Wednesday, November 30, 2016

Program assessment centre (PAC) PTD 2016 M41. Part I # Throwback

Salam,
Nak berkongsi pengalaman Eija pada PAC yang lalu...


Awal tahun 2016, Alhamdulillah Eija berjaya lepas peringkat pertama untuk jawatan Pegawai Tadbir diplomatik (PTD). Maka, Eija terpilih ke peringkat seterusnya, yakni PAC. Lokasi?? INTAN Bukit Kiara.KLJauhhhh tu sebab Eija orang utara,Kedah dan ada INTAN di Sg Petani. Agak terkejut pada awalnya.Bila Eija tengok komen-komen di FB, tempat assesment ini merupakan cabaran secara tidak langsung sama ada kita willing to travel ataupun tidak.Ok,agak excited sebab first time lepas first stage PTD.hehe.Walaupun KL, sanggup ku tempuhi.hahaha. Sebenarnya, Eija ada kakak di Subang, so macam boleh sahut la cabaran penilaian di KL. hehe.boleh jumpa anak buah sambil tu :)


PAC ditetapkan selama 2 hari 1 malam.Tentatif seperti berikut:

Pendaftaran


Pendaftaran bermula 7.00 am. Take note ya kawan2.Eija sampai dalam pukul 7 dh dpt nombor 55 :P. haha. Ketika pendaftaran kena hantar borang profil SPA yang disertakan dalam email. Usai borang di hantar, nombor akan diberikan dan hendaklah dipakai sepanjang program. Dalam pukul 8 pagi, taklimat diberikan mengenai program yang bakal berlangsung dan para peserta diingatkan tidak merakam sebarang gambar aktiviti yang berlangsung. huhu. Kemudian,

Saringan kesihatan

Para peserta akan diberikan borang untuk diisi maklumat. Pemeriksaan tinggi, berat, BMI, tekanan darah dan pemeriksaan dengan doktor pada peringkat ini.  Kena lulus BMI ya.hehe. Seterusnya,

Ujian UKJK

UKJK merupakan ujian fizikal untuk menguji fitness kita. Sila pastikan anda membuat senaman/latihan ringan beberapa minggu ya sebelum menghadiri PAC :P..Ada 4 ujian pada peringkat ini:

1. Bleep test

Ujian ni lari ulang alik.huhu. ada 8 @10 level tak silap. ada orang kata nak selamat sila pastikan sampai level 4. Satu level pon kena lari ulang alik dekat 10 kali dalam jarak 20meter. Eija sampai level 4 sahaja pastu dah semput tak larat dah. Ada peserta wanita berjaya smpai level 6 tak silap.

2. Ujian duduk dan jangkau

Ni ujian untuk menguji kelenturan badan. Biasa saja.

3. Ujian bangun tubi 1 minit

Ya ampun, walau satu minit, seksa ya amat.huhu.dalam satu minit tu pon,eija sempat rehat sebab xlarat.hahahah. untuk selamat kena lebih 30 jika tak salah.memang menguji tahap fitness kita.huhu. ujian ini untuk menguji daya tahan otot abdomen.

4.Ujian genggaman tangan

Yang ni pon simple.hanya pegang alat yang diberikan dan genggam. ada bacaan yang diberikan.walaupun senang tengok,tapi memang beri kesan dekat otot tangan.terasa sangat.huhu.

Oh lupa, jangan lupa bawa air mineral.kosong sendiri ya sepanjang ujian UKJK. Untuk pengetahuan, Rasanya dah ada video yang dikongsikan di page FB SPA. Check tengok ujian-ujian ni.hehe.

Selepas dah habis ujian-ujian di atas, boleh makan tengah hari yang disediakan sementara menunggu keputusan.Untuk makluman, sesiapa yang gagal ujian UKJK tidak dapat meneruskan peringkat seterusnya.

Pada masa Eija ritu, dalam 3-4 orang sahaja yang gagal ujian UKJK.Sedih jugak tengok sebab depa kena balik.huhu. Untuk makluman, Ramai yang lepas :)
Untuk lulus Ujian UKJK kena memperolehi sama ada, emas, perak, atau gangsa. Mata yang diperolehi berdasarkan 4 ujian di               atas.Nampaknya level fitness Eija peringkat perak sahaja. Tak berapa nak fit sangat :P

Ok, nanti Eija sambung.dah dekat 9 bulan dah PAC ni.hahaha.

p/s: sambungan di sini


4 comments:

  1. kalau xlepas bmi mmg x lulus ya..huhu

    ReplyDelete
  2. Great Information sharing .. I am very happy to read this article .. thanks for giving us go through info.Fantastic nice. I appreciate this post. paperless assessment centre

    ReplyDelete