Sunday, January 17, 2021

Top 5 cara Eija melabur/menabung bagi 2020

 Salam,

Sekadar perkongsian cara Eija menabung/medium Eija menabung.

1. Tabung Haji

Ini keutamaan Eija sekarang, utk mencukupkan duit untuk menunaikan haji.

2. Wahed Invest

Ini untuk dana persaraan Eija nanti selain KWSP. Nak baca lebih lanjut pengalaman Eija klik SINI.   Minimum amaun utk  buka akaun  melalui app adalah RM100 dan  nak dapat RM 10 free, masukkan refferal kod:rosabd1  serta kena pastikan amaun tersebut berada dalam akaun sekurang-kurangnya 30 hari .

as of 11/2/2022- ada isu mengenai Wahed Invest..,Eija withdraw all the money.

3. BEST Invest

Ini tabung emergency Eija. baru bertatih untuk mencukupkan 3 bulan dana kecemasan. Buka melalui app dan Eija paling suka menabung sini sebab macam topup kredit handphone.hahaha. Pengalaman Eija, klik SINI.

4. SSPN

Tabung pendidikan Eija untuk Eija melanjjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.

5. HelloGold

Tabung travel Eija, Aim Eija untuk tukarkan duit untuk menjadi gold bar/barang kemas. Bila nak travel boleh gadai. Selain itu, emas boleh juga jadi dana kecemasan Eija. Pengalaman Eija dengan HelloGold, klik SINI. Buka akaun melalui app dan boleh beli emas serendah RM 1 sahaja,....Masukkan referral code: ROSN05BQ dan bila pembelian emas mencapaiRM 50 , dapat free RM 5.

2020, baru celik sikit merangka dan menguruskan kewangan Eija. Tu pon ada jugak terbabas. Semoga tahun 2021 ini Eija lebih konsisten menabung.

Doakan Eija dimurahkan rezeki.Amin.

Misi 2021 Eija

 Salam,

2021 definitely will be a tough year for some people.
Dengan kenaikan kes Covid-19 maka turut memberi kesan kepada ekonomi keluarga &negara.
Pada 13 Januari 2021 telah bermula PKP balik di sesetengah negeri dan semua tidak dibenarkan merentas negeri.Semoga Allah menghapuskan Covid-19 ini dari muka bumi.
Harapan Eija semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dilindungi Allah.
Sekadar perkongsian misi Eija untuk tahun 2021.
Semoga Eija di permudahkan urusan  kehidupan ini.

1. #RoadtoFreeFlightTicket

Ya, masih meneruskan misi #RoadtoFree FlightTicket... Rasa tahun ni x redeem lagi, prepare utk tahun 2022 di mana diharapkan border antarabangsa sudah dibuka.  Target Eija tahun ini melancong dalam negara sahaja...Jom rancakkan balik sektor pelancongan negara.

2. #MisiMengaktifkanBlog
Nak cuba tulis banyak lagi pengalaman Eija dalam blog. Target tahun ni minimum 50 post. heheh

3. #DanaPersaraan

Konsisten menabung sendiri dalam KWSP utk #DanaPersaraan...

4. #MisiTambahIlmu

Untuk misi #TambahIlmu, perancangan Eija, untuk belajar cara melabur saham di  pasaran global. 

5.#1Buku1Bulan

meneruskan Misi membaca. Bila Eija tulis kat sini, berjaya paksa diri Eija untuk mencapainya :p

6.#MisiDerma Darah
Untuk tahun ni, Eija aim untuk derma 2x setahun. Untuk 2019 &2020, Eija aim 1x sahaja setahun,heheh.

7.#Menambahkan income pendapatan.
Hopefully, tahun ini dimurahkan rezeki mendapat income dari affiliate dan saham.

Doakan Eija berjaya. To be a better person :)


Happy New Year 2021

 Salam,

Pejam celik, 2021 sudah menjelma....

dah 17 hari 2021 menjengah...

Sekadar review misi Eija tahun lepas :)

Thursday, January 9, 2020

Misi 2020

Salam,
Sekadar perkongsian misi Eija untuk tahun 2020.

1. #RoadtoFreeFlightTicket

Ya, masih meneruskan misi #RoadtoFree FlightTicket... Hopefully, tahun ini berjaya redeem tiket AirAsia :) dan berjaya pergi melancong ke luar negara :)

Update 2020: tak berjaya lagi redeem tiket memandangkan Covid melanda. setakat ni bigpoint ija berjaya kmpul dalam 4000++

2. #RoadToPassiveIncome

Nak cuba untuk mewujudkan passive income. Antaranya melalui affiliate , dividen, (eg:ASB -kena menabung banyak2 :P)

Update 2020: Alhamdulillah, berjaya dapat income dari affiliate HelloGold, Wahed Invest, Buzzbreak, tq yg guna referral code Eija 

3. #DanaPersaraan

Memulakan #DanaPersaraan... kena mula dari sekarang :)..Perancangan Eija melakukan tabungan sendiri di dalam KWSP.

Update 2020: Tak berapa nak berjaya., dapat tabung sendiri 3 bulan sahaja.

4. #TambahIlmu

Untuk misi #TambahIlmu, perancangan Eija, sama ada Eija menyambung pengajian ataupun paling kurang enroll class online.

Update 2020: Alhamdulillah berjaya join kelas saham by Najib Saahari. Selain itu ada join jugak kelas saham free by DDNK, akademi Ahmad Asri

5.#1Buku1Bulan

Misi membaca :) Semoga istiqamah
Update 2020: Alhamdulillah berjaya melaksanakan.