Thursday, February 11, 2021

Review OneCookies by KHM Foodies Sdn Bhd

Salam,

Baru-baru ini Eija ada cuba produk OneCookies . Eija beli Biskut Chocholate Chunky & Biskut Peanut Butter Gemuk...Both sedap....Eija prefer Biskut Peanut Butter Gemuk , anak buah Eija prefer Biskut Chocholate Chunky.  OneCookies ni produk Khairul Hakimin Muhammad (pernah digelar bapa Viral Kebangsaan, ada buku juga ditulis, FB influencer)

Selain itu, ada produk biskut lain jugak, maruku dan ada buah kurma juga di jual...

Yang lain Eija tak testing lagi, cuma 2 biskut yang Eija dah beli ni memang sedap and recommended.

Nak tengok dulu ka nak beli ka , boleh  klik link bawah ni....

 https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413

https://khmonecookies.com/shop/002413


Kurier Pos Laju

packaging terbaik



Update as of 5/6/2021: 

Baru-baru ini Eija beli perisa lain pulak.. time tu promosi Buy 1 Free 1 & pos FREE....

Eija testing biskut cornflake & nestum...

hasilnya biskut cornflake jadi first ranking favourite Eija :P

Nak try:

Dapatkan di sini:

 https://khmonecookies.com/shop/002413


p/s: Nak daftar dropship OneCookies? Klik SINI. PERCUMA! :)Boleh kita cuba tambah pendapatan dengan Dropship:)

Berjaya deposit ke Tabung Haji guna JomPay!

 Salam,

Deposit percuma tanpa caj ke TH melalui JomPay.

Eija dah try..berjaya tapi bukan on the spot masuk ke akaun TH.

Tapi melalui JomPay jimat RM 1  (cheapskate.hahahhah).

Selalu Eija transfer ke Tabung Haji menggunakan Bank Islam dan ada caj RM 1 untuk deposit

Eija guna JomPay dalam Cimb Click.

Mudah ja, pilih JomPay, kemudian masukkan Biller Code: 60228 .

Kemudian utk Ref 1: Akaun TH kita




.

Eija transfer pada 5 Februari 2021 (Jumaat, 5.05pm) check di akaun TH, masuk pada Isnin, 8 Februari 2021. 


Untuk yang dah ada amaun RM 1,300 boleh daftar dah Tabung Haji. Pendaftaran Haji tak automatik ya. Kita kena daftar  :)

Jom menabung di TH untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 :) #TabungEija


Thursday, February 4, 2021

Review 2020 Eija

 Salam,

Sekadar perkongsian perihal 2020 Eija.

Kerja

Alhamdulillah, masih bergaji walaupun status kontrak dan bergaji hari. Eija mendapat peluang berkerja dari rumah.Tempat kerja di Perak, tapi Eija stay di kampung, Kedah sepanjang kebenaran untuk bekerja dari rumah. Pandemik menyebabkan ramai kehilangan kerja , semoga yang terlibat dipermudahkan urusan. Pandemik yang tidak dijangka dan tika menulis ini , kes di Malaysia masih tinggi. Semoga kita dijauhkan dari wabak covid-19 ini dan dipermudahkan urusan kita. Doakan Eija dapat kerja tetap :)

Keluarga

Alhamdulillah, rezeki tahun 2020, dapat 3 orang anak buah baru :) 

Percutian

Sebelum perintah kawalan pergerakan, Eija sempat berjalan ke Hatyai. My first SOLO trip :P Dah ajak kawan, tapi kawan tak available.heheh. Selain itu , sempat road trip ke Penang dengan housemates (Ain& Nolly) dengan misi jalan-jalan cari makan :P.Lepas pelaksanaan PKPP, Eija dan keluarga sempat ke Penang, tidur di Lexis semata-mata. Tak gi jalan mana-mana sangat.hahah. Selain itu, Eija sempat ke Cameron Highlands dengan Nolly. Rasa itu sahaja. Alhamdulillah ada juga sesi jalan-jalan Eija.

Lain-lain

Alhamdulillah, dapat  peluang jadi reviewer untuk paper. Journal of Taibah University for Science. Pengalaman pertama, rezeki di bulan ramadhan. Universiti ini terletak di Madinah. Rindu Madinah. Moga mendapat peluang ke sana lagi.

Ini sahaja kot perkongsian. hehe

Alhamdullillah for 2020.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk 2021.