Friday, November 29, 2019

Melabur serendah RM 100??? Bukalah akaun Wahed Invest :) #TabungEija

[Dikemaskini pada 01/05/2020]

Salam,
Wahed invest baru-baru ini dilancarkan dan merupakan "Online halal Investment Platform" yang pertama di Malaysia. Dengan ringkasnya, kita masukkan duit dalam platform pelaburan ini (minima buka akaun RM100 ) dan diuruskan oleh Wahid Invest. Senang, semua buat online ja..Eija suka.Hahaha..Ini sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Untuk Eija, masukkan minimum amaun dan tinggalkan ja dalam akaun tu.hehehh

Cara-cara Eija buka akaun:

1. Download app Wahid Invest dari Play Store.

cari app ini


2.Sign Up 

1-Masukkan email dan maklumat yang diperlukan.

2- Investment profile analisis-
     Eija kategori moderate. Kalau tak setuju dengan yang dia bagi , boleh sahaja tukar kategori lain, aggesive ka .

3- Klik dan Masukkan referal code : rosabd1 (anda akan dapat $10=RM40  RM 20 (bermula 25 Februari 2020) jika memasukkan minimum  RM100 dalam akaun anda selepas pendaftaran dan amaun tersebut berada dalam akaun sekurang-kurangnya 30 hari )


masukkan referral code
Update as of 15/12/2019:
 - Eija perasaan duit  hasil guna referral code dh dapat. Rm 40..Duit FREEEE...
Untunggg.. 

4- Verification proses
     i-Boleh pilih salah satu dokumen untuk proses verifikasi identiti


ii- Kemudian, diperlukan video selfie dan upload (Proses ini lama, lebih dari 20 minit. Eija upload, Eija tinggal handphone dan buat kerja lain )




5-Masukkan duit dalam akaun Wahid Invest (melalui FPX).


6. Selesai semua, tunggu akaun anda di sahkan dalam 2-3 hari bekerja. Duit yg dimasukkan akan berada dalam akaun dalam 1-2 hari bekerja







3. Monitor akaun

Bila akaun dah disahkan, baru duit kita akan dilaburkan dan boleh monitor pelaburan anda :)
Bawah ni akaun Eija, duit baru dilaburkan  28/11/2019 dan dah ada keuntungan 0.26%.




Pecahan portfolio pelaburan hasil amaun duit yang Eija masukkan

Update as of 6 Jan 2020:
Hasil hingga tarikh ini termasuk duit free dapat RM 40 hasil guna referral code :)


Update as of 20 Feb 2020:
Since end of november sampai mid of Feb, sikittt lagi percentage gain nak sampai 6%...baru dalam 3 bln setengah...alhamdulilllah.




Update as of 30 March 2020:
Rugi.huhu..ekonomi dunia terkesan dengan Covid-19.
Selepas dok tengak % gain dah semkin negative, Eija buat keputusan untuk tukar Portfolio kepada  "Aggresive" pada 31/3/2020. Cara nak tukar portfolio? Klik SINI.
 Jom tengok hasil macam mana selepas Eija tukar portfolio:

Update as of 30 April 2020:
Memang tidak di sangka..boleh naik sampai 18%,,,boleh topup ni...memang aggresif. dalam sebulan, dari negative ke 18%. (kalau jatuh,mmg jatuh sungguh ni)





3. Pengeluaran

Eija dah cuba buat pengeluaran..Testing bawa keluar RM 10 ja..hahaha.

1. Pergi dekat FUNDING menu, pilih WITHDRAWAL. Macam Eija nak cuba withdraw, Eija pilih PARTIAL. Kalau nak bawa keluar semua, pilihla FULL.



2.Masukkan amaun untuk pengeluaran.
 3. Masukkan Bank Details
 4. Review dan submit application. Mudah kan? (Tiada caj pengeluaran dikenakan)

5. Tunggu duit masuk dalam akaun. Mengambil masa dekat seminggu juga. Eija submit application 8/1/2020 dan duit masuk dalam akaun 14/1/2020. Untuk makluman, semua transaksi (pengeluaran/penambahan duit) akan dapat emel.

status complete bermakna duit dah masuk dalam akaun bank. Tarikh yg tercatat adalah tarikh kita submit permohonan pengeluaran.

Duit masuk akaun


Lain-lain:

1. Untuk tambah nilai pelaburan dalam akaun ini minima amaun adalah RM100 ( ikut suka bila kita nak tambah :))
2. Fee yang dikenakan:

3. Penambahan dan pengeluaran wang tidak dikenakan caj.
4. Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.Refer artikel SINI
5. Maklumat Lanjut boleh layari website Wahid Invest. Klik SINI

Justifikasi Eija memilih untuk buka akaun Wahid Invest.

1. Kepelbagaian sektor pelaburan dan patuh syariah. Ada panel syariah yang menyelia pelaburan yg dilakukan.
2. Semua proses dilakukan melalui online..Mudah.
3. Diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia , yakni suruhanjaya yang menyelia pelaburan di Malaysia
4. Modal rendah,, RM 100 dah boleh buka akaun.
5. International brand, yakni sudah ada di luar negara.


Semoga dapat membantu! dan jangan lupa masukkan referral code : rosabd1 :):):)


Disclaimer: Setiap risiko pelaburan adalah tanggungjawab sendiri. 
Peringatan juga, pelaburan akan ada untung dan rugi..tak semestinya sentiasa untung.


Cara Eija berjimat/mendapatkan duit FREE? Klik SINI

Pengeluaran wang dari SSPN-i


[kemaskini pada 3/12/2019]
Salam,
Baru-baru ini Eija mengeluarkan duit dari simpanan SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional). Niat Eija menyimpan sikit dalam SSPN untuk digunakan bila nak sambung belajar...hehe..Moga dimurahkan rezeki untuk menyambung ke peringkat tertinggi. Amin.


Cara pengeluaran?

1. Pergi ke pejabat SSPN.
2. Isi borang pengeluaran (Pengeluaran hanya akan masuk ke dalam akaun bank)

Salinan slip pengeluaran

3. Tunggu wang masuk dalam akaun (dalam 2 hari juga untuk masuk ke dalam akaun bank). Eija pi pejabat 26/11/19, duit masuk dalam akaun 28/11/19.



Ija juga baru Cuba, pengeluaran duit sspn di ATM Bank Islam. Cara:

1.Pilih Sspn di mesin paparan ATM
2.Pilih daftar akaun SSPN (utk yg first time nak link ke kad Bank Islam).
3.Masukkan Ic no & akaun no SSPN.
4.Selepas setelkan daftar, baru boleh me lakukan pengeluaran.
5.Setiap pengeluaran dicaj 50sen.
Senang lagi dari pengeluaran di kaunter sspn :)


Btw, simpan di SSPN ni pon dapat dividen..untung juga :)
Sebarang perihal  mengenai  SSPN boleh ke SINI

Semoga dapat membantu..

Monday, November 25, 2019

Jalan-jalan cari makan di Kedah #JJCMEija

Salam,
Sekadar perkongsian tempat makan yang Eija pernah pi :)
Eija bahagikan ikut kawasan pekan , senang sikit...hhaha

Alor Setar
1. Restoran Sri Pumpong
Best lunch sini sebab lauk sedapppp...tapi harga mahal sikit la dari biasa. Restoran kegemaran kami sekeluarga untuk makan tengah hari di Alor Setar.
Kedai berdekatan Kedah Medical Centre..



menu kegemaran kami



2. Koteow Goreng Iman
Kueoteow goreng sedappp tambah telur mata.... Kedai ni bukak start pukul 6 petang gitu..
Kedai di kawasan Mergong.




3. Laksa Ikan sekoq
Keistimewaan, ada ikan sekoq dalam laksa..sedap..
Lokasi: kawasan Mergong..




Jitra

1. Restoran Tok Keramat
Best lunch sini sebab  lauk banyakkkkkkkkkk sangat,sedap dan harga murahhh..



Eija akan update dari semasa ke semasa bila Eija p cuba kedai makan yang lain..
Sebab orang Kedah kan  (orang dok kata tempat sendiri  jarang nak explore kan  :P) dan tambah pulak mak selalu masak..so, jarang-jarang sikit nak makan kt luar :P




Sunday, November 24, 2019

The Puteri Restaurant, Keriang Hill #JJCMEija #DiscoverKedah

Salam,
Eija jumpa promosi dari Restoran Puteri, Keriang Hill Resort.
Buffet Lunch hanya RM 10/ pax....
Jimatttttt


Maka, Jumaat yang lalu Eija berkesempatan ke sana....
Nak pergi kena perut kosong.Hahaha.
Lepastu melantak :P

Menu tarikan adalah masak lemak.
Selain itu, ada masakan bakar, buah-buahan disediakan, sup,ulam dan lain-lain lagi.
Memang berbaloi, tak padan dengan harga..sebab Buffet kan. Makan saja apa yang ada :P
Sekadar peringatan; jangan TAMAK ambil banyak2 dan tak abes..membazir...Ambil sikit- kemudian tambah la bila nak.

Selain itu, boleh menikmati makan tengah hari di tepi tasik...santai...
I love the environment!
Untuk yang nak menginap di situ pon boleh, rumah tradisional melayu...Nanti suatu hari nak cuba menginap di situ..In sha allah, moga2 Eija murah rezeki :)Amin.
Untuk menginap boleh check di website INI



Pintu masuk

Suasana dalam restoran


suasana luar restoran

ada tasik sebelah tu

Santai2...

menu bakar2

antara menu yang kami ambil

kerabu maggi pon ada :P

Promosi sehingga 1 December 2019

Cepat-cepat pi try makan situ..promosi sehingga 1 december 2019 sahaja. Nak tau promosi apa lagi yang ada, layari FB depa.

Info lanjut: FB Keriang Hill


p/s: Muzium Padi dan Pusat Sains Cawangan Utara adalah antara tarikan utama di kawasan Gunung Keriang. Selain itu, kehijauan padi memukau pandangan di sekitar situ :)


Monday, November 18, 2019

5 App penting dalam handphone Eija untuk tahun 2019 #roadtoFreeFlightticket #TipJimat

Salam,
Walaupun tahun 2019 belum berakhir, saja nak kongsi awal, 5 app penting bagi Eija untuk tahun 2019 bagi misi #FreeAirAsiaFlightTickets dan #TipJimatEija.
Untuk tahun 2018 yang lalu, klik SINI.
Berbanding tahun 2018, ada 2 penambahan app baru yang Eija rasa penting untuk mencapai misi Eija :P

5 App Penting:

1. BigPay

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bagi misi#FreeFlight ticket, app BigPay adalah terpenting sekali untuk Eija mengumpul AirAsia Bigpoints.

Review BigPay: Klik SINI
Referral code : 4LBRSXK6ZJ (masukkan kod ini  untuk mendapat RM10 :)

2. Boost

Tujuan:
1. Menambahkan AirAsia bigpoints (Topup boost app guna BigPay)
2. Mengumpul Boost coins untuk menebus duit.

Baru-baru ini, Boost sudah menggantikan sistem baru faedah yang dapat dari Boost. Dulu, penggunaan Boost akan mendapat reward dalam bentuk duit manakala sistem terbaru reward yang  adalah Boost Coin atau duit. Dari pemerhatian Eija, penggunaan kini banyak mendapat Boost Coin berbanding duit. Boost coins yang banyak boleh ditebus untuk duit atau hadiah. Contoh: rm10 utk 1000 boost coin.

Review: Klik SINI
Referral code :ros0TD0   ros23cyf

3. HelloGold

Tujuan:
1. Menabung
2. Mengumpul Boost coins (Beli gold guna Boost App)

Boleh beli emas serendah RM 1....Bagus untuk ada modal rendah , tapi bagi pendapat Eija tak boleh simpan lama-lama  dalam ni sebab caj bulanan akan dikenakan. Bila dah cukup target amount duit nak simpan, jual melalui app (Ini yang Eija buat).

Review: Klik SINI
Referral code: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).

4. ShopBack

Tujuan: Penjimatan duit 

Boost dah ada kerjasama dengan ShopBack, Bayar bil di Boost dapat cashback dari ShopBack dgn syarat ikut cara di bawah:

1. Buka app SHOPBACK.
2. Klik Boost dari app SHOPBACK
3. Klik "Bill payment" dan bayar bil anda (max cashback rm 8/month)


Selain itu, SHOPBACK ni pon banyak berkerjasama dengan web/app shopping seperti Lazada, SHOPEE.. dan sebagainya. So, bleh dapat cashback dari hasil shopping anda :)

Review: Klik SINI
Nak daftar---> : https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
( Guna link atas ni Dapat RM 5 bila dah melakukan pembelian bernilai RM 25 melalui SHOPBACK)

5. MyTNB

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bayar bil elektrik menggunakan kad BigPay :)


Semoga dapat membantu  dan doakan Eija berjaya kumpul point untuk menebus tiket flight airasia free :)



Saturday, November 9, 2019

Salam Maulidur Rasul

Salam,
Mari bersolawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w..Kekasih ALLAH..

Ya Allah,
Semoga kunjunganku menziarahi Rasullullah yang lalu bukan terakhir buatku. Amin.

Makam Rasullullah s.a.w  berada di bawah kubah hijau di Masjid Nabawi 

Friday, November 8, 2019

Review: Shopback #TipJimat Eija

Salam,
Sekadar perkongsian, app/web untuk dapat cashback ...SHOPBACK... Eija dah daftar lama, tapi ignore sahaja, tapi tahun ini Eija install kat handphone & install dekat laptop, baru dapat rasa keuntungannya..hahah..rugi dah sebelum ni tak guna. Eija perasan pon sebab Eija add dekat "EXTENSION" GOOGLE CHROME.

Pros:
1. Dapat cashback berdasarkan pembelian di website/app untuk syarikat yang join shopback.
2. Boleh withdraw duit masuk ke dalam bank #TipJimatEija
3.Withdraw money ke akaun bank mengambil masa 3-5 hari (tak lama sangat)


Duit masuk akaun bank


Cons:
1.Ambil masa selalunya minimum 3 bulan untuk cashback available..Huhu. Lama
2. Minimum pengeluaran ke akaun bank adalah RM 10.

Pembelian bulan 9 ritu, cashback available pada bulan 1 2020


Cara nak dapat cashback:
1. Buka web/app SHOPBACK.
2. Dari web/app SHOPBACK baru klik website/app yang berkenaan pembelian kita.

Antara store yang join shopback


Nak daftar SHOPBACK?
Klik -> https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
Faedah guna link tersebut? Dapat RM 5 bila dah melakukan pembelian bernilai RM 25 melalui SHOPBACK. Jimattt


Shopback dah ada kerjasama dengan Boost,..Bertambah  Untung. Dapat duitt.





Semoga dapat membantu anda memaksimumkan penjimatan dalam pembelian :)

Announcement:
Untuk bulan 11-12/ 2019, Eija perasan di Shopback ada game boleh main di mana berpeluang dapat cabutan bertuah, voucher diskaun dan sebagainya. Nama game " Cashback Trooper".

1. Pergi ke bahagian "Key Event Highlights", akan perasan game "Cashback Trooper"


 2. Main ja game tu, senang ja. Lepas kumpul 150 point, boleh pilih satu kotak dan lihat apa hadiah yang dapat.
hadiah yang Eija dapat
3. Perasan tak, ada hadiah "lucky draw" dalam senarai di atas. Doa-doa Eija dapat cabutan bertuah untuk salah satu hadiah yang diberikan :). Pemenang Cabutan bertuah akan diumukan pada 29 November 2019 (12pm) dan 31 December 2019 (12pm)... Masih ada masa untuk kumpul tiket lucky draw:)

Hadiah  cabutan bertuah.



Jalan-jalan cari makan di Penang #JJCMEija

[Dikemaskini pada 18/11/2019]

Salam,
Sekadar perkongsian tempat makan yang best/ popular di Penang yang Eija pernah pergi.

1. Heritage Ais Tingkap
Mesti cuba bila pi Georgetown sebab tak pernah dengar lagi ada kat tempat lain, Air dia best!

Lokasi: Lebuh Tamil, Georgetown
IG: Heritage Ais Tingkap
Ais Tingkap
 2. Restoran Deen Maju
Terbaikkkk Nasi Kandar untuk Eija  :)
Lokasi: Georgetown




3.Pak Mat Western
Masakan western terbaik dan murahhhhh. Eija cuba mix platter disini :) Memang berbaloi2..

Lokasi: Simpang Ampat




Mix platter: ada chicken grill, lamb grill & etc


4. Restoran Kapitan (Perda)

Eija cuba chicken Milani di sini. Sedappp... Baru first time tau pasal menu chicken milani di sini.hahahahahah

Lokasi: Perda

Chicken Milani. 


5. Cargas Cafe
Memang kena cergas kat sini, kalau tak, tak dapat ayam goreng dia yang sedappppp tu :)

Lokasi: Bayan Lepas



6. Bawal Goreng Pokok Ceri
Penggemar Ikan bawal mesti mai cuba makan sini. Kuah gulai yang disajikan dalam set ikan bawal tu sedapppp

Lokasi: Bayan Lepas
FB: Bawal goreng pokok cheri, bayan lepas

Info
set bawal goreng. Harga: RM 10 tak termasuk air
7. Restoran Kapitan (depan Queensbay)

Di cawangan ini, Eija cuba Briyani chicken claypot. Sedappp api pedas sikit.huhu....Portion nasi briyani pon banyak, untuk perempuan, boleh share 2 orang.hahahah.

Lokasi: Depan Queensbay Pulau Pinang





Tempat2 popular ni kalau terjah selalunya susah sikit nak cari parking, orang ramai kena beratur, kena tunggu tempat nak dapat meja makan..Tapi sebab makan punya pasal, hadap sahaja la...Hahahah


Sesi jalan-jalan cari makan Eija di Penang akan disambung dari semasa ke semasa :P