Monday, December 22, 2014

Ipoh ke Alor Star dengan kereta api KTMB

Salam,
Selalunya Eija naik bus balik kg dari Terminal Amanjaya, tapi last weekend saja-saja try nak balik naik kereta api. Beli tiket KTMB via online dari Ipoh-Alor  Star. Harga tiket RM14  (ekonomi seat)...Murahhhhhhhhh gilosss. tapi tapi time hanya ada pukul 1.47 pagi...huahuahu. kena berjaga...actually, kereta api ni menuju ke Hadyai (Senandung Langkawi). Excited sebab first time nak try balik naik kereta api, tapi nak di jadikan cerita, train delayyyyyyyy.huhu.sebabnya ada kabel TNB dekat station  batu gajah putus & jatuh atas landasan la kot..take time nak alih tu...Dugaannnn...Mata dok tahan mengantok.ada jugak terlelap sat sambil dok tunggu train tu. Finally, around 4.15 pagi, train pon tiba di KTM Ipoh. Alhamdulillah.
train is coming:)

Beli seat ekonomi, so tak boleh nak expect lebih-lebih kan...tapi selesa jugak,lembut kot seat economy..boleh tido dengan nyenyak...cuma kepada yg tak boleh tido dalam cahaya lampu better amik seat business /yg katil punya, sebab lampu tak ditutup pon...kena la bawak towel,pashmina, etc yg boleh cover muka.so,boleh dapat tidur yg berkualiti...selain tu, bawak la sweater jugak sebab sejukkkk aircond...heheh...pastu,kena alert jugak station yg kita nak berhenti (tengok estimated arrival time dekat tiket.pastu budget2 la masa). Time Eija ritu,ad jugak announcement di buat tapi x bapa nak clear. pastu ad jgk staff dia dok bgtau next station, tp tak  semua station yg dia berhenti tu ada bagitau. So, kena alert sendiri. Hopefully, KTMB can improve this matter.

Pastu, Eija igt train ni lalu atas tanah ja..tapi ad merentasi jugak sungai/kuala dekat Penang...wahhhhh...menarik :)...

Dalam 9.30 pagi (perjalanan hampir 5 jam ++)  alhamdulillah tiba di station KTM Alor Star. Pastu nak amik bus balik Kuala nerang. Buat2 berani dan macam tau jalan.haha..walhal last jejak kaki di station ktm time sekolah rendah. dah dekat 13 thn lepas...pastu confident jalan nak ke Pekan Rabu nak amik bus. Nasib baik pandang tengok org belakang, rupa-rupanya ada jalan short cut.hehehe...jangan malu bertanya.heheh.

Ok, keluar dari station kereta api, belok kanan...jalan straight, pastu nampak macam tower jam kecik. pastu belok kiri, actually, ada simbol no entry, tapi belok ja..akan jumpa bangunan MARA...lepas tu jalan straight ja dan kena melintas 2x di jalan besar utk smpai ke Pekan Rabu #sorrylakaluxpaham.

Dalam pukul 10 gitu, ada bus HBR ke kuala Nerang. Dah lama gila tak naik bus HBR ni. Tambang ke Kuala Nerang RM 3.50.,,Selepas hampir sejam sampai la kt stesyen bus Kuala Nerang and kakak Eija datang amik.hehe...

First experience naik kereta api balik kedah yg akan dikenang.
First time balik kampung jimatt sangat. Total cost:RM17.50 sahaja.
Dugaan , cabaran & kenangan.




Update as of 15/10/16:
Senandung langkawi ini sudah ditamatkan perkhidmatannya.



No comments:

Post a Comment