Thursday, July 18, 2013

Ronda-ronda Kedah :Masjid Zahir

Setelah berpuas hati belajaq di Pusat Sains, kami bergerak ke Masjid Zahir untuk menunaikan solat zohor.
Jalan-jalan jugak,solat jangan tinggal ya kawan-kawan :).
Bila tiba,surprise sebab Masjid Zahir sudah bertukar wajah.Dindingnya telah di cat baru menggunakan color lain tidak seperti sebelum ini.Untuk makluman, masjid Zahir merupakan masjid tertua di Kedah.
Yang Eija perasan dari gambar2 di facebook/blog, pada malam hari terdapat lampu ala-ala I-City di hadapan Masjid Zahir ni. Tapi Eija tak pernah lagi p pada waktu malam.




Gambar Eija pada tahun lepas di depan Masjid Zahir

Gambar tetamu Eija di hadapan Masjid Zahir.

Nampak kan ada perubahan colour :)


Sedikit Info mengenai Masjid Zahir:

Pada 1912 masjid Zahir dibina atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum 
Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Jurutera yang terlibat ialah En. James Gorman 
yang merupakan Jurutera Negeri.  Reka bentuk masjid Azizi yang berada di langkat,
 Sumatera Utara banyak  mempengaruhi masjid Zahir. Lima kubah yang terdapat 
pada bumbung melambangkan rukun islam.Tapak masjid Zahir adalah tanah pusara pejuang 
Negeri Kedah yang gugur semasa peperangan dengan pihak siam pada tahun 1821.
Pada 15 oktober 1915, hari jumaat. Masjid Zahir dirasmikan oleh Almarhum Sultan 
Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud membaca khutbah Jumaat sementara Sultan
 Abdul Hamid mengimamkan solat jumaat tersebut.Kompleks mahkamah syariah dan 
pusat pendidikan asas kanak - kanak terletak di bahagian belakang masjid. Tetapi s
udah berpindah ke banggunan Kerajaan persekutuan di bandar Muadzam Shah, anak bukit
 Kedah.Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak  kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan
 tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda 
berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. 
Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu


Sumber :http://webjabatan.kedah.gov.my/home4/new.php?jab=pdks&id2=968&isi=content2


No comments:

Post a Comment