Thursday, May 9, 2019

Umrah & Ziarah: Part 3


sambungan dari sini 

Day 3: 19 /4/2019

Hari Jumaat, kami akan mengikuti ziarah Madinah (luar).Ini termasuk dalam pakej. Dikehendaki berkumpul pukul 6.30 pagi. Destinasi kami:

1. Masjid Quba'

kumpulan Bas no 3

"Solat di Masjid Quba' sama seperti mengerjakan satu umrah"
(Riwayat al-Tarmizi)


Di sini, mak Eija kehilangan selipar walhal kasut Eija ada sekali. Selipar mak di atas, kasut Eija di bawah. Kami tak letak dalam plastik, hanya letak dalam rak. maka, peringatan, kena masukkan kasut dalam plastik sebelum letak di rak kasut yang disediakan.

2. Ladang kurma

Tips: Beli kurma murah kat sini. Selepas perbandingan,barang lain mahal, lebih baik beli kat bukit uhud @ pasar kurma.

suasana di dalam kedai di ladang kurma. Gambar dari angah


3. Bukit Uhud

Kisah perang Uhud yang berlaku di sini dan terdapat perkuburan para syuhada yg shahid ketika perang tersebut. Ketika perang Uhud, pasukan pemanah telah ditempatkan di atas Bukit pemanah.

berlatar belakangkan bukit pemanah. Gambar dr angah

4.Pasar Kurma

Boleh sambung membeli kurma dan sebagainya :P

Kemudian, pulang ke hotel,lunch dan kaum lelaki bersiap untuk solat Jumaat. Kemudian, aktiviti bebas.








No comments:

Post a Comment