Salam,
2021 definitely will be a tough year for some people.
Dengan kenaikan kes Covid-19 maka turut memberi kesan kepada ekonomi keluarga &negara.
Pada 13 Januari 2021 telah bermula PKP balik di sesetengah negeri dan semua tidak dibenarkan merentas negeri.Semoga Allah menghapuskan Covid-19 ini dari muka bumi.
Harapan Eija semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dilindungi Allah.
Sekadar perkongsian misi Eija untuk tahun 2021.
Semoga Eija di permudahkan urusan kehidupan ini.
1. #RoadtoFreeFlightTicket
Ya, masih meneruskan misi #RoadtoFree FlightTicket... Rasa tahun ni x redeem lagi, prepare utk tahun 2022 di mana diharapkan border antarabangsa sudah dibuka. Target Eija tahun ini melancong dalam negara sahaja...Jom rancakkan balik sektor pelancongan negara.
2. #MisiMengaktifkanBlog
Nak cuba tulis banyak lagi pengalaman Eija dalam blog. Target tahun ni minimum 50 post. heheh
3. #DanaPersaraan
Konsisten menabung sendiri dalam KWSP utk #DanaPersaraan...
4. #MisiTambahIlmu
Untuk misi #TambahIlmu, perancangan Eija, untuk belajar cara melabur saham di pasaran global.
5.#1Buku1Bulan
meneruskan Misi membaca. Bila Eija tulis kat sini, berjaya paksa diri Eija untuk mencapainya :p
6.#MisiDerma Darah
Untuk tahun ni, Eija aim untuk derma 2x setahun. Untuk 2019 &2020, Eija aim 1x sahaja setahun,heheh.
7.#Menambahkan income pendapatan.
Hopefully, tahun ini dimurahkan rezeki mendapat income dari affiliate dan saham.
Doakan Eija berjaya. To be a better person :)