Saturday, February 29, 2020

Review Buku: Nota dari Madinah #1Buku1Bulan #Misi2020 #Februari2020

Salam,
 Misi 2020 #1Buku1Bulan bersambung. Untuk bulan Februari, buku yang Eija  berjaya  habiskan pembacaaan ialah seperti di bawah:



Tajuk: Nota dari Madinah
Penulis: Roza Roslan & Muhd Kamil Ibrahim
Kategori: Motivasi


Rumusan Eija:

Buku ini menggamit kenangan dan kerinduan terhadap bumi Madinah.Alhamdullilah atas rezeki yang ALLAH kurniakan, Eija sudah berpeluang menjejakkan kaki di bumi Madinah dan menziarahi Rasullullah s.a.w. Untuk pembaca yang akan menunaikan umrah, sila dapatkan buku ini. Buku ini adalah perkongsian pengalaman Prof Kamil dan isteri ketika tinggal di Bumi Madinah. Pesanan dalam buku tersebut patut kita jadikan ikutan serta cara memaksimumkan ibadah kita di bumi Madinah. Semoga ada rezeki  Eija lagi untuk menziarahi Rasullullah S.A.W di masa hadapan.Amin.

Friday, February 28, 2020

Review: The Train Hotel Hatyai

Salam,
Baru-baru ini Eija pergi ke Hatyai #solotrip dan Eija menginap di The Train Hotel Hatyai.



Price
Eija book melalui AGODA. Eija dapat harga RM 90.97...



Deposit
Deposit diperlukan, sepatutnya 500 bath tapi Eija bagitau tak cukup duit Bath,duit RM pon boleh. Deposit Eija RM50. 

Location
-Terletak di stesen kereta api (Hatyai Junction)
- Berhadapan Robinson store
-Boleh jalan kaki sahaja ke Plaza Lee Garden

Breakfast
-Untuk pakej Eija , breakfast tak termasuk. Tapi Eija perasan ja kalau nak book makanan breakfast boleh dapat dalam 50bath. 

Room
- Bilik besarrrrr. Dah la Eija duduk sorang2.heheh
-Ada aircond.
-Ada TV
-Air mineral disediakan di dalam bilik
-Kettle disediakan.
-Peti Ais disediakan.
-Petunjuk kiblat ada disediakan. 



Bathroom
-Ok. BERSIH! 
-Towel Disediakan
-Sabun disediakan.


Wifi
- Provided dan OK. Tak slow pon.Eija whatsapp call dengan mak clear ja.heheh

Lain-lain
-Disediakan ais di tingkat 2 (PERCUMA). Eija menginap di tingkat 3. Bekas untuk letak ais pon disediakan (dalam bilik).
- kalau siang hari, standby la dok dengar bunyi hon kereta api selalu :P
tong ais

Conclusion:

Value for money ..Recommended.


p/s: Nak baca solo trip Eija ke Hatyai? Klik SINI

Monday, February 24, 2020

Bagaimana Eija mendapat duit FREE /EXTRA/BERJIMAT? #TipJimatEija

Salam,
Sekadar perkongsian rumusan bagaimana Eija mendapat duit FREE/EXTRA /BERJIMAT #TipJimatEija


1.BigPay

Untuk BigPay, Eija install, dan awal2 kena topup RM 20 dulu serta masukkan referral code ..kemudian akan dapat RM 10 percuma.

Referral code: 4LBRSXK6ZJ
Bagaimana guna BigPay? Klik SINI

2. App SETEL

Penggunaan app Setel adalah untuk pengguna minyak PETRONAS. Eija baru mula guna baru-baru ini, dan setakat ini dah dapat RM 10 :) Bagaimana?
Guna referral code: 4d9ym [kena isi minyak RM 30 dlu & akan dapat RM 5 free]. Pastikan masukkan referral code tu. Selain itu, selesaikan challenges yang di sediakan dalam app. Jimat duit minyak :) Selain itu, boleh link kan kad mesra dalam app dan tukarkan point mesra kepada duit minyak #TipJimatEija

Jimat duit minyak :)


3. Boost App
Buat masa ini, ini merupakan e wallet yang paling Eija suka guna.Hehe. Kita kumpul Boost coin dan kemudian redeem  duit. Untuk tahun 2020, setakat bulan 2 ini Eija dah berjaya tebus RM 30 #TipJimatEija

Referral code: ros23cyf
Pengalaman Eija?Klik SINI

Duit extra :) Boleh beli KFC.hehe

4. ShopBack
Shopback ni dapat cash back balik. Ini untuk orang yang suka online shopping/purchasing. Boleh check company yang terlibat dengan cashback.
Nak daftar? Klik : https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
 (Bila guna RM 25 akan dpt RM 5 )

Pengalaman Eija? Klik SINI

Untuk setakat ini, berjaya kumpul dan withdraw RM 30..hehe :) #TipJimatEija



Alhamdulillah...Bila congak2 lebih RM 100 dah dapat :) Semua ini ambil masa dan bergantung kepada perbelanjaan kita.
Nanti Eija kongsi lagi...Cukup 5 cara ni dlu setakat ni :) Harap membantu.