Thursday, January 8, 2015

Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 1 # YearEndTrip #Thailand

Salam,
Perjalanan bermula last 25 December 2014. kira-kira 5hari 4 mlm berada di Thailand.
Main agenda untuk trip ni untuk menghadiri perkahwinan kawan, Fareeda di Narathiwat. Dah alang-alang tu singgah jalan-jalan dekat Hat Yai. Before bergerak, risau jugak Thailand banjir. Sebab area Narathiwat ada berita masuk paper pasal banjir...whats app Fareeda untuk confirmkan, dia cakap jalan ke rumah dia ok. Chat jugak dgn Noree  yg berada di Hat Yai utk mengetahui keadaan di sana. Noree cakap musim hujan jgk.tp tak banjir lagi. So, proceed ja dgn trip ni.

25hb December 2014, Day 1

Batu Gajah-Hat Yai

Pukul 12.00 tgh malam gerak ke station KTM Batu Gajah. Luqman tolong hantarkan. Kali ini bergerak ke Hat Yai bersama K.Shidah. Kami berdua sahaja kali ini. Luqman akan menyusul pada 27hb Dec ke Hat Yai. Train Senandung Langkawi bergerak ke Hat Yai tiba pukul around 1.30 a.m.
Tiket train dah beli sebulan yang lalu berharga RM 34 (seat). Refer sini. Kalu ikut seat tu tulis Superior class. Expect lagi selesa skit la berbanding time Eija balik Alor Star ritu tapi rupa-rupanya sama ja dgn seat economi ritu.hampeh.huhu. ..

Around pukul 9 pg, sampai di stesyen Padang Besar. Kena turun sini untuk cop passport. Tak bawa turun barang pon tak apa.:). First, pergi dekat imigresen Malaysia dahulu. Kemudian, ke imigresen Thailand. sebelah menyebelah ja.Isi form yg berkenaan sebelum beratur di imigresen Thailand ya.
Berhenti dekat sini dalam sejam lebih jugak. So, boleh la breakfast dekat cafe di stesyen padang besar. Make sure setel urusan kedua-dua bleah imigresen baru pergi makan. Kira-kira 10.15pagi baru train bergerak ke Hat Yai...Oh. nak tukar duit bath pon boleh di sini dengan m.cik pakai baju pink ktm berada dekat pintu keluar imigresen Thailand, tukar dgn dia. Time Eija gi ritu, 1000bath=RM107. Untung jugak la. Eija mintak tolong kawan Eija tukar kt KL Sentral 1000bath=RM109. huhu

Hat Yai

Selepas hampir sejam, Alhamdulillah, safely arrived at @Hat Yai Junction.


Moh kita terjah Hat Yai


Kemudian, misi mencari Hatyai  Backpackers Hostel. Boleh jalan kaki sahaja dari station train HatYai.Dalam 10 minit gitu. Jimatttt duduk kat sini:).heheh.Actually, this is my first time menginap di hostel.heheheheh.



Kami sampai awal jugak la di hostel ni...bilik x siap lagi,Eija booking private room, tak duduk dorm pon. While waiting bilik nak siap, layan wifi dulu.Nice owner ni. Memang recommended stay kat sini.

Pas check in, rehat-rehat & Eija contact kawan Eija, Noree. Noree ni memang org Thailand. Dulu belajar sama-sama dgn Eija time undergraduate. Then, time lunch tu, Noree pon sampai and lunch sama-sama. Jalan ke depan sikit, ada kedai makan muslim. Tom yam best jugak la. Lupa plak nak amik nama kedai tu.Lepas makan, Noree balik rumah dia dulu....kami menuju ke Robinson Mall. memang famous mall ni dekat sini sambil survey nak beli hadiah utk wedding Fareeda.


To be continue...Part 2

2 comments:

  1. jauh pergi kenduri kahwin tu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala.hahaha...kwn baik jugak time buat master ni.

      Delete