Salam,
Deposit percuma tanpa caj ke TH melalui JomPay.
Eija dah try..berjaya tapi bukan on the spot masuk ke akaun TH.
Tapi melalui JomPay jimat RM 1 (cheapskate.hahahhah).
Selalu Eija transfer ke Tabung Haji menggunakan Bank Islam dan ada caj RM 1 untuk deposit
Eija guna JomPay dalam Cimb Click.
Mudah ja, pilih JomPay, kemudian masukkan Biller Code: 60228 .
Kemudian utk Ref 1: Akaun TH kita
.
Eija transfer pada 5 Februari 2021 (Jumaat, 5.05pm) check di akaun TH, masuk pada Isnin, 8 Februari 2021.
Untuk yang dah ada amaun RM 1,300 boleh daftar dah Tabung Haji. Pendaftaran Haji tak automatik ya. Kita kena daftar :)
Jom menabung di TH untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 :) #TabungEija
No comments:
Post a Comment