Saturday, October 28, 2017

KidLand, Penang @ Perangin Mall #throwback

Salam,
Eija berkesempatan pergi ke KidLand,Penang yang terletak di Perangin Mall pada 22/3/2017 yang lalu. Tempat yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak. Recommended. Berikut merupakan perkara yang Eija dapat kongsikan berdasarkan pengalaman Eija.Maaf juga sebab dah lama dan ada yang dah lupa.huhu.


Fee/Yuran

Minimum untuk masuk around RM 30++ (including kad untuk reload). Eija lupa kad untuk reload tu depa caj berapa. Tapi untuk mula-mula masuk yg wajib bayar seperti di bawah, RM 30 dan dapat main 3 games FREE.


boleh try free 3 games dalam gambar

Jangan risau kalau nak main lebih seperti pilihan di bawah ,boleh Reload di kaunter yang disediakan.

pilihan game yang ada

Eija tak suggest untuk amik full package sebab tak sempat untuk cover semua game kerana hendak beratur tunggu turn dan kebanyakan slot pon dalam 30 minit gitu. Seeloknya pergi dari awal pagi sampai tutup & rancang game apa anak-anak anda nak try. 

full packege

Bagus Kidland ini untuk pendedahan kerjaya kepada budak-budak.

polis bersiap sedia

naik train

Doktor ajar nak buat CPR

mendengar penerasngan dari doktor

ahli bomba cilik  bersiap sedia


Comel kan tengok budak-budak pakai uniform:):)

Selepas menyertai aktiviti-aktiviti, setiap petugas akan bagi duit seperti dibawah kepada kanak-kanak yang menyertai aktiviti tersebut. Apa gunanya ya?hehe



Untuk makluman, duit2 di atas tu boleh redeem barang di Kidland.Tada, Eija kumpul koleksi duit yang anak buah& sepupu Eija dapat dan tukarkan ke tumbler. Dapat dalam 5 tumbler. Boleh simpan kenangan @ digunakan. hehe. Seingat Eija ,tumbler antara terendah duit yang boleh di tebus.hehe. Bagaimana nak tebus? Eija tanya sahaja dekat petugas2 di situ. Tak silap Eija di tingkat 2, bahagian cafe.Maaf ya kalau info salah.hehe


tumbler with different color


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web KidLand.
Recommended sangat bawa kanak-kanak ke KidLand ni.

Terima Kasih. Harap membantu.

2 comments: