Friday, January 9, 2015

Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 2 # YearEndTrip #Thailand

Sambungan dari sini....

Dah selesai survey, kami pon decide nak g Ice Dome. Bila kuar ,tya tuk tuk depan Robinson, dia cakap Ice Dome tutup utk renovation. Dah frust..huhu.. tapi kebetulan dia pon tak paham bahasa Melayu, dia panggil kawan dia. Org tu call owner tuk tuk yg boleh berbahasa Melayu.


First time naik tuk tuk

Pastu bagitau kata nak g Ice Dome, luckily abang tu cakap,mana ada tutup....bukak ja...so here we are:

Hat Yai Ice Dome



Fee: 300 bath for Adult (include jacket & glove).
Besstttt & sejukkkk gilaaa dalam ni...Before masuk akan diberikan briefing terlebih dahulu..Ad 3 Bahagian, yg sejuk,pastu alaala musim salji & musim bunga. Bunga original tau..fresh lagi.. Rasa-rasa bertahan dalam setengah jam ja dekat area kawasan sejuk tu...ada tempat bleh main sliding jugak..Eija try jugak even dalam keadaan sejuk2 tu..Yg kawasan bunga tu last skali..







Time petang ni,ada hujan jugak la....Next we went to:

Hat Yai Cable Car

Dekat jugak la Hatyai Cable car ni dengan Ice Dome. Boleh g sekali harung:)
Tapi tak naik pon..just tgk sekitar sahaja sebab hujan sebelum tu,operasi cable car dihentikan.Kedua-dia  kawasan naik dan turun cable car kami pergi.

Kawasan bawah/turun

Kawasan naik
Dekat kawasan utk menaiki cable car ni, boleh jugak menikmati pemandangan Hat Yai....

Next, hujan start turun and tak tau dah nak g mana..abg tuk tuk tu propose pergi Hat Yai Central Festival...Abg tu drop kami dekat situ.
Perbelanjaan tuk tuk utk perjalanan ke Ice Dome-Cable Car- Hat Yai central Festival : 800 bath/ tuk tuk....Disebabkan hanya kami berdua, so sorang 400 bath ...bila pikir balik rasa macam mahal jugak la..tapi kawan Eija ckp sbb g Cable Car tu mmg mahal,sebab naik bukit..huhu...

Hat Yai Central Festival

Ni tarikan terbaru kt Hat Yai...Hat Yai Central Festival merupakan mall terbaru dan terbesar di Hat Yai....besar jugak...Eija pon tak round abes...sbb bukan aim nak shopping dekat mall pon.hehehe



Tapi sempat jugak la rembat sehelai t shirt dekat sini.Huahuahu.
Noree pon ada call tanya kitaorg kat mana and nak balik bila sebab dia nak belanja dinner.heheh.
Kitaorg juga amik map Hat Yai city dekat kaunter tourist information dekat HatYai Central Festival.Then usha-usha map, decide nak g terjah ASEAN Trade Market by jalan kaki sebab tengok macam tak jauh ja. On the way ke sana, Noree call tya dekat mana ,sebab dia dah ada dekat Hat Yai Central Festival. Pastu kitaorg stop berjalan dan tunggu noree tepi jalan...Noree nak datang amik..Tengok-tengok ada kejutan dari Noree...

To be continue..Part 3

Thursday, January 8, 2015

Hatyai-Songkla-Narathiwat-Hat Yai, Part 1 # YearEndTrip #Thailand

Salam,
Perjalanan bermula last 25 December 2014. kira-kira 5hari 4 mlm berada di Thailand.
Main agenda untuk trip ni untuk menghadiri perkahwinan kawan, Fareeda di Narathiwat. Dah alang-alang tu singgah jalan-jalan dekat Hat Yai. Before bergerak, risau jugak Thailand banjir. Sebab area Narathiwat ada berita masuk paper pasal banjir...whats app Fareeda untuk confirmkan, dia cakap jalan ke rumah dia ok. Chat jugak dgn Noree  yg berada di Hat Yai utk mengetahui keadaan di sana. Noree cakap musim hujan jgk.tp tak banjir lagi. So, proceed ja dgn trip ni.

25hb December 2014, Day 1

Batu Gajah-Hat Yai

Pukul 12.00 tgh malam gerak ke station KTM Batu Gajah. Luqman tolong hantarkan. Kali ini bergerak ke Hat Yai bersama K.Shidah. Kami berdua sahaja kali ini. Luqman akan menyusul pada 27hb Dec ke Hat Yai. Train Senandung Langkawi bergerak ke Hat Yai tiba pukul around 1.30 a.m.
Tiket train dah beli sebulan yang lalu berharga RM 34 (seat). Refer sini. Kalu ikut seat tu tulis Superior class. Expect lagi selesa skit la berbanding time Eija balik Alor Star ritu tapi rupa-rupanya sama ja dgn seat economi ritu.hampeh.huhu. ..

Around pukul 9 pg, sampai di stesyen Padang Besar. Kena turun sini untuk cop passport. Tak bawa turun barang pon tak apa.:). First, pergi dekat imigresen Malaysia dahulu. Kemudian, ke imigresen Thailand. sebelah menyebelah ja.Isi form yg berkenaan sebelum beratur di imigresen Thailand ya.
Berhenti dekat sini dalam sejam lebih jugak. So, boleh la breakfast dekat cafe di stesyen padang besar. Make sure setel urusan kedua-dua bleah imigresen baru pergi makan. Kira-kira 10.15pagi baru train bergerak ke Hat Yai...Oh. nak tukar duit bath pon boleh di sini dengan m.cik pakai baju pink ktm berada dekat pintu keluar imigresen Thailand, tukar dgn dia. Time Eija gi ritu, 1000bath=RM107. Untung jugak la. Eija mintak tolong kawan Eija tukar kt KL Sentral 1000bath=RM109. huhu

Hat Yai

Selepas hampir sejam, Alhamdulillah, safely arrived at @Hat Yai Junction.


Moh kita terjah Hat Yai


Kemudian, misi mencari Hatyai  Backpackers Hostel. Boleh jalan kaki sahaja dari station train HatYai.Dalam 10 minit gitu. Jimatttt duduk kat sini:).heheh.Actually, this is my first time menginap di hostel.heheheheh.



Kami sampai awal jugak la di hostel ni...bilik x siap lagi,Eija booking private room, tak duduk dorm pon. While waiting bilik nak siap, layan wifi dulu.Nice owner ni. Memang recommended stay kat sini.

Pas check in, rehat-rehat & Eija contact kawan Eija, Noree. Noree ni memang org Thailand. Dulu belajar sama-sama dgn Eija time undergraduate. Then, time lunch tu, Noree pon sampai and lunch sama-sama. Jalan ke depan sikit, ada kedai makan muslim. Tom yam best jugak la. Lupa plak nak amik nama kedai tu.Lepas makan, Noree balik rumah dia dulu....kami menuju ke Robinson Mall. memang famous mall ni dekat sini sambil survey nak beli hadiah utk wedding Fareeda.


To be continue...Part 2

Throwback#yearendtrip2014#Thailand

Nantikannnnnn..


suka gilaaaa gambar ni :P

Target 2015

Salam,
Awal2 tahun baru ini kena set azam/target agar  berusaha untuk mencapainya.

Sebagai pelajar MSc,moga tahun 2015, Eija berjaya
1. Hantar thesis paling lambat march 2015 ( about 2 months more to go)
2. Berjaya dalam viva
3. Berjaya konvo pada bulan 10 tahun ini.
4. Hantar at least 1 paper ke ISI journal.

Doakan Eija.

Untuk sesi jalan-jalan, target Eija tahun ini:

1. Penang-Bangkok-Siem Reap-Ho Chi Minh (hadiah utk diri sendiri if berjaya submit thesis:P)
2. Medan  (Tiket dah beli)
3. Ho Chi Minh ( Tiket dah beli, travel dgn family. In sha Allah)
4. Pulau Perhentian
5. Pulau Redang.
6. ESCAPE, Penang
7. Water rafting @ Gopeng
8. ATV @ Gopeng
9. Taman Negara Pahang

Moga Eija Berjaya dapat terjah semua tempat tersebut :)

As in my Life, hopefully:

1. Eija dapat  secure a good job. Doa-doakan Eija dipermudahkan utk mendapat kerja.Masa utk membalas jasa mak dan abah.
2. Semoga Eija menjadi yg lebih baik dari sebelum ini. Improve yourself Eija!

Doakan agar Eija lebih berjaya tahun 2015..In sha allah


Imbasan 2014~~

Salam.
Sudah seminggu tahun 2015 menjelma..
just sharing my achievement in 2014.

Untuk sesi jalan-jalan;-

Sesi dimulakan dengan melawat "over the sea" & "oversea "

January 2014 - Miri (Sarawak) - Brunei
February 2014 - Semporna-Mabul-Tawau, Sabah
April 2014 - Hari Terbuka Armada TLDM Lumut, Perak
May 2014- Royal Belum Perak
                 PETROSAINS,KLCC
September 2014 - Cameron Highland, Pahang
December 2014- Hat Yai-Songhkla-Narathiwat-Hat Yai, Thailand

Pengakhiran tahun 2014, dengan menerjah oversea yakni jiran terdekat Malaysia :)
Alhamdulillah. tahun 2014 menambah koleksi negara ASEAN yg dijejaki :)

As MSc student, alhamdulillah, ad 4 paper dah published di scopus & berjaya present paper di 2 conference. Thank you supervisor, project leader, CGS & kawan2 atas peluang dan bantuan yg diberikan.

Conference:
1. Malaysia-Indonesia Geopolymer Symposium
2.ICPEAM 2014

Journal Papers (scopus)
Boleh tgk dekat google scholar Eija. heheh

Overall, satisfied with 2014 achievement but still sad because didn't manage to submit thesis & graduated.huhu

Hoping a better life & looking more great achievement in 2015 :)


Monday, December 22, 2014

Ipoh ke Alor Star dengan kereta api KTMB

Salam,
Selalunya Eija naik bus balik kg dari Terminal Amanjaya, tapi last weekend saja-saja try nak balik naik kereta api. Beli tiket KTMB via online dari Ipoh-Alor  Star. Harga tiket RM14  (ekonomi seat)...Murahhhhhhhhh gilosss. tapi tapi time hanya ada pukul 1.47 pagi...huahuahu. kena berjaga...actually, kereta api ni menuju ke Hadyai (Senandung Langkawi). Excited sebab first time nak try balik naik kereta api, tapi nak di jadikan cerita, train delayyyyyyyy.huhu.sebabnya ada kabel TNB dekat station  batu gajah putus & jatuh atas landasan la kot..take time nak alih tu...Dugaannnn...Mata dok tahan mengantok.ada jugak terlelap sat sambil dok tunggu train tu. Finally, around 4.15 pagi, train pon tiba di KTM Ipoh. Alhamdulillah.
train is coming:)

Beli seat ekonomi, so tak boleh nak expect lebih-lebih kan...tapi selesa jugak,lembut kot seat economy..boleh tido dengan nyenyak...cuma kepada yg tak boleh tido dalam cahaya lampu better amik seat business /yg katil punya, sebab lampu tak ditutup pon...kena la bawak towel,pashmina, etc yg boleh cover muka.so,boleh dapat tidur yg berkualiti...selain tu, bawak la sweater jugak sebab sejukkkk aircond...heheh...pastu,kena alert jugak station yg kita nak berhenti (tengok estimated arrival time dekat tiket.pastu budget2 la masa). Time Eija ritu,ad jugak announcement di buat tapi x bapa nak clear. pastu ad jgk staff dia dok bgtau next station, tp tak  semua station yg dia berhenti tu ada bagitau. So, kena alert sendiri. Hopefully, KTMB can improve this matter.

Pastu, Eija igt train ni lalu atas tanah ja..tapi ad merentasi jugak sungai/kuala dekat Penang...wahhhhh...menarik :)...

Dalam 9.30 pagi (perjalanan hampir 5 jam ++)  alhamdulillah tiba di station KTM Alor Star. Pastu nak amik bus balik Kuala nerang. Buat2 berani dan macam tau jalan.haha..walhal last jejak kaki di station ktm time sekolah rendah. dah dekat 13 thn lepas...pastu confident jalan nak ke Pekan Rabu nak amik bus. Nasib baik pandang tengok org belakang, rupa-rupanya ada jalan short cut.hehehe...jangan malu bertanya.heheh.

Ok, keluar dari station kereta api, belok kanan...jalan straight, pastu nampak macam tower jam kecik. pastu belok kiri, actually, ada simbol no entry, tapi belok ja..akan jumpa bangunan MARA...lepas tu jalan straight ja dan kena melintas 2x di jalan besar utk smpai ke Pekan Rabu #sorrylakaluxpaham.

Dalam pukul 10 gitu, ada bus HBR ke kuala Nerang. Dah lama gila tak naik bus HBR ni. Tambang ke Kuala Nerang RM 3.50.,,Selepas hampir sejam sampai la kt stesyen bus Kuala Nerang and kakak Eija datang amik.hehe...

First experience naik kereta api balik kedah yg akan dikenang.
First time balik kampung jimatt sangat. Total cost:RM17.50 sahaja.
Dugaan , cabaran & kenangan.




Update as of 15/10/16:
Senandung langkawi ini sudah ditamatkan perkhidmatannya.