Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Saturday, May 2, 2020

Solo trip ke Hatyai menaiki kereta api #2020

Salam,

Sekadar perkongsian Eija ke Hatyai dan ini merupakan solo trip pertama  Eija ke Hat Yai dan trip pertama buku Merah untuk tahun 2020. Medium pengangkutan ke sana semestinya kereta api, kegemaran Eija. Btw, trip ini bulan 2 yang lalu, dan ketika itu kes Covid-19 tak banyak dan tak seteruk masa kini. Eija berani membuat keputusan untuk ke Hatyai tika itu memandangkan tiada kes dicatatkan lagi di Hatyai dan di Malaysia kurang lagi kes dan tiada halangan dari kerajaan. 


Day 1  (22/2/2020)

Bergerak ke Padang Besar dari stesen Anak Bukit menaiki komuter. Selepas sampai di Padang Besar terus beli tiket dan beratur untuk imigresen. Misi untuk santai-santai  sahaja sebab pergi seorang sahaja. Fikir positif ja sebab dah pernah sampai Hatyai.heheh...Eija ambil kereta api trip pagi. 
Di imigresen Hatyai, disediakan hand santizer. Prevention :)

Note: Jangan lupa bawa pen untuk mengisi white card.

Ketika sampai di stesen Hatyai, ada staff Hatyai Train menyambut dengan menyembur hand sanitizer ke atas tapak tangan. Good inisiatif.

Eija sampai awal lagi, check in pukul 2, maka Eija pergi berjalan-jalan di depan kawasan Plaza Lee Garden.
Rezeki awal pagi, dapat makan Ais Krim Kelapa. Wajibbbb ni :P




Kemudian ronda-ronda cuci mata di Plaza Lee Garden. Dah bosan, keluar , g watson, 7E dan tengok gerai2 di hadapan Lee Garden. Kemudian, Eija terpandang Free Shuttle  Tuk Tuk  ke Hatyai Central Festival (hadapan Lee Garden). Hatyai Central Festival ni mall besar dekat Hatyai. Apa lagi, Eija tanya dan dia cakap boleh naik. jimattt...

shuttle tuk tuk

Bila dah sampai Hatyai Festival, sebelum masuk, kena cek suhu dan barang dulu ya. Memang Thailand dah ambil precaution. Pastu dalam mall tu Eija tengok hand sanitizer pon disediakan untuk pengunjung. Good action taken.

Hand sanitizer
Kedai paling Eija suka ialah kedai 10 bath......Menarik dan jimat...cheapskate :P


Selain itu, Eija dok spend time dekat Watson. Promosi menarik. Patutla orang Malaysia suka masuk Watson Thailand. Selepas itu, Eija kembali ke Hatyai Train station sebab Eija akan menginap di Train Hotel.

Alkisahnya,, Eija menunggu di tempat shuttle tuk tuk free. Ada jadual seperti di bawah. Eija dok tunggu dan perasan ada ja tuk tuk shuttle free tu (ada banner dekat tuk tuk tu), Eija dok ingat dia akan panggil atau tanya orang yang menunggu di situ. Rupa-rupanya TIDAK. Maka terlepas tuk tuk FREE.huhu... So, Eija kena cari tuk tuk untuk kembali ke Hatyai Train Station. Lepas  tawar menawar dapat la 50 bath. Mula-mula dia letak 100 bath.huhu




Naik tuk tuk sorang-sorang

Kemudian, Eija check in di The Train Hotel. Review Eija, klik SINI.




Eija rehat di hotel....Bila dah petang, Eija keluar balik dekat area depan Plaza Lee Garden. Meriah situ...banyak orang jual dan tuk tuk pon banyak...tapi Eija pergi jalan kaki sahaja...nk jimat.ahhahahhah.. pergi beli makanan sebab lapar.hahah.


makanan wajib juga ni kat Thailand :P

gerai2

makanan wajib :)

Untuk makluman, di 7E Thailand sudah TIDAK MEMBEKALKAN PLASTIK, maka standby siap2 bawa plastik beg sendiri.huhu.. Kemudian balik berehat di hotel dan makan.hahha.

Pada malam hari, kawan Eija, Noree datang ambil Eija dan dia bawa ronda-ronda dan makan. Mula-mula kami ke Makinta. Eija pertama kali sampai sini. Info dari Noree, Makinta ni port baru di Hatyai...tempat dia ala foodcourt..tapi besarrrrrr siap ada band nanyi, orang jual barang selain makanan.



Dinner malam ni Noree belanja...TQ Noree :)



Kemudian selepas di Makinta, Noree belanja lagi makan....TQ Noree... Kami makan di  Chalee D'Hatyai.. Restoran ni pon pertama kali Eija sampai....Ramai orang.. Boleh try next time pi Hatyai :)



makan..
Kemudian, Noree hantar balik dan zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Day 2 (23/2/2020)


Eija ambil train pagi disebabkan petang nanti dah nak balik ke Perak. Short trip sahaja ke Hatyai :P Ketika sampai di Padang Besar, pemeriksaaan suhu badan dilakukan di pintu masuk Malaysia, dan peg. KKM menyoal perjalanan kita sama ada pernah travel ke China/Singapura dalam tempoh 2 minggu sebelum itu.

Sekian catatan solo trip Eija ke Hatyai.


Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2019, Klik SINI
Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2016, Klik SINI



Friday, February 28, 2020

Review: The Train Hotel Hatyai

Salam,
Baru-baru ini Eija pergi ke Hatyai #solotrip dan Eija menginap di The Train Hotel Hatyai.



Price
Eija book melalui AGODA. Eija dapat harga RM 90.97...



Deposit
Deposit diperlukan, sepatutnya 500 bath tapi Eija bagitau tak cukup duit Bath,duit RM pon boleh. Deposit Eija RM50. 

Location
-Terletak di stesen kereta api (Hatyai Junction)
- Berhadapan Robinson store
-Boleh jalan kaki sahaja ke Plaza Lee Garden

Breakfast
-Untuk pakej Eija , breakfast tak termasuk. Tapi Eija perasan ja kalau nak book makanan breakfast boleh dapat dalam 50bath. 

Room
- Bilik besarrrrr. Dah la Eija duduk sorang2.heheh
-Ada aircond.
-Ada TV
-Air mineral disediakan di dalam bilik
-Kettle disediakan.
-Peti Ais disediakan.
-Petunjuk kiblat ada disediakan. 



Bathroom
-Ok. BERSIH! 
-Towel Disediakan
-Sabun disediakan.


Wifi
- Provided dan OK. Tak slow pon.Eija whatsapp call dengan mak clear ja.heheh

Lain-lain
-Disediakan ais di tingkat 2 (PERCUMA). Eija menginap di tingkat 3. Bekas untuk letak ais pon disediakan (dalam bilik).
- kalau siang hari, standby la dok dengar bunyi hon kereta api selalu :P
tong ais

Conclusion:

Value for money ..Recommended.


p/s: Nak baca solo trip Eija ke Hatyai? Klik SINI

Friday, July 26, 2019

Makanan kegemaran Eija di Thailand #JJCMEija

Salam,
Sekadar perkongsian, makanan yg menjadi kesukaan Eija di Thailand dan anda mesti cuba.hahahah
Kebanyakan makanan ringan-ringan ja.hehe
.

1. Ais krim kelapa




Ini memang wajibbbbbbbb anda cuba. Cukup pekat santan dan kelapa.Original rasa. Eija pernah cuba di Samila Beach dan Hatyai. Harga sekitar 40 bath. Untuk makluman, sekarang di Padang Besar pon ada jual (rasa-rasa orang Thai yang jual). Eija pernah beli kt Padang Besar hujung tahun lepas. memang rasa pure ais krim kelapa.

2. Daging bakar
Setakat ni Eija selalu makan daging bakar di Dannok. Harga selalu satu bungkus tu dalam 100 bath.

3. Pulut + ayam goreng
Di Malaysia, jrg kan kita makan macam ni. Tapi di Thailand mesti try. Setakat ni paling sedap ayam goreng Eija pernah cuba adalah di kedai Kaitod Decha, Hatyai.

4. Pancake
Ala-ala roti canai di Malaysia cuma lagi nipis dan banyak jenis. Eija pernah cuba di Krabi dan Dannok, memang wajib cuba. Haha,. Eija suka beli yang letak pisang dalam  tu.

5.Air jenama meiji




Eija dapatkan dari 7-11 Thailand. Memang recommended terutama perisa Pisang. Kat Malaysia, mana ada air pisang,hehe. Maka wajib cuba,ok?

6. Green tea

Minuman yg dulu rasa tak sedap, sekarang rasa sedap plak.hahhaha...tapi kt Malaysia pon sekarang dah ramai mula jual air green tea.

7. Maggi Siam


Eija buat stok maggi ni. Eija beli kat Dannok sekotak terus.hahhahah. Suka maggi ni sebab urat halus .hahahha...Perisa dia jangan letak banyak,pedas..huhu.. Orang Thai guna Maggi seperti dalam gambar untuk membuat Kerabu Maggi. Sebab Eija tak berapa suka pedas, maka Eija tak try lagi kerabu Maggi di Thailand.hahhahah

Senarai di atas merupakan kegemaran Eija. Will update jika Eija discover makanan lain yg anda patut cuba:)

Friday, June 28, 2019

Day Trip to Hatyai 2019

Salam,
Semangat nak update. Hari ini Eija pergi Hatyai, balik hari menggunakan kereta api.heheh.
Nak lepas gian naik kereta api dan dah lama tak gi backpack...hahaha

[ Klik SINI untuk pengalaman Eija buat day trip ke Hatyai pada tahun 2016]

Kami gerak dari rumah sekitar 7.20 pagi dan parking kereta di stesen Anak Bukit. Kami menaiki komuter pukul 8.38 pagi untuk ke Padang Besar. 

Komuter dari Anak Bukit ke Padang Besar: RM 4.20/pax (promosi XTRA 20- diskaun 20%)


dekat tiket ada tulis XTRA20



Kemudian, terus ke kaunter tiket Bahagian Thailand (Pintu masuk ikut Platform 2) untuk membeli tiket. Ketika pembelian tiket kena tunjuk passport/border pass.

Shuttle Train dari Padang Besar ke Hatyai: 50 bath/ pax


Kemudian, isi borang departure/arrival card. Kemudian, beratur di imigresen Malaysia. Jangan lupa bawa pen ya, senang:)..kemudian selepas imigresen Malaysia, ke imigresen Thailand, sebelah menyebelah ja.

Untuk makluman,jadual train ke Hatyai untuk pagi pada pukul 9.55 pagi (waktu Malaysia). Tapi jangan risau, asalkan ada tiket, memang train akan tunggu kita. Kedudukan "Free seating". Tadi pon  train bergerak lambat sikit. Eija antara yang terakhir selesaikan urusan imigresen tadi.hahahah. Train kali ini tingkap buka & kipas.. Di dalam train ada juga orang datang jual simcard DTAC, 200 bath jika berminat untuk membeli. Memandangkan kami hanya akan menggunakan masa hanya beberapa jam di Hatyai, kami tak beli pon la simcard.heheh


amik gambar time train berhenti

dalam train

Dalam sejam, sampaila di Hatyai Junction! Destinasi pertama kami adalah Kaitod Decha! Restoran yang memang popular di kalangan rakyat Malaysia.hahahha. Keluar dari stesen kereta api, jalan sikit baru kami ambil tuk tuk.

Tuk tuk ke Kaitod Decha: 50 bath (2 pax)


Naik tuk tuk

Masa untuk makan!

sedapp...teh ais menarik kan? 


Selepas selesai makan, merayau-rayau. Kami jalan kaki sahaja dari Kaitod Decha ke Plaza Lee Garden. Kemudian , ronda-ronda sekitar tu dengan jalan kaki sahaja.  Mula-mula ingat nak pergi Hatyai Central tapi tak jadi sebab rasa tambang tuk tuk mahal.haha. Kemudian buat keputusan ronda sekitar tu. Akhir jumpa jugak kedai jual aiskrim kelapa.Apa lagi pekena aiskrim kelapa la ( kawasan berhadapan 7-11 berdekatan Lee Garden Hotel). Menu wajib kalau jumpa di Thailand ni.hahahah.

kedai jual ais krim kelapa




Kemudian sambung jalan kaki. Dan rasa dekat pukul 1 ptg (waktu Thailand) kami bergerak ke stesen kereta api untuk membeli tiket balik ( dah letih + kekenyangan).hahaha. Tiket balik pada pukul 2 Ptg (waktu Thailand). Harga tiket sama sahaja macam yang datang pagi tadi. Tunggu pengumuman untuk naik kereta api.

Shuttle Train dari  Hatyai ke Padang Besar: 50 bath/ pax

beli tiket di kaunter yg bertulis "Ticket for Travel Today" 

Tiket balik

nak balik  Malaysia dah

Air pisang. Recommended.


Sempat terlelap juga dalam kereta api sebab letih dan kekenyangan.hahah. Kemudian apabila  tiba di Padang Besar, cepat-cepat keluar ke kaunter imigresen untuk dapatkan giliran awal. Kalau lambat, jenuh berdiri untuk setelkan urusan imigresen sebab orang ramai. hehehe..

Kemudian beli tiket komuter ke Anak Bukit.

Komuter dari Padang Besar ke Anak Bukit: RM 4.20/pax (promosi XTRA 20- diskaun 20%)
(Kena tunjuk IC utk dapatkan promo XTRA20)

Kos pengangkutan (Per pax):
 Tiket Komuter: RM 4.20 + RM 4.20= RM 8.40
Thailand : 50 bath + 50 bath +25 bath = 125 Bath

Overall, budget Eija di Hatyai sekitar 500 bath kali ini termasuk makan dan pengangkutan. 
Sekian trip Eija ke Hatyai kali ini. Rasa dok dekat Hatyai tu tambah tolak tak sampai 4 jam pon.hahahahahahahahha. Tak pa la, dapat lepas gian nak naik train dan dapat tambah koleksi cop di buku merah jadi la.hahahah

p/s: Kredit gambar kebanyakan dari handphone Amer.

Monday, January 21, 2019

Throwback Sesi Jalan-Jalan Eija 2018

Salam,
Sekadar mengimbas tempat yg Eija pergi jalan-jalan untuk tahun 2018.

Cuti-cuti Malaysia

Discover Selangor

SnoWalk I-City
Tak dapat rasa real snow lagi, dapat g SnoWalk I-city pon jadi la :)


Discover Melaka

Pantai Puteri Melaka
One of my favourite beach:)

Discover Perak 

Bandar Agacia, Kampar

Tin Dredge, Tanjung Tualang

PATRO Tanjung Tualang
Repeat 2x ok:)



Gaharu Tea Valley, Gopeng




Gua Tempurung, Gopeng

Movie Animation Perak (MAPS), Ipoh


Gunung Lang, Ipoh
Ride boat @ Gunung Lang



Discover Perlis

Kuala Perlis


Tasik Melati


Gua Kelam


Discover Kedah

Gunung Jerai



Cuti-cuti luar

Indonesia

Mount Bromo
Finally, one of my wishlist tercapai:)



Yogjakarta
Again! I  love Yogja so much!.Hahah


Thailand

Sakom Beach-Songkhla-Hatyai
Ni family Trip :)



p/s: will update later..