Wednesday, May 6, 2020

Kisah Emas dengan Eija

Salam,
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai ramai orang beratur di kedai pajak gadai selepas PKP-B membenarkan sektor ekonomi di buka... berkemungkinan mereka memajak emas ataupun mengambil emas yang dipajak...
Sekadar perkongsian bagaimana emas membantu memenuhi kehendak Eija.heheh

Kisah pertama

Pertama kali Eija jual gold bar yg Eija ada kerana trip ke Yogjakarta pada tahun 2017. Trip NI .
Rasa gold bar dalam 2.5/2 gram tak silap (sorry dah tak ingat) ... habuan untuk belanja untuk trip tu...Seingat Eija, rugi bila Eija jual gold bar tu sebab harga Eija beli lagi mahal...pengalaman... terdesak jual time tu sebab nak buat belanja g travel dan Eija tak bekerja time tu....

Kisah kedua

Eija baru start kerja dalam 2-3 bulan....tak sempat nak simpan duit...Kali ini Eija pajak rantai tangan Eija dekat Ar Rahnu Yapeim...untuk belanja trip NI.. trip ke Indonesia lagi pada tahun 2018... hahah... Kali ini Eija pajak rantai tangan emas kerana yakin boleh bayar balik sebab kontrak kerja Eija setahun.. Selepas 6 bulan pajak, Eija berjaya ambil balik rantai tangan emas Eija... travel dapat pergi, rantai emas masih ada...hehe..itu pentingnya ada emas...pengalaman pertama Eija pajak emas:)

bila nak boleh terbang lagi?

Kisah ketiga

Eija kumpul emas melalui HelloGold , kemudian jual melalui app dan duit dapat tu Eija beli gold bar Yapeim 2 gram. Tapi Eija simpan dalam 2 bulan ja,pastu Eija jual sebab nak beli handphone.. hahahahah. Kenapa Eija tak pajak?Sebab kontrak kerja Eija dah abes...Eija tak nak tanggung risiko bayar upah Ar-Rahnu..Maka lebih baik jual terus...

Pengalaman Eija jual beli gold bar di Ar Rahnu Yapeim boleh klik SINI.. Time jual ni Eija dapat keuntungan dalam 2.75%. Sekarang Eija dalam proses kumpul balik emas di HelloGoldheheh

Rupa gold bar Yapeim
Sekadar perkongsian pengalaman Eija....

1. Jual emas terus jika rasa tak mampu nak konsisten bayar upah Ar-Rahnu. Fikir yg mana terbaik, nak jual atau pajak.
2. Boleh kumpul emas sikit-sikit, melalui HelloGold, bermula serendah RM 1..
3.Senang urusan beli dan jual gold bar di Ar Rahnu Yapeim dan urusan pajak. Urusan pajak boleh diselesaikan dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun...
4. Boleh kumpul emas serendah 0.5 gram (gold bar).
5. Boleh kumpul emas untuk dana kehendak atau kecemasan kita. Bila tiada duit , boleh pajak emas tu..
6. Bila beli emas, ada juga nampak duit hasil kita kerja (bagi Eija la)..hehe...
7. Emas membantu Eija pergi travel :P.. nak simpan duit asyik bocor ja, so, target Eija simpan emas untuk pergi travel :P

Kesimpulan: Kita cuba pastikan ada simpanan emas juga...Ada emas,ada duit :P





No comments:

Post a Comment