Monday, May 7, 2018

Beli tiket bola dengan shopee #tipjimatEija

Salam,
FMLLP dengan kerjasama Shopee ada offer BUY  1 FREE 1 tiket....Penjimatan 100%...
Eija dah pernah try masa perlawanan Kedah vs Negeri Sembilan baru-baru  ini.
Tapi tiket adalah TERHAD dan perlawanan tertentu sahaja. Selain itu, promo BUY 1 FREE 1 hanya untuk tiket tak berbumbung dan terhad untuk 2 tiket sahaja/ person. So, selalu la tgk update dkt page FB persatuan masing-masing dan website Shopee.


 Meh Eija kongsi pengalaman Eija beli tiket dari Shopee baru-baru ini.

1. Pergi ke website SHOPPEE. Daftar shopee dulu nak senang.
2.Kemudian, beli tiket tersebut. Setelkan pembayaran.
3.Jangan lupa isikan maklumat perlawanan. Klik  dekat notification (bhgn atas belah kanan), ada link untuk isi maklumat seperti di bawah:

Update as of 11/5/19: Pengisian maklumat hanya melalui apps. Kena install app shopee dulu.

jangan lupa isi

4.Selepas isi maklumat, tunggu 2-3 HARI baru dapat e-ticket.
Update as of 11/5/2019: Selepas isi maklumat , nnt dapat e-ticket dekat email.

Pengalaman dulu:
Shopee akan sent dekat email. Mula-mula was2 jugak dah 2 hari tak sampai pon e-ticket, then Eija pon chat dgn pihak FMLLP.



Lawak customer service fmllp ni .hahah

5.Eticket dari shopee. Sila print dan bawa time perlawanan.

Update as of 11/5/2019: Sila tebus tiket di kaunter yang dinyatakan di page FB persatuan bola masing-masing. Mengikut pengalaman Eija semalam, kena beratur panjang jugak sebab depa check manually dekat  senarai pembeli tiket.


6. Selamat menyaksikan perlawanan bola sepak malaysia! #PulunKedahPulun.




8 comments:

  1. Cara pembayaran cmne ? Klo bank in kene tnjuk resit pembayaran ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau beli dua tiket free 1 ke 2??

    ReplyDelete
  3. Kena tebus kt kaunter mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try chat dgn pihak fmllp lt shoppee utk kepastian... sy dulu just print e-ticket & masuk stadium terus...tapi ini thn lps, thn ini x pasti

      Delete
  4. Maksudnya print ticket yang shopee dh emailkan tu dan bawa ke kaunter ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check dkt FB persatuan bola masing2 utk penebusan tiket SHOPEE sama ada kena tebus atau boleh guna QR code shj. Kalau utk stadium darul aman, based on pengalaman, kena tebus tiket di kaunter yg disediakan.

      Delete