Showing posts with label airasia. Show all posts
Showing posts with label airasia. Show all posts

Monday, November 18, 2019

5 App penting dalam handphone Eija untuk tahun 2019 #roadtoFreeFlightticket #TipJimat

Salam,
Walaupun tahun 2019 belum berakhir, saja nak kongsi awal, 5 app penting bagi Eija untuk tahun 2019 bagi misi #FreeAirAsiaFlightTickets dan #TipJimatEija.
Untuk tahun 2018 yang lalu, klik SINI.
Berbanding tahun 2018, ada 2 penambahan app baru yang Eija rasa penting untuk mencapai misi Eija :P

5 App Penting:

1. BigPay

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bagi misi#FreeFlight ticket, app BigPay adalah terpenting sekali untuk Eija mengumpul AirAsia Bigpoints.

Review BigPay: Klik SINI
Referral code : 4LBRSXK6ZJ (masukkan kod ini  untuk mendapat RM10 :)

2. Boost

Tujuan:
1. Menambahkan AirAsia bigpoints (Topup boost app guna BigPay)
2. Mengumpul Boost coins untuk menebus duit.

Baru-baru ini, Boost sudah menggantikan sistem baru faedah yang dapat dari Boost. Dulu, penggunaan Boost akan mendapat reward dalam bentuk duit manakala sistem terbaru reward yang  adalah Boost Coin atau duit. Dari pemerhatian Eija, penggunaan kini banyak mendapat Boost Coin berbanding duit. Boost coins yang banyak boleh ditebus untuk duit atau hadiah. Contoh: rm10 utk 1000 boost coin.

Review: Klik SINI
Referral code :ros0TD0   ros23cyf

3. HelloGold

Tujuan:
1. Menabung
2. Mengumpul Boost coins (Beli gold guna Boost App)

Boleh beli emas serendah RM 1....Bagus untuk ada modal rendah , tapi bagi pendapat Eija tak boleh simpan lama-lama  dalam ni sebab caj bulanan akan dikenakan. Bila dah cukup target amount duit nak simpan, jual melalui app (Ini yang Eija buat).

Review: Klik SINI
Referral code: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).

4. ShopBack

Tujuan: Penjimatan duit 

Boost dah ada kerjasama dengan ShopBack, Bayar bil di Boost dapat cashback dari ShopBack dgn syarat ikut cara di bawah:

1. Buka app SHOPBACK.
2. Klik Boost dari app SHOPBACK
3. Klik "Bill payment" dan bayar bil anda (max cashback rm 8/month)


Selain itu, SHOPBACK ni pon banyak berkerjasama dengan web/app shopping seperti Lazada, SHOPEE.. dan sebagainya. So, bleh dapat cashback dari hasil shopping anda :)

Review: Klik SINI
Nak daftar---> : https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
( Guna link atas ni Dapat RM 5 bila dah melakukan pembelian bernilai RM 25 melalui SHOPBACK)

5. MyTNB

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bayar bil elektrik menggunakan kad BigPay :)


Semoga dapat membantu  dan doakan Eija berjaya kumpul point untuk menebus tiket flight airasia free :)



Saturday, September 21, 2019

Cara kumpul Big Point AirAsia melalui pembayaran bil utiliti #roadtofreeflighttickets #TipJimatEija

[Dikemaskini pada 6/11/2019]

Salam,
Sekadar perkongsian cara Eija praktis memaksimumkan pembayaran bil utiliti untuk mendapatkan Big Point AirAsia.


Untuk bil Air (SADA), streamyx (internet) dan ASTRO, 2 apps wajib ada:

1. BigPay
2. Boost App

Cara:
1. Topup BigPay.
2. Topup Boost App menggunakan BigPay (dapat Big Point AirAsia)
3. Bayar bil guna Boost App (dapat Boost Coin)

Manakala, untuk selesaikan bil elektrik, perlu ada app berikut:

1. BigPay
2. MyTNB App

Cara:
1. Topup BigPay.
2. Bayar bil menggunakan kad BigPay di MyTNB App (dapat Big Point AirAsia)

Dengan  penstrukturan point baru dimana setiap penggunaan BigPay, RM10= 1 POINTS, lagi cepat kita kumpul Big Point AirAsia dan misi untuk #freeflighttickets lagi cepat berjaya :)

Penggunaan BigPay? Refer SINI


Kesimpulan:

Pastikan 3 apps ini (BigPay, Boost App dan MyTNB ada dalam handphone anda :)

BigPay referral code : 4LBRSXK6ZJ (dapat RM10 Freee)
Boost referral code : ros0TD0

Harap dapat membantu :)

Friday, September 21, 2018

Budget & itinery Trip Bromo - Yogjakarta 2018

Salam,


Roughly expenses Eija untuk trip kali ini (excluding food & shopping).

Date: 15-19 September 2018

*Kadar tukaran:1 Juta IDR = RM 282 (di Aman Sentral, Alor Star)*

Total expenses for 2 pax:

1. Pre- Departure:
Flight Penang- Surabaya: (RM 56.78 + 2076 points)+ 7200 points( 1 tiket free sebab redeem point :) (Final Call Promo)

Flight Yogjakarta to Kuala Lumpur: 300 000 K IDR (Promo last year)

Food in flight: Penang- Surabaya: RM 20.00
                      Yogjakarta -KL : RM 21.36

Luggage (Yogjakarta- KL) for 25 Kg: RM 75.00

Train Malang- Yogjakarta: RM 97.98 ( Seat Ekonomi)

AXA Travel Insurans; RM 25.20

Total: RM 296.32 + 300,000 IDR

2. Accommodation

RedDoorz (Malang): 158 K IDR  )  (1 night)
The Lodge Packer (Yogjakarta): 475 K IDR  (2 nights)

Total: 633 K IDR

3. Itinery & Cost:

Day 1

Juanda Airport to KFC Jl Kawi Malang: 250 K IDR
Bromo Trip: 1200 K IDR

Total: 1452 K IDR

Day 2
Ride Kuda @ Bromo: 175 K IDR
Beca motor ke homestay RedDoorz: 20 K IDR
Beca motor dari homestay ke Station kereta api: 20 K IDR

Total: 215 K IDR

Day 3
Hire Pak Supir: 500 K IDR
Merapi Tour (medium package include kali kuning): 500 K IDR
Entrance fee Stonehenge: 20 K IDR

Pule Payung:
Ojek ke Pule Payung: 120 K IDR
Entrance fee: 24 K IDR
Spot foto: Speda Langit: 25 K IDR/pax
Spot foto Wulu: 10 K /pax
Spot foto Jembatan syurga: 20 K
Spot foto Lollipop: 20 K IDR
Flying fox: 60 K IDR
Photo : 42 K IDR ( IDR 3000/ photo)

Gumuk Pasir:
Entrance fee: 15 K IDR
Taman Bunga: 10 K IDR

Pantai Parangtritis:
ATV for 20 minutes: 50 K IDR

Total: 1416 K IDR

Day 4

Ronda Jalan Malioboro
Naik Beca motor : 60 K IDR

Total: 60 K IDR

Day 5

Bus Transjogja dari Jln Malioboro ke airport: 7 K IDR

Total: 7 K IDR


TOTAL EXPENSES FOR 2 PAX: 

RM :  RM 296.32
IDR: 300 K+ 633 K+ 1452 K + 215 K + 1416 K + 60 K + 7 K=  4083  K IDR

*Budget excluded shopping and food.

Alhamdulillah, one of my wishlist to visit Bromo had fulfilled:) and  really LOVEEEEEEE Yogja!!!!!!

In sha allah, nnt Eija update kisah Eija sepanjang trip ini:)

Monday, August 13, 2018

Pengalaman guna Boost App # TipJimatEija

[Kemaskini pada 6/11/2019]
Salam,
Sekadar pengenalan, Boost App adalah konsep e-wallet masa kini dan ala prepaid. Kita kena topup sama ada melalui kad kredit/debit ataupun online transaksi.

Pada mulanya, Eija hanya bertujuan menggunakan Boost App ini untuk Topup HelloGold  #TabungEija ( no service charge). Dulu, Eija dok topup HelloGold guna online banking dan setiap transaksi dikenakan charge RM1.20. Maka, sekarang dapat jimatkan duit Eija!:) #TipJimatEija.

Faedah lain yang Eija dapat dari penggunaan Boost App setakat ini :

A) Dapat SHAKE REWARDS. Boost Coin

Antara penggunaan yg Eija lakukan seperti berikut:

 1. Topup HelloGold


      Tips dpt byk kali SHAKE Rewards: Transfer skit2 ke HelloGold, Contoh: Eija transfer RM 2 sebanyak 5 X, instead of transfer terus RM 10 :p). Dahla transfer FREE, dapat reward lagi. Untung Eija :)  Boleh kumpul Boost coin.

p/s:Referral code HelloGold: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).


Shake rewards Eija
2. Pembayaran tiket bus di web busonlineticket.com
3. Pembayaran di TESCO
4. Pembayaran di web 11street
5.Pembayaran di web PTS Book Cafe
6. Pembayaran di web Photobook Malaysia
7. Pembelian tiket kapal terbang dari FireFly.
8. Pembayaran di WATSON. 
9.Pembayaran di DIY.

B) Dapat tambah AirAsia Bigpoints sebab Eija guna kad BigPay untuk topup Boost App :) Memaksimumkan penggunaan BigPay :) 


Cara lain untuk memaksimumkan penggunaan kad BigPay? Klik [SINI]
Cara untuk tambah AirAsia Bigpoints? Klik [SINI]

Melalui Boost App boleh bayar bil utiliti, Topup prepaid handphone, beli voucher TeaLive dgn diskaun dan macam-macam lagi voucher yang ada.  Selain itu, boleh menderma juga. Ada Tabung BersamaMu, Tabung harapan dan lain-lain lagi. Selain itu, boleh transfer  duit ke akaun Bank menggunakan Boost App tapi charge 2 % dikenakan dan transaksi minimum RM30.

Perkhidmatan yg disediakan di Boost App

Sila download Boost App ini...penjimatan!!!!! Gunakan code Eija : ros0TD0 :)  ros23cyf



Untuk makluman, reload minimum untuk boost app ialah RM 10 sama ada melalui online banking ataupun kad debit/kredit.

Boleh kumpul BOOST COIN  dan redeem reward [Sistem baru BOOST sejak November 2019]

Pilihan REWARD yang menarik bagi Eija semestinya DUIT :p

RM 2 = 210 coins   --> RM 0.0095/Coin
RM 5= 525 coins   ---> RM 0.0095/Coin
RM 10 = 1000 coins -> RM 0.01/ Coin
RM 15 =1365 coins -->  RM 0.0109/ Coin
RM 20 = 1740 coins--> RM 0.0115 /Coin
RM 30 =2610 coins --> RM 0.0115/ Coin

Lepas tu, sistem baru ini juga ada Level kategori masing bergantung kepada perbelanjaan dan berapa kali transaksi.

Semoga dapat membantu anda!:)


Tuesday, July 24, 2018

Review : BigPay #roadtofreeflighttickets #TipJimatEija

[Dikemaskini pada [15-10-2020]

Salam,
AirAsia mengeluarkan kad prepaid mastercard baru yang dikenali sebagai BigPay (kena topup dulu) ...macam ala debit kad jugak..

Tujuan utama Eija dapatkan kad BigPay ini adalah untuk:

1. Kumpul Airasia big points...
(Bagaimana cara  Eija kumpul AirAsia Big points? klik [SINI] ) 

2. Dapatkan FREE Processing fee untuk pembelian tiket kapal terbang AirAsia.




Untuk makluman;

1. Kita akan  Dapat Airasia Bigpoint untuk setiap kali topup  ( RM 50=1 POINT)  dan setiap kali transaksi yg dilakukan bagi minimum nilai (RM20=1 Point) 
Update as of 26/8/2019:
Eija dapat emel dari  BigPay menjelaskan mengenai structure point baru dimana, setiap transaksi  RM 10  akan mendapat 1 point dan TIADA point untuk setiap kali topup BigPay bermula               1 September 2019. Penstrukturan baru point ini lagi bagus sebab  lagi banyak AirAsia Bigpoint dapat dikumpul :):):):)

Penstrukturan baru point

Update as of 15/10/2020:
Setiap transaksi  RM 30  akan mendapat 1 point dan TIADA point untuk setiap kali topup BigPay .

Oh terlupa, sebelum itu kena install dulu app BigPay ni untuk permohonan kad prepaid Mastercard:). Kena topup RM 20 dlu utk permulaan. Nak dapat RM 10?? Masukkan referral code di bawah:
Referral code : 4LBRSXK6ZJ

Untuk details, layari web : https://www.bigpayme.com/ 

Setakat ini, untuk menambah AirAsia BIG Point, Eija gunakan BigPay untuk:

1. Pembayaran Bil Astro

2. Pembayaran Online shopping

    -SHOPEE  
    
   - LAZADA

3. Bayar pembelian di kedai/mall  

    - IKEA
    -Brand Outlet 
    -AEON
    -BATA
    -TRIO
    - TESCO [ 2 in 1. for those yang ada TESCO Club kad boleh kumpul Tesco Points jugak :P)]
    -WATSON [ 2 in 1. for those yang ada WATSON member kad boleh kumpul Watson Points jugak :P)]

4. Pembelian online tiket bus/train/flight

      -AirAsia (pembelian tiket kapal terbang/Add On pada booking)
      - Firefly (www.fireflyz.com.my)
      -busonlineticket.com  [ 2 in 1. pembelian di busonlineticket.com akan dapat BOT miles jugak.            Refer [SINI]]
     - www.redbus.my ( select payment by credit card for payment using BigPay)
     - www.ktmb.com.my
     -Traveloka [pengalaman Eija, klik SINI]
     

5.Topup UnifiMobile  
as of 20/9/2018: asyik gagal sahaja topup guna BigPay. Maybe unifi dah tak support BigPay.huhu. Eija cuba hari ni (5/8/19) bleh guna dah:)

6. Pembayaran minyak petrol 

     - PETRON - (2 in 1. for those yang ada PETRON  kad boleh kumpul PETRON Miles jugak :P)

7. Topup Boost App [kegunaan utama Eija pada tahun ini, 2019]

    -setiap kali pembayaran menggunakan Boost App akan dapat shake rewards Boost Coin.:)..
- utk makluman, Eija gunakan Boost App utk bayar bil ASTRO ,streamyx dan bil air.
 Refer SINI

8. Pembayaran utk penginapan

   - Agoda.com
   -Booking.com

9. Fast food outlet

 - KFC

10. Pembayaran bil elektrik di app myTNB

11. Topup app SETEL

Eija sekarang dah bertukar mengisi minyak PETRONAS #supportprodukMalaysia. Bila download  app SETEL, masukkan referral code : 4d9ym untuk dapatkan RM 5 free selepas mengisi minyak bernilai min RM30 #freeduitminyak :P



Buat masa ini, itu sahaja setakat ini yang Eija pernah cuba bayar menggunakan BigPay...

BigPay adalah salah satu platform untuk Eija kumpul AirAsia BigPoints #roadtofreeflighttickets

Kegunaan lain BigPay

1. Pengeluaran wang dari ATM.

Selain itu, kita boleh mengeluarkan duit dalam BigPay through ATM. Eija pernah try withdraw duit dari bank CIMB Indonesia baru-baru ini. Caj Rm10 dikenakan utk pengeluaran.


Ketika transaksi dilakukan, exchange rate used, RM10 =IDR 35,829.46

2. Transfer ke akaun BigPay kawan.

Mudah.within 30 second dah setel.
Contoh: Eija nak bayar hutang kawan, then Eija transfer sahaja ke akaun BigPay Kawan. Untuk makluman.



3. Tracking expenses.

Untuk makluman, setiap rekod penggunaan BigPay disertakan dalam app, maka senang buat tracking perbelanjaan :)

Masukkan referral code : 4LBRSXK6ZJ Untuk dapat RM 10 :):) Extra money dapat:) Terima kasih buat semua yang menggunakan Referral Code Eija:)

p/s: Airasia Bigpoint yg di update dalam apps ambil masa jugak :)


Wednesday, July 4, 2018

Busonlineticket.com , web kegemaran Eija tika ini untuk membeli tiket bus #TipJimatEija

Salam,
Sekadar perkongsian dan review mengenainya.
Selain dari Easybook & RedBus, Eija try beli tiket bus menggunakan web busonlineticket.com
So far, sudah 2x Eija try beli tiket di web ini,
Kenapa jimat?
Sebab BusOnlineTicket menyediakan program loyalti sendiri, yang dikenali sebagai BOTMILES. Setiap perbelanjaan bernilai RM 1 akan dapat 1 point. Point akan terus dapat selepas selasai urusan pembayaran :)

Maka,

(RM 6/RM300) * 100 = 2% cashback :)

Nak bertambah jimat, Eija ada terbaca di blog ,mengenai discount code yg dikongsi seorang blogger ni. Cari tak jumpa plak web dia.

Discount Code : AUNI 


Baru sebentar tadi Eija try, yess, the DISCOUNT CODE is VALIDDDDD...
Tapi Eija tak pasti sampai bila discount code ini boleh digunakan. So, just give it a try!:)

p/s:as of 30/7/2018: The discount code still valid:):):)
p/s:as of 26/8/2018. The discount code still valid!:)
As of 4/9/2018-the discount code is invalid.huhu




Penjimatan RM 2.45 @ 7% :)

Selain itu, jika pembelian dilakukan dari link di estore Bigloyalty AirAsia, dapat tambah point AirAsia Bigpoints.

Kini, busonlineticket.com juga menawarkan pembayaran menggunakan e-wallet dan salah satunya adalah Boost App. Maka, Eija dapat berjimat lagi  dengan adanya shake rewards dari Boost app selepas pembayaran dilakukan :)

So, busonlineticket.com adalah favourite Eija tika ini.

Kesimpulan, faedah yang Eija dapat dari pembelian di web ini adalah:

1. Dapat kumpul BOTMILES [redeem point utk pembelian tiket]
2. Dapat kumpul AirAsia BigPoints [pembelian dilakukan melalui e-store AirAsia Big Loyalty & Topup Boost App menggunakan BigPay]
3. Dapat shake rewards & berjimat [pembayaran menggunakan Boost App]



Update as of 4/9/2018:
Tadi Eija dapat emel dari AirAsia Big Loyalty, ada discount guna code seperti berikut:

Pembelian melalui estore AirAsiaBig Loyalty... promo bulan september ni ja...yeay, boleh berjimat lagi :)



Bagaimana Eija kumpul AirAsia Bigpoints? Klik SINI

Bagaimana Eija memaksimumkan penggunaan BigPay untuk kumpul AirAsia Big Points? Klik SINI







Monday, May 21, 2018

Bagaimana Eija kumpul AirAsia BigPoints ? #tipJimatEija

Salam,
Dah berjaya beli tiket ke  mana tu sempena free seat ni???
Sekadar perkongsian, bagaimana Eija kumpul AirAsia Bigpoint.Ya, starting this year semangat balik nak kumpul Bigpoint.Hahaha. Ada bigpoint ni bagi Eija untung untuk FINAL CALL promo. Jimattt.

Untuk tahun ini/tahun lepas, cara-cara yang berjaya Eija tambah AirAsia bigpoint seperti berikut:


1.Convert PETRON miles point to AirAsia bigpoint.

Ya, Eija berjaya convert PETRON miles point to AirAsia bigpoint.
Nilai 200 PETRON Miles = 100 AirAsia Bigpoint (pas ni pulun isi dekat PETRON :P)

Bagaimana cara Eija buat?

1.Layari website PETRON
2.Kemudian, Eija download form & isi form tersebut.
3. Eija scan form tersebut & email ke pmiles@petronmiles.com.my



4.Eija sent email pada 2/5.2018 dan Eija check dah available bigpoint Eija pada 16 May 2018.

total point tak banyak.hahahah

2. Online shopping melalui LAZADA.

Selepas selesaikan pembayaran, jangan lupa masukkan AirAsia bigpoint ID untuk dapatkan mata.

RM 5 (LAZADA) = 1 AirAsia bigpoint


hasil pembelian di LAZADA


3. Topup BigPay & Bayar melalui kad BigPay

Eija baru apply BigPay, salah satu Prepaid mastercard offer by AirAsia.
Bila kita topup RM 50 dpt 1 point dan setiap pembayaran menggunakan kad BigPay yg bernilai RM 20 dapat 1 point. So, lepas ni nak kena topup dan banyakkan penggunaan kad BigPay untuk pembayaran :P
Bagaimana Eija memaksimumkan penggunaan BigPay? Klik [SINI]

4. Pembayaran bil elektrik (TNB) menggunakan epay

 Setiap transaksi pembayaran bil TNB di epay ( https://www.e-pay.com.my) akan mendapat 2 point sahaja ( min. bil RM 30) dan tak kisahlah berapa nilai  bil anda.huhu..jadi la dapat jugak point.hauahuah..



5. Pembelian melalui BigLoyalty e-Store

Ada pelbagai partner bigloyalty estore ni. Setakat ini , Eija hanya cuba  dari estore berikut:

1. BusOnlineTicket. com

Eija beli tiket bus dari busonlineticket.com.Point masuk dalam akaun dalam 2 bulan jugak. Take time juga nak dapat point.huhu



2. AXA travel insurance

 Hari ini beli, esok point dah available :)


3.Booking. com

Dalam tempoh sebulan lebih juga untuk dapat airasia big point. Tempah hotel melalui  : www.booking.com/airasiabig untuk mendapatkan big point.





Harap dapat membantu #roadtofreeflighttickets




Thursday, October 26, 2017

Tips to #savemoney & #getextramoney by Eija

Salam,
Sekadar perkongsian.
For those who have free time and get internet access for free, you can try to do online survey.

Reliable online survey

I did try myself and already get the voucher/money. Kindly try these online surveys:

1. Global Test Market (redeem for money)
2. Toluna (redeem for money)
3. YouGov (redeem for money)
4. Vase (money)
5. AIP Online (Redeem for Giant voucher)
6. MOBROG (redeem for money)

Besides that, I do have loyalty cards to collect points and redeem for things.

Loyalty Card

1. BCard  @ B Infinite ( usually I use to redeem photobook voucher)
2. PETRONAS Mesra Card ( To redeem fuel)
3. AirAsia Big Member (to redeem flight ticket)
4. PETRON Miles (convert miles point to AirAsia Big point)

Updated as of 27/8/2019

I found another way to get extra money which is via your handphone!:) 

Legit Mobile app

1. CashPirate App ( redeem for money)
2. Cashzine App (redeem for money)

So, how about you guys?Can you share any tips to #savemoney & #getextramoney?

Thursday, September 28, 2017

Budget & itinery Trip Jakarta- Depok- Yogjakarta 2017

Salam,

Roughly expenses Eija at Jakarta & Yogjakarta (excluding food & shopping).

Date: 7-12 August 2017

*Kadar tukaran:1 Juta IDR = RM 326 (di Tesco Mergong, Alor Star)*



1.Transportation:

Kuala Nerang- TBS: RM 30 
Hentian Duta - Kuala Nerang: RM 20
TBS -KLIA 2: RM 11
Flight: KL -Jakarta: RM 43
Flight : Yogjakarta -KL: RM 33 + RM 11( nasi beriani) + RM30 (luggage kongsi): RM 74
Bus dari Soeharto Airport - Terminal Bus Depok: 60 K IDR
Train dari Pasar Senen- Yogjakarta : 260 K IDR
Pak Supir di Yogja : 2 Million IDR/5 for 4 days: 400K IDR/pax

Total: RM 178 + 720 K IDR 

2. Accommodation

Rifka Anisa Guesthouse: 1.5 million IDR/5 : 300K IDR /pax

Total: 300 K IDR 

3. Entrance fee/jeep/activity (per pax)

Day 1
1.Kalibiru Entrance fee : 5K

  • 1 spot for photo: 15 K
  • Photo: 100K for 20 photo/5 : 20 K
2. Gumuk Pasir entrance fee: 4K
  • Sandboarding :100 K/5 : 20 K
3.Parangtritis (Horse riding): 50 K/3: 17 K

Total: 81 K

Day 2

1.Mangunan Fruit entrance fee : 5K
2.Hutan Pinus entrance fee: 2.5K
3.Hobbit House entrance fee: 2.5 K
4.Goa Pindul entrance fee: 10 K
  • Water tubing activity: 150 K
  • Photographer: 250K/ 5: 50 K
5. Pantai Timang
  • Jeep: 350 K/5: 70 K
  • Gondola ride: 200 K
Total: 490 K


Day 3

1. Sunrise Gunung Merapi tour: 450 K/5: 90 K
2. Gereja Ayam entrance fee: 30 K

  • Jeep: 14 K
3. Candi Borobudur entrance fee: 300 K
4. Sindu Kusuma Edupark entrance fee: 15 K

  • Cakra mangilingan: 10K
  • Panggon lunjak: 15 K

Total: 474 K

Day 4

1. Taman sari entrance fee: 15 K


Total: 15 K

TOTAL: 1060 K IDR

4. Lain-lain

1. Insurans (AXA online) : RM 19.50
2. Simcard (kongsi): 90 K/5: 18 K

TOTAL: RM19.50 + 18K IDR

TOTAL EXPENSES: 

RM : RM 178 + RM 19.50 = RM 197.50
IDR: 720 K+ 300 K+ 1060 K + 18 K =  2098 K IDR


Overall, I really LOVEEEEEEE Yogja!!!!!! Kena datang balik Yogja ni :)

Kisah-kisah sepanjang trip boleh baca di sini:

Day 1
Kalibiru
Gumuk Pasir
Pantai Parangtritis

Day 2
Mangunan Fruit Garden
Goa Pindul
Pantai Timang
Kedai Lobster Pak Sis Timang

Day 3
Gunung Merapi Sunrise Tour
Rumah Makan Bale Kambang
Gereja Ayam
Candi borobudur

Day 4

Review Accomodation: Rifka Annisa Guesthouse



p/s: Credit to Syikin,Ilia, Naim &Faiz for all the photo during this trip.

Sekian kisah trip Eija kali ini.






Friday, August 25, 2017

KLIA2-Jakarta-Depok # RoadtoYogjakarta

Salam,

Alhamdulillah, one of my travel wishlist for 2017 was fulfilled.

Yeay, i went  to yogjakarta!!!!


Day 1: KLIA 2 - Jakarta -Depok

Why i took flight to Jakarta instead of Yogjakarta??
Al kisahnya, last year time promo, Eija hanya beli tiket Yogja-KL sahaja. Tiket pergi Eija tak beli sebab tak confirm lagi nak pergi ka tidak.hehe.

Nak dijadikan cerita, lepas puasa hari itu ada promo FINAL Call Big member, tiket ke Jakarta murah.So, Eija decide to join my friend, Ilia to Yogjakarta. Tapi Eija start from Jakarta (alone :P). Sebelum Eija beli tiket ke Jakarta, Eija contact kawan Eija, kak Tia di Indonesia, nak tumpang bermalam semalam di rumah dia. Alhamdulillah dia ok, then Eija purchase tiket ke jakarta. Actually, nak melawat K tia sama,heheh

Tiket Yogja-KL : RM 35 (beli bulan 6/2016)
Tiket KL- Jakarta : RM 43 + 1251 points ( beli 5/7 /2017)

Selepas sampai di airport soeharto, cuak jugak sorang2. Kebetulan , K tia & husband tak dapat pick up Eija di airport, maka Eija kena amik bus ke Depok dan ini pertama kali Eija sampai Jakarta....hehehe..Oh,untuk makluman, AirAsia mendarat di Terminal 2.Airport soekarno hatta besarrrrrr

Selepas keluar dari imigresen,amik kiri dan follow sahaja sign bus DAMRI& etc sampai jumpa sign SHELTER Bus seperti dibawah ini. Selepas nampak,teruskan lagi perjalanan sampai nampak terminal bus, kecik ja.




Laluan ke terminal bus di airport


Untuk ke Depok, hanya satu kaunter bus yang Eija perasan, iaitu bas Hiba Utama, yang lain kebanyakan ke bandung.Kalau bus damri,byk destinasi tapi tiada ke depok.huhu...K.tia pon sudah pesan cari kaunter bus Hiba Utama. Kaunter bus ke Depok ni depan alfamart/indomart, Eija lupa nama mart tu..So, beli Eija beli tiket, then tunggu tempat menunggu. Bus datang tak singgah lama, just berhenti untuk amik passenger, so kena alert jugak.


ibu rosnida :P

Tiket bus dari Terminal Soekarno to Terminal Depok: 60K Rupiah.

Tempoh perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit (bergantung "macet" ataupun tidak)...Nasib baik time Eija kurang macet.

Tips: Sila ambil bus selepas orang masuk kerja 9 pagi-3 ptg, sebab selepas itu berkemungkinan "macet" adalah tinggi. So, untuk elakkan terperangkap dalam "jem" yg teruk, amik la sekitar bus berjadual yang Eija sebutkan. (macet =lalulintas yg busy=jem)

Alhamdulillah, akhirnya tiba di Terminal Depok, terminal terakhir.On the way tu, ramai jugak yg turun di tepi jalan macam Bogor,Juanda & etc..Eija sempat call k tia bgtau Eija dah naik bus,kemudian hp mati...huhuuh...Ada indonesian girl yg tunggu kawan dia datang amik, so, Eija mntk tlg dia whatsapp k tia bgtau Eija dah sampai.Eija tak sempat nak beli simcard indon, td sempat call k tia pon sebab celcom automatik roaming. Kebetulan kawan dia sampai, dan suruh call aja. Tq both of u girls!!!! Luckily, K tia pon just arrived and yeay jumpa K.tia!!

to be continue..









Tuesday, April 4, 2017

Online survey. YouGOV, Boleh percaya ka?

YouGOV

Antara online suryey yang Eija konsisten buat adalah YouGov. Dah dapat redeem dan ganjaran baru Eija berani nak share. Yougov reliable and trusted.

Pendaftaran pun percuma sahaja. Minimum mata untuk tebus 5000. Antara hadiah-hadiah yang boleh di tebus seperti gambar di bawah:

Antara hadiah-hadiah. Nak buat amal pon boleh.hehe

Pilihan Eija adalah paypal. Kalau penggemar shopping Zalora tu boleh la tebus voucher zalora. Untuk bigpoint bagi Eija rasa macam tak berbaloi sebab nilai untuk 2500 big point = RM 25, tapi pilihan di tangan anda.hehe. Nak buat amal pon tidak mengapa, menderma la ke UNICEF.

Popup selepas pilih untuk tebus Paypal.

Emel yang Eija dapat dari yougov
 Nak sertai YouGOv. Klik SINI.


Dalam masa 3 minggu selepas redeem,, Eija dapat emel berikut:




Selepas dapat email dari YouGov Singapore tu, Eija click accept untuk complete the payment and right away masuk dalam paypal Eija.Alhamdulillah, duit ganjaran dah masuk akaun Paypal Eija  :):):) Perasan tak, nilai ganjaran pada mula2 tu melebihi $25? I don't know why. Disebabkan paypal Eija value yang ada dalam tu dalam USD, tiada dalam currency $, fee dikenakan.


Rezeki di hari Jumaat.  
Dari $26.70 tinggal $25.03. Fee sebanyak $1.67 dikenakan.

Ok, selepas dah masuk paypal, Eija withdraw ke CIMB seperti di bawah. bOlehhhhh tau. Sebelum tu kena add akaun cimb kita dalam paypal.


Click withdraw fund

key in amount yang nak di withdraw


Kemudian Eija dapat emel dari paypal pasal transaction to CIMB.





Oh untuk makluman ada charge fee yang dikenakan. Ya la, sebab convert dari $ ke RM.Fee dikenakan sebanyak RM 3...Detail transaction seperti berikut:



It's expected by 5th April 2017 baru masuk duit ke dalam akaun berdasarkan emel yang paypal bagi.

Tadaaa, Eija cek akaun bank CIMB pagi tadi dah masuk dah. Dalam sehari processing day .


Hasil menjawab survey



Alhamdulillah, hasil menjawab survey di YouGOV. RM73.75.
Ya, YouGOV sangat boleh dipercayai!!!
So, apa lagi, sertailah YouGov hari ini!
Yang best pasal YouGov, survey tiada screening. Maka, memang akan dapat point. Tapi kena cepat,sebab survey limited.


Hope dapat membantu kalian menambahkan pendapatan. 

YouGov
YouGov
YouGov

Tips:
1. Survey is limited. Selepas dapat email, terus jawab survey.
2. Kena sabar dan istiqamah. It take weeks and months to get up to 5000 points.:)

Update as of 27/8/19:
Boleh jugak install app kt handphone lagi mudah :) 

Update as of 29/3/2020:
Eija dah tak aktif jawab yougov sebab dah jarang sangattttt dapat survey.Lepastu, sy dh ckp point dkt 5000 tapi dah tak dapat redeem, xtau kenapa.huhu

p/s: Untuk jawab online survey ni, Eija nasihatkan guna WIFI ya, kalau guna data handphone tak berbaloi rasa.