Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saturday, February 29, 2020

Review Buku: Nota dari Madinah #1Buku1Bulan #Misi2020 #Februari2020

Salam,
 Misi 2020 #1Buku1Bulan bersambung. Untuk bulan Februari, buku yang Eija  berjaya  habiskan pembacaaan ialah seperti di bawah:



Tajuk: Nota dari Madinah
Penulis: Roza Roslan & Muhd Kamil Ibrahim
Kategori: Motivasi


Rumusan Eija:

Buku ini menggamit kenangan dan kerinduan terhadap bumi Madinah.Alhamdullilah atas rezeki yang ALLAH kurniakan, Eija sudah berpeluang menjejakkan kaki di bumi Madinah dan menziarahi Rasullullah s.a.w. Untuk pembaca yang akan menunaikan umrah, sila dapatkan buku ini. Buku ini adalah perkongsian pengalaman Prof Kamil dan isteri ketika tinggal di Bumi Madinah. Pesanan dalam buku tersebut patut kita jadikan ikutan serta cara memaksimumkan ibadah kita di bumi Madinah. Semoga ada rezeki  Eija lagi untuk menziarahi Rasullullah S.A.W di masa hadapan.Amin.

Sunday, January 26, 2020

Review Buku: Detik Itu... DIA menguji kita... #1Buku1Bulan #Misi2020 #Januari2020

Salam,
Sempena Misi 2020 #1Buku1Bulan, Eija nak berkongsi buku yang berjaya Eija habiskan pembacaaan untuk bulan Januari 2020.



Tajuk: Detik itu..DIA menguji kita
Penulis: Noraini Bahari & Muhd Kamil Ibrahim
Kategori: Motivasi
Harga: RM 20

Rumusan Eija:

Beli la buku ini...Untuk memotivasikan diri kita..kita sangka dugaan yang hadir buat kita itu, dah rasa berat sangat...namun , dugaan orang lain lagi berat....kita belajar bersyukur dengan apa yang berlaku dalam hidup ini..dan betul bak kata penulis, ujian duka sangan mencabar... semoga kita semua diberikan kekuatan dan kemudahan menghadapai dugaan hidup ini.



Sunday, February 16, 2014

Fruitful Saturday

Alhamdulillah, berjaya abiskan buku Travelog Haji : Mengubah sempadan Iman garapan/pengalaman Prof Mohd Kamil Ibrahim.

Throwback kisah beli buku ni :
1.Terdengar, abang ipar bersembang dgn along mengenai Prof Kamil.mengenai layanan beliau di madinah di mana beliau suka memberi tazkirah utk tetamu yg hadir ke rumah beliau di sana.Ini rentetan, jemputan saudara abah yg tinggal di makkah, dan pulang ke Malaysia dan menghadiri kenduri arwah di rumah kami tika itu.In their conversatiaon, along ad bgtau la ad org kg ini dlu sekarang tgl di makkah dan selalu menjemput pnduduk kg ke rumahnya jika dia tahu akan kedatangan penduduk kg ke makkah.then ,abg ipar pon sebut pasal Prof Kamil.tapi eija x tya lanjut,just dgr2 gitu. al kisah nya begitu la ,First time dgr mengenai Prof Kamil.

2. Kemudian, dlm seminggu/2 minggu, tgk my friend, Taufik upload gmbr di FB dgn caption with Prof Kamil  di Masjid Nabawi.

3.Ok, curious.

4. Jalan-jalan di kedai buku di Billion Sri Iskandar, terjumpa buku Travelog Haji : Mengubah sempadan Iman karya muhd kamil ibrahim. Bc testimoni di belakang, mcm author adalah seorang bergelar Profesor. Dalam hati, maybe ini adalah org yg sama yg abang long sembang ritu dgn along & taufik upload pics tu.Then terus grab.


Kesimpulan dari buku tersebut :

1. Hidayah itu milik ALLAH, sejahil mana kita tika dahulu, bila ALLAH palingkan hati kita utk berubah ke arah kebaikan, kita akan berubah regardless your age.tapi kena usaha,doa jgk.

2. Berusaha, berdoa utk mencapai impian.

3.tidak terlambat utk bertaubat jika kita masih bernafas.

4.buat baik selalu.

5.kejar akhirat!

6.Amalkan solat taubat,tahajud & hajat selalu.

7.Setiap yg berlaku ada hikmahnya.

8. persiapkan ilmu sebelum menunaikan haji

9.buat ibadah bersungguh2.

10.maksimumkan masa ketika menunaikan umrah/haji dgn ibadah.

11.Jom doa & usaha utk mendapat kad jemputan dari-Nya. (i miss mecca & madinah)


JOm kejar jadi tetamu istimewa-Nya di Dunia & akhirat :)