Monday, May 21, 2018

Bagaimana Eija kumpul AirAsia BigPoints ? #tipJimatEija

Salam,
Dah berjaya beli tiket ke  mana tu sempena free seat ni???
Sekadar perkongsian, bagaimana Eija kumpul AirAsia Bigpoint.Ya, starting this year semangat balik nak kumpul Bigpoint.Hahaha. Ada bigpoint ni bagi Eija untung untuk FINAL CALL promo. Jimattt.

Untuk tahun ini/tahun lepas, cara-cara yang berjaya Eija tambah AirAsia bigpoint seperti berikut:


1.Convert PETRON miles point to AirAsia bigpoint.

Ya, Eija berjaya convert PETRON miles point to AirAsia bigpoint.
Nilai 200 PETRON Miles = 100 AirAsia Bigpoint (pas ni pulun isi dekat PETRON :P)

Bagaimana cara Eija buat?

1.Layari website PETRON
2.Kemudian, Eija download form & isi form tersebut.
3. Eija scan form tersebut & email ke pmiles@petronmiles.com.my



4.Eija sent email pada 2/5.2018 dan Eija check dah available bigpoint Eija pada 16 May 2018.

total point tak banyak.hahahah

2. Online shopping melalui LAZADA.

Selepas selesaikan pembayaran, jangan lupa masukkan AirAsia bigpoint ID untuk dapatkan mata.

RM 5 (LAZADA) = 1 AirAsia bigpoint


hasil pembelian di LAZADA


3. Topup BigPay & Bayar melalui kad BigPay

Eija baru apply BigPay, salah satu Prepaid mastercard offer by AirAsia.
Bila kita topup RM 50 dpt 1 point dan setiap pembayaran menggunakan kad BigPay yg bernilai RM 20 dapat 1 point. So, lepas ni nak kena topup dan banyakkan penggunaan kad BigPay untuk pembayaran :P
Bagaimana Eija memaksimumkan penggunaan BigPay? Klik [SINI]

4. Pembayaran bil elektrik (TNB) menggunakan epay

 Setiap transaksi pembayaran bil TNB di epay ( https://www.e-pay.com.my) akan mendapat 2 point sahaja ( min. bil RM 30) dan tak kisahlah berapa nilai  bil anda.huhu..jadi la dapat jugak point.hauahuah..



5. Pembelian melalui BigLoyalty e-Store

Ada pelbagai partner bigloyalty estore ni. Setakat ini , Eija hanya cuba  dari estore berikut:

1. BusOnlineTicket. com

Eija beli tiket bus dari busonlineticket.com.Point masuk dalam akaun dalam 2 bulan jugak. Take time juga nak dapat point.huhu



2. AXA travel insurance

 Hari ini beli, esok point dah available :)


3.Booking. com

Dalam tempoh sebulan lebih juga untuk dapat airasia big point. Tempah hotel melalui  : www.booking.com/airasiabig untuk mendapatkan big point.





Harap dapat membantu #roadtofreeflighttickets




10 comments:

  1. Kenapa tak naik point sy dalam point besar?cuma ada point dekat transaction jaa ......

    ReplyDelete
  2. Kalau isi minyak tu pakai BigPay boleh? PETRON saje ke? Nak kena topup dulu BigPay dulu atau macam Kad Mesra Petronas swap kad hanya untuk point?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kena topup dulu bigpay..bigpay berfungsi macam debit card, kena ada duit dalam tu...setiap transaksi menggunakan BigPay yg bernilai rm20 akan dapat 1 point...setakat ni sy hanya menggunakan di PETRON, sepatutnya di setesen lain pon boleh...

      Delete
    2. hai..kalau nak isi minyak di petron pakai bigpay tu nnti dia akan jadi floating money rm200 tak mcm kad debit yang lain tu

      Delete
    3. kena tekan button"preset" di bahagian kanan screen before masukkan kad..bila tekan preset tu, kita boleh setkan amount minyak yg kita nak isi...so , xdak la floating money rm200 mcm slalu tu..

      Delete
    4. kalau kite bayar isi minyak melalui kaunter...kene floating money jugak ke

      Delete
    5. kalau byr dkt kaunter, x kena floating money... yg floating money tu if guna dekat pump

      Delete
  3. salam, macam mana ye guna bigpay untuk booking.com? Mohon pencerahan. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, utk mendapat airasia point melalui booking. com, pergi ke website www.booking.com/airasiabig

      Delete