Source: FB Derma darah kedah/perlis |
Salam,
Untuk makluman semua, team bank darah bahagian kedah/perlis ada menganjurkan program menderma darah pada hari penjualan tiket perlawanan bola sepak pasukan Kedah.
Selain mendapat pahala menderma, anda juga berpeluang mendapat tiket bola FREEEEEE......
Hehe. Rebutlah peluang ini :)
Yang Eija perasan, program ini telah berlangsung sejak tahun lepas lagi. Sekadar perkongsian,
Eija pernah pi cuba nak derma darah kt bas ni pada perlawanan kedah yang lalu, namun tidak berjaya disebabkan hemoglobin Eija rendah, tak melepasi paras hemoglobin yang ditetapkan.huhu.
Oh, untuk menderma,
1. Isi borang yang disediakan. Untuk warga berumur bawah 18 tahun kebenaran penjaga diperlukan.
2. Lepas dah isi borang, naik bas (seperti gambar di atas) dan serahkan kepada nurse yang bertugas. Nurse yang bertugas akan memeriksa paras hemoglobin kita.
3. Kemudian, kita akan berjumpa doktor (terdapat bilik doktor atas bus tersebut). Untuk yang tidak berjaya melepasi paras hemoglobin pun kena jumpa doktor tersebut. Pada yang tidak berjaya menderma, doktor akan bekalkan acid folic & iron tablet untuk meningkatkan hemoglobin kita serta beliau juga akan memberikan nasihat tentang pemakanan :)
4. Pada yang berjaya menderma, tunggu turn untuk menderma & akan mendapat tiketbola FREEEEE. Namun tiket adalah LIMITEDDDD.(Ketika Eija cuba menderma hari itu, 40 tiket diperuntukkan ).Oh,lokasi bus ini terletak berhampiran kaunter A3 ( ketika Eija p hari itu, klu ada perubahan,harap maaf).
Jom, derma darah!
p/s: Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FB Derma darah Kedah/Perlis.
No comments:
Post a Comment