Showing posts with label kerohanian. Show all posts
Showing posts with label kerohanian. Show all posts

Thursday, May 9, 2019

Umrah & Ziarah : Part 4

sambungan dari sini

Day 4 (20/4/2019)

Sekitar pukul 7 pagi kami berkumpul di dewan makan untuk bacaan yassin & tahlil serta taklimat untuk umrah. Kami bakal bergerak ke Mekah pada keesokan hari nya. Boleh tulis atas kertas hajat yang di inginkan dan bacaan tahlil untuk arwah saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah. Selain itu, boleh kirimkan sedekah wang tunai kepada mutawif untuk majlis bacaan yassin ini. Duit itu akan dirotate dan digunakan untuk makanan tengah hari iaitu nasi arab daging unta. Sedappp.

Daging unta :)


Kemudian pada sekitar 2 petang kami berkumpul untuk yang ingin menyertai ziarah tambahan. Pada yang ingin menyertainya dikenakan bayaran 50 riyal/pax. Semestinya Eija mengambil peluang ini, untuk mengetahui lagi tempat sejarah di Madinah. Destinasi yang dituju:

1.Masjid Ijabah
 - Di masjid ini, Rasullulah s.a.w berdoa. Hanya 2 dari 3 doa nabi dimakbulkan. Doa yang tidak dimakbulkan ialah tiada persengketaan antara umat-umat Islam.

Renungan: Maka yang demikian terdapat perbezaan fahaman umat Islam.



2. Masjid Sajadah (Abi Dzar)

3.Gua Maharis (Gua Uhud)

-Tertitis darah Nabi Muhammad s.a.w ketika perang Uhud. Gua berbau wangi hingga kini. Tapi kawasan gua tidak boleh masuk disebabkan kerajaan Arab Saudi tutup dengan simen bagi mengelakkan ritual bertentangan dengan agama.


4. Masjid Shaikhain

5. Masjid Qiblatain

6. Telaga Salman Al Farisi

7. Telaga Ghar's

8. Masjid Musobih
- Nabi Muhammad s.a.w dirikan solat subuh yang pertama di Madinah

9. Telaga Izziq
-Telaga yang Rasullullah s.a.w pernah ludah. Datang ke sini, bawalah banyak botol kosong untuk isi air dari telaga tersebut. In sha allah, boleh jadi penawar penyakit. Terdapat ladang kurma juga di kawasan ini dan boleh membeli kurma di sini juga.

air dari telaga Izziq


Kebanyakan tempat sejarah di Madinah ini tidak dijaga dengan baik oleh kerajaan Arab Saudi. Sayang jugak la.huhuhu

Ada beberapa tempat kami hanya tengok dari dalam coaster sahaja.



Umrah & Ziarah: Part 3


sambungan dari sini 

Day 3: 19 /4/2019

Hari Jumaat, kami akan mengikuti ziarah Madinah (luar).Ini termasuk dalam pakej. Dikehendaki berkumpul pukul 6.30 pagi. Destinasi kami:

1. Masjid Quba'

kumpulan Bas no 3

"Solat di Masjid Quba' sama seperti mengerjakan satu umrah"
(Riwayat al-Tarmizi)


Di sini, mak Eija kehilangan selipar walhal kasut Eija ada sekali. Selipar mak di atas, kasut Eija di bawah. Kami tak letak dalam plastik, hanya letak dalam rak. maka, peringatan, kena masukkan kasut dalam plastik sebelum letak di rak kasut yang disediakan.

2. Ladang kurma

Tips: Beli kurma murah kat sini. Selepas perbandingan,barang lain mahal, lebih baik beli kat bukit uhud @ pasar kurma.

suasana di dalam kedai di ladang kurma. Gambar dari angah


3. Bukit Uhud

Kisah perang Uhud yang berlaku di sini dan terdapat perkuburan para syuhada yg shahid ketika perang tersebut. Ketika perang Uhud, pasukan pemanah telah ditempatkan di atas Bukit pemanah.

berlatar belakangkan bukit pemanah. Gambar dr angah

4.Pasar Kurma

Boleh sambung membeli kurma dan sebagainya :P

Kemudian, pulang ke hotel,lunch dan kaum lelaki bersiap untuk solat Jumaat. Kemudian, aktiviti bebas.








Umrah & Ziarah : Part 2


sambungan dari sini

Day 2 (18/4/2019)

Kami menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi...Masuk melalui pintu 15..Sebelum masuk ke dalam masjid ada anggota polis wanita akan periksa beg. Selain itu, bawa plastik beg untuk letak kasut. Boleh di bawa skali masuk ke dalam masjid atau tinggalkan beg plastik tersebut di rak kasut yang disediakan. Kalau terlupa bawa beg plastik, tidak mengapa, ada disediakan. Kena cari tempat yang disediakan plastik tersebut :)...

suasana dalam masjid Nabawi


di perkarangan Masjid Nabawi
Kemudian, sekitar 7 pagi ada taklimat dari Ustazah Hamidah untuk kaum wanita, untuk pergi ke Raudhah. Taman Syurga... Untuk masuk ke raudah, masuk melalui pintu 25. 

duduk menunggu di check point terakhir sebelum dibenarkan masuk
Kubah hijau tersebut menandakan terdapat makam Rasullullah di bawah itu. Jangan lupa memberi salam kepada Rasullullah dan sahabat baginda,Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A dan Saidina Umar Al-Khatab R.A....

Kami rindumu Ya Rasullullah. 

Alhamdulillah, rombongan dari Asia adalah yang terakhir dibenarkan masuk untuk slot pagi tersebut. Kawasan raudah adalah kawasan yang berkarpet warna hijau. Solatlah di kawasan karpet hijau tersebut. Please staandby orang tolak menolak untuk solat di raudhah kerana waktu terhad.

menunggu di check point terakhir sebelum giliran masuk ke raudhah


Selepas itu , aktiviti bebas...
Jangan lupa ambil kesempatan untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi (bukan di perkarangan ya).

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)                           


p/s: Untuk makluman, kaum wanita hanya ada waktu tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke Raudah.



Tuesday, May 7, 2019

Umrah & Ziarah: Part 1

Salam,..
Alhamdulillah, Eija mendapat peluang ke bumi Madinah & Mekah sekali lagi. Pertama kali Eija ke sana pada tahun 2011. Alhamdullilah atas rezeki ini, dapat kembali ke sana semula. Terima kasih mak dan abah belanja Eija:):):)
Sekadar coretan pengalaman ketika di sana (17/4/2019-28/4/2019).

Day 1 (17/4/2019)

Berkumpul di KLIA around 10 am. Alhamdulillah , kali ini kami bertujuh ke sana dan kami mengikuti pakej dari Vacasia Tours & Travels anak syarikat kepada Andalusia Travel & Tours.  Kami bertujuh, Eija, parents, adik & family kakak. Penerbangan menggunakan MAS A380, terus ke Madinah. Untuk makluman, Andalusia tempah satu kapal tu untuk semua yang mengambil pakej dari mereka dan anak- anak syarikat Andalusia. Penerbangan mengambil masa dalam hampir 9 jam.

sumber: FB Vacasia Tours &Travels




Kami tiba di airport Madinah lewat petang. Madinah lambat 5 jam dari Malaysia. Untuk solat, mutawif sarankan kami solat jamak takhir. Masa ketibaan kami,  masih ada waktu Asar. Jika hendak tunaikan solat sebelum imigresen pon boleh, ada tandas untuk mengambil wudhu dan boleh solat di ruang yang ada. Nak solat sesudah melepasi imigresen pon boleh, ada ruang solat disediakan. Kemudian, tunggu  ambil bagasi dan bergerak ke kawasan bas. Terdapat 13 bus menunggu dan kami  ditetapkan bus no 3. Mutawif untuk bus kami ialah Ustaz Hasbullah Khalid. Kemudian, kami bergerak ke hotel Mawaddah. 

Ketika di Airport Madinah


to be continued....






Monday, June 30, 2014

1 Ramadhan

Salam, 
Alhamdulillah, masih diberi nikmat hidup untuk meneruskan ibadah puasa utk hari yg ke-2.
1 Ramadhan sudah berlalu,
Pelbagai kejadian yg berlaku.
Suka duka.
Di kala, Malaysia dijangka mengalami musim panas dan kering di bulan puasa ini, bumi kedah (ketika Eija berada di rumah) dilimpahi rahmat Nya pada hari semalam. Nikmat hujan diberikan. Alhamdulillah.
Kemudian, selepas solat tarawih, menerima berita yg mendukacitakan. Seorang pemuda telah meninggal dunia di kg bersebelahan kg Eija kerana kemalangan. Sesunnguhnya, setiap yg hidup pasti akan mati. Bersediakah kita? 
Akhir kata,
Selamat menunaikan ibadah puasa!Moga ramadhan ini bukan ramadhan yg terakhir buat kita. Amin.

Sunday, May 11, 2014

UAI in da house!

Salam,
alhamdulillah,berkesempatan menghadiri kuliah dari Ustaz Azhar Idrus.Emcee bgtau, tunggu about 2 years utk menjemput UAI ke event ini.mot
dari kuliah tersebut,muhasabah diri:

1.jangan tinggal solat.

2. dah baca message dari Rasullullah,yakni his sunnah and hadith?kita klu kekasih bg msg dkt phone,cepat2 ja nak baca. ni kekasih kita, Rasullullah s.a.w. bg msg kita,dh baca ka belum? ...huhuhuh.terasa sgt dekat hati...jom improvekan diri!

3.as a muslim, kita ad 2 perayaan sahaja iaitu hari raya aidiladha & aidilfitri. perayaan lain yg nak disambut mestilah tidak berkaitan dengan agama lain. kena check.example: hari pekerja: harus. boleh.  xdak kaitan dgn agama. Mother's day x boleh sebab ia dikaitkan dgn perayaan agama kristian,mother church day. so, dont celebrate mothers day.











Full house hall!alhamdulillah,

Tuesday, May 6, 2014

Thursday, March 6, 2014

Sepetang bersama Ustazah Sharifah Khasif~~

Salam,
Petang semalam sempat attend sharing session bersama Ustazah Sharifah Khasif~~
Ustazah ni pernah menang pertandingan tilawah peringkat antarabangsa tau..
orang perak..
Tajuk perkongsian pada petang semalam adalah mengenai "Al-Quran".
Sedap gilerr suara ustazah ni baca ayat Al-Quran dgn bertaranum, berzikir & suka dgr dia cakap bahasa Arab [anyone willing to to teach me arabic?huhu].

Al-Quran akan menjadi shafaat utk kita pada hari akhirat nanti...
Pastu ustazah ad bagitau, orang yg bakhil adalah orang yg sikit sahaja baca ayat Al-Quran.
At least baca 3 muka surat/ day.
Maka, jadikan membaca Al-Quran amalan kita seharian..

Jom baca Al-Quran :)


Sunday, October 6, 2013

salam baitullah: Ep 7

salam,
hari ni tajuk "Haji bekalan Taqwa" bersama mufti selangor.
hari ni ad seorang pemanggil bertanyakan,
"kenapa bila kita pulang dari mekah,kita mesti rasa nak g lg"
jawapan:
sebab rasa cinta & timbul dalam diri kita.

saya cinta baitullah.saya nak g lagi.doakan saya dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan dapat g lagi.

p/s: I missed yesterday episod.huhu

Friday, October 4, 2013

Salam Baitullah: Ep 5

Salam,
Hari ni salam baitullah berkeudara pada ptg pukul 6 bersama panel jemputan Ustz Dr Izhar.
Tajuk pada hari ni "Adab ketika di Tanah Suci"

Antara adab2 nya:
1. Kena mngelak perbalahan antara mulut.
2. Jaga hubungan dengan ALLAH dan manusia.Jangan RIAK!

Bila berada di sana, ujian yg datang dari ALLAH tu, tunjukkan ALLAH sayangkan kita.


Thursday, October 3, 2013

salam baitullah : Ep 4

salam,
tajuk hari ni "zam -zam"
pengajaran yg diperolehi hari ni:

adab2 minum air zam2:
1. mengadap kiblat
2. membaca bismillah
3.berdoa
4.jgn minum terus, minum dlm 3x nafas
5.akhiri dgn alhamdulillah..

Td terperasan ad bdk remaja sorang ni..dia dah pergi makkah, xsure g haji @ umrah...niat dia nk bw mak ayah lagi dia ke makkah..
Eija pon mcm tu..
berdoa agar dimurahkan rezeki dan dpt sponsor mak abah ke makkah...
Ya Allah murahkanlah rezekiku dan jemputlah ak, kedua ibu bapaku ke rumah-Mu Ya ALLAH.


Wednesday, October 2, 2013

salam baitullah: Ep 3

Salam,
Tajuk hari ini mengenai "Talbiah".
Hari ni x fokus sgt tgk..huuhu...asyik dok kira hutang...tu la,bila kita ad htg hati x berapa tenang..
cepatla GA extension ak approve n elaun masuk...huhuuh...
ok,back to salam baitullah..
pengajaran yg diperolehi,
bykkkkkkk kan la ber'talbiah' ketika di sana...
usahlah kome dok menyembang sgt..fokusss kan matlamat kita...kumpul pahala sebanyak mungkin di sana..
dalam bus on the way ke makkah tu,kurangkan tido, kurangkan bersembang, byakkan talbiah.

sekian

Tuesday, October 1, 2013

Salam Baitullah :Ep 2

Salam,
Alhamdulillah dpt lagi tgk my favourite program ni malam ni..tp dah tgk lambat..
Hari ni tjk 'Rumah Itu' bersama panel jemputan,my favourite ustaz, Ustaz Kazim Elias (UKE)..
Hari ni sebak bila dgn ucapan2 para jemaah di sana....
huhu...
tahniah menjadi insan terpilih ke sana....bertuahnya....
Eija berdoa agar suatu hari nnnt mndapat jemputan lagi ke sana..
antara ilmu yg sempat grab tadi...

Ketika berada di Masjidil Haram,
1.Banyakkan amal ibadah sunat,solat taubat & etc..
2.kurangkan bercakap dan perbuatan tidak berfaedah..

Pahala sembahyang di masjidil haram 100000x ganda!!!rebutlah peluang ni bila berada di sana..



Monday, September 30, 2013

Salam Baitullah : Ep 1

salam,
alhamdulillah,dpt jgk la tgk sikit2 ep 1 salam baitullah,intenet asyik buffering ja..huuh...
kesimpulannya...rindunya nak g sana lagi.huhuh...
ibadah haji tu kemuncak ibadah..
buat yg terbaik dan bersungguh2...

Salam Baitullah~

Rancangan di tv1 yg bakal berkeudara soon..
memaparkan secara live apa yg berlaku di Makkah sana...
tika ini, para muslimin dan muslimat sudah memenuhi Makkah utk menunaikan rukun Islam yg ke 5..
Semoga para bakal haji/hajjah yg menunaikan ibadah haji pada tahun ini memperolehi hj yang mabrur..
dan ak berdoa agar ak dapat diberikan peluang dan mendapat jemputan ke Rumah ALLAH lagi pada satu hari nanti...bila?mohon2 waktu terdekat, setahun dua lagi utk ke sana menunaikan umrah..
berdoa agar dipermudahkan...
In sha ALLAH...
Pada rakyat malaysia sekalian, sila lah tonton salam baitullah yg disiarkan di TV1,byk benefit yg diperolehi sebagai persiapan kita utk ke rumah ALLAH...

Friday, July 5, 2013

Motivasi pagi

Salam,
Semoga hari Jumaat ini membawa seribu keberkatan dan Rahmatnya,,,
Ayuh gandakan amalan!


Friday, June 21, 2013

Tajdid Minda...

Salam,
Jom kawan2 di sekitar  Tronoh/Sri Iskandar/Ipoh/Lumut ke Majlis ilmu bersama Dr MAZA pada malam ini...


Tweet dari UTPian media...jom2