Thursday, December 12, 2013

11.12.13.

Nice date.
what a day today!

pagi- buat analysis using Uv-Vis. ad prob. peak spectrum dah cantik tp value absorbance negative..waaaa. alhamdulillah dpt solusi.tp result x analise lagi.just nk pahamkan dulu guna uv-vis. belajar dari kegagalan utk menemui kejayaan:)

tgh hari- dah letih buat uv-vis. then try testing using elcometer adhesion tester. alhamdulillah, dapat prove kan my sample can work tapi tapi elcometer tu pnya scale x bagus.huhu. if sekadar prove ok la,tp value x valid.huahauahuahauauhaa.

petang- balik dari lab hujan renyai2.g cafe,nk beli donut tapi donut x dijual pulak hari ini.beli daging burger + crab ball [entah btol ka x panggil.hahah]. alhamdulillah, dpt free daging burger. rezeki murah. hehe.
muka hepi nk balik bilik,skali tersepak simen thennnn terjatuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. huhu.sakit lututttt.
terasa lagi.huhuhuhuhuh


Sunday, December 1, 2013

Conference @ Sabah Bah: Day 6

Huh. Dah masuk hari ke-6 berada di sabah.
Bgn awal siap2. Then kami ke GAYA SUNDAY MARKET.
 igtkan jauh, rupany2 selang sebaris dari tempat penginapan kami.dekatttt ja.hahaha. kami just round. window shopping. Yon ad jgk beli souvenir, Eija tgk sahaja..hehe.


sekitar area gaya sunday market


then,kemudian amik barang ,check out and amik taxi ke KKIA.
High Street Inn - KKIA  Cost: RM 30/taxi.


Then terbanglah kami ke semenanjung menaiki MALINDO Air. Tiket price : RM98 . Harga tiket termasuk luggage 20kg + air+ roti. Saja nak try naik MALINDO. first time.hehe.ad flight entertainement lagi.layan movie satttt..hehe.tapi yg movie dalam list tak provide substitle dlm bhs melayu.huhuuh.
Landed di KLIA around 2 p.m if not mistaken.




sekian sudah perjalanan ke sabah. Tq to CGS of UTP kerana support fee conference + hotel + meal [hotel n meal  claim lagi ni.hehe] , LRGS kerana support transportation [boleh la merasa naik MAS & MALINDO]. 

Rentetan pengalaman + perjalanan Eija di sabah:

Pre departure
Day 1
Day 1,part II
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5

P/S: all photo di sabah kredit to Yon. al maklumla Eija xdak kamera.heheh.

Conference @ Sabah Bah: Day 5

Aktiviti yang ditunggu2!. Eija's target.Island hoping. Beli breakfast dekat KFC dulu ,bawak bekal utk island hopping.heheh.
Dekat jesselton jetty tu banyak kaunter yg ofer service island hopping ni. Kitaorg dapat pakej,

1st Island : RM30 , utk 2nd island : RM 10.
snorkelling item : RM15.
lifejacket : RM 10.

pastu ad jetty fee ada juga tak silap.sorry dah x igt.

Kitaorg hanya pilih utk pergi 2 island. utk snorkelling items+ life jacket , optional. Eija x amik pon sbb time tu musim hujan, x best utk snorkelling plus xdak mood nak berenang2.hehehe.

Huh.best plus mencabar rasa naik bot.melambung2,hahaha.




so,here we are

1. Pulau Manukan

Oh sebelum masuk ke pulau ni ad kena bayar RM 3. rasa2nya utk conservation fee.sila simpan tiket utk ke pulau2 seterusnya.so,next pulau dah tak kena bayar.Kitaorg stay dekat pulau ni x sampai 2 jam.sebab nak g ke next pulau.





Next, we went to

2. Pulau Sapi

Mula-mula plan kami nak ke pulau mamutik sebab orang cakap situ best utk snorkelling. dah cakap dah time booking. tapi org tu tulis pulau sapi.our mistake jgk tak check.so org boat tu  x nak bawa kami sbb dkt resit tulis lain.  Ketika kami di sini, hujan bertandang. dalam 10 min x hujan. then hujan datang. asyik selang seli gitu. Eija mmg xplan utk snorkelling, so tgk ja la.ad pondok berehat. so duduk berteduh di situ sahaja.
Pulau sapi ni kecik lagi dari pulau manukan.




end of island hopping.



then petang tu, continue jalan2 + shopping with Yon.hahah.sebab esok nk balik dah kan.
destinasi, as usual :pasar malam sinuran+pasar malam. shopping broochhhhh lagi.haahahah.


hasil shopping Eija.hahaha. 

pastu rehat,kemas barang siap, sebab esok dah nak balik ke semenanjung.hehe

Saturday, November 30, 2013

Conference @ Sabah Bah: Day 4

Hari last conference. Ikutkan tentatif sepatutnya abes dalam pukul 2. tapi time Eija g dalam pukul 10 dah almost finish. huhu.so,just lepak + having lunch .
End of conference......
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Then kitaorg check out dari Tune Hotel kerana hendak tidur di KK Town plak.
Next destinasi Hotel : High Street Inn. Booking hotel ni pon Yon yg uruskan. Dia book through booking.com . Cost RM159/night. So sorang dalam RM 79.50. Dari Tune kami bertiga menaiki taxi. Cost: RM 30/taxi.

Selepas check in, petang, kami jalan2 sekitar kawasan situ.
Destinasi:  Suria Mall , KK Water front, Jesselton Jetty.

Di Jesselton jetty, kami book utk activity island hopping. Yg akan join island hoping just Eija, Yon & Loi [my vietnames friend]. Luqman nak ke Labuan keesokannya.


then, dinner dekat dalam suria mall,balik and berehat. esok nk g island hopping kekdahnya.~~

Conference @ Sabah Bah: Day 3

Salam,
Nervous.Nervous. Hari yang di tunggu2.
Tapi turn Eija pukul 5.pm. dah x ada orang dah kot time tu.
hehe.


Time Eija present ad luqman,yon , 2 org lecturer [depa x dgr pon,sbb depa dok sembang berdua]
and chairman.
igtkan nak g lagi ke town. tapi dah lewat. malas.so just rehat ja la dekat Tune.
So,hari ni tak g jalan mana2. hanya berada di sekitar tune & 1 borneo.

Conference @ Sabah Bah: Day 2

Salam,
Hari ke-2 di Sabah.
Hari bermulanya conference. This is my first time attending conference. semangat!.haha.
International  Oil & Gas Symposium & Exhibiton 2013 diadakan di Hotel Novotel.
Lepas register, ad talk then continue with presentation that conducted in parallel in few rooms. Turn Eija second day, so hari first lepak and dengar,tengok macam mana orang present.hehe.

part of UTP delegates
From my observation 90% of the participants from UTP. If tiada bdk UTP,mmg conference ni abes la.
Then petang , kita org dalam 8 org jgk la ke KK town macam semalam.naik free shuttle bus.hehehe

Selepas kawan2 shopping ikan masin , misi mencari dinner.Kami makan besar malam ni.sama jugak destinasi macam smlm. di pasar malam sinuran.hehe



Makan ikan besar + udang + sotong...kitaorg share sorang dalam RM 20. sekali sekala. hehe. then sambung shopping brooch plak.hahaa.

muka heppy shopping. la la la~~

Then,balik semula ke Tune, rehat, study skit2 utk presentation dan zzzzzzzzz

Conference @ Sabah Bah: Day 1, Part II

Salam,
sudah basi rasanya trip conference Eija ke Sabah pada awal October yang lalu.
Dah igt2 lupa.

kesinambungan dari sini 

So, tibalah kami di Tune Hotel di Grand Borneo.Tapi x boleh check in lagi sebab kami tiba awal. So,round tgk2 OneBorneo mall dulu. Actually, Tune hotel ni lokasi dalam OneBorneo mall.mmg senang la. Selain tu ,hotel courtyard,novotel pon ada dalam mall ni. Booking dekat Tune ni diuruskan oleh Yon.
Kami dapat satu bilik RM 170.40/ 3 NIGHT. Murahhh. So ,divide by 2 sbb share dgn Yon, just RM 85.20/person [include towel, air cond]. Selepas dapat check in, rehat sat. Then dalam pukul 4 lebih keluar nak g ke town .Sebab ad Shuttle Bus freeeeee ke bandar KK. So,jimat duit,pergi dan balik dapat naik bus free. Sebelum dapat naik free shuttle bus ni, kena register dlu. Then baru dia bg tiket. Tempat nak naik free shuttle bus ni area NORTH ATRIUM 1BORNEO MALL. Shuttle bus ni  priority utk tourisstttttt.heheh. Dekat town, bus turunkan penumpang di Warisan Square. So, sapa yg nk g 1BORNEO MALL sila amik tiket di Warisan Square. Schedule as below:


Kami ke Pasar Malam Sinuran utk dinner.Jalan depan warisan square dah smpai.hehe.
Order mee goreng.Serious byk. Harga RM 4, tapi kat sini air mahal2. paling murah rm 2.huhuh


Kemudian, sambung cuci mata di pasar malam yg berhadapan pasar malam sinuran ni. Survey brooch [tapi rembat jugak sedozen.heheheh]. Kemudian, amik tiket di bus stop depan Warisan Square utk balik ke Tune Hotel. zzzzzzzzzz






Finally, ICPEAM 2014 paper uploaded

Haha.
Tgh malam ni due date, bru la rushing nak siapkan +submit.
Inilah lumrah kehidupan Eija.hahah.
tapi bila ad pressure baru keja jalan.haha
g.luck for those yg submit.
Hope our paper will be accepted.


Bila submit paper make sure dapat email cakap paper dah upload. Sbb ni dah confirm EDAS dah received paper.

Details pasal ICPEAM 2014 kat sini

Oh ,malam ni dah miss Aizat punya performance dekat Chancellor Hall. Gara2 nak submit paper ni.Itulah padahnya buat lagi keja last minit.hehehe.


Friday, November 29, 2013

people change

 positve @ negative .it is a choice.
but always pray for the positive side.
Hope ,we will become better from day to day.


Tuesday, November 26, 2013

Jom..

Search journal.hahaha.
via
1. http://www.sciencedirect.com/

alangkah bestnya satu hari nnt ad paper Eija yg dpt publish kat sini.
Working towards that.  

p/s: tengah semangat nak study pasal diffusion ni

Again

i'm stuck with fick's law & diffusion concept.
anyone willing to help me?
huuh

Monday, November 25, 2013

Walk @ Kinta River Front

Selepas main bowling, lepak di popular Ipoh Parade and etc , kami pun mahu pulang ke uni.
On the way balik , ternampak kawasan lampu ala2 i-city then terus decide nak singgah.
Here we are:
Kinta River Front Walk @ Mini I-city 

Untuk orang2 Ipoh, klu x berkesempatan lagi ke I-city Shah Alam boleh la ke Kinta River Front . ada lampu lip lap2 kt situ. lebih kurang yg ad dkt I-city shah alam, tp kt sini area x la besar macam i-city shah alam tu.

Lokasi: Berhadapan dengan Kinta Riverfront Hotel & Suites.
Macam mana nk g sana? : Sorry, eija xtau nak eplain.sila guna gps. sbb Eija mmg fail jalan dekat Ipoh ni. Memang x pernah nak igt.sorry.hahahah.Memang x pernah nak try igt jalan dekat Ipoh ni. Tadi pon ikut GPS dari hp errry sahaja.

Sila layari website tourism perak utk keterangan lanjut and gambar2 yang lawa+ berkualiti di situ.




P/s: Macam besttt ja main bowling. last main pon rasa time undergrad dulu. Berjaya strike sekali on the first balingan.hahahah.achievement,at least ad strike.

Us (Erry, Fida & Eija)


Sunday, November 24, 2013

Tensionnnnn

Bila tgk promo airasia ni.
hahah.
Cpt 2 la grab tiket for those yg nak travel..
Eija tgk domestic saja..

tadi tgk date cuti hari merdeka:

Tiket return:
Miri - RM55
Sandakan : RM55
Labuan : RM55
JB : RM55

Mode travel domestic ja.Travel oversea biarla ada career yg tetap dulu.hihi.

Oh, 24hb nov ni allocate khas utk owner BIGCARD.So,kira, sapa yg ad kad ni boleh grab awal la tiket promo + xdak la asyik dok dlm waiting room ja.hahaha...
Untungla sapa yg ad BIGCARD sebab AirAsia open utk hunting free seat start on 25Nov...

Saturday, November 23, 2013

MAS vs AIRASIA~

Pada yg suka travel tu, silalah layari website utk grab tiket murah..
2 syarikan airlines tersebut ad promo sales start 25 Nov...
Eija hanya mampu tengok sahaja.huhu
Elaun  x masuk lagi.
Sekian.

p/s:Besttttttnya if dpt grab tiket.huhuuhuh.

Proton Piala Emas Raja-raja : Dato K (3) vs Dato Ct(1)

Salam,
selepas sudah lama tidak berkunjung ke stadium darul aman utk suku akhir di antara kedah vs pahang.
Tengok bola kt stadium ni boleh hilnag stresss.hahah.
ALhamdullilah, Kedah membawa bekalan agak selesa dgn kelebihan 2 gol.
Moga suku akhir ke 2 yg akan berlangsung esok di stadium darul makmur membawa kemenangan dan layak ke peringkat seterusnya.
G.luck pasukan Kedah~

Wednesday, November 20, 2013

kehidupan

tak semuanya indah~
bergantung kpd kita utk mengatasi segala cabaran kehidupan~
take it positively @ negatively~
u decide

Monday, November 18, 2013

Photobook promo!

sila dapatkan segera di groupon!

http://www.groupon.my/deals/ipoh/photobook-malaysia/717779262/.kML7mE?utm_campaign=UserReferral&utm_medium=raf&RAF=RFO_FB_USRCLK


Dugaan

Buat sahabatku, K.Sue,
Eija doakan K.Sue tabah menghadapi dugaan..
Eija mohon sahabat2 sekalian doakan kesihatan K.sue..
i believe u r strong k.sue!
sekadar perkongsian~
pada 27 sept 2013 yg lalu, K.sue telah kehilangan ayahanda tersayang..
kemudian menerima msg dari K.sue around 14 Oct , her mother was admitted to hospital due to lung infection..Alhamdulillah her mom was discharged later eventhough admitted to ICU once...
Alhamdulillah, last 9 November 2013, she delivered a baby! Congrats K.sue!..
But once again, after 2 days if i'm not mistaken ,dia diduga, berdasarkan status FB, K.sue & her baby kena chicken pox!
then today i received msg from her that jahitan ketika bedah bersalin terbuka..
semoga k.sue tabah,kuat menghadapi dugaan ini.


Tuesday, November 12, 2013

Review Accomodation : PERMAISURI MITC HOTEL, Melaka

Salam,
Sepanjang ICE-SEAM 2013, Eija stayed dekat Permaisuri MITC Hotel.
just a quick review...


Price
- Affordable. Eija dapat RM414/3 night for a superior room ( 1 single + 1 double bed). Include breakfast. Eija dapat harga promosi sebab time tu hotel ni buat promo in conjunction with Matta Fair. Original price x silap dlm rm480 utk 3 hari.


Location
- Very Good. Memang dekat  sangat dengan MITC.


Lobby
-Cantik!

Room
-  disediakan peti ais (yg kecik), kettle.
 - xdak hanger dlm blk, tapi boleh request dari room service.
-ad aircond ,tv. tapi tapi aircond lama, dok bunyi ja kipas dia.hahah.awal2 sblm nk tdo ,annoying la jgk rs.

- ke bilik naik lift,..heheh
- plug limited.huhu. ad 2 soket ja dlm blk.

Breakfast
-Ad nasi lemak,bihun, lontong, nasi goreng n etc.

-.Menu tiap2 hari asas yg sama. contoh: hari nin bihun goreng singapore, esk bihun goreng biasa.

Bathroom
-shower macam biasa ad heater, provided, shampoo,cap,soap

Room service
-Provided..



Wifi
- provided at lobby only.huhu


Details :

http://www.mitcchainhotel.com/index.php?option=com_content&view=article&id=73&Itemid=168


Conclusion:
Recommended for those yang  ad event dkt MITC.sebab location sgt dekat.jalan kaki sahaja.

Monday, November 11, 2013

Conference @ ICE-SEAM 2013, Melaka~

Alhamdulillah,
 I managed to participate ICESEAM conference which held at MITC, Melaka during end of the October.
This was my 2nd conference during my postgraduate study.
The conference was held for 2 days from 30-31Oct 2013.

29 October 2013.
Departed to Melaka with K.shidah & Sity.
To go to MITC, we took Ayer Keroh Exit. Btw, k.shidah droved her car for attending this conference.
Then, after 5 hours journey, we arrived at Permaisuri Hotel MITC and check in around 3.30p.m. Btw,the toll cost approximately RM43++. I booked a superior room @  Permaisuri Hotel through online booking and we got 4 days/3 night including breakfast for 3 person cost about RM 414 [I booked during the promo]. The hotel is nearby the MITC and can reach by walking!. At night, I just relaxed and study a bit as preparation for the presentation for the tomorrow event.


30 October 2013.
After having the breakfast, we went to MITC by car [malas nak jalan kaki.hehe]. Then registered as presenter anddddd got a pc tablet!!!!!. That was the reason why I chose to submit paper here.hehe. Thank UTEM!..

Me with the tablet:)

After registration, went for listening the first session of presentation .Then continued with lecture by invited speaker. I also met with my coursemate, Yasmin who is currently pursuing her master @ UiTM Shah Alam She also send paper here. If i'm not mistaken, that was the first time I met her after our convocation. I also missed her wedding. Good to see you Yasmin! [kecik ja min ni,bila nak besar entah :P]
Yasmin &  Me

Then, at around 4.40 p.m , it was my turn to present my paper. Nervous!. Presenting in an audotorium!..hahah. ...Alhamdulillah,managed to present it. I need a lot of improvement. Nervous bila pegang mic. hahaha. Got the certificate after presenting.

Presenting paper regarding geopolymer

At night we did have a dinner cum launching ceremony at the MITC Grand Ballroom. The VVIP is Deputy Minister of MOSTI, Dato Abu Bakar. I saw him twice within a week. I did attend his talk at UTP on Friday and saw him again on Wednesday. haha. The food was ok buat the dessert was served late.huhu. It ended on time around 10 p.m.
with k.syidah. i love this pic :)

31 October 2013.
 The conference was continued. I did attend all the session, keynote speaker and closing ceremony. hehe.
At night, we had our dinner at restaurant nearby and  went to Dataran Pahlawan.

1 November 2013
Check out from the hotel around 12 p.m and departed. K.syidah dropped me at KLIA by taking Sepang Exit. Why KLIA???? Because that is the easiest place for me to get bus to KL Sentral as both of us not familiar with KL roads.hahah..orang g KLIA nak naik flight, Eija g KLIA nak naik bus!.Besides that, signboard is easily noticed.


ICESEAM 2013 was a success! A lot of knowledge I gained. Thank you to organizer. Please let me know when the paper will be published. hehehe




Tuesday, November 5, 2013

BAck to reality.

Holidays almost come to the end.
Be prepared for tomorrow activity.
1.Doing experiment.
2.Think of what to write for the ICPEAM 2014 submission.

Wonderful October #throwback

October already passed.
but i do have great moments to remember.

8-13 Oct 2013
-away to sabah for attending conference. That was my first time attending international conference. Despite of presenting paper, i got time for island hoping which i missed during my trip last year.Thank you CGS for this oppurtunity + pre bufday gift (i considered it) . All the accommodations,food and travelling was covered by CGS & LRGS grant. Thank you.

13 Oct 2013
-same flight from kl-as with farid kamillllll

15 October 2013
- It was my birthday + Eidul Adha!
-I'm hoping i will be a better person and secure a good job.

27 October 2013
- Assisted my friend, Erry at her booth during convofair. Got new experience. Saw friends,senior and junior graduated really inspire me.Hope next year also would be memorable and wonderful experience for me too (i wish i'll received MSc scroll during nxt year convocation)

29-1 Nov 2013
-away to Melaka for attending a conference.again. 2 conferences in a month :). 2 different places for travelling. i likeeee...
-2 days i followed the conference accordingly. Got opportunity to Dataran Pahlawan. All the expenses was covered by LRGS. Thank you.


Wonderful October 2013 :)

Monday, November 4, 2013

Final Piala Malaysia : Kelantan vs Pahang

This is pantai timur!
Tahniah buat skuad Pahang!!!
Your team deserved it!
So,semalam berakhir la liga bola sepak malaysia utk thn ini.
akan bersambung tahun hadapan pulak i guess.
Piala berprestij sekali di Malaysia menjadi milik skuad Pahang.

Moga tahun hadapan sinar kembali buat pasukan skuad utara.
Buat pasukan Kedah, kami nantikan kebangkitan anda.
I love hijaukuning :)

1435 H

Salam,
Selamat tahun baru..
MOga iman,akhlak,ibadah bertambah baik.

Monday, October 28, 2013

Inspired.

I'm really hope next year would be my turn.
Really give me motivation.
Please work hard and smart Eija.
Congrats to all juniors & seniors!
UTP CONVOCATION-13!




                                             Pics from UTP Facebook

Thursday, October 24, 2013

voucher Blue Coral Aquarium @ Kl Tower , xdak rezeki.

huhuuhhu...
voucher mydeal utk Bluecoral Aquarium di Kl Tower rupa2 nya dah expireddddd............igtkan expired hujung thn,rupa2nya bln sept ritu...hauhauahua...
melayang rm24/4 person...

for those yg nak beli voucher ke Blue Coral Aquarium ni,still ad promo dekat groupon:

https://www.groupon.my/deals/klang-valley-selangor/Blue-Coral-Aquarium-KL-Tower/717622181


Jimattttt beli through groupon skrang, beli on the spot, rm15/person kot.


Wednesday, October 23, 2013

Demotivated

Currently, i'm very demotivated.No passion on my master.huhu.Symptom:
#1. I dont want to do experiment for my research
#2. I'm phobia to see my sv/check my email in case my sv email me.
#3.I dont want to do anything with regard to my research.
#4.I want holiday!

I want to finish my master soon.soon. i dont wanna be here anymore.
I hope i'll get my passion soon.hopefully.


Tuesday, October 22, 2013

Robe was taken

but not for me..
huuhuh...
those for my juniors!
jelosnya.....hopefully nxt year would be my turn....in sha allah..
mmg feeling bestttttt gila amik robe...tukang amik robe pon best,apatah lagi klu amik robe utk sendiri pakai nnt [dulu mntk kwn yg tolong amikkan,kira first time la feeling amik robe.hehe]
Oh, this weekend, convocation at my UTP..
27 hb Oct 2013...Congratz to all juniors & senior postgraduates...
tapi tapi xbest nya konvo postgraduate ikut department...huhuhu...
dulu seingat Eija time knvo past year ,postgrad suma konvo pagi...So,boleh la amik scroll dari Tun Mahathir..
Tun Mahathir Chancellor UTP..hehe
But, this year ikut department...
huhuh

Monday, October 21, 2013

Nurul Salon @ Seri Iskandar~~

Definitely i recommend this~~
Sekarang tgh promosi, wash+cut+blow RM 15 sahaja..promo valid until 31 October 2013..jimatt..sebelum kembali ke harga asal..
Eija dah try,puas hati gila...
Salon ni utk WANITA sahaja...
Ada lagi service yg disediakan, tp tadi Eija just try yg ni...
Lokasi : Dekat dengan kedai makan lesung batu. round2 la dekat seri iskandar tu,in sha allah jumpa.heheh..
worth my money today :)



Sunday, October 20, 2013

move on

easy to say,but hard to do :(

KJ calon wired celebrity awards for Shout Awards!??

bertanding dengan Aaron Aziz ,adibah Noor and etc..
Nak tergelak ja...
ahli politik vs artis??
for those yg nk vote boleh la g dekat sini

Saturday, October 19, 2013

hujan ..

salam,
nmpknya tika ini musim hujan melanda..
td ptg igtkan nk g aeon station 18 tp hujan..
xjadi la g,memerap dalam bilik saja..dengan nyamannya...



p/s: hopefully #05MM mng position VP

Wednesday, October 16, 2013

Conference @ Sabah Bah: Day 1, Part I

Salam,
Pada hari selasa yg lalu (8/10/2013)..
selepas subuh,bersiap2 gerak ke LRT Kelana Jaya utk ke KL Sentral...
Then, kami decide utk naik KL EXpress ke KLIA..mentang2 transport leh claim dari geran,Eija gunakan peluang ini utk menikmati perkhidmatan express ni..tiket RM35 kot...sah2 la klu ija g travel eija x kan naik,nk jimat kot...sebabkan boleh claim,nk try KLIAexpress ni...heheh...igtkat tunjuk kat Siswa 1 Malaysia dpt diskaun,rupa2 nya x utk KLIA Express..huhu..Eija salah  faham... yg dapat diskaun bila guna kad siswa tu rupa2 nya KLIA Transit...x pa la,yg penting dpt merasa...heheh...perjalanan menggunakan KLIA express ni hanya 28 minit utk smpai ke KLIA....in addition, for those yg guna KLIA express ni boleh drop baggage siap2! (ni utk penumpang MAS  & beberapa airlines lain)..Eija nk g KK ni naik MAS...so, before naik train tu, drop siap2 baggage...senang!!! schedule klia express leh refer sini...


This was the second time Eija naik MAS...definitely I like MAS.....sedapnya breakfast+ byk jgk yg di serve utk breakfast....ad nasi lemak,roti,orange juice...mmg kenyang....dh la flight awal pagi mmg sah2 la lapa..haha..kalu ad duit banyak boleh la naik MAS...Eija ni pon naik MAS sbb boleh claim sahaja..hehe...
Tiket KL-KK :RM 135...That was also my first experienced naik flight yg byk kali ad turbulence..pening kepala..seem like weather is not too good :(....selepas 2 jam 40 min kami pon tiba di Kota Kinabalu International Airport ..Oh lupa, kami bertiga tika itu, Eija, Yon & Luqman..

Selepas tiba, kena go through imigresen jugak even we are malaysian. so, dpt la tmbh koleksi cop dekat buku merah :P..guna IC pon x apa,saja ja Eija guna buku merah:)

Oh, sebelum terlupa,sila dapatkan map KK di kaunter tourism.senang skitttt nak jalan2 nanti.heheh.

Jalan2 situ,kami decide amik taxi ke Tune Hotel ..cari Airport Taxi kaunter dan beli kupon di situ...utk ke destinasi kami, kena bayar RM 50/ car... nak naik bus, kena jalan jauh jugak ke jalan raya,dah la beg berat..hehe... oh lupa,di KK ini ad 2 airport, yg kami turun ni KKIA1..utk for those yg naik Airasia turun di KKIA 2...if turun di KKIA 2 ad bus lalu depan tu utk ke terminal wawasan...
selepas hampir 30 minit...sampai la di Tune Hotel Grand Borneo..

Conference @ Sabah Bah : Pre departure

Salam,
Pada minggu lepas berjaya attend & present sempena 1st International Oil & Gas Symposium &Exhibition diKota Kinabalu organized by UMS yang berlangsung dari 9-11 October 2013

Kira-kira pukul 6,pada hari Isnin yg lalu kami ke KL menaiki ETS...harga tiket :RM35...
selepas berkejar2,bernasib baik x ketinggalan...
Tiket ETS tu boleh purchase through online dekat website KTMB
sila register dulu sebelum membeli..hanya utk pada yg mempunyai kad debit/kredit VISA/MASTERCARD..
Eija beli guna BIG CARD..
Kira-kira pukul 8.30mlm dah smpai Kl Sentral..
Then amik komuter ke Sg Buloh sebab Along akan pick up di situ...bermalam di rumah along then pagi esok kena kuar awal sebab flight ke KK pukul 9.20 pagi gitu...

to be continue..


AK 6014 : Same flight with farid kamilllllll

Salam,
Pada 13 Oct 2013 yg lalu,
Eija satu flight ngan farid kamil....dari KL- AS...
wo wow...
excited....hahah..
tapi farid kamil time tu alone sahaja..
diana daniella & baby depa xdak pon...
first bila ternampak farid kamil kat lcct mcm tergamam,eh biaq btoi..
selepas diteliti,mmg sah farid kamil...
xsangka plak kan..
tapi tgk xdak la org dok p serbu dia amik autograph ka..suma lepak ja la..haha...
so, tgk sahaja la..
this is my 2nd time flight with artis..haha..dulu first time Ezany...flighk kl-as jgk..ezany yg tokei belacan tu kan org perlis...
gila nak kecoh kan satu flight ngan artis :P

10 zulhijjah 1434 : Double celebration

Alhamdulillah tahun ini Eija berjaya sambut Hari Raya AidilADha + my bufday...hehhehehe...
15 oct 2013...
Semoga Eija menjadi  muslim yg lebih baik dari semalam..
doakan kejayaan eija di dunia& akhirat...

Buat para muslimin & muslimat yang tika ini berada di Mina,
 semoga mendapat haji yg mabrur..
alhamdulillah semalam anda berjaya menunaikan rukun haji yg ke-2, wukuf di padang arafah...
semoga urusan anda dipermudahkan...
jom layan salam baitullah sat lagi..

Sunday, October 6, 2013

salam baitullah: Ep 7

salam,
hari ni tajuk "Haji bekalan Taqwa" bersama mufti selangor.
hari ni ad seorang pemanggil bertanyakan,
"kenapa bila kita pulang dari mekah,kita mesti rasa nak g lg"
jawapan:
sebab rasa cinta & timbul dalam diri kita.

saya cinta baitullah.saya nak g lagi.doakan saya dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan dapat g lagi.

p/s: I missed yesterday episod.huhu

now i know..

why some people give up their research/master...
now i do have that feeling..
when you are demotivated, you feel like give up..
now i understand their feeling...
hope i manage to complete my master..
i'm waiting for that moment...
it doesn't matter to me right now to have publication..
the most important things is submit the thesis..
the publication comes later...



Epy bufday Ibah!!!

This post is dedicated to my best friend,Muhibbah


Dear Ibah,
Semoga berjaya didunia & akhirat:)
Wish u hav a great and wonderful life di samping suami & keluarga tersayang!
Thank you for everything!
I'm sorry if i did wrong throughout our friendship...
may our friendship last forever...



Friday, October 4, 2013

Salam Baitullah: Ep 5

Salam,
Hari ni salam baitullah berkeudara pada ptg pukul 6 bersama panel jemputan Ustz Dr Izhar.
Tajuk pada hari ni "Adab ketika di Tanah Suci"

Antara adab2 nya:
1. Kena mngelak perbalahan antara mulut.
2. Jaga hubungan dengan ALLAH dan manusia.Jangan RIAK!

Bila berada di sana, ujian yg datang dari ALLAH tu, tunjukkan ALLAH sayangkan kita.


Thursday, October 3, 2013

salam baitullah : Ep 4

salam,
tajuk hari ni "zam -zam"
pengajaran yg diperolehi hari ni:

adab2 minum air zam2:
1. mengadap kiblat
2. membaca bismillah
3.berdoa
4.jgn minum terus, minum dlm 3x nafas
5.akhiri dgn alhamdulillah..

Td terperasan ad bdk remaja sorang ni..dia dah pergi makkah, xsure g haji @ umrah...niat dia nk bw mak ayah lagi dia ke makkah..
Eija pon mcm tu..
berdoa agar dimurahkan rezeki dan dpt sponsor mak abah ke makkah...
Ya Allah murahkanlah rezekiku dan jemputlah ak, kedua ibu bapaku ke rumah-Mu Ya ALLAH.


biar menangis sekarang....

jangan menangis di kemudian hari...
conclusion hari ni..
biar stress hari ni, jgn stress kemudian hari sebab mnyesal,
biar buat byk kerja sekarang ini  agar x susah di kemudian hari,
biar menangis sekarang jangan menangis di kemudian hari..

research progress

salam.
now i'm  writing a journal.susahhhhhhhhh
now i'm start writing my thesis...cabarannnnnnn+susahhhhhh
now i'm doing nothing on the experiment....slowwwww progress ..huhu

conclusion: .writing +analyzing memangggggg susahhhhh... & sila speed up you momentum to finish the experiment.

Wednesday, October 2, 2013

salam baitullah: Ep 3

Salam,
Tajuk hari ini mengenai "Talbiah".
Hari ni x fokus sgt tgk..huuhu...asyik dok kira hutang...tu la,bila kita ad htg hati x berapa tenang..
cepatla GA extension ak approve n elaun masuk...huhuuh...
ok,back to salam baitullah..
pengajaran yg diperolehi,
bykkkkkkk kan la ber'talbiah' ketika di sana...
usahlah kome dok menyembang sgt..fokusss kan matlamat kita...kumpul pahala sebanyak mungkin di sana..
dalam bus on the way ke makkah tu,kurangkan tido, kurangkan bersembang, byakkan talbiah.

sekian

Tuesday, October 1, 2013

Salam Baitullah :Ep 2

Salam,
Alhamdulillah dpt lagi tgk my favourite program ni malam ni..tp dah tgk lambat..
Hari ni tjk 'Rumah Itu' bersama panel jemputan,my favourite ustaz, Ustaz Kazim Elias (UKE)..
Hari ni sebak bila dgn ucapan2 para jemaah di sana....
huhu...
tahniah menjadi insan terpilih ke sana....bertuahnya....
Eija berdoa agar suatu hari nnnt mndapat jemputan lagi ke sana..
antara ilmu yg sempat grab tadi...

Ketika berada di Masjidil Haram,
1.Banyakkan amal ibadah sunat,solat taubat & etc..
2.kurangkan bercakap dan perbuatan tidak berfaedah..

Pahala sembahyang di masjidil haram 100000x ganda!!!rebutlah peluang ni bila berada di sana..



Monday, September 30, 2013

Salam Baitullah : Ep 1

salam,
alhamdulillah,dpt jgk la tgk sikit2 ep 1 salam baitullah,intenet asyik buffering ja..huuh...
kesimpulannya...rindunya nak g sana lagi.huhuh...
ibadah haji tu kemuncak ibadah..
buat yg terbaik dan bersungguh2...

Rindu

Ya ALLAH,
Ak rindu menjadi tetamu-Mu..
Jemputlah hamba-Mu yg hina ini ke rumah-Mu lagi Ya ALLAH...


Ayuh Eija,cepat la simpan duit utk ke sana lagi..

Salam Baitullah~

Rancangan di tv1 yg bakal berkeudara soon..
memaparkan secara live apa yg berlaku di Makkah sana...
tika ini, para muslimin dan muslimat sudah memenuhi Makkah utk menunaikan rukun Islam yg ke 5..
Semoga para bakal haji/hajjah yg menunaikan ibadah haji pada tahun ini memperolehi hj yang mabrur..
dan ak berdoa agar ak dapat diberikan peluang dan mendapat jemputan ke Rumah ALLAH lagi pada satu hari nanti...bila?mohon2 waktu terdekat, setahun dua lagi utk ke sana menunaikan umrah..
berdoa agar dipermudahkan...
In sha ALLAH...
Pada rakyat malaysia sekalian, sila lah tonton salam baitullah yg disiarkan di TV1,byk benefit yg diperolehi sebagai persiapan kita utk ke rumah ALLAH...

Sunday, September 29, 2013

2nd OneBaja Colloqium

Salam,
Pada 12-13 Sept 2013 yang lalu, 2nd OneBaja Postgradute Colloqium berjaya di anjurkan bertempat di Dewan Fakulti Pertanian,UPM. Tahniah UPM as the organizer..
Just for improvement pada masa akan datang,
1.please schedule start pukul 9 ka..sebab mcm ssh jgk la nk start kol 8 tu, xramai yg turn up lg [kitaorang la tu.hehe]
2. if possible jgn buat parallel session sebab xdpt nk tgk the whole team progres [kitarog jgk la tu]
3. Includekan slot photography whole group member in the schedule awal2. So,nnt semua org boleh join.Hari tu ad slot, cuma MC umum at last day dah.

Lastlty, good luck to us to complete our research! Gambate!
Our research is important for the survival of food in future [moral of the story from the speaker invited].
Bangga dengan diri sendiri :)

So, layan ja la pic yg ad  ni...


UTP representative
OneBAJA members

Review Accommodation : P.S. Place Aonang, Krabi

P.S. Place Aonang

Price
-Affordable for the backpackers like me. 600/person 2 nights

Location
-Good. By walking can reach Aonang beach. about 15-20 minutes

Receptionist
-Jarang ad dekat kaunter tu..huhuuh...

Breakfast
-No breakfast provided

Room
-  disediakan peti ais (yg kecik),
- cukup2 sahaja size, xbesar x sempit sgt..
-ad aircond
-blanket disediakan...
- nak kebilik kena naik tangga...kitaorg dok tingkat 3...huhuuh...
- kettle x provide..huhu.kitaorg bwk meggi x makan pon,dah la receptionist tu jrg ad...huahuaha

Bathroom
-ad heater
-ad bath tub

Room service
-room service tiada.

Wifi
- provided.

Security
- not provided.


Conclusion :
Recommended for those yg backpack and nk jimattt...Eija booking through booking.com  


Saturday, September 28, 2013

Al-fatihah

Salam,
Pagi ini menerima berita kematian Ayah kepada my good friend in universiti, K.Sue..
Semoga arwah ayah K.sue ditempatkan di kalangan orang yg beriman.
Kepada keluarga K.sue, semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah.

Thursday, September 26, 2013

Promo Firefly : RM35 ???

Oh mannnnnnnnnnn.................
Kenapa buat promo time mmg tgh kering gila ni....
Ni promo utk domestik pnya penerbangan...
Kalau la ad extra money mmg nak grab ke KB...
kenapa?
Sebab nak g pulau perhentian..orang ckp besttt....
X pernah smpai lagi.huhuuhuhu


cepat2 grab tiket  ..visit firefly website



Krabi #Throwback

Salam,
Pada bulan 4 yang lalu, sempena cuti Sultan perak, Eija & friends berkesempatan ke Krabi selama 3hari
(19 -21 April 2013)...
Hehe..total yang pergi 7 orang...


19 April 2013
Depart to Krabi from LCCT @ 1.15pm. Tiket yang kami dapat KL-KRABI : RM 52...murah jugak la...
Bila arrived di airport Krabi, ad dah org krabi shuttle dah menunggu....Eija book online Krabi shuttle...
Ni website tu : http://www.krabishuttle.com/
Price dia charge per vehicle...untung jugak la,kitaorg book yg paling murah which is van.hehehe..then, kitaorg gerak ke P.S. Place Ao Nang... eija book through booking.com... total accomodation 600bath/person for 2 nights...ok la..jimat...kami pilih stay dekat AoNang Beach sebab orang ckp lagi best duduk di situ compare to Krabi Town...bila sampai dkt P.S Aonang ni, rehat sat then g Elephant Trekking..naik gajah..hehehe...cost : 650 bath/person...
ad 2 org kwn eija , Yon & K.Shidah yg naik flight pagi arrange kan...mmg byk booth sekitar area situ utk booking any tour....lepas habis elephant trekking, rest kejap kat bilik then malam sambung tgk sekitar Ao Nang Beach...


Photo kredit to Yon



20 April 2013
dari pukul 7 pagi bersiap utk Phi Phi Island trip....setelah onak ranjau kami tempuhi,alhamdulillah dpt jgk g Phi Phi island trip ni..kebetulan time kami nk g hari sabtu ni ,mmg full utk speed boat..dpt tau keputusan whether kami dapat join @ tak just pagi tu before gerak...mmg kwn eija,K.Syidah sanggup g dkt kaunter tour tu pkl 7 pg utk confirmkan balik whether dpt join ka x....keputusannya, kami dapat g.. tq very much k.syidah!naik bot besar..bot besar ni x berhenti kat tepi pantai...tapi mmg lawa la island di sana..subhanallah..ciptaan tuhan...yang penting kami dah smpai tour phi phi island ni..heheh...budget x silap dlm 1100 bath/person...include makanan skali...


Photo kredit to Yon



21 April 2013
Pagi around 7 a.m gerak ke hadyai menaiki van...K.Syidah & Farah yg arrange kan van tu..if x salah around 380 bath/person.....sorry dah lama tak berapa nak igt..heheh..dalm pukul 12 lebih dah sampai di Hadyai...
Kami balik ke Batu Gajah naik train...hehe..thats why we went to Hadyai. 
The train depart around 4.30 p.m from Hadyai...and expecting to arrive around 2.20 a.m in the morning...
Sementara nak tunggu train tu, Eija berjumpa dengan Noree & anaknya...Noree ni coursemate Eija time undergraduate and orang Thailand. Dia berasal dari Narathiwat tapi sekarang sedang menyambungkan pelajaran di Prince Songkhla University,.Dia dtg pick up Eija & bawak Eija ronda2 naik moto dia and g mall.


Pic from FB Noree


Utk train, kitaorg book yang ada katil which is cost RM 44 (upper bed)  and RM 47(lower bed).so, tak ada la nak sakit2 badan sangat..heheh...kitaorg beli tiket sebulan sebelum g bercuti lagi..heheh..to avoid tiket habis,sebab tiket flight beli one way ja...hehe..
Then smpai KTM Batu gajah around 2.30 pagi dan amik taxi ke university.Memang keesokkannya letih gila.hahahah...




Photo credit to Fatin



Krabi is nice place............in sha allah macam nak repeat balik ja...hahha...
Total expenses Eija utk trip ni dalam 4500 bath (exclude flight and train ticket).
'

Al -Fatihah

Mari bersama2 sedekahkan al-fatihah buat mantan MB Kedah, Ustaz Azizan yg kembali menemui-Nya, Tuhan Pencipta Alam pada pagi tadi.
Al-Fatihah

Setiap yg hidup itu pasti mati.
Bila masanya kita tidak tahu, maka siapkan amalan yg secukupnya utk menemui Allah nnt.

Sunday, September 22, 2013

Review Accomodation : RESIDENCE HOTEL UNITEN, Bangi

Salam,
Sepanjang Colloqium OneBaja, we stayed at Residence Hotel UNITEN...
I love this place..
just a quick review...


Price
- RM208.10/Nett per room... Ini sebab UTP yg booking kan..kalu Eija sendiri memang tak la...Eija ni suka jimat2 sikit..heheh..tapi ni include breakfast...


Location
-Good. Memang dekat dengan UNITEN (dah letaknya dalam UNITEN) dan UPM Fakulti Pertanian yang baru which is our destination for colloqium.

-dekat dengan masjid
-ad restoran terapung, nama D' Tasik if tak silap..

Lobby
-Time check in, dapat satu ja room card.

Room
-  disediakan peti ais (yg kecik), kettle.
    di dalam peti ais disedakan drinking water 2 bottle
- almari disediakan,hanger pon ada..
-besar la jgk utk stay 2 orang..padan dengan harga,..hehe
-ad aircond tv..time malam kesejukan..haha....
-blanket disediakan...
- ke bilik naik lift,..heheh



Breakfast
-Eija melantak sungguh2..mcm2 ada..dari ala western ke melayu..hehe..buah2 pon ada...2nd day memang balun habis ..

-start serve for breakfast at 7.00 am.. sila kasi koupun yang dapat together with room card tu...
-cafe dekat ground floor..

Bathroom
-bessttttt...cuma x ada bath tub..hahah...shower macam biasa ad heater, provided, shampoo,cap,soap

Room service
-room service ad  even we didn't put room service require..



Wifi
- provided

bilik eija & sity

details :
do visit :http://www.residence.com.my/

Conclusion :
Recommended. 

Review Accommodation : A-One Inn, Bangkok


A-One Inn

Price
-Affordable for the backpackers like me. 920/person includes breakfast for 2 days

Location
-Good. Memang dekat dengan BTS National Stadium, MBK,bangkor art& culture, Tom jimpson house..by walking can reach all these places...dalm range 5-10 minit...dekat jugak dengan 7E..

Lobby
-Time check in, receptionist require passport.
-Then akan dapat wifi password, remote control for aircond and remote control tv

Breakfast
-Western style..ad roti, telur, cornflakes, buah2, wafer,jus buah.. yakin makan sebab benda2 ni in sha ALLAH tak ada benda2 yg diharamkan eg: khinzir..yang best nya sebab included skali payment room...ruginya sebab satu pagi sahaja dapat makan sebab yg 2nd day tu check out awal pukul 6.00 pg...huhuh...breakfast provide at 6.30 am-9.30 a.m

Room
-  disediakan peti ais (yg kecik), hairdryer, kettle.
    di dalam peti ais disedakan drinking water 6 pack (yg style cucuk gna straw tu)
- almari disediakan,hanger pon ada..
-cukup2 sahaja size, xbesar x sempit sgt..
-ad aircond + kipas, tv..time malam kesejukan..haha....
-blanket disediakan...
- nak kebilik kena naik tangga...kitaorg dok tingkat 3...huhuuh...

Bathroom
-Pintu kayu
- x ada heater
-bila bukak paip bunyi kuat gila...org kt luat bathroom boleh dengar

Room service
-room service ad kot, x expect pon...dia ganti balik drinking water yg dah habis tu, then buang plastik sampah yg kitaorg kumpulkan...katil pon diaorg kemaskan..

Wifi
- receptionis just bagi satu password.free. kira at once time, one device ja boleh guna password tu.klu kawan ramai2 kena gilir2 la guna.

Storage box
-Disediakan .
-Tak ingat rate dia.

Security
- untuk naik ke bilik kena naik ikut tangga, kena touch room card baru pintu untuk ke tangga tu buka.secure jugak la.


Conclusion :
Recommended. Value for money...jimattttttttttttttt....

Bangkok Trip : Day 3

Kami bangun seawal 5 pagi utk bersiap2 target by 6.00 a.m dah ad kt BTS National Stadium....so, miss breakfast yang bakal disediakan..huhuuh..sbb breakfast ready pukul 6.30..huhuhu...sebab the first train is at 6.00a.m...time kami smpai around 5.50 a.m ad dalam 2 orang tgh tunggu...kaunter tiket pon x bukak lagi.....pukul 6.00 pagi kaunter bukak terus kami nask beli tiket...bagi duit ,then cashier tu bagi duit syiling...which mean kena beli sendiri dekat mesin yg disediakan...destinasi kami: BTS Mo Chit...dari BTS Mo Chi tu kami plan nak amik taxi/bus...


Ni lah rupa mesin nak beli tiket..

Nampak x ad kena select fare?? Sebelum ni kami beli dekat kaunter time datang hari tu 42 bath, so kami pilih la yg 42 bath. If I'm not mistaken, one station cost 15 bath...then will increase depend on how many station will we passed through...

Masih lengang sebab still awal pagi....

Di dalam BTS ni , ad seorang p.cik ni keja dengan Chevron, tegur ....rasanya dia surprised tgk kami di awal pagi dalam train ni...sebab kami pakai tudung,. ..mula2 time kami masuk tu dia dok jauh, then lepas brp station dia datang ddk dekat dgn Eija...dia tegur, akak dari malaysia ka? Aah...then I told him my friends from Indonesia...because he is from Indonesia...dia keja dah dekat setahun di Bangkok bahagian drilling (oil & gas)...Dulu dia pernah kerja dgn PETRONAS....tegur gitu2 ja la...
then sampai di BTS Mo Chit kami pon turun...p.cik tu pon turun jgk..


Perjalanan dari BTS Mo Chit - Don Mueong Airport

So, kitaorg amik exit  yg ke Chatuchak Park..if im not mistaken exit 3..klu salah mohon ampun ya,.dekat situ ad stand banner bus A1 utk ke Don Mueng...tp tgk mcm bus x ada lgi..maybe kami ni awal lagi...dekat banner macam pukul 7 pagi baru start operasi....kami sampai di BTS Mo Chit around 6.30 a.m...kira dalam 30 min la perjalanan kami... then jalan depan skit  ad taxi, so kitaorg ddecide naik taxi ja....takut jgk mahal...tapi alhamdulillah x mahal sgt pon...
sila pilih taxi bermeter utk selamat  x kena paw...once kita hop in, dh start charge 35 bath...kalu naik bus 30 bath tu dah smpai don mueong airport dah,heheh....tapi x apa la,kami lagi tkut terlepas flight..hahah....
bila naik taxi ni, utk ke airport ad 2 jalan, satu through highway & satu lagi jalan biasa...sebabkan risau xboleh budget pukul berapa sampai airport, kami decide ikut jalan highway... utk ke jalan highway, tol kita kena bayar sendiri..so, kena bayar tol dalam 60 bath... dalam  30 minit dah sampai dah kat airport...
total kena bayar dekat taxi driver : 113 bath... semalam tu budget sorang 300 bath tok taxi,sebab risau & xtau rate dia..heheh... so total cost naik taxi dalam : 173 bath then bahagi 3 orang...approximately 60 bath/person..  sebabkan kitaorg dah check in,so lepak ja la kt dalam airport tu....kitaorg masuk awal jgk area boarding sbb takut ramai org nak pass through imigresen..tp x ramai orang la....so, 8.30 pagi kami pon depart....time balik tu ramai la org muslim malaysia...rasa2nya dia orang family trip@  tour family day office kot...bye bye bangkok...





expenses hari ini:

Transportation : 60 bath + 42 bath =102 bath

So total expenses in Bangkok:

Day 1 :1432 bath
Day 2: 350 bath + 805 bath + 330 bath +1400bath
Day 3 : 102 bath

Total :  4419 bath

p/s : Mengenai restoran halal di sana tak dapat nak share sebab mmg x singgah mana2 restoran halal pon utk makan...makan mangga,pancake,roti yang di bawa and meggi sahaja.mmg budget gila trip ni...untungnya, breakfast dah included utk payment room tu..heheh...

Bangkok Trip : Day 2,Part IV

Salam,
Selepas berehat2 + solat ,kami meneruskan misi untuk shopping..
Destinasi : MBK, sebab paling dekat dengan tempat tido...
Untuk pengetahuan, kedai2 dekat MBK ni tak sampai pukul 10 dah tutup...
Selepas beli barang yang ditarget, kami cuba jaya ke Terminal 21....hopefully x tutup lagi la even jam time tu 10 minit lagi almost 10 p.m...total shopping dekat sini  almost 1400 bath,...hehe
kebanyakan mall dekat sini tutup pukul 10 mlm...

Terminal 21


Terminal 21 brings the dream of traveling the world to downtown Bangkok, with its cutting-edge concept that places several world-famous cities under one roof. Find yourself wandering around a maze of shops in Tokyo City, sauntering down London’s Carnaby Street, bagging a bargain in an Istanbul zouk, or shopping for something to fill your growling stomach at the Fisherman’s Wharf in San Francisco.
source : sini


The purpose g mall ni utk tangkap gambar ja..heheh...Berhenti di BTS Asok...Mall ni mmg connected with BTS Asok..senang ja nak cari..heheh...sebab apa just nak tangkap gambar sahaja sebab sini setiap level dalm mall ni bermotifkan different famous cities as mention above such as Paris, Istanbul San Fracisco, Rome  & etc...xdapat lagi nk g famous2 cities dapat tangkap gambar design2 dia pon jadi la....even the toilet pon ikut sama design as cities...mmg lawa gila toilet dia...tapi xbest nya byk sgt button,canggit sgt sampai xsure nk tekan yg mana satu...
so,layan ja la pics eija...



ni la rupa button yg byk sgt dkt bowl dlm toilet tu..huhu



Selepas round2 & tangkap gmbr kami pon balik...sebab esk nk kena check out awal...so,kena bgn awal...
Flight pukul 8.30 pagi....

The end of Day 2..

Expenses :
Shopping : 1400 bath


Next: Day 3