Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, May 9, 2019

Umrah & Ziarah: Part 3


sambungan dari sini 

Day 3: 19 /4/2019

Hari Jumaat, kami akan mengikuti ziarah Madinah (luar).Ini termasuk dalam pakej. Dikehendaki berkumpul pukul 6.30 pagi. Destinasi kami:

1. Masjid Quba'

kumpulan Bas no 3

"Solat di Masjid Quba' sama seperti mengerjakan satu umrah"
(Riwayat al-Tarmizi)


Di sini, mak Eija kehilangan selipar walhal kasut Eija ada sekali. Selipar mak di atas, kasut Eija di bawah. Kami tak letak dalam plastik, hanya letak dalam rak. maka, peringatan, kena masukkan kasut dalam plastik sebelum letak di rak kasut yang disediakan.

2. Ladang kurma

Tips: Beli kurma murah kat sini. Selepas perbandingan,barang lain mahal, lebih baik beli kat bukit uhud @ pasar kurma.

suasana di dalam kedai di ladang kurma. Gambar dari angah


3. Bukit Uhud

Kisah perang Uhud yang berlaku di sini dan terdapat perkuburan para syuhada yg shahid ketika perang tersebut. Ketika perang Uhud, pasukan pemanah telah ditempatkan di atas Bukit pemanah.

berlatar belakangkan bukit pemanah. Gambar dr angah

4.Pasar Kurma

Boleh sambung membeli kurma dan sebagainya :P

Kemudian, pulang ke hotel,lunch dan kaum lelaki bersiap untuk solat Jumaat. Kemudian, aktiviti bebas.








Umrah & Ziarah : Part 2


sambungan dari sini

Day 2 (18/4/2019)

Kami menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi...Masuk melalui pintu 15..Sebelum masuk ke dalam masjid ada anggota polis wanita akan periksa beg. Selain itu, bawa plastik beg untuk letak kasut. Boleh di bawa skali masuk ke dalam masjid atau tinggalkan beg plastik tersebut di rak kasut yang disediakan. Kalau terlupa bawa beg plastik, tidak mengapa, ada disediakan. Kena cari tempat yang disediakan plastik tersebut :)...

suasana dalam masjid Nabawi


di perkarangan Masjid Nabawi
Kemudian, sekitar 7 pagi ada taklimat dari Ustazah Hamidah untuk kaum wanita, untuk pergi ke Raudhah. Taman Syurga... Untuk masuk ke raudah, masuk melalui pintu 25. 

duduk menunggu di check point terakhir sebelum dibenarkan masuk
Kubah hijau tersebut menandakan terdapat makam Rasullullah di bawah itu. Jangan lupa memberi salam kepada Rasullullah dan sahabat baginda,Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A dan Saidina Umar Al-Khatab R.A....

Kami rindumu Ya Rasullullah. 

Alhamdulillah, rombongan dari Asia adalah yang terakhir dibenarkan masuk untuk slot pagi tersebut. Kawasan raudah adalah kawasan yang berkarpet warna hijau. Solatlah di kawasan karpet hijau tersebut. Please staandby orang tolak menolak untuk solat di raudhah kerana waktu terhad.

menunggu di check point terakhir sebelum giliran masuk ke raudhah


Selepas itu , aktiviti bebas...
Jangan lupa ambil kesempatan untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi (bukan di perkarangan ya).

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)                           


p/s: Untuk makluman, kaum wanita hanya ada waktu tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke Raudah.



Tuesday, May 7, 2019

Umrah & Ziarah: Part 1

Salam,..
Alhamdulillah, Eija mendapat peluang ke bumi Madinah & Mekah sekali lagi. Pertama kali Eija ke sana pada tahun 2011. Alhamdullilah atas rezeki ini, dapat kembali ke sana semula. Terima kasih mak dan abah belanja Eija:):):)
Sekadar coretan pengalaman ketika di sana (17/4/2019-28/4/2019).

Day 1 (17/4/2019)

Berkumpul di KLIA around 10 am. Alhamdulillah , kali ini kami bertujuh ke sana dan kami mengikuti pakej dari Vacasia Tours & Travels anak syarikat kepada Andalusia Travel & Tours.  Kami bertujuh, Eija, parents, adik & family kakak. Penerbangan menggunakan MAS A380, terus ke Madinah. Untuk makluman, Andalusia tempah satu kapal tu untuk semua yang mengambil pakej dari mereka dan anak- anak syarikat Andalusia. Penerbangan mengambil masa dalam hampir 9 jam.

sumber: FB Vacasia Tours &Travels




Kami tiba di airport Madinah lewat petang. Madinah lambat 5 jam dari Malaysia. Untuk solat, mutawif sarankan kami solat jamak takhir. Masa ketibaan kami,  masih ada waktu Asar. Jika hendak tunaikan solat sebelum imigresen pon boleh, ada tandas untuk mengambil wudhu dan boleh solat di ruang yang ada. Nak solat sesudah melepasi imigresen pon boleh, ada ruang solat disediakan. Kemudian, tunggu  ambil bagasi dan bergerak ke kawasan bas. Terdapat 13 bus menunggu dan kami  ditetapkan bus no 3. Mutawif untuk bus kami ialah Ustaz Hasbullah Khalid. Kemudian, kami bergerak ke hotel Mawaddah. 

Ketika di Airport Madinah


to be continued....






Saturday, February 10, 2018

Jakarta-Bogor-Bandung, Day 2 #throwback

Day 2

Bangun tidur & siap-siap untuk check out. Destinasi hari kedua kami ialah:

Taman Safari Bogor

Tempat ni besttttttt gila..Memang hari ke -2 dekat sini sahaja. Fee around 350 K IDR/pax. Mula-mula sebelum pergi rasa tak berbaloi sebab pergi zoo sahaja & tiket mahal, tapi bila dah sampai sana memang bestttt dan berbaloi bayar.hahahhah..something different.. memang wajib pergi sini tau:)

Apa yang best di sini bagi Eija?

1. Rasailah pengalaman bagi makan dekat binatang dari dalam kereta (beli carrot di tepi jalan sebelum masuk taman safari, lagi murah) .

2. Kawasan sekitar safari yang menarik dan kreatif. Di antaranya, Lalu atas air/sungai yang mengalir di atas jalan raya.

3. Show yang menarik. Yang sempat Eija pi tengok adalah dolphin show, sea lion show, cowboy show, tiger show & globe of the death (show paling berani mati Eija pernah tengok).

4. Boleh try permainan yang ada (ada yang dah termasuk dalam fee).









Taman safari Bogor memang bestttt...try & experience it. Satu hari rasa tak cukup kat sini...heheh...rasa tak puas...

Oh, sebelum terlupa, jangan lupa bawa bekal makanan...dah satu hari kt dalam taman ni...ada ja kedai yg jual tapi mahal la...nak jimat bawak la jajan/ roti buat alas perut.hehehe

Dah petang, then kami gerak menuju ke Bandung...




Wednesday, January 17, 2018

Jakarta-Bogor-Bandung. Day I #throwback

Salam,
Sekadar perkongsian trip Eija bersama dengan keluarga pada bulan 12 yang lalu...All my family members joined this trip except one of my younger brother.
The second trip  to Indonesia in 2017 for me.

Day 1


Flight dalam pukul 7.30 pagi... kaunter MAS byk buka untuk drop luggage pukul 5. 30 pagi. Tu pon nasib baik kami beratur siap2 sebelum kaunter buka...Orang pon ramai. Lepas drop luggage, solat dan masuk untuk boarding. Orang pon ramai dan mesin autogate pon sat ok sat tak ok..Huhu. Nasib baik pintu departure tak jauh. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam...

Bila sampai setelkan urusan imigresen dan menunggu luggage. Suddenly ada announcement custom check time menunggu kat conveyor utk amik luggage. Tau tak check guna apa?? Guna Anjing!...huhu...kami diminta jangan bergerak dan anjing tu datang menghidu punggung kita....huahahua...Geliiiiii...

Kemudian kami dijemout oleh pak supir yang ditempah kakak. Sepanjang trip ini kami guna pak supir. Next,,,jommmmm ronda-ronda Jakarta. Destinasi Pertama:

Tanah Abang

 Ini tempat shopping.....hehe...on the way ke tanah abang, "MACET".huhuhuhhu.bertabahlah dengan kesesakan lalu lintas di kota Jakarta. Kat sini beli borong untung...hehe..banyak pakaian terutamanya di sini dan banyak blok. Sila pastikan pintu masuk ya sebab banyak pintu.huahauh. Tak shopping sangat di sini sebab badan rasa letih, tidur tak berapa cukup sebab flight awal pagi kan.
then kami gerak lunch & check in hotel. Kami menginap di Big Hotel.

Pada malam hari kami ronda melihat MONAS. Tengok dari dalam van sahaja.hehehe. Then , balik untuk rehat & tidur.

to be continued, Day 2




Saturday, October 28, 2017

KidLand, Penang @ Perangin Mall #throwback

Salam,
Eija berkesempatan pergi ke KidLand,Penang yang terletak di Perangin Mall pada 22/3/2017 yang lalu. Tempat yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak. Recommended. Berikut merupakan perkara yang Eija dapat kongsikan berdasarkan pengalaman Eija.Maaf juga sebab dah lama dan ada yang dah lupa.huhu.


Fee/Yuran

Minimum untuk masuk around RM 30++ (including kad untuk reload). Eija lupa kad untuk reload tu depa caj berapa. Tapi untuk mula-mula masuk yg wajib bayar seperti di bawah, RM 30 dan dapat main 3 games FREE.


boleh try free 3 games dalam gambar

Jangan risau kalau nak main lebih seperti pilihan di bawah ,boleh Reload di kaunter yang disediakan.

pilihan game yang ada

Eija tak suggest untuk amik full package sebab tak sempat untuk cover semua game kerana hendak beratur tunggu turn dan kebanyakan slot pon dalam 30 minit gitu. Seeloknya pergi dari awal pagi sampai tutup & rancang game apa anak-anak anda nak try. 

full packege

Bagus Kidland ini untuk pendedahan kerjaya kepada budak-budak.

polis bersiap sedia

naik train

Doktor ajar nak buat CPR

mendengar penerasngan dari doktor

ahli bomba cilik  bersiap sedia


Comel kan tengok budak-budak pakai uniform:):)

Selepas menyertai aktiviti-aktiviti, setiap petugas akan bagi duit seperti dibawah kepada kanak-kanak yang menyertai aktiviti tersebut. Apa gunanya ya?hehe



Untuk makluman, duit2 di atas tu boleh redeem barang di Kidland.Tada, Eija kumpul koleksi duit yang anak buah& sepupu Eija dapat dan tukarkan ke tumbler. Dapat dalam 5 tumbler. Boleh simpan kenangan @ digunakan. hehe. Seingat Eija ,tumbler antara terendah duit yang boleh di tebus.hehe. Bagaimana nak tebus? Eija tanya sahaja dekat petugas2 di situ. Tak silap Eija di tingkat 2, bahagian cafe.Maaf ya kalau info salah.hehe


tumbler with different color


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web KidLand.
Recommended sangat bawa kanak-kanak ke KidLand ni.

Terima Kasih. Harap membantu.

Saturday, February 14, 2015

Dugaan. Rezeki bukan milik kami.

salam,
13.02.15,
Rumah tok Eija terbakar.


Alhamdulillah, tok &along eija ketika itu berada dalam rumah selamat.

Sunday, March 23, 2014

Epy bufday mak!

Hari ini bufday mak tersayang..
skkrang die tgh bercuti-cuti di melaka and next ke johor.huwaaaa, Eija kena tinggal. If x bz,mmg dah join sama.
K.Eija doakan mak bahagia,ceria2 selalu dan dipanjangkan umur.
Moga kehidupan kita semua diberkati-NYA.

p/s"Hari ni bufday m.jang jgk, adik kepada mak.epy bufday m.jang!

Saturday, March 22, 2014

Kerana Cucu~~


Intipati perbualan telefon semalam;

Eija: Mak dok wat pa?
Mak: Dok masak ketupat,kek, and etc..
Eija: Banyaknya mak masak.Utk tgk bola ka? ( family selalu buat makan2 sama time tgk bola liga malaysia pnya kt tv,smlm ad bola live kt 801 kot)
Mak: Dak la,Esok kan nak g tgk cucu.
Eija:Ok.

Ragam mak nak g tgk cucu sulong dia,Ainin Sofiya dekat Subang.

Pagi ini pula.

Ring..ring..eh,sapa tepon pagi2 lagi ni pada hari minggu (tgk jam kol 7.45 pagi)
Tengok2, abah yang call. Napa plak ni,detik hati.

Antara intipati perbualan.

Eija: Ya abah, napa?
Abah: Ainin nak balik naik kapal terbang ka? Mak haba kt abah. Tengok tiket flight harga bapa, beli tiket flight kat along & ainin.Tiket flight yg sama dgn mak.
Eija: K.Eija tgk mahal la bah, tiket balik alor star dalam rm180++ sorang yg flight mak balik tu.
Abah: Tak  pa, nnt abah wak masuk duit. Beli tiket flight yg sama flight ngan mak balik nanti. Call along nnt tya.
Eija: Ok

Ragam abah yg nak penuhi keinginan+ rindukan cucu dia kot.hehe.walhal, nnt 4hb april nnt nak g subang jugak nak g makan kenduri kt area sana. tak sampai 2 minggu pon lagi.

Ainin sofiya pon pandai. Dengar dari mama dia, Ainin dok cakap nak naik kapal terbang dengan wan (atuk). pandaiiii sgt bodek wan,manja dgn wan.hehe..