Monday, November 18, 2019

5 App penting dalam handphone Eija untuk tahun 2019 #roadtoFreeFlightticket #TipJimat

Salam,
Walaupun tahun 2019 belum berakhir, saja nak kongsi awal, 5 app penting bagi Eija untuk tahun 2019 bagi misi #FreeAirAsiaFlightTickets dan #TipJimatEija.
Untuk tahun 2018 yang lalu, klik SINI.
Berbanding tahun 2018, ada 2 penambahan app baru yang Eija rasa penting untuk mencapai misi Eija :P

5 App Penting:

1. BigPay

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bagi misi#FreeFlight ticket, app BigPay adalah terpenting sekali untuk Eija mengumpul AirAsia Bigpoints.

Review BigPay: Klik SINI
Referral code : 4LBRSXK6ZJ (masukkan kod ini  untuk mendapat RM10 :)

2. Boost

Tujuan:
1. Menambahkan AirAsia bigpoints (Topup boost app guna BigPay)
2. Mengumpul Boost coins untuk menebus duit.

Baru-baru ini, Boost sudah menggantikan sistem baru faedah yang dapat dari Boost. Dulu, penggunaan Boost akan mendapat reward dalam bentuk duit manakala sistem terbaru reward yang  adalah Boost Coin atau duit. Dari pemerhatian Eija, penggunaan kini banyak mendapat Boost Coin berbanding duit. Boost coins yang banyak boleh ditebus untuk duit atau hadiah. Contoh: rm10 utk 1000 boost coin.

Review: Klik SINI
Referral code :ros0TD0   ros23cyf

3. HelloGold

Tujuan:
1. Menabung
2. Mengumpul Boost coins (Beli gold guna Boost App)

Boleh beli emas serendah RM 1....Bagus untuk ada modal rendah , tapi bagi pendapat Eija tak boleh simpan lama-lama  dalam ni sebab caj bulanan akan dikenakan. Bila dah cukup target amount duit nak simpan, jual melalui app (Ini yang Eija buat).

Review: Klik SINI
Referral code: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).

4. ShopBack

Tujuan: Penjimatan duit 

Boost dah ada kerjasama dengan ShopBack, Bayar bil di Boost dapat cashback dari ShopBack dgn syarat ikut cara di bawah:

1. Buka app SHOPBACK.
2. Klik Boost dari app SHOPBACK
3. Klik "Bill payment" dan bayar bil anda (max cashback rm 8/month)


Selain itu, SHOPBACK ni pon banyak berkerjasama dengan web/app shopping seperti Lazada, SHOPEE.. dan sebagainya. So, bleh dapat cashback dari hasil shopping anda :)

Review: Klik SINI
Nak daftar---> : https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
( Guna link atas ni Dapat RM 5 bila dah melakukan pembelian bernilai RM 25 melalui SHOPBACK)

5. MyTNB

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bayar bil elektrik menggunakan kad BigPay :)


Semoga dapat membantu  dan doakan Eija berjaya kumpul point untuk menebus tiket flight airasia free :)



2 comments:

  1. sis JM install shopBACK je..lelain tak de

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat sungguh ni saya ni..haha..pulun at least dapat jugak beli tiket Free airasia

      Delete