Thursday, May 9, 2019

Umrah & Ziarah : Part 2


sambungan dari sini

Day 2 (18/4/2019)

Kami menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi...Masuk melalui pintu 15..Sebelum masuk ke dalam masjid ada anggota polis wanita akan periksa beg. Selain itu, bawa plastik beg untuk letak kasut. Boleh di bawa skali masuk ke dalam masjid atau tinggalkan beg plastik tersebut di rak kasut yang disediakan. Kalau terlupa bawa beg plastik, tidak mengapa, ada disediakan. Kena cari tempat yang disediakan plastik tersebut :)...

suasana dalam masjid Nabawi


di perkarangan Masjid Nabawi
Kemudian, sekitar 7 pagi ada taklimat dari Ustazah Hamidah untuk kaum wanita, untuk pergi ke Raudhah. Taman Syurga... Untuk masuk ke raudah, masuk melalui pintu 25. 

duduk menunggu di check point terakhir sebelum dibenarkan masuk
Kubah hijau tersebut menandakan terdapat makam Rasullullah di bawah itu. Jangan lupa memberi salam kepada Rasullullah dan sahabat baginda,Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A dan Saidina Umar Al-Khatab R.A....

Kami rindumu Ya Rasullullah. 

Alhamdulillah, rombongan dari Asia adalah yang terakhir dibenarkan masuk untuk slot pagi tersebut. Kawasan raudah adalah kawasan yang berkarpet warna hijau. Solatlah di kawasan karpet hijau tersebut. Please staandby orang tolak menolak untuk solat di raudhah kerana waktu terhad.

menunggu di check point terakhir sebelum giliran masuk ke raudhah


Selepas itu , aktiviti bebas...
Jangan lupa ambil kesempatan untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi (bukan di perkarangan ya).

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)                           


p/s: Untuk makluman, kaum wanita hanya ada waktu tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke Raudah.



No comments:

Post a Comment