Thursday, May 9, 2019

Umrah & Ziarah : Part 4

sambungan dari sini

Day 4 (20/4/2019)

Sekitar pukul 7 pagi kami berkumpul di dewan makan untuk bacaan yassin & tahlil serta taklimat untuk umrah. Kami bakal bergerak ke Mekah pada keesokan hari nya. Boleh tulis atas kertas hajat yang di inginkan dan bacaan tahlil untuk arwah saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah. Selain itu, boleh kirimkan sedekah wang tunai kepada mutawif untuk majlis bacaan yassin ini. Duit itu akan dirotate dan digunakan untuk makanan tengah hari iaitu nasi arab daging unta. Sedappp.

Daging unta :)


Kemudian pada sekitar 2 petang kami berkumpul untuk yang ingin menyertai ziarah tambahan. Pada yang ingin menyertainya dikenakan bayaran 50 riyal/pax. Semestinya Eija mengambil peluang ini, untuk mengetahui lagi tempat sejarah di Madinah. Destinasi yang dituju:

1.Masjid Ijabah
 - Di masjid ini, Rasullulah s.a.w berdoa. Hanya 2 dari 3 doa nabi dimakbulkan. Doa yang tidak dimakbulkan ialah tiada persengketaan antara umat-umat Islam.

Renungan: Maka yang demikian terdapat perbezaan fahaman umat Islam.



2. Masjid Sajadah (Abi Dzar)

3.Gua Maharis (Gua Uhud)

-Tertitis darah Nabi Muhammad s.a.w ketika perang Uhud. Gua berbau wangi hingga kini. Tapi kawasan gua tidak boleh masuk disebabkan kerajaan Arab Saudi tutup dengan simen bagi mengelakkan ritual bertentangan dengan agama.


4. Masjid Shaikhain

5. Masjid Qiblatain

6. Telaga Salman Al Farisi

7. Telaga Ghar's

8. Masjid Musobih
- Nabi Muhammad s.a.w dirikan solat subuh yang pertama di Madinah

9. Telaga Izziq
-Telaga yang Rasullullah s.a.w pernah ludah. Datang ke sini, bawalah banyak botol kosong untuk isi air dari telaga tersebut. In sha allah, boleh jadi penawar penyakit. Terdapat ladang kurma juga di kawasan ini dan boleh membeli kurma di sini juga.

air dari telaga Izziq


Kebanyakan tempat sejarah di Madinah ini tidak dijaga dengan baik oleh kerajaan Arab Saudi. Sayang jugak la.huhuhu

Ada beberapa tempat kami hanya tengok dari dalam coaster sahaja.



No comments:

Post a Comment