Thursday, May 9, 2019

Umrah & Ziarah : Part 4

sambungan dari sini

Day 4 (20/4/2019)

Sekitar pukul 7 pagi kami berkumpul di dewan makan untuk bacaan yassin & tahlil serta taklimat untuk umrah. Kami bakal bergerak ke Mekah pada keesokan hari nya. Boleh tulis atas kertas hajat yang di inginkan dan bacaan tahlil untuk arwah saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah. Selain itu, boleh kirimkan sedekah wang tunai kepada mutawif untuk majlis bacaan yassin ini. Duit itu akan dirotate dan digunakan untuk makanan tengah hari iaitu nasi arab daging unta. Sedappp.

Daging unta :)


Kemudian pada sekitar 2 petang kami berkumpul untuk yang ingin menyertai ziarah tambahan. Pada yang ingin menyertainya dikenakan bayaran 50 riyal/pax. Semestinya Eija mengambil peluang ini, untuk mengetahui lagi tempat sejarah di Madinah. Destinasi yang dituju:

1.Masjid Ijabah
 - Di masjid ini, Rasullulah s.a.w berdoa. Hanya 2 dari 3 doa nabi dimakbulkan. Doa yang tidak dimakbulkan ialah tiada persengketaan antara umat-umat Islam.

Renungan: Maka yang demikian terdapat perbezaan fahaman umat Islam.



2. Masjid Sajadah (Abi Dzar)

3.Gua Maharis (Gua Uhud)

-Tertitis darah Nabi Muhammad s.a.w ketika perang Uhud. Gua berbau wangi hingga kini. Tapi kawasan gua tidak boleh masuk disebabkan kerajaan Arab Saudi tutup dengan simen bagi mengelakkan ritual bertentangan dengan agama.


4. Masjid Shaikhain

5. Masjid Qiblatain

6. Telaga Salman Al Farisi

7. Telaga Ghar's

8. Masjid Musobih
- Nabi Muhammad s.a.w dirikan solat subuh yang pertama di Madinah

9. Telaga Izziq
-Telaga yang Rasullullah s.a.w pernah ludah. Datang ke sini, bawalah banyak botol kosong untuk isi air dari telaga tersebut. In sha allah, boleh jadi penawar penyakit. Terdapat ladang kurma juga di kawasan ini dan boleh membeli kurma di sini juga.

air dari telaga Izziq


Kebanyakan tempat sejarah di Madinah ini tidak dijaga dengan baik oleh kerajaan Arab Saudi. Sayang jugak la.huhuhu

Ada beberapa tempat kami hanya tengok dari dalam coaster sahaja.



Umrah & Ziarah: Part 3


sambungan dari sini 

Day 3: 19 /4/2019

Hari Jumaat, kami akan mengikuti ziarah Madinah (luar).Ini termasuk dalam pakej. Dikehendaki berkumpul pukul 6.30 pagi. Destinasi kami:

1. Masjid Quba'

kumpulan Bas no 3

"Solat di Masjid Quba' sama seperti mengerjakan satu umrah"
(Riwayat al-Tarmizi)


Di sini, mak Eija kehilangan selipar walhal kasut Eija ada sekali. Selipar mak di atas, kasut Eija di bawah. Kami tak letak dalam plastik, hanya letak dalam rak. maka, peringatan, kena masukkan kasut dalam plastik sebelum letak di rak kasut yang disediakan.

2. Ladang kurma

Tips: Beli kurma murah kat sini. Selepas perbandingan,barang lain mahal, lebih baik beli kat bukit uhud @ pasar kurma.

suasana di dalam kedai di ladang kurma. Gambar dari angah


3. Bukit Uhud

Kisah perang Uhud yang berlaku di sini dan terdapat perkuburan para syuhada yg shahid ketika perang tersebut. Ketika perang Uhud, pasukan pemanah telah ditempatkan di atas Bukit pemanah.

berlatar belakangkan bukit pemanah. Gambar dr angah

4.Pasar Kurma

Boleh sambung membeli kurma dan sebagainya :P

Kemudian, pulang ke hotel,lunch dan kaum lelaki bersiap untuk solat Jumaat. Kemudian, aktiviti bebas.








Umrah & Ziarah : Part 2


sambungan dari sini

Day 2 (18/4/2019)

Kami menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi...Masuk melalui pintu 15..Sebelum masuk ke dalam masjid ada anggota polis wanita akan periksa beg. Selain itu, bawa plastik beg untuk letak kasut. Boleh di bawa skali masuk ke dalam masjid atau tinggalkan beg plastik tersebut di rak kasut yang disediakan. Kalau terlupa bawa beg plastik, tidak mengapa, ada disediakan. Kena cari tempat yang disediakan plastik tersebut :)...

suasana dalam masjid Nabawi


di perkarangan Masjid Nabawi
Kemudian, sekitar 7 pagi ada taklimat dari Ustazah Hamidah untuk kaum wanita, untuk pergi ke Raudhah. Taman Syurga... Untuk masuk ke raudah, masuk melalui pintu 25. 

duduk menunggu di check point terakhir sebelum dibenarkan masuk
Kubah hijau tersebut menandakan terdapat makam Rasullullah di bawah itu. Jangan lupa memberi salam kepada Rasullullah dan sahabat baginda,Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A dan Saidina Umar Al-Khatab R.A....

Kami rindumu Ya Rasullullah. 

Alhamdulillah, rombongan dari Asia adalah yang terakhir dibenarkan masuk untuk slot pagi tersebut. Kawasan raudah adalah kawasan yang berkarpet warna hijau. Solatlah di kawasan karpet hijau tersebut. Please staandby orang tolak menolak untuk solat di raudhah kerana waktu terhad.

menunggu di check point terakhir sebelum giliran masuk ke raudhah


Selepas itu , aktiviti bebas...
Jangan lupa ambil kesempatan untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi (bukan di perkarangan ya).

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)                           


p/s: Untuk makluman, kaum wanita hanya ada waktu tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke Raudah.



Tuesday, May 7, 2019

Umrah & Ziarah: Part 1

Salam,..
Alhamdulillah, Eija mendapat peluang ke bumi Madinah & Mekah sekali lagi. Pertama kali Eija ke sana pada tahun 2011. Alhadullilah atas rezeki ini, dapat kembali ke sana semula. Terima kasih mak dan abah belanja Eija:):):)
Sekadar coretan pengalaman ketika di sana (17/4/2019-28/4/2019).

Day 1 (17/4/2019)

Berkumpul di KLIA around 10 am. Alhamdulillah , kali ini kami bertujuh ke sana dan kami mengikuti pakej dari Vacasia Tours & Travels anak syarikat kepada Andalusia Travel & Tours.  Kami bertujuh, Eija, parents, adik & family kakak. Penerbangan menggunakan MAS A380, terus ke Madinah. Untuk makluman, Andalusia tempah satu kapal tu untuk semua yang mengambil pakej dari mereka dan anak- anak syarikat Andalusia. Penerbangan mengambil masa dalam hampir 9 jam.

sumber: FB Vacasia Tours &Travels




Kami tiba di airport Madinah lewat petang. Madinah lambat 5 jam dari Malaysia. Untuk solat, mutawif sarankan kami solat jamak takhir. Masa ketibaan kami,  masih ada waktu Asar. Jika hendak tunaikan solat sebelum imigresen pon boleh, ada tandas untuk mengambil wudhu dan boleh solat di ruang yang ada. Nak solat sesudah melepasi imigresen pon boleh, ada ruang solat disediakan. Kemudian, tunggu  ambil bagasi dan bergerak ke kawasan bas. Terdapat 13 bus menunggu dan kami  ditetapkan bus no 3. Mutawif untuk bus kami ialah Ustaz Hasbullah Khalid. Kemudian, kami bergerak ke hotel Mawaddah. 

Ketika di Airport Madinah


to be continued....






Monday, May 6, 2019

Salam Ramadan

Salam,,,
Selamat berpuasa semua!
Semoga urusan menunaikan ibadah kita dipermudahkan dan amalan kita diterima-Nya:)