Friday, December 30, 2016

Day trip to Hatyai from Alor star :) #yearendtrip#2016

Salam, 
Isnin yang lalu, Eija berkesempatan terjah Hatyai bersama kawan Eija, Siti. Kebetulan Siti menghadiri majlis perkahwinan adik Eija, maka Eija berkesempatan membawa dia melawat Hat Yai. 

Seawal 7.40pagi Eija memandu kereta ke stesen KTM Alor Star. Elok - elok sampai stesen, komuter telah sampai,berlari-lari kami membeli tiket dan masuk ke dalam komuter.hahahah. Alhamdulillah, sempat naik komuter pukul 8.43 pagi. 

Komuter dari Alor Star ke Padang Besar: RM 5.70

Selepas hampir tertinggal komuter tadi, perjalanan ke padang besar dalam 40 minit, berlari keluar cari tempat membeli tiket kereta api ke hatyai. Untuk makluman, ada 2 trip sahaja sehari kereta api ke hatyai. Yang pagi pada pukul 9.55 pagi. Waktu petang Eija tak pasti, around pukul 2 atau 3 ptg.

Tiket kereta api ke hatyai hanya boleh dibeli di kaunter bawah bahagian Thailand. Boleh bayar tiket dalam ringgit malaysia jika tidak tukar lagi ke duit bath:).

Shuttle Train dari Padang Besar ke Hatyai: RM 10 / 80 bath.

Peringatan.

1. Sila pastikan anda membeli tiket kereta api ke thailand dulu sebelum beratur di imigresen malaysia dan thailand.

2. jangan lupa mengisi borang departure/arrival card. 


Oh, ketika Eija pi haritu kereta api bergerak lambat menunggu semua menyelesaikan urusan di imigresen. Jangan risau kalau tiket kereta api dah beli, kereta api akan tunggu.hehe. Kereta api bergerak dalam pukul 10.25 pg jugak .Duit pon boleh tukar dalam kereta api dengan pegawai kereta api Thai. Tapi untuk selamat sampai la awal kt stesen. Oh, untuk makluman, Eija hanya menggunakan border pass sahaja untuk ke Hatyai kali ini. Jimat kos sebab passport dah expired.

menaiki kereta api ke hatyai dari padang besar


Selepas perjalanan hampir 40 minit, sampai ke Hatyai. Seusai sampai, terus Eija tanya tiket train untuk balik. Sampai di Hatyai lebih kurang pukul 11 pagi, dan tiket pulang pada pukul 2 ptg ( waktu malaysia) atau 1 ptg( waktu thailand). Alamak, sat sangat rasa, so putuskan untuk balik naik van. 

Eija menunggu kawan Eija yang tinggal di Thailand, Noree.Alhamdulillah, dapat jumpa dengan kawan seuniversiti dulu.heheh. Maka, berjalan kaki la kami sekitar pekan hatyai. Masuk mall, pergi pasar Kimyeoung. Dah penat berjalan-jalan, pergi menikmati makanan tengah hari yg dibelanja oleh Noree. Thank you noree for the treat :)







Masalah seterusnya yang kami hadapi. Kami bertanyakan van /bus sekitar kawasan train untuk pulang ke Alor Star. Ya ampun, tiket bus di banyak kaunter yang Eija tanya berharga sekitar 400 bath.huhu. Lari budget. Dah la, dekat Alor Star berhenti di kawasan tol.huhu. Selepas dah tanya banyak kaunter di sekitar, akhirnya kami putuskan untuk ke stesen bus Hatyai. Berdoa ada van ke Padang Besar. Sebaik tiba di stesen bus, alhamdulillah, Eija ada ternampak tulisan "Padang Beza" yang Eija anggap mesti Padang Besar. Lepas tanya orang di kaunter, kena pergi ke platform 24. Alhamdulillah, betul van ke sempadan padang besar (Thai).Tapi kami naik van di platform 26, masa beli tiket bagitau nak ke border padang besar.

Van  dari stesen bus Hatyai ke sempadan  Padang Besar (Thai): 50 bath.

Perjalanan dari stesen bus hatyai ke border Padang besar (Thai) dekat sejam. Boleh tidur dulu dalam van. Jalan on the way banyak lopak.huhu.

Lepas sampai di border, beratur cop border pass, ramai juga yang pergi thailand. Lepas cop, peg imigresen tu mintak rm 1.huhuu.

Lepastu clueless nak pergi mana. Then, ternampak peg polis malaysia, tanya jauh tak border Padang Besar Malaysia. Peg tu cakap dlm 100 meter, tak jauh, pastu dia tya kenapa tak naik cab. Masalahnya, tak nampak pon ad cab lps jalan kaki kuar dari border Thai tu. Pasrah, jalan ja la kaki. Kami berdua sahaja yang berjalan kaki masa tu.huhu. Nasib baik tak jauh, cop untuk masuk malaysia balik dan tanya jauh tak KTM padang besar. Peg imigresen tu cakap dekat ja. Jalan depan sikit, belah kanan, nampak jejantas tu ,naik jejantas tu sampai la stesen. Betol, nasib baik jugak tak jauh. Exercise sungguh, jalan kaki ja.hahahahhah.

Tunggu komuter untuk pulang :)

The End of day trip to Hatyai.

P/s: teringat pulut mangga,sedappppnyaaaaa.

Pengalaman Eija buat Daytrip to Hatyai untuk tahun 2019, sila klik SINI.