Wednesday, July 31, 2019

Naik feri Pulau Pinang #Discover Penang

Salam,

29/7/2019, Kakak Eija menghantar Eija ke Penang Sentral untuk Eija pulang ke kampung. Eija bermalam di rumah kakak di Nibong Tebal selepas menyaksikan perlawanan Final Piala FA. Dah lama tak naik feri, maka sementara meneruskan perjalanan balik ke umah, Eija saja ronda-ronda Penang sat.hehe .
Pertama kali masuk Penang Sentral, menempatkan stesen bus baru Butterworth, menghubungkan   ke Feri (untuk ke kawasan Pulau)  dan menghubungkan komuter utara. Senang kan!

Pemandangan dari tingkat 3 di Penang Sentral

Jom menuju ke Feri (Tingkat 2)
Jom,menuju ke Feri

Laluan ke Feri dan untuk membeli tiket
 Harga tiket Feri RM 1.20...Murah kan! Untuk makluman,  time balik nanti tak perlu beli tiket. FREEE ja...

Jimat & murah!
 Yeay, Enjoyyy angin laut. Dah lama tak kena angin laut.heheheh. Perjalanan dalam 20 minit, sampai la ke seberang Pulau Pinang. Kemudian Eija ke stesen bus berhampiran jeti dan mencari CAT bus sebab naik CAT Bus ni Freeeeee. Jimattttt!... Eija tak tunggu lama pon, bus ni pon dah ready untuk bergerak ke destinasi tertentu sahaja.



Naik bus FREEE
 Selepas dok google nak ke mana, Eija buat keputusan turun di Jalan Chowrasta.


Niat nak pekena cendol tapi cari tak jumpa.hahahahha. Dok jalan-jalan sekitar tu, di Jalan Tamil, ternampak orang dok beratur kat gerai tepi kedai Jeruk Madu Pak Ali, maka Eija pon join memanjangkan barisan.hahahhaha. Sebelum tu, sempat juga Eija beli jeruk Pak Ali.hahahah...

Jalan Tamil


Cari jeruk



Merpati!

Heritage Ais Tingkap

 Gerai yang orang dok beratur tu adalah gerai Heritage Ais Tingkap. Dah tengok nama promosi, Ais tingkap, maka Eija pon membeli Ais Tingkap. Lama jugak beratur.huhu

 Rupa ais tingkap seperti di bawah. RM 3 / bungkus
Ais tingkap@ ais sarbat
 Kemudian sambung ronda sekitar tu, ada Pasar Chowrasta.Banyak orang dok menjual depan pintu masuk tu.


Selain itu,sempat juga Eija beli buah berangan.


Kemudian Eija gerak ke hentian bas berhadapan Pasar Chowrasta untuk menunggu CAT bus untuk pulang ke Jeti.Tak lama tunggu, bus pon sampai. Kemudian jalan ke tempat untuk menunggu feri.

Jom balik
Selepas sampai di Penang Sentral, Eija ke stesen komuter untuk pulang. Ok la , ronda-ronda dalam beberapa jam :) dan lepas gian nak naik feri:)

Sekian trip Eija ke Pulau Pinang bermodalkan RM 1.20 dari Penang Sentral.Jimattt:)

No comments:

Post a Comment