Salam,
Trip ni dah almost 2 bulan lepas. So,dah ingat2 lupa.hehehe. Hari ini tetiba mode rajin nak update. Mood tulis thesis dah ke laut. sebab start khamis depan nak cuti..hehe.nsb baik cuti approve.
26 September 2014
Trip kali ini for having fun, relax and sightseeing. After office hours, kami bertolak dgn 5 buah kereta mengikut Simpang Pulai..ada 2 jalan ke Cameron Highland, satu melaui simpang Pulai dan satu lagi melalui Tapah. Simpang Pulai ni jalan lagi better dari Tapah. Cameron Highland ni dlm 2 jam stgh dah smpai dari uni Eija, tapi tapi, ini merupakan kali ke-3 menjejakkan kaki ke cameron highland sepanjang hampir 8 thn berada di bumi tronoh ini. Sadis gila.huhu. Ini merupakan kali pertama smpai ke sana as Postgraduate student.
Sampai dalam kol 8 lebih di CH, then check in dekat Parkland Express di kawasan Brinchang. For those yg nak bersantai,nak kedamaian better duduk di Tanah Rata sebab dekat Brinchang ni,malam2 busy sikit.Pastu dinner dekat foodcourt depan Parkland. Lepas dinner, ingat nak ronda2 pasar malam Brinchang tapi malangnya kedai semua dah almost tutup. Maybe sebab lewat dah kot. So, kalau boleh before pukul 10 malam pergilah terjah Pasar Malam Brinchang.
27 September 2014
Seawal 8 pagi kami dah gerak ke destinasi pertama kami yakni
Ladang Tea Boh di Sungai Palas
Tak lengkap rasa kalau datang Cameron tak berkunjung ke Ladang Tea...Jalan ke sini sgt cuak jugak la. sebab dah la kecik, pastu bengkang bengkok plak tu.Pastu kat sini pon ada cafe.minum tea sambil menikmati panaroma keindahan... Ada jugak kedai menjual Tea Boh utk dibawa pulang. Sekarang dah macam2 perisa keluar. Selain itu, ada jugak kilang proses tea... Masuk adalah free dan parking disediakan.
Me |
My travelmates:) |
Ladang tea |
With Erry |
Then, selepas bersantai di sini, kami menuju ke
Butterfly Farm
Bayaran masuk ke sini RM 5. Nak parking pon macam susah jugak,tp kami bertuah hari tu senang ja dapat parking.Rezeki :). Kat sini bukan setakat rama-rama ja ada, bunga2,kaktus, dan binatang lain pon ada jugak.
Rama-rama jinak |
Cactus besar |
Bunga raya besar |
Selepas dah tak larat menangkap gambar, kami ke:
Rajuu Hill Strawbery Farm
Ladang strawberi pon wajib datang jika ke CH. Tapi tapi Rajuu hill strawberry farm ni tak menarik sangat. Kawasan yg dibenarkan melawat dan utk bergambar pon kecik ja.Memang tak berbaloi datang sini. Sila cari strawbery farm lain ya jika berkunjung ke CH. yg kat brinchang tu rasa lebih besar dan menarik rasanya. Nak tangkap gambar pon tak dak feel sgt...huahaua. Tapi sempat la singgah dekat cafe situ utk menikmati strawbery float. Oh,masuk free ja.
Next kami ke:
Kea Farm
Sini macam pasar pagi. So, sayur segar and strawbery murah dekat sini. Then rembat jugak souvenir kat sini. Kemudian kami ke:
Galeria Time Tunnel
Best gilaa dekat sini. Boleh mengimbau zaman2 dulu. Banyak jugak barang2 zaman dulu, antik punya barang. ala-ala museum. Bayaran dikenakan RM 5.
Welcome to Galeria Time Tunnel |
Selamat Hari Raya |
Naik basikal tua |
comeyyy |
Then, balik rehat-rehat kat hotel, dan malamnya terjah
Pasar Malam Brinchang
Pasar malam ni terletak berhadapan Balai Polis Brinchang. Kami jalan kaki ja ke sini. Untuk makluman, Souvenir di sini (keychain, teddy bear & etc) lebih murah dari Kea Farm. Rugi2, pg td rembat dekat Kea Farm. Huhu.
Then balik rehat time malam & zzzzzzzzzzzzzz.
arghh...tension 2 kali ke sana semua tempat2 di atas x sampai kecuali Pasar malam berincang je..nampaknya sis perlu repeat lagi huhu
ReplyDeletekena2..galeria tunnel tu syok dalam tu tangkap gambar:)
Delete