Sunday, January 1, 2017

Pelukan terakhir..

Salam,
Mohon kalian sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Ustazah Fatimah yang kembali ke rahmatullah pada 18/12/2016 yang lalu. Coretan ini untuk kenangan Eija.

Antara ustazah/guru sekolah KAFA yang paling dekat di hati Eija.
Honestly, memang Eija tak berapa baik/rapat dengan guru2 sekolah dahulu even sekolah menengah. Tapi ustazah fatimah ,ustazah  KAFA, paling Eija selalu terjumpa since meninggalkan zaman persekolah.Mengajar Eija tajwid, hafazan dan lain-lain paling dekat di hati.
Lokasi pertemuan kami selalunya adalah di masjid ketika bulan ramadhan. Kami bertarawikh/sembahyang hari raya di masjid yang sama.
Sehinggalah tahun 2015 if Eija tak silap, ustazah didiagnos menghidap kanser.
Eija bernasib baik berpeluang melawat ustazah di hospital sekali.
Ustazah terkejut menerima kedatangan. 

Sehinggalah Eija jumpa kembali ustazah di kedai makan di kuala nerang lepas bulan syawal yang lalu.
Eija tegur dan salam dengan ustazah.
Dan ustazah minta nak peluk Eija.huhu.
Kenangan yang tak dapat dilupakan.
Pelukan terakhir.
Tika itu ustazah kelihatan gembira dan sihat, Eija beranggapan penyakit kanser nya telah sembuh selepas menjalani kemoterapi.

Hinggalah beberapa hari sebelum ustazah meninggalkan dunia ini, Eija terbaca message whatsapp group sek kakak eija yang mengatakan ustazah tenat. Ya, merancang untuk melawat tapi Eija tidak melaksanakan sehinggalah mendapat berita kematian ustazah. Agak menyesal kerana bertangguh untuk melawat ustazah di tambah hanya mengetahui kematian ustazah selepas ustazah dikebumikan.huhuhu. sedihhhhh

Damailah ustazah di sana semoga syurga tempat ustazah.Amin. Al-fatihah.

Pelukan terkahir yang akan diingati sehingga akhir hayat. In sha allah.

No comments:

Post a Comment