertambah cara untuk memaksimumkan penggunaan BigPay.

Review: Klik SINI

3. HelloGold #TabungTravelEija

Hello gold ini platform Eija untuk membeli emas serendah RM 1. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Selalunya hasil shake reward dari Boost app, Eija akan gunakan untuk fund ke HelloGold. Kerjasama antara Boost App dan HelloGold membolehkan Eija topup HelloGold menggunakan BoostApp secara percuma #Jimat. Selain itu, setiap topup ke HelloGold menggunakan Boost App akan mendapat "shake reward". Untung kan. Dapat menggandakan tabungan Eija dalam HelloGold.
Contoh: Eija budget RM10 untuk topup HelloGold utk membeli emas. Selepas topup menggunakan Boost App, dapat shake reward "RM1". Maka, asal EIja nak simpan RM10 saja, tetapi Eija dapat simpan emas bernilai RM11.Untung kan.

Referral code: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).


Proses Eija menabung & mengumpul AirAsia Bigpoint



Sekian, perkongsian cara Eija menyimpan untuk travel pada masa hadapan:):)
Download la apps2 ini :)

Monday, October 15, 2018

15102018

Salam,
A year older a year wiser:)
May ALLAH bless me and grant all my prayers..
Di pertambahan usia ini, Eija berharap Eija dapat menambah amal untuk kebahagian di akhirat sana..
Eija juga berharap Eija dapat membanggakan kedua ibu bapa Eija dan berpeluang berbakti kepada mereka..
Semoga Eija berjaya mencapai kejayaan, kebahagian dan kekayaan di dunia ini & akhirat sana.
Moga ALLAH perkenankan :)

Thursday, October 4, 2018

Review: The Packer Lodge Yogjakarta

Salam,
Untuk trip Eija di Yogja 2018 kali ni, Eija tinggal di The Packer Lodge Yogjakarta. Hostel untuk backpackers:)... Bangunan 4 ka 5 tingkat...huahauhau....tiada lif, exercise naik tangga kebetulan Eija dapat tingkat atas sekali..hahah

Price
- 472500 IDR approximately RM 130 For 2 nights/ room.  Eija pilih  room untuk 2 orang ...mudahkan Eija...

bilik eija dok macam ni la... source foto: booking.com
Eija berdiri kt atas tilam bawah tu tak kena pon kepala Eija dekat katil atas. Memang tinggi katil atas dia...


Deposit
-Perlu bayar deposit 150 K IDR time check in. Nanti lepas check out dapat balik..

Location
-Dekat sangat dengan Jalan Malioboro/ Malioboro Mall. Jalan kaki tak sampai 2 minit. boleh shopping :P


Breakfast
-Included :) Jimat duit..hehe..prepare sendiri ya...air bancuh sendiri...ada roti, kerepek, buah-buahan...

Room
- Bilik okkk...siap ada welcoming note lagi depa letak atas katil..hehehe...
-Ada aircond.
-Good thing, do not have to bring our international adapter as it's provided:):):) 

plug dalam bilik

Bathroom
-sharing tapi bersihhh.... 
-Towel Disediakan (toiletries kena bawa sendiri)
-setiap level ada toilet and bathroom.

Wifi
- Provided dan Okkk. 

Komputer
- ada 2 komputer disediakan untuk digunakan. Eija tumpang print boarding pass pon depa tak charge pon,heheh

ada ruang santai untuk membaca,

ada TV dekat ruang bawah

antara service yang disediakan


Conclusion:
Value for money ....Eija suka stay dekat hostel ni:) except satu benda ja, depa ada jual arak dalam ni,huhuhu.. Yg lain Eija sangat puas hati...Eija book via booking.com

Wednesday, September 26, 2018

Road to Bromo #WonderfulIndonesia #2018

Salam,
Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi menjejak kaki ke bumi Indonesia..hahah.
Indonesia menarik bagi Eija disebabkan alam semulajadi yang terdapat di sana.
Untuk trip kali ini, Eija ke Bromo dan Yogjakarta (again!)  bersama adik Eija..


Meh ikuti kisah Eija....


Day 1

Flight dari Penang ke Surabaya pada pukul 3.55 ptg... sampai Juanda Airport Surabaya dah gelap di sana kerana pernerbangan dalam 3 jam... Destinasi Eija adalah untuk ke Malang seterusnya kerana pick up point untuk Bromo tour di KFC Jl Kawi, Malang. Cuak jugak sebenarnya sbb tak jumpa sangat info dari airport ke Malang kerana kebanyakan guna pak supir. Eija tanya dekat imigresen yg cop pasport Eija pon dia bagitau kena amik bus ke Terminal Bus Bungurasih... Selesaikan urusan imigresen, dan keluar ke pintu arrival.... Tapi, bila saja kuar ada yang approach datang utk taxi dan dari travel agency .....ramai pulak tu. Tambah-tambah tengok kita pakai bag "bagpack".  Mula-mula abaikan saja. Tapi ada sorang yg wakil travel agency masih ikut Eija, then Eija tanya berapa nak ke Malang. Dia bagitau IDR 125 K/pax (kongsi dengan yang lain)  ataupun kalau nak chartered sebuah kereta dalam 400K/car... Eija malas nak fikir, terus sahaja amik dan nak mudah kerja.hehehe..Eija amik yg kongsi dengan yg lain. Naik kereta dari airport dan kemudian  rupa-rupanya kena tukar naik van lain dkt tmpt agen mereka.huhuuh....mula-mula EijA cuak jugak sebab kami berdua sahaja tika itu dalam kereta tu dan jalan yg lalu pun sempit-sempit, nasib baik tgk akhirnya kami di bawa ke tempat agen, naik van lain....penuh van dgn penumpang (macam sistem dekat hatyai,penuhkan van) tak kisahla, asalkan sampai...dan sebenarnya mudah naik yg van ni sebab dia hantar terus ke destinasi yang kita nak...ada ja penumpang Eija tengok berhenti depan rumah...senang.... dalam 3 jam lebih jugak rasa-rasanya, sampaila kami ke KFC Jl Kawi, Malang.....


pekena kfc


To be continued...



Friday, September 21, 2018

Budget & itinery Trip Bromo - Yogjakarta 2018

Salam,


Roughly expenses Eija untuk trip kali ini (excluding food & shopping).

Date: 15-19 September 2018

*Kadar tukaran:1 Juta IDR = RM 282 (di Aman Sentral, Alor Star)*

Total expenses for 2 pax:

1. Pre- Departure:
Flight Penang- Surabaya: (RM 56.78 + 2076 points)+ 7200 points( 1 tiket free sebab redeem point :) (Final Call Promo)

Flight Yogjakarta to Kuala Lumpur: 300 000 K IDR (Promo last year)

Food in flight: Penang- Surabaya: RM 20.00
                      Yogjakarta -KL : RM 21.36

Luggage (Yogjakarta- KL) for 25 Kg: RM 75.00

Train Malang- Yogjakarta: RM 97.98 ( Seat Ekonomi)

AXA Travel Insurans; RM 25.20

Total: RM 296.32 + 300,000 IDR

2. Accommodation

RedDoorz (Malang): 158 K IDR  )  (1 night)
The Lodge Packer (Yogjakarta): 475 K IDR  (2 nights)

Total: 633 K IDR

3. Itinery & Cost:

Day 1

Juanda Airport to KFC Jl Kawi Malang: 250 K IDR
Bromo Trip: 1200 K IDR

Total: 1452 K IDR

Day 2
Ride Kuda @ Bromo: 175 K IDR
Beca motor ke homestay RedDoorz: 20 K IDR
Beca motor dari homestay ke Station kereta api: 20 K IDR

Total: 215 K IDR

Day 3
Hire Pak Supir: 500 K IDR
Merapi Tour (medium package include kali kuning): 500 K IDR
Entrance fee Stonehenge: 20 K IDR

Pule Payung:
Ojek ke Pule Payung: 120 K IDR
Entrance fee: 24 K IDR
Spot foto: Speda Langit: 25 K IDR/pax
Spot foto Wulu: 10 K /pax
Spot foto Jembatan syurga: 20 K
Spot foto Lollipop: 20 K IDR
Flying fox: 60 K IDR
Photo : 42 K IDR ( IDR 3000/ photo)

Gumuk Pasir:
Entrance fee: 15 K IDR
Taman Bunga: 10 K IDR

Pantai Parangtritis:
ATV for 20 minutes: 50 K IDR

Total: 1416 K IDR

Day 4

Ronda Jalan Malioboro
Naik Beca motor : 60 K IDR

Total: 60 K IDR

Day 5

Bus Transjogja dari Jln Malioboro ke airport: 7 K IDR

Total: 7 K IDR


TOTAL EXPENSES FOR 2 PAX: 

RM :  RM 296.32
IDR: 300 K+ 633 K+ 1452 K + 215 K + 1416 K + 60 K + 7 K4083  K IDR

*Budget excluded shopping and food.

Alhamdulillah, one of my wishlist to visit Bromo had fulfilled:) and  really LOVEEEEEEE Yogja!!!!!!

In sha allah, nnt Eija update kisah Eija sepanjang trip ini:)

Monday, August 13, 2018

Pengalaman guna Boost App # TipJimatEija

[Kemaskini pada 6/11/2019]
Salam,
Sekadar pengenalan, Boost App adalah konsep e-wallet masa kini dan ala prepaid. Kita kena topup sama ada melalui kad kredit/debit ataupun online transaksi.

Pada mulanya, Eija hanya bertujuan menggunakan Boost App ini untuk Topup HelloGold  #TabungEija ( no service charge). Dulu, Eija dok topup HelloGold guna online banking dan setiap transaksi dikenakan charge RM1.20. Maka, sekarang dapat jimatkan duit Eija!:) #TipJimatEija.

Faedah lain yang Eija dapat dari penggunaan Boost App setakat ini :

A) Dapat SHAKE REWARDS. Boost Coin

Antara penggunaan yg Eija lakukan seperti berikut:

 1. Topup HelloGold


      Tips dpt byk kali SHAKE Rewards: Transfer skit2 ke HelloGold, Contoh: Eija transfer RM 2 sebanyak 5 X, instead of transfer terus RM 10 :p). Dahla transfer FREE, dapat reward lagi. Untung Eija :)  Boleh kumpul Boost coin.

p/s:Referral code HelloGold: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).


Shake rewards Eija
2. Pembayaran tiket bus di web busonlineticket.com
3. Pembayaran di TESCO
4. Pembayaran di web 11street
5.Pembayaran di web PTS Book Cafe
6. Pembayaran di web Photobook Malaysia
7. Pembelian tiket kapal terbang dari FireFly.
8. Pembayaran di WATSON. 
9.Pembayaran di DIY.

B) Dapat tambah AirAsia Bigpoints sebab Eija guna kad BigPay untuk topup Boost App :) Memaksimumkan penggunaan BigPay :) 


Cara lain untuk memaksimumkan penggunaan kad BigPay? Klik [SINI]
Cara untuk tambah AirAsia Bigpoints? Klik [SINI]

Melalui Boost App boleh bayar bil utiliti, Topup prepaid handphone, beli voucher TeaLive dgn diskaun dan macam-macam lagi voucher yang ada.  Selain itu, boleh menderma juga. Ada Tabung BersamaMu, Tabung harapan dan lain-lain lagi. Selain itu, boleh transfer  duit ke akaun Bank menggunakan Boost App tapi charge 2 % dikenakan dan transaksi minimum RM30.

Perkhidmatan yg disediakan di Boost App

Sila download Boost App ini...penjimatan!!!!! Gunakan code Eija : ros0TD0 :)  ros23cyf



Untuk makluman, reload minimum untuk boost app ialah RM 10 sama ada melalui online banking ataupun kad debit/kredit.

Boleh kumpul BOOST COIN  dan redeem reward [Sistem baru BOOST sejak November 2019]

Pilihan REWARD yang menarik bagi Eija semestinya DUIT :p

RM 2 = 210 coins   --> RM 0.0095/Coin
RM 5= 525 coins   ---> RM 0.0095/Coin
RM 10 = 1000 coins -> RM 0.01/ Coin
RM 15 =1365 coins -->  RM 0.0109/ Coin
RM 20 = 1740 coins--> RM 0.0115 /Coin
RM 30 =2610 coins --> RM 0.0115/ Coin

Lepas tu, sistem baru ini juga ada Level kategori masing bergantung kepada perbelanjaan dan berapa kali transaksi.

Semoga dapat membantu anda!:)


Friday, July 27, 2018

DiscoverPerak: Perak Agro Tourism (PATRO) Tanjung Tualang #throwback


Salam,
Besstttttt sangat PATRO Tanjung Tualang...
Eija dah berpengalaman tidur dalam Tube..hahah. Dulu-dulu Eija perasan hanya ada dkt Pahang sahaja.huhu. Tika Eija dan housemate pergi ke sini sempena promosi Carnival Gila Lah Bola. 1 tube RM 100 include dengan breakfast, 4 activities: cycling, paddle boat, canoe & Farm Tour.  Maka, sorang hanya RM 50...jimatttt dan berbaloi-baloi.

Day 1

Dalam 40 minit dari Sri Iskandar , dah sampai ke PATRO Tanjung Tualang.
Untuk makluman, tempat check in dekat dengan gate yakni Cabin berwarna hijau,.

cabin untuk pendaftaran masuk

antara harga untuk aktiviti

Then , kami ditunjukkan tempat Tube Camp. Kena drive dalam 5 minit masuk ke kawasan tube camp.

kawasan tube camp

tempat penginapan

Lepas check in, letak barang semua, kami request basikal. Yeay, exercise! Kemudian kami pergi melawat kandang kuda, petting zoo dan kawasan sekitar.



Next activity yang kami buat ialah main paddle boat!
Oh, kami juga pergi menunggang kuda! Bayaran kuda tidak termasuk dalam pakej. Bayaran yang dikenakan RM 10 untuk 3-4 pusingan kuda.



Malamnya, kami barbecue... Tempat barbecue ni boleh sewa dari PATRO ya..



Note: ada disediakan pondok untuk menunaikan solat. Tak muat nak solat dalam tube.hehe

Day 2
Bangun awal pagi...aktiviti kami pagi ini adalah mengutip Telur itik!!!hahaha




Kemudian, kami breakfast sebelum sambung aktiviti seterusnya iaitu Farm Tour.

Naik train untuk farm tour

Untuk Farm Tour, kami dibawa ke Ladang penanaman cili (boleh beli cili), diajar bagaimana cara untuk membuat telur masin dan kawasan madu kelulut (boleh try!)
melawat ladang cili
Belajar buat telur masin

hisap madu kelulut

Lepas abes tour Farm, kami main kayak pulak...


Well spent time with activities :)

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook PERAK Agrotourism Resort 

ALAMAT:
Perak Agrotourism Resort,
A15,
31800 Tanjung Tualang,
Perak, Malaysia



p/s: Sila bawa kain basahan untuk yg menginap di tube. mandi guna air kolah/ open shower. Untuk dinner pon kalau boleh siap bawa makanan siap2.

Update as of 9/8/2019:
I found this!!!Promo sempena management baru. Dulu tak silap Eija, Perbadanan negeri Perak yang handle,sekarang dah bertukar ke RAAZ Group.






Tuesday, July 24, 2018

Review : BigPay #roadtofreeflighttickets #TipJimatEija

[Dikemaskini pada [15-10-2020]

Salam,
AirAsia mengeluarkan kad prepaid mastercard baru yang dikenali sebagai BigPay (kena topup dulu) ...macam ala debit kad jugak..

Tujuan utama Eija dapatkan kad BigPay ini adalah untuk:

1. Kumpul Airasia big points...
(Bagaimana cara  Eija kumpul AirAsia Big points? klik [SINI] ) 

2. Dapatkan FREE Processing fee untuk pembelian tiket kapal terbang AirAsia.




Untuk makluman;

1. Kita akan  Dapat Airasia Bigpoint untuk setiap kali topup  ( RM 50=1 POINT)  dan setiap kali transaksi yg dilakukan bagi minimum nilai (RM20=1 Point) 
Update as of 26/8/2019:
Eija dapat emel dari  BigPay menjelaskan mengenai structure point baru dimana, setiap transaksi  RM 10  akan mendapat 1 point dan TIADA point untuk setiap kali topup BigPay bermula               1 September 2019. Penstrukturan baru point ini lagi bagus sebab  lagi banyak AirAsia Bigpoint dapat dikumpul :):):):)

Penstrukturan baru point

Update as of 15/10/2020:
Setiap transaksi  RM 30  akan mendapat 1 point dan TIADA point untuk setiap kali topup BigPay .

Oh terlupa, sebelum itu kena install dulu app BigPay ni untuk permohonan kad prepaid Mastercard:). Kena topup RM 20 dlu utk permulaan. Nak dapat RM 10?? Masukkan referral code di bawah:
Referral code : 4LBRSXK6ZJ

Untuk details, layari web : https://www.bigpayme.com/ 

Setakat ini, untuk menambah AirAsia BIG Point, Eija gunakan BigPay untuk:

1. Pembayaran Bil Astro

2. Pembayaran Online shopping

    -SHOPEE  
    
   - LAZADA

3. Bayar pembelian di kedai/mall  

    - IKEA
    -Brand Outlet 
    -AEON
    -BATA
    -TRIO
    - TESCO [ 2 in 1. for those yang ada TESCO Club kad boleh kumpul Tesco Points jugak :P)]
    -WATSON 2 in 1. for those yang ada WATSON member kad boleh kumpul Watson Points jugak :P)]

4. Pembelian online tiket bus/train/flight

      -AirAsia (pembelian tiket kapal terbang/Add On pada booking)
      - Firefly (www.fireflyz.com.my)
      -busonlineticket.com  [ 2 in 1. pembelian di busonlineticket.com akan dapat BOT miles jugak.            Refer [SINI]]
     - www.redbus.my ( select payment by credit card for payment using BigPay)
     - www.ktmb.com.my
     -Traveloka [pengalaman Eija, klik SINI]
     

5.Topup UnifiMobile  
as of 20/9/2018: asyik gagal sahaja topup guna BigPay. Maybe unifi dah tak support BigPay.huhu. Eija cuba hari ni (5/8/19) bleh guna dah:)

6. Pembayaran minyak petrol 

     - PETRON - (2 in 1. for those yang ada PETRON  kad boleh kumpul PETRON Miles jugak :P)

7. Topup Boost App [kegunaan utama Eija pada tahun ini, 2019]

    -setiap kali pembayaran menggunakan Boost App akan dapat shake rewards Boost Coin.:)..
- utk makluman, Eija gunakan Boost App utk bayar bil ASTRO ,streamyx dan bil air.
 Refer SINI

8. Pembayaran utk penginapan

   - Agoda.com
   -Booking.com

9. Fast food outlet

 - KFC

10. Pembayaran bil elektrik di app myTNB

11. Topup app SETEL

Eija sekarang dah bertukar mengisi minyak PETRONAS #supportprodukMalaysia. Bila download  app SETEL, masukkan referral code : 4d9ym untuk dapatkan RM 5 free selepas mengisi minyak bernilai min RM30 #freeduitminyak :P



Buat masa ini, itu sahaja setakat ini yang Eija pernah cuba bayar menggunakan BigPay...

BigPay adalah salah satu platform untuk Eija kumpul AirAsia BigPoints #roadtofreeflighttickets

Kegunaan lain BigPay

1. Pengeluaran wang dari ATM.

Selain itu, kita boleh mengeluarkan duit dalam BigPay through ATM. Eija pernah try withdraw duit dari bank CIMB Indonesia baru-baru ini. Caj Rm10 dikenakan utk pengeluaran.


Ketika transaksi dilakukan, exchange rate used, RM10 =IDR 35,829.46

2. Transfer ke akaun BigPay kawan.

Mudah.within 30 second dah setel.
Contoh: Eija nak bayar hutang kawan, then Eija transfer sahaja ke akaun BigPay Kawan. Untuk makluman.



3. Tracking expenses.

Untuk makluman, setiap rekod penggunaan BigPay disertakan dalam app, maka senang buat tracking perbelanjaan :)

Masukkan referral code : 4LBRSXK6ZJ Untuk dapat RM 10 :):) Extra money dapat:) Terima kasih buat semua yang menggunakan Referral Code Eija:)

p/s: Airasia Bigpoint yg di update dalam apps ambil masa jugak :)