Salam,
Semangat nak update. Hari ini Eija pergi Hatyai, balik hari menggunakan kereta api.heheh.
Nak lepas gian naik kereta api dan dah lama tak gi backpack...hahaha
[ Klik SINI untuk pengalaman Eija buat day trip ke Hatyai pada tahun 2016]
Kami gerak dari rumah sekitar 7.20 pagi dan parking kereta di stesen Anak Bukit. Kami menaiki komuter pukul 8.38 pagi untuk ke Padang Besar.
dekat tiket ada tulis XTRA20 |
Kemudian, terus ke kaunter tiket Bahagian Thailand (Pintu masuk ikut Platform 2) untuk membeli tiket. Ketika pembelian tiket kena tunjuk passport/border pass.
Shuttle Train dari Padang Besar ke Hatyai: 50 bath/ pax
Kemudian, isi borang departure/arrival card. Kemudian, beratur di imigresen Malaysia. Jangan lupa bawa pen ya, senang:)..kemudian selepas imigresen Malaysia, ke imigresen Thailand, sebelah menyebelah ja.
Untuk makluman,jadual train ke Hatyai untuk pagi pada pukul 9.55 pagi (waktu Malaysia). Tapi jangan risau, asalkan ada tiket, memang train akan tunggu kita. Kedudukan "Free seating". Tadi pon train bergerak lambat sikit. Eija antara yang terakhir selesaikan urusan imigresen tadi.hahahah. Train kali ini tingkap buka & kipas.. Di dalam train ada juga orang datang jual simcard DTAC, 200 bath jika berminat untuk membeli. Memandangkan kami hanya akan menggunakan masa hanya beberapa jam di Hatyai, kami tak beli pon la simcard.heheh
amik gambar time train berhenti |
Dalam sejam, sampaila di Hatyai Junction! Destinasi pertama kami adalah Kaitod Decha! Restoran yang memang popular di kalangan rakyat Malaysia.hahahha. Keluar dari stesen kereta api, jalan sikit baru kami ambil tuk tuk.
Selepas selesai makan, merayau-rayau. Kami jalan kaki sahaja dari Kaitod Decha ke Plaza Lee Garden. Kemudian , ronda-ronda sekitar tu dengan jalan kaki sahaja. Mula-mula ingat nak pergi Hatyai Central tapi tak jadi sebab rasa tambang tuk tuk mahal.haha. Kemudian buat keputusan ronda sekitar tu. Akhir jumpa jugak kedai jual aiskrim kelapa.Apa lagi pekena aiskrim kelapa la ( kawasan berhadapan 7-11 berdekatan Lee Garden Hotel). Menu wajib kalau jumpa di Thailand ni.hahahah.
kedai jual ais krim kelapa |
Kemudian sambung jalan kaki. Dan rasa dekat pukul 1 ptg (waktu Thailand) kami bergerak ke stesen kereta api untuk membeli tiket balik ( dah letih + kekenyangan).hahaha. Tiket balik pada pukul 2 Ptg (waktu Thailand). Harga tiket sama sahaja macam yang datang pagi tadi. Tunggu pengumuman untuk naik kereta api.
Shuttle Train dari Hatyai ke Padang Besar: 50 bath/ pax
beli tiket di kaunter yg bertulis "Ticket for Travel Today" |
Tiket balik |
Sempat terlelap juga dalam kereta api sebab letih dan kekenyangan.hahah. Kemudian apabila tiba di Padang Besar, cepat-cepat keluar ke kaunter imigresen untuk dapatkan giliran awal. Kalau lambat, jenuh berdiri untuk setelkan urusan imigresen sebab orang ramai. hehehe..
Kemudian beli tiket komuter ke Anak Bukit.
Komuter dari Padang Besar ke Anak Bukit: RM 4.20/pax (promosi XTRA 20- diskaun 20%)
(Kena tunjuk IC utk dapatkan promo XTRA20)
(Kena tunjuk IC utk dapatkan promo XTRA20)
Kos pengangkutan (Per pax):
Tiket Komuter: RM 4.20 + RM 4.20= RM 8.40
Thailand : 50 bath + 50 bath +25 bath = 125 Bath
Overall, budget Eija di Hatyai sekitar 500 bath kali ini termasuk makan dan pengangkutan.
Sekian trip Eija ke Hatyai kali ini. Rasa dok dekat Hatyai tu tambah tolak tak sampai 4 jam pon.hahahahahahahahha. Tak pa la, dapat lepas gian nak naik train dan dapat tambah koleksi cop di buku merah jadi la.hahahah
p/s: Kredit gambar kebanyakan dari handphone Amer.