Saturday, February 4, 2017

Pengalaman beli sijil simpanan premium (SSP) di Ejen bank berdaftar (EB) BSN #TabungEija

Salam,
Eija tau mengenai SSP BSN ni selepas menonton TV3 umumnya iklan selepas berita pukul 8. Iklan SSP BSN asyik dok tayang pemenang-pemenang cabutan.So, tertarik dengan hadiah-hadiahh cabutan yang mencecah 1 JUTA!, So Eija google and cari  bagaimana hendak membeli sijil ni.


Eija google dekat website BSN pasal SSP BSN.

Hari ini baru first time membeli sijil SSP @ dikenali e-SPP. Baru beli 1 unit ja.hehehe. Eija beli di Ejen berdaftar di kampung Eija ja. First try beli, so lepas ni dah tau, senang pi beli. 

Untuk pembelian di Ejen bank berdaftar (EB) BSN:


Cari kedai yg ada signboard ni.


1. Bagi kad pengenalan.
2. Nyatakan berapa unit yang hendak dibeli.Minima 1 unit (RM10). Kita akan diberikan resit yang tercatat nombor sijil kita.

Senang kan. At least, cara ni force saving jugak.Oh, selain itu tidak ada cas GST jugak :P. Selain itu, tidak perlu pon ada akaun BSN.  Kalau rezeki ALLAh nak bagi lebih, dapat hadiah cabutan.Moga-moga Eija dapatla cabutan.hahahaha. Kalau nak jual sijil ni, kena pergi ke kaunter  BSN.

Untuk cabutan 1 juta, simpanan SSP minimum RM 5000 untuk layak.

Selain itu, SSP BSN boleh beli jugak dekat:

1.Kaunter BSN
2.ATM/CDM BSN
3.Internet banking (MyBSN)
4.SMS Banking (account transfer from GIRO/GIRO-I)

Bagi Eija, senang beli di Ejen bank berdaftar sebab:
1. senang (ada di kampung),
2. jimat masa(tak payah beratur di kaunter/atm yang selalu ramai orang tu) 
3. tak perlu buka akaun BSN.hehe

Jom membeli sijil simpanan premium #Roadtoqualifysspgrandprizeluckydraw. Moga-moga dimurahkan rezeki.Amin.

No comments:

Post a Comment