Friday, July 27, 2018

DiscoverPerak: Perak Agro Tourism (PATRO) Tanjung Tualang #throwback


Salam,
Besstttttt sangat PATRO Tanjung Tualang...
Eija dah berpengalaman tidur dalam Tube..hahah. Dulu-dulu Eija perasan hanya ada dkt Pahang sahaja.huhu. Tika Eija dan housemate pergi ke sini sempena promosi Carnival Gila Lah Bola. 1 tube RM 100 include dengan breakfast, 4 activities: cycling, paddle boat, canoe & Farm Tour.  Maka, sorang hanya RM 50...jimatttt dan berbaloi-baloi.

Day 1

Dalam 40 minit dari Sri Iskandar , dah sampai ke PATRO Tanjung Tualang.
Untuk makluman, tempat check in dekat dengan gate yakni Cabin berwarna hijau,.

cabin untuk pendaftaran masuk

antara harga untuk aktiviti

Then , kami ditunjukkan tempat Tube Camp. Kena drive dalam 5 minit masuk ke kawasan tube camp.

kawasan tube camp

tempat penginapan

Lepas check in, letak barang semua, kami request basikal. Yeay, exercise! Kemudian kami pergi melawat kandang kuda, petting zoo dan kawasan sekitar.



Next activity yang kami buat ialah main paddle boat!
Oh, kami juga pergi menunggang kuda! Bayaran kuda tidak termasuk dalam pakej. Bayaran yang dikenakan RM 10 untuk 3-4 pusingan kuda.



Malamnya, kami barbecue... Tempat barbecue ni boleh sewa dari PATRO ya..



Note: ada disediakan pondok untuk menunaikan solat. Tak muat nak solat dalam tube.hehe

Day 2
Bangun awal pagi...aktiviti kami pagi ini adalah mengutip Telur itik!!!hahaha




Kemudian, kami breakfast sebelum sambung aktiviti seterusnya iaitu Farm Tour.

Naik train untuk farm tour

Untuk Farm Tour, kami dibawa ke Ladang penanaman cili (boleh beli cili), diajar bagaimana cara untuk membuat telur masin dan kawasan madu kelulut (boleh try!)
melawat ladang cili
Belajar buat telur masin

hisap madu kelulut

Lepas abes tour Farm, kami main kayak pulak...


Well spent time with activities :)

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook PERAK Agrotourism Resort 

ALAMAT:
Perak Agrotourism Resort,
A15,
31800 Tanjung Tualang,
Perak, Malaysia



p/s: Sila bawa kain basahan untuk yg menginap di tube. mandi guna air kolah/ open shower. Untuk dinner pon kalau boleh siap bawa makanan siap2.

Update as of 9/8/2019:
I found this!!!Promo sempena management baru. Dulu tak silap Eija, Perbadanan negeri Perak yang handle,sekarang dah bertukar ke RAAZ Group.






6 comments:

  1. Hi, nak tanya. Awak booked macam mana ya?

    ReplyDelete
  2. Hai awak, nak tanya, kereta boleh masuk dalam ke, atau sampai entrance je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. time sy pergi dulu tu ,kereta boleh masuk sampai dalam

      Delete