Friday, November 8, 2019

Jalan-jalan cari makan di Penang #JJCMEija

[Dikemaskini pada 18/11/2019]

Salam,
Sekadar perkongsian tempat makan yang best/ popular di Penang yang Eija pernah pergi.

1. Heritage Ais Tingkap
Mesti cuba bila pi Georgetown sebab tak pernah dengar lagi ada kat tempat lain, Air dia best!

Lokasi: Lebuh Tamil, Georgetown
IG: Heritage Ais Tingkap
Ais Tingkap
 2. Restoran Deen Maju
Terbaikkkk Nasi Kandar untuk Eija  :)
Lokasi: Georgetown




3.Pak Mat Western
Masakan western terbaik dan murahhhhh. Eija cuba mix platter disini :) Memang berbaloi2..

Lokasi: Simpang Ampat




Mix platter: ada chicken grill, lamb grill & etc


4. Restoran Kapitan (Perda)

Eija cuba chicken Milani di sini. Sedappp... Baru first time tau pasal menu chicken milani di sini.hahahahahah

Lokasi: Perda

Chicken Milani. 


5. Cargas Cafe
Memang kena cergas kat sini, kalau tak, tak dapat ayam goreng dia yang sedappppp tu :)

Lokasi: Bayan Lepas



6. Bawal Goreng Pokok Ceri
Penggemar Ikan bawal mesti mai cuba makan sini. Kuah gulai yang disajikan dalam set ikan bawal tu sedapppp

Lokasi: Bayan Lepas
FB: Bawal goreng pokok cheri, bayan lepas

Info
set bawal goreng. Harga: RM 10 tak termasuk air
7. Restoran Kapitan (depan Queensbay)

Di cawangan ini, Eija cuba Briyani chicken claypot. Sedappp api pedas sikit.huhu....Portion nasi briyani pon banyak, untuk perempuan, boleh share 2 orang.hahahah.

Lokasi: Depan Queensbay Pulau Pinang





Tempat2 popular ni kalau terjah selalunya susah sikit nak cari parking, orang ramai kena beratur, kena tunggu tempat nak dapat meja makan..Tapi sebab makan punya pasal, hadap sahaja la...Hahahah


Sesi jalan-jalan cari makan Eija di Penang akan disambung dari semasa ke semasa :P

2 comments:

  1. kalau ramai parking pun susah..SEDAP x pe..klau x sedap tu yg furst ek

    ReplyDelete