Sunday, January 11, 2015

Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 5 # YearEndTrip #Thailand


27 December 2014, Day 3

Hatyai -Narathiwat

Pagi ni just rehat-rehat dan kuar cari breakfast dekat luar. Makan roti telur dah teh tarik kena 50bath.
Dalam pukul 10.15 gitu check out sebab Luqman dah whatsapp kata dah gerak dari padang besar. Hari ini menunggu ketibaan Luqman utk bergerak sama-sama ke Narathiwat. Luqman pon naik train jugak. Kemudian kami naik tuk tuk dari Hatyai Junction ke Terminal Bus. Cost : 40 bath/person.

Di terminal bus, ada kaunter information utk pertanyaan. Senang tya ja dekat mana nak beli tiket.hehe...Kaunter beli tiket utk ke Narathiwat  di kaunter no 22. Lokasi kaunter untuk pembelian tiket minivan ke Narathiwat terletak berhampiran toilet.
Harga tiket minivan Hatyai - Narathiwat : 170 bath
Kemudian kami menunggu di tempat yg disediakan.

tempat menunggu van narathiwat. kaunter beli tiket asing


Jom gerak ke Narathiwat


Selepas dalam setengah jam gitu van pon gerak.Oh, nak dapat seat depan,kena masuk seawal pintu van di buka. Bila keluar dari terminal bus ni dari jauh nampak Hatyai Central Festival. Perjalanan ke Narathiwat mengambil masa selama 3 jam. Sepanjang perjalanan ke Narathiwat akan melalui yala,pattani and Eija ternampak juga signage Leela Resort (tempat family Eija stay). Selain itu, pos kawalan tentera pon banyak... Nak amik gambar tak bapa nak brani kang tetiba tentera tu nampak.Try nak call fareeda guna handphone, tapi dekat handphone display invalid registration,lebih kurang gitu la. Nasib baik ada public phone.Kalau dekat Malaysia,memang susah dah nak jumpa.heheCall Fareeda sebab dia akan pick up dekat bus station.

Perut pon dah lapo gilaa...sebab last makan time breakfast. time sampai dkt narathiwat ni dalam lebih kurang pukul 3 ptg. Teringat Eija ada bawak maggi cup and terperasan ada kedai runcit dalam terminal bus tu ada heater. Try nak beli air panas, tapi owner kedai tu bagi freeeee ja. Time dok isi air panas tu, Fareeda pon sampai. tapi kami layan maggi dulu sebab lapo gilaaaa...

sedap makan maggi tambah-tambah hujan jugak time tu


Info dari Fareeda, semua sim card thai yg hendak digunakan di Narathiwat, Yala dan Pattani kena daftar balik di 3 kawasan tersebut. Hal ini disebabkan kawasan-kawasan tersebut kategori risk zone. Sim card yg fareeda bagi untuk EIja guna ni, dia beli kat HatYai dan tak register pon dekat Narathiwat. So thats why Eija tak boleh nak call Fareeda bila dah sampai Narathiwat walhal guna dekat Hatyai tadi ok sahaja. 

Kemudian kami check in di Tanyong Hotel Narathiwat. Hal hotel Fareeda setelkan.On da way ke hotel berjaya jugak snap gambar abg2 askar yg berada di sekitar pasar  Narathiwat.






Tanyong Hotel


Depan skit dari hotel ni pon ada pos kawalan tentera. Rumah Fareeda dalam 2 minit jalan kaki sahaja dari hotel ni.senang kami.heheh...lepas check in, rehat sat, kami pon cari makan. Lapo nasi..Fareeda balik rumah dia.

Lunch
Eija siap bertambah nasi lagi. memang lapo gila.haha..Lunch kena around 60 bath/person.
Lepas dah kenyang, balik hotel, rehat dulu sebab plan nak g jenguk rumah fareeda lewat petang nanti.

Lepas dah rehat, kami pon menuju rumah fareeda. Lalu jugak depan tentera.cuak jugak.hahah...dok sembang-sembang ngan fareeda, then m.cik dia mntak tolong...

time tengah buat keja

hasil kerjasama kami. tak sangka...hahaha

Itulah yg diminta tolong oleh m.cik dia...hahah...Bangga dengan hasil kerjasama kami. tak sangka plak..hahahhaha...
then balik hotel, zzzzzzzzzzzzzzzzz

to be continue, Day 2 @ Narathiwat.




2 comments: