Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi menjejak kaki ke bumi Indonesia..hahah.
Indonesia menarik bagi Eija disebabkan alam semulajadi yang terdapat di sana.
Untuk trip kali ini, Eija ke Bromo dan Yogjakarta (again!) bersama adik Eija..
Meh ikuti kisah Eija....
Day 1
Flight dari Penang ke Surabaya pada pukul 3.55 ptg... sampai Juanda Airport Surabaya dah gelap di sana kerana pernerbangan dalam 3 jam... Destinasi Eija adalah untuk ke Malang seterusnya kerana pick up point untuk Bromo tour di KFC Jl Kawi, Malang. Cuak jugak sebenarnya sbb tak jumpa sangat info dari airport ke Malang kerana kebanyakan guna pak supir. Eija tanya dekat imigresen yg cop pasport Eija pon dia bagitau kena amik bus ke Terminal Bus Bungurasih... Selesaikan urusan imigresen, dan keluar ke pintu arrival.... Tapi, bila saja kuar ada yang approach datang utk taxi dan dari travel agency .....ramai pulak tu. Tambah-tambah tengok kita pakai bag "bagpack". Mula-mula abaikan saja. Tapi ada sorang yg wakil travel agency masih ikut Eija, then Eija tanya berapa nak ke Malang. Dia bagitau IDR 125 K/pax (kongsi dengan yang lain) ataupun kalau nak chartered sebuah kereta dalam 400K/car... Eija malas nak fikir, terus sahaja amik dan nak mudah kerja.hehehe..Eija amik yg kongsi dengan yg lain. Naik kereta dari airport dan kemudian rupa-rupanya kena tukar naik van lain dkt tmpt agen mereka.huhuuh....mula-mula EijA cuak jugak sebab kami berdua sahaja tika itu dalam kereta tu dan jalan yg lalu pun sempit-sempit, nasib baik tgk akhirnya kami di bawa ke tempat agen, naik van lain....penuh van dgn penumpang (macam sistem dekat hatyai,penuhkan van) tak kisahla, asalkan sampai...dan sebenarnya mudah naik yg van ni sebab dia hantar terus ke destinasi yang kita nak...ada ja penumpang Eija tengok berhenti depan rumah...senang.... dalam 3 jam lebih jugak rasa-rasanya, sampaila kami ke KFC Jl Kawi, Malang.....
pekena kfc |
To be continued...