Alhamdulillah, Eija mendapat peluang ke bumi Madinah & Mekah sekali lagi. Pertama kali Eija ke sana pada tahun 2011. Alhamdullilah atas rezeki ini, dapat kembali ke sana semula. Terima kasih mak dan abah belanja Eija:):):)
Sekadar coretan pengalaman ketika di sana (17/4/2019-28/4/2019).
Day 1 (17/4/2019)
Berkumpul di KLIA around 10 am. Alhamdulillah , kali ini kami bertujuh ke sana dan kami mengikuti pakej dari Vacasia Tours & Travels anak syarikat kepada Andalusia Travel & Tours. Kami bertujuh, Eija, parents, adik & family kakak. Penerbangan menggunakan MAS A380, terus ke Madinah. Untuk makluman, Andalusia tempah satu kapal tu untuk semua yang mengambil pakej dari mereka dan anak- anak syarikat Andalusia. Penerbangan mengambil masa dalam hampir 9 jam.
sumber: FB Vacasia Tours &Travels |
Kami tiba di airport Madinah lewat petang. Madinah lambat 5 jam dari Malaysia. Untuk solat, mutawif sarankan kami solat jamak takhir. Masa ketibaan kami, masih ada waktu Asar. Jika hendak tunaikan solat sebelum imigresen pon boleh, ada tandas untuk mengambil wudhu dan boleh solat di ruang yang ada. Nak solat sesudah melepasi imigresen pon boleh, ada ruang solat disediakan. Kemudian, tunggu ambil bagasi dan bergerak ke kawasan bas. Terdapat 13 bus menunggu dan kami ditetapkan bus no 3. Mutawif untuk bus kami ialah Ustaz Hasbullah Khalid. Kemudian, kami bergerak ke hotel Mawaddah.
to be continued....
No comments:
Post a Comment