Salam,
Sekadar perkongsian perihal 2020 Eija.
Kerja
Alhamdulillah, masih bergaji walaupun status kontrak dan bergaji hari. Eija mendapat peluang berkerja dari rumah.Tempat kerja di Perak, tapi Eija stay di kampung, Kedah sepanjang kebenaran untuk bekerja dari rumah. Pandemik menyebabkan ramai kehilangan kerja , semoga yang terlibat dipermudahkan urusan. Pandemik yang tidak dijangka dan tika menulis ini , kes di Malaysia masih tinggi. Semoga kita dijauhkan dari wabak covid-19 ini dan dipermudahkan urusan kita. Doakan Eija dapat kerja tetap :)
Keluarga
Alhamdulillah, rezeki tahun 2020, dapat 3 orang anak buah baru :)
Percutian
Sebelum perintah kawalan pergerakan, Eija sempat berjalan ke Hatyai. My first SOLO trip :P Dah ajak kawan, tapi kawan tak available.heheh. Selain itu , sempat road trip ke Penang dengan housemates (Ain& Nolly) dengan misi jalan-jalan cari makan :P.Lepas pelaksanaan PKPP, Eija dan keluarga sempat ke Penang, tidur di Lexis semata-mata. Tak gi jalan mana-mana sangat.hahah. Selain itu, Eija sempat ke Cameron Highlands dengan Nolly. Rasa itu sahaja. Alhamdulillah ada juga sesi jalan-jalan Eija.
Lain-lain
Alhamdulillah, dapat peluang jadi reviewer untuk paper. Journal of Taibah University for Science. Pengalaman pertama, rezeki di bulan ramadhan. Universiti ini terletak di Madinah. Rindu Madinah. Moga mendapat peluang ke sana lagi.
Ini sahaja kot perkongsian. hehe
Alhamdullillah for 2020.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk 2021.
No comments:
Post a Comment