Thursday, January 26, 2017

Pengalaman parking kereta di KTM Alor Star

Alhamdulillah, kereta Eija selamat.hehe
Awal-awal agak risau tiggal kereta lama kt situ. Tapi tawakal sahaja.hehe
Park selama 4 hari 3 malam di situ.
Yang best lagi.
Freeeeee of charge.
No parking fee is imposed at KTM Alor star so far (In future, don't know yet :P)

Update as of 30/8/2019:
Sekarang parking bercaj sudah dikenakan.huhu

Sunday, January 1, 2017

Pelukan terakhir..

Salam,
Mohon kalian sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Ustazah Fatimah yang kembali ke rahmatullah pada 18/12/2016 yang lalu. Coretan ini untuk kenangan Eija.

Antara ustazah/guru sekolah KAFA yang paling dekat di hati Eija.
Honestly, memang Eija tak berapa baik/rapat dengan guru2 sekolah dahulu even sekolah menengah. Tapi ustazah fatimah ,ustazah  KAFA, paling Eija selalu terjumpa since meninggalkan zaman persekolah.Mengajar Eija tajwid, hafazan dan lain-lain paling dekat di hati.
Lokasi pertemuan kami selalunya adalah di masjid ketika bulan ramadhan. Kami bertarawikh/sembahyang hari raya di masjid yang sama.
Sehinggalah tahun 2015 if Eija tak silap, ustazah didiagnos menghidap kanser.
Eija bernasib baik berpeluang melawat ustazah di hospital sekali.
Ustazah terkejut menerima kedatangan. 

Sehinggalah Eija jumpa kembali ustazah di kedai makan di kuala nerang lepas bulan syawal yang lalu.
Eija tegur dan salam dengan ustazah.
Dan ustazah minta nak peluk Eija.huhu.
Kenangan yang tak dapat dilupakan.
Pelukan terakhir.
Tika itu ustazah kelihatan gembira dan sihat, Eija beranggapan penyakit kanser nya telah sembuh selepas menjalani kemoterapi.

Hinggalah beberapa hari sebelum ustazah meninggalkan dunia ini, Eija terbaca message whatsapp group sek kakak eija yang mengatakan ustazah tenat. Ya, merancang untuk melawat tapi Eija tidak melaksanakan sehinggalah mendapat berita kematian ustazah. Agak menyesal kerana bertangguh untuk melawat ustazah di tambah hanya mengetahui kematian ustazah selepas ustazah dikebumikan.huhuhu. sedihhhhh

Damailah ustazah di sana semoga syurga tempat ustazah.Amin. Al-fatihah.

Pelukan terkahir yang akan diingati sehingga akhir hayat. In sha allah.

Impian 2.0.1.7

Salam,
Kesinambungan impian/azam tahun 2016 yang tidak berjaya di capai.huhu

Throwback impian 2016


Untuk pendidikan:

1. Dipermudahkan urusan buat correction thesis & convo tahun ini (Alhamdulillah berjaya konvo!)

2 .Hantar at least 1 paper ke ISI journal ( Carry forward.still hutang dengan my sv.huhu)

Untuk kehidupan:

1. Dapat kerja! (still looking for a job.please pray for me)
2. Moga menjadi muslim yg lebih baik dan anak yg solehah.
3. Kalau dimurahkan rezeki & diberi keizinan-Nya, nak menunaikan umrah bersama mak dan abah. 

Untuk sesi jalan-jalan:

1.Cambodia (Cancelled)
2. Road trip to Pantai Timur with geopolymer lab members :) (Carry forward)
3. Bangkok (Carry forward)

Not many targets were fulfilled.But Thank you ALLAH for the rezeki.Alhamdulillah.

So, untuk 2017, target Eija;

Untuk pendidikan:

1 .Hantar at least 1 paper ke ISI journal ( Carry forward.still hutang dengan my sv.huhu)
2. Register for Phd (part time).


Untuk kehidupan:

1. Dapat kerja! (still looking for a job.please pray for me.semoga rezeki Eija dipermudahkan)
2. Moga menjadi muslim yg lebih baik dan anak yg solehah.
3. Kalau dimurahkan rezeki & diberi keizinan-Nya, nak menunaikan umrah bersama mak dan abah. (continuity from past year)

Untuk sesi jalan-jalan:

1. Yogjakarta (Terget on August)
2. Bangkok (Target on December)
3. Road trip to Cameron with geng2 langkawi:) (Target on April)
4.Road trip to Pantai Timur with geopolymer lab members :) (Target on November).

Untuk blog:

1.Semoga Eija rajin menulis untuk perkongsian yang berfaedah:)
Oh btw, Eija dah tukar adress blog.hehe. 

May ALLAH bless me and fulfill my wishlist :)







W..E.L.C.O.M.E 2.0.1.7

Alhamdulillah,
It's official.
01.01.2017

Moga hidup kita diberkati dan diredhai oleh Allah.