Showing posts with label discoverkedah. Show all posts
Showing posts with label discoverkedah. Show all posts

Monday, November 25, 2019

Jalan-jalan cari makan di Kedah #JJCMEija

Salam,
Sekadar perkongsian tempat makan yang Eija pernah pi :)
Eija bahagikan ikut kawasan pekan , senang sikit...hhaha

Alor Setar
1. Restoran Sri Pumpong
Best lunch sini sebab lauk sedapppp...tapi harga mahal sikit la dari biasa. Restoran kegemaran kami sekeluarga untuk makan tengah hari di Alor Setar.
Kedai berdekatan Kedah Medical Centre..



menu kegemaran kami



2. Koteow Goreng Iman
Kueoteow goreng sedappp tambah telur mata.... Kedai ni bukak start pukul 6 petang gitu..
Kedai di kawasan Mergong.




3. Laksa Ikan sekoq
Keistimewaan, ada ikan sekoq dalam laksa..sedap..
Lokasi: kawasan Mergong..




Jitra

1. Restoran Tok Keramat
Best lunch sini sebab  lauk banyakkkkkkkkkk sangat,sedap dan harga murahhh..



Eija akan update dari semasa ke semasa bila Eija p cuba kedai makan yang lain..
Sebab orang Kedah kan  (orang dok kata tempat sendiri  jarang nak explore kan  :P) dan tambah pulak mak selalu masak..so, jarang-jarang sikit nak makan kt luar :P




Sunday, November 24, 2019

The Puteri Restaurant, Keriang Hill #JJCMEija #DiscoverKedah

Salam,
Eija jumpa promosi dari Restoran Puteri, Keriang Hill Resort.
Buffet Lunch hanya RM 10/ pax....
Jimatttttt


Maka, Jumaat yang lalu Eija berkesempatan ke sana....
Nak pergi kena perut kosong.Hahaha.
Lepastu melantak :P

Menu tarikan adalah masak lemak.
Selain itu, ada masakan bakar, buah-buahan disediakan, sup,ulam dan lain-lain lagi.
Memang berbaloi, tak padan dengan harga..sebab Buffet kan. Makan saja apa yang ada :P
Sekadar peringatan; jangan TAMAK ambil banyak2 dan tak abes..membazir...Ambil sikit- kemudian tambah la bila nak.

Selain itu, boleh menikmati makan tengah hari di tepi tasik...santai...
I love the environment!
Untuk yang nak menginap di situ pon boleh, rumah tradisional melayu...Nanti suatu hari nak cuba menginap di situ..In sha allah, moga2 Eija murah rezeki :)Amin.
Untuk menginap boleh check di website INI



Pintu masuk

Suasana dalam restoran


suasana luar restoran

ada tasik sebelah tu

Santai2...

menu bakar2

antara menu yang kami ambil

kerabu maggi pon ada :P

Promosi sehingga 1 December 2019

Cepat-cepat pi try makan situ..promosi sehingga 1 december 2019 sahaja. Nak tau promosi apa lagi yang ada, layari FB depa.

Info lanjut: FB Keriang Hill


p/s: Muzium Padi dan Pusat Sains Cawangan Utara adalah antara tarikan utama di kawasan Gunung Keriang. Selain itu, kehijauan padi memukau pandangan di sekitar situ :)


Friday, September 27, 2019

Restoran Tok Keramat, Jitra #JJCMEija

Salam,
Pada cuti hari Malaysia yang lalu, Eija dan keluarga mengambil peluang makan tengah hari di Restoran Tok Keramat..Orang ramaiiiii dan lauk banyakkkkkkkk sangat pilihan.
Pening kepala tengok banyak lauk , tak tau nak pilih apa.Hahahahahaha
Tujuan utama nak makan sotong bakar, mak Eija dok teringin nak makan sotong besar2...hehehe.

Konsep di restoran ini, layan diri. Ambil lauk sendiri, order air dan ambil air sendiri. Kemudian bayar sebelum makan di kaunter.

Menu lunch kami 

sotong:)

ramai orang

Harga makanan kami berenam, termasuk air, dalam RM 104.
Recommended datang sini!



Monday, January 21, 2019

Throwback Sesi Jalan-Jalan Eija 2018

Salam,
Sekadar mengimbas tempat yg Eija pergi jalan-jalan untuk tahun 2018.

Cuti-cuti Malaysia

Discover Selangor

SnoWalk I-City
Tak dapat rasa real snow lagi, dapat g SnoWalk I-city pon jadi la :)


Discover Melaka

Pantai Puteri Melaka
One of my favourite beach:)

Discover Perak 

Bandar Agacia, Kampar

Tin Dredge, Tanjung Tualang

PATRO Tanjung Tualang
Repeat 2x ok:)



Gaharu Tea Valley, Gopeng




Gua Tempurung, Gopeng

Movie Animation Perak (MAPS), Ipoh


Gunung Lang, Ipoh
Ride boat @ Gunung Lang



Discover Perlis

Kuala Perlis


Tasik Melati


Gua Kelam


Discover Kedah

Gunung Jerai



Cuti-cuti luar

Indonesia

Mount Bromo
Finally, one of my wishlist tercapai:)



Yogjakarta
Again! I  love Yogja so much!.Hahah


Thailand

Sakom Beach-Songkhla-Hatyai
Ni family Trip :)



p/s: will update later..

Saturday, January 9, 2016

Throwbaek 2015, Part II

Sambungan kisah 2015..

Medan, Indonesia (5-7 September 2015)

perkampungan orang batak


Batu Pahat, Johor (Oktober)

Menghadiri konvokesyen adik Eija. Tahniah Ayeh


Sempat terjah dua tempat makanan yg best kt batu pahat ni. Nasi lemak chik chom dan putu bambu juriah.sedapppppp.benda wajib try bila mai batu pahat.

nasi lemak chik chom..org berator panjang



Ho Chi Minh City. Vietnam (Nov 2015)


mekong tour


Si handsome aqilll

Final Piala Malaysia 2015, Kedah vs Selangor (Nov 2015)

Finally tahun 2015, kedah masuk final :) Tahniah buat pasukan helang merah walau tewas. Bangga dengan pasukan hijau kuning dapat melangkah sehingga ke final piala malaysia, piala paling berprestij di Malaysia :) Pulun kedah pulun!!!!!Kenangan di stadium shah alam :)





Taman Tasik Darul Aman Jitra, Kedah

Ronda-ronda tasik darul aman jitra dengan buggy :)



Taman Tasik Taiping, Perak (December 2015)

Singgah sat menikmati keindahan Taman Tasik Taiping.

Pokok yg unikkk





The End. 
Hope 2016 will be nice to me:)




Friday, January 1, 2016

FB


Salam,
Sempena tahun baru, cover photo & profile pic FB berwajah baru!
haha.
Perasan tak similarity?my favourite travel bag!hahaha. Beg free dapat dari tabung haji time menunaikan umrah pd tahun 2011 yg lalu :)
Sempena tahun baru ini, Eija nak ajak mai la lawat kedah.

"Discover Kedah 2016"

Tahun ini, tahun melawat kedah.
hehe.
ada yg tempat eija pernah pi, eija ad update ke blog ni.sudi-sudikanlah baca.hehe

p/s:eija pon still xplan lg nk p lawat mana kt kedah utk tahun ni..hahah.

Wednesday, October 14, 2015

KL-Alor Star hanya RM 22?

Salam...
Ya betol...
Selain dari tiket AirAsia, tiket murah ke Alor Star boleh diperolehi menaiki keretaapi..setiap hari ada tiket, xperlu promo sale dari Airasia.heheh
I just figured out about this.
Dengan menaiki Express peninsular,pilih economy class...tiket hanya berharga RM 22.
Eija dh try..perjalanan mengambil masa dalam 8 jam,.
Train bertolak dari KL Sentral 12.15 am dan tiba di stesyen Alor Star pukul 9.10 pg.
Seat OK.sedap ja duduk:)
Tapi aircond sejukkkk sangat. Jangan lupa sweater.
Untuk makluman, lampu dalam coach economy tak ditutup.
By the way, bila dah smpai Alor star, utk ke station bus Pekan Rabu dekat ja.dalam 10 minit.
Pastu boleh la explore Alor Staq.
Meh jalan-jalan kedah! #roadtodiscoverkedah2016



 Selain express peninsular, ETS pon ada, tiket berharga RM 73. Boleh try, Eija pon tak pernah naik ETS lagi dari Kl ke Alor star..hehe.

Nak beli tiket train, boleh follow step kt post ni. Hope it will help you guys.
Thank you:)

Update as of 15/10/16:
The cheap ticket price is no longer available :(:(:(:(. 

Monday, December 22, 2014

Ipoh ke Alor Star dengan kereta api KTMB

Salam,
Selalunya Eija naik bus balik kg dari Terminal Amanjaya, tapi last weekend saja-saja try nak balik naik kereta api. Beli tiket KTMB via online dari Ipoh-Alor  Star. Harga tiket RM14  (ekonomi seat)...Murahhhhhhhhh gilosss. tapi tapi time hanya ada pukul 1.47 pagi...huahuahu. kena berjaga...actually, kereta api ni menuju ke Hadyai (Senandung Langkawi). Excited sebab first time nak try balik naik kereta api, tapi nak di jadikan cerita, train delayyyyyyyy.huhu.sebabnya ada kabel TNB dekat station  batu gajah putus & jatuh atas landasan la kot..take time nak alih tu...Dugaannnn...Mata dok tahan mengantok.ada jugak terlelap sat sambil dok tunggu train tu. Finally, around 4.15 pagi, train pon tiba di KTM Ipoh. Alhamdulillah.
train is coming:)

Beli seat ekonomi, so tak boleh nak expect lebih-lebih kan...tapi selesa jugak,lembut kot seat economy..boleh tido dengan nyenyak...cuma kepada yg tak boleh tido dalam cahaya lampu better amik seat business /yg katil punya, sebab lampu tak ditutup pon...kena la bawak towel,pashmina, etc yg boleh cover muka.so,boleh dapat tidur yg berkualiti...selain tu, bawak la sweater jugak sebab sejukkkk aircond...heheh...pastu,kena alert jugak station yg kita nak berhenti (tengok estimated arrival time dekat tiket.pastu budget2 la masa). Time Eija ritu,ad jugak announcement di buat tapi x bapa nak clear. pastu ad jgk staff dia dok bgtau next station, tp tak  semua station yg dia berhenti tu ada bagitau. So, kena alert sendiri. Hopefully, KTMB can improve this matter.

Pastu, Eija igt train ni lalu atas tanah ja..tapi ad merentasi jugak sungai/kuala dekat Penang...wahhhhh...menarik :)...

Dalam 9.30 pagi (perjalanan hampir 5 jam ++)  alhamdulillah tiba di station KTM Alor Star. Pastu nak amik bus balik Kuala nerang. Buat2 berani dan macam tau jalan.haha..walhal last jejak kaki di station ktm time sekolah rendah. dah dekat 13 thn lepas...pastu confident jalan nak ke Pekan Rabu nak amik bus. Nasib baik pandang tengok org belakang, rupa-rupanya ada jalan short cut.hehehe...jangan malu bertanya.heheh.

Ok, keluar dari station kereta api, belok kanan...jalan straight, pastu nampak macam tower jam kecik. pastu belok kiri, actually, ada simbol no entry, tapi belok ja..akan jumpa bangunan MARA...lepas tu jalan straight ja dan kena melintas 2x di jalan besar utk smpai ke Pekan Rabu #sorrylakaluxpaham.

Dalam pukul 10 gitu, ada bus HBR ke kuala Nerang. Dah lama gila tak naik bus HBR ni. Tambang ke Kuala Nerang RM 3.50.,,Selepas hampir sejam sampai la kt stesyen bus Kuala Nerang and kakak Eija datang amik.hehe...

First experience naik kereta api balik kedah yg akan dikenang.
First time balik kampung jimatt sangat. Total cost:RM17.50 sahaja.
Dugaan , cabaran & kenangan.




Update as of 15/10/16:
Senandung langkawi ini sudah ditamatkan perkhidmatannya.