Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Day 3 @ Cameron Highland # TMM 2014 # Pahang # Throwback

sambungan dari sini

28 September 2014

Bangun pagi tetiba rasa malas lagi nak check out.sebab hujan.best gila,sejukkkkk ja pagi2.hehe. tapi tak boleh jadi, ada tempat lagi nak terjah lagi. So, dah agak2 rasa hujan serik, kami pon check out siap2. sebab destinasi kami selepas ini semua dah ke arah destinasi balik. Ya ampun, pg lagi dah jem dekat Cameron ni. Huhu. Destinasi pertama kami hari ini adalah:

Cactus Valley

Masuk adalah percuma. Kat sini tempat untuk shopping cactus. Boleh tengok macam2 color cactus.

cactus color kuning,pink pon adaaaa



Then kami ke

Kea Farm

Yes, again. kami ke Kea Farm. Dah lepas survey semalam, hari ini Eija rembatla strawbery Ada jugak kawan shopping sayur. Selain itu, bunga segar pon ada.Murah-murah jugak. Dah lepas shopping kami sambung ke

Rose Valley @ Tringkap

Kat sini macam-macam color bunga ros ada. Pencinta bunga ros kena terjah sini.Layannnnnn. Fee: RM 4.

Ros among roses

Then kami ke destinasi terakhir,iaitu

Cameron Lavender Garden


Tempat ini merupakan tarikan terbaru di Cameron. Cantik gilossss. Bayaran yg dikenakan RM 5. Kat sini boleh try aiskrim lavenderrrr.wowow.hahah.. 



Cantik

cantikkk

lovely girls with lavender

My labmates :)

My sweet girlsss

Selepas keluar dari lavender garden ni semua dah laparrrr. bila tgk macam dah takdak cafe/gerai terdekat nak makan. So, decide trus  balik universiti. Sempat la on the way tu singgah beli aiskrim dan dadih strawbery dekat Al Mashoor Strawberies.

The End.

p/s: Review pasal Hotel tempat Eija stay, Parkland Express ada di sini

Day 1&2 @ Cameron Highland #TMM2014#Pahang #Throwback

Salam,

Trip ni dah almost 2 bulan lepas. So,dah ingat2 lupa.hehehe. Hari ini tetiba mode rajin nak update. Mood tulis thesis dah ke laut. sebab start khamis depan nak cuti..hehe.nsb baik cuti approve.


26 September 2014

Trip kali ini for having fun, relax and sightseeing. After office hours, kami bertolak dgn 5 buah kereta mengikut Simpang Pulai..ada 2 jalan ke Cameron Highland, satu melaui simpang Pulai dan satu lagi melalui Tapah. Simpang Pulai ni jalan lagi better dari Tapah. Cameron Highland ni dlm 2 jam stgh dah smpai dari uni Eija, tapi tapi, ini merupakan kali ke-3 menjejakkan kaki ke cameron highland sepanjang hampir 8 thn berada di bumi tronoh ini. Sadis gila.huhu. Ini merupakan kali pertama smpai ke sana as Postgraduate student.
Sampai dalam kol 8 lebih di CH, then check in dekat Parkland Express di kawasan Brinchang. For those yg nak bersantai,nak kedamaian better duduk di Tanah Rata sebab dekat Brinchang ni,malam2 busy sikit.Pastu dinner dekat foodcourt depan Parkland. Lepas dinner, ingat nak ronda2 pasar malam Brinchang tapi malangnya kedai semua dah almost tutup. Maybe sebab lewat dah kot. So, kalau boleh before pukul 10 malam pergilah terjah Pasar Malam Brinchang.

27 September 2014

Seawal 8 pagi kami dah gerak ke destinasi pertama kami yakni

Ladang Tea Boh di Sungai Palas

Tak lengkap rasa kalau datang Cameron tak berkunjung ke Ladang Tea...Jalan ke sini sgt cuak jugak la. sebab dah la kecik, pastu bengkang bengkok plak tu.Pastu kat sini pon ada cafe.minum tea sambil menikmati panaroma keindahan... Ada jugak kedai menjual Tea Boh utk dibawa pulang. Sekarang dah macam2 perisa keluar. Selain itu, ada jugak kilang proses tea... Masuk adalah free  dan parking disediakan.


Me



My travelmates:)

Ladang tea

With Erry
Then, selepas bersantai di sini, kami menuju ke

Butterfly Farm

Bayaran masuk ke sini RM 5. Nak parking pon macam susah jugak,tp kami bertuah hari tu senang ja dapat parking.Rezeki :). Kat sini bukan setakat rama-rama ja ada, bunga2,kaktus, dan binatang lain pon ada jugak.



Rama-rama jinak

Cactus besar


Bunga raya besar

Selepas  dah tak larat menangkap gambar, kami ke:

Rajuu Hill Strawbery Farm

Ladang strawberi pon wajib datang jika ke CH. Tapi tapi Rajuu hill strawberry farm ni tak menarik sangat. Kawasan yg dibenarkan melawat dan utk bergambar pon kecik ja.Memang tak berbaloi datang sini. Sila cari strawbery farm lain ya jika berkunjung ke CH. yg kat brinchang tu rasa lebih besar dan menarik rasanya. Nak tangkap gambar pon tak dak feel sgt...huahaua. Tapi sempat la singgah dekat cafe situ utk menikmati strawbery float. Oh,masuk free ja.
Next kami ke:

Kea Farm

Sini macam pasar pagi. So, sayur segar and strawbery murah dekat sini. Then rembat jugak souvenir kat sini. Kemudian kami ke: 

Galeria Time Tunnel

Best gilaa dekat sini. Boleh mengimbau zaman2 dulu. Banyak jugak barang2 zaman dulu, antik punya barang. ala-ala museum. Bayaran dikenakan RM 5. 

Welcome to Galeria Time Tunnel

Selamat Hari Raya



Naik basikal tua

comeyyy
Then, balik rehat-rehat kat hotel, dan malamnya terjah

Pasar Malam Brinchang

Pasar malam ni terletak berhadapan Balai Polis Brinchang. Kami jalan kaki ja ke sini. Untuk makluman, Souvenir di sini (keychain, teddy bear & etc) lebih murah dari Kea Farm. Rugi2, pg td rembat dekat Kea Farm. Huhu. 

Then balik rehat time malam & zzzzzzzzzzzzzz.

Review Accomodation: Parkland Express Cameron Highland #TMM 2014

Salam, 
Last trip ke Cameron Highland (26-28 September 2014), kitaorg stay dekat Parkland Express. Jangan terkeliru dgn Parkland Hotel. Tapi kedua-dua hotel sebenarnya di bawah pengurusan yg sama.Dok sebelah menyebelah ja. Cuma Parkland Express ni ala hotel budget. Time check in pon kena check in dekat Parkland Hotel.


Price
-Total price RM 348.40/2 nights/family room(4 org). Tapi katil besar. 5 org pon boleh masuk..hahah...kira roughly seorang dalam RM87.10 /2 nights/person ..Eija book 4 bilik family room, total around RM1393.60, tapi time bayar dapat diskaun 60sen.haha.

Deposit
Prepare Deposit per room dalam RM50.


Location
-Kawasan Brinchang.
-Jalan kaki boleh sampai Pasar malam. Dekat foodcourt, kedai runcit.Malam2 bising sikit la sebab dekat dgn jalan besar.
-Problem di Cameron ni parking.huhu. Luckily we secured parking dekat kawasan basuh kereta berhampiran hotel ni.


Breakfast
-No breakfast provided.

Room
- Bilik OK.katil besar jugak.
-Untuk makluman, dekat cameron hotel x provide aircond sebab dah sejukkkk gila kat cameron ni.hehe.tambah time g ritu hujan jugak.

Bathroom
-Ok. ad heater.

Wifi
- Provided.

Amenities
TV/ASTRO ada disediakan di dalam bilik, ada hairdryer
-Ad lif. Lif yg disediakan design for OKU dan jarang jumpa dekat hotel. menarik gila lif ni, and jarang jumpa dekat hotel. sebab nak masuk kena buka pintu lif tu dulu, then masuk, then tekan level . First time tengok.jakun sikit. suka dok naik lif tu even slow.heheh.actually parkland express ni 3 tingkat,tak naik lif pon tak pa klu nak naik tangga. tapi dah suka naik lif tu. lama kena tunggu turn pon sanggup.hahheheh

Ni la rupa lif tu.

-
Excited naik lif. With Fareeda

As usual, Eija book hotel ni via Booking.com 

Conclusion :
Recommended.Value for moneyyy.I love to stay here.

Thursday, November 27, 2014

Cameron Highland # Throwback# TMM2014 #Pahang


Salam,
Destinasi yg dekattttt dgn Eija tapiii susaahhhhhh sangat nak sampai sana.hehe.Cameron Highland. 2jam lebih jugak perjalanan.hehe.Since sambung master, ni lah pertama kali jejakkan kaki kembali ke Cameron. Gambar yg tangkap ritu  kena save balik sebab laptop rosak.Huhu. xdapat nak update entry..Ni pon pinjam laptop kakak dulu.huhuh.
Perkenalkan, travelmates Eija kali ni.....
Kali ni rombongan ramai. dalam 4 buah kereta jgk gerak.heheh:)




Muka ceria ja walhal time g berjalan byk keja x setel.hahahahah @Butterfly farm

Sekian.