Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Thursday, March 19, 2020

Review: Grand Inn Penang Road

Salam,
Pada 7-8 Februari 2020 yang lalu, Eija dan housemate pergi jalan-jalan ke Penang dengan tema JJCM :P... Kami bertiga dan menginap di  Grand Inn Penang Road, Georgetown..


Price
Eija book melalui AGODA. Eija dapat harga RM 109.28/ night untuk bilik family (2 double bed). Kami bertiga, maka seorang dalam +- RM 37. Jimat.

Deposit
Deposit diperlukan. RM 50 untuk bilik dan RM 100 untuk kad parking kereta. Jumlah deposit: RM 150.

Parking
Georgetown ini sangat la susah nak dapat parking kereta.Huhu... Tapi jangan risau, untuk yang menginap di Grand Inn Penang Road, parking ada disediakan tapi kena bayar deposit RM 100 seperti dinyatakan di atas. Sebab parking ini disediakan untuk umum. Kita just bayar deposit untuk kad sahaja,lepas return kad dapat balik deposit. Tiada caj parking dikenakan.

Location
-Boleh jalan kaki sahaja ke Penang Road, Jeruk Pak Ali, Ais Tingkap dan sebagainya. Strategic.

Breakfast
-Breakfast tiada tapi jangan risau banyak kedai makan walking distance. Penang kan lubuk jjcm :P

Room
- Bilik ok
-Ada aircond.
-Ada TV
-Kettle disediakan.


hanger disediakan
Bathroom
-Ok. BERSIH dan luas!
-Towel Disediakan
-Sabun disediakan.

Wifi
- Provided dan OK. 

Lain-lain
-Disediakan iron di aras.
-Disediakan coway- senang boleh refill air sejuk selalu :P
-Lif acess untuk yang ada kad bilik sahaja. Kena touch dulu then baru boleh naik. Safety very good. Macam hotel 5 star.
-Untuk yang nak naik Bus CAT boleh turun di Hotel Cititel dan jalan kaki ke hotel ni. Lagi dekat berbanding turun di Penang Road.

Conclusion:

Value for money & strategic location ..Recommended.

Wednesday, July 31, 2019

Naik feri Pulau Pinang #Discover Penang

Salam,

29/7/2019, Kakak Eija menghantar Eija ke Penang Sentral untuk Eija pulang ke kampung. Eija bermalam di rumah kakak di Nibong Tebal selepas menyaksikan perlawanan Final Piala FA. Dah lama tak naik feri, maka sementara meneruskan perjalanan balik ke umah, Eija saja ronda-ronda Penang sat.hehe .
Pertama kali masuk Penang Sentral, menempatkan stesen bus baru Butterworth, menghubungkan   ke Feri (untuk ke kawasan Pulau)  dan menghubungkan komuter utara. Senang kan!

Pemandangan dari tingkat 3 di Penang Sentral

Jom menuju ke Feri (Tingkat 2)
Jom,menuju ke Feri

Laluan ke Feri dan untuk membeli tiket
 Harga tiket Feri RM 1.20...Murah kan! Untuk makluman,  time balik nanti tak perlu beli tiket. FREEE ja...

Jimat & murah!
 Yeay, Enjoyyy angin laut. Dah lama tak kena angin laut.heheheh. Perjalanan dalam 20 minit, sampai la ke seberang Pulau Pinang. Kemudian Eija ke stesen bus berhampiran jeti dan mencari CAT bus sebab naik CAT Bus ni Freeeeee. Jimattttt!... Eija tak tunggu lama pon, bus ni pon dah ready untuk bergerak ke destinasi tertentu sahaja.



Naik bus FREEE
 Selepas dok google nak ke mana, Eija buat keputusan turun di Jalan Chowrasta.


Niat nak pekena cendol tapi cari tak jumpa.hahahahha. Dok jalan-jalan sekitar tu, di Jalan Tamil, ternampak orang dok beratur kat gerai tepi kedai Jeruk Madu Pak Ali, maka Eija pon join memanjangkan barisan.hahahhaha. Sebelum tu, sempat juga Eija beli jeruk Pak Ali.hahahah...

Jalan Tamil


Cari jeruk



Merpati!

Heritage Ais Tingkap

 Gerai yang orang dok beratur tu adalah gerai Heritage Ais Tingkap. Dah tengok nama promosi, Ais tingkap, maka Eija pon membeli Ais Tingkap. Lama jugak beratur.huhu

 Rupa ais tingkap seperti di bawah. RM 3 / bungkus
Ais tingkap@ ais sarbat
 Kemudian sambung ronda sekitar tu, ada Pasar Chowrasta.Banyak orang dok menjual depan pintu masuk tu.


Selain itu,sempat juga Eija beli buah berangan.


Kemudian Eija gerak ke hentian bas berhadapan Pasar Chowrasta untuk menunggu CAT bus untuk pulang ke Jeti.Tak lama tunggu, bus pon sampai. Kemudian jalan ke tempat untuk menunggu feri.

Jom balik
Selepas sampai di Penang Sentral, Eija ke stesen komuter untuk pulang. Ok la , ronda-ronda dalam beberapa jam :) dan lepas gian nak naik feri:)

Sekian trip Eija ke Pulau Pinang bermodalkan RM 1.20 dari Penang Sentral.Jimattt:)

Saturday, October 28, 2017

KidLand, Penang @ Perangin Mall #throwback

Salam,
Eija berkesempatan pergi ke KidLand,Penang yang terletak di Perangin Mall pada 22/3/2017 yang lalu. Tempat yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak. Recommended. Berikut merupakan perkara yang Eija dapat kongsikan berdasarkan pengalaman Eija.Maaf juga sebab dah lama dan ada yang dah lupa.huhu.


Fee/Yuran

Minimum untuk masuk around RM 30++ (including kad untuk reload). Eija lupa kad untuk reload tu depa caj berapa. Tapi untuk mula-mula masuk yg wajib bayar seperti di bawah, RM 30 dan dapat main 3 games FREE.


boleh try free 3 games dalam gambar

Jangan risau kalau nak main lebih seperti pilihan di bawah ,boleh Reload di kaunter yang disediakan.

pilihan game yang ada

Eija tak suggest untuk amik full package sebab tak sempat untuk cover semua game kerana hendak beratur tunggu turn dan kebanyakan slot pon dalam 30 minit gitu. Seeloknya pergi dari awal pagi sampai tutup & rancang game apa anak-anak anda nak try. 

full packege

Bagus Kidland ini untuk pendedahan kerjaya kepada budak-budak.

polis bersiap sedia

naik train

Doktor ajar nak buat CPR

mendengar penerasngan dari doktor

ahli bomba cilik  bersiap sedia


Comel kan tengok budak-budak pakai uniform:):)

Selepas menyertai aktiviti-aktiviti, setiap petugas akan bagi duit seperti dibawah kepada kanak-kanak yang menyertai aktiviti tersebut. Apa gunanya ya?hehe



Untuk makluman, duit2 di atas tu boleh redeem barang di Kidland.Tada, Eija kumpul koleksi duit yang anak buah& sepupu Eija dapat dan tukarkan ke tumbler. Dapat dalam 5 tumbler. Boleh simpan kenangan @ digunakan. hehe. Seingat Eija ,tumbler antara terendah duit yang boleh di tebus.hehe. Bagaimana nak tebus? Eija tanya sahaja dekat petugas2 di situ. Tak silap Eija di tingkat 2, bahagian cafe.Maaf ya kalau info salah.hehe


tumbler with different color


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web KidLand.
Recommended sangat bawa kanak-kanak ke KidLand ni.

Terima Kasih. Harap membantu.

Monday, September 28, 2015

Total Perbelanjaan ESCAPE getaway @ Pulau Pinang

Salam,
Roughly perbelanjaan trip Eija kali ini;

Tiket bus & Food;

Butterworth- Ipoh: RM 22
Ipoh - Sri Iskandar: RM 10
Food : RM  70

Total : RM102

Entrance fee;

ESCAPE : RM 61.20
Bukit Bendera: RM 4

Total : RM 65.20

Hotel;

Tune Hotel : RM 60 ( 2 nights)

Overall Expenses;

Total =RM 102 + RM 65.20 +RM 60
           =  RM 257.20


Kisah sepanjang trip as follow:


The END.

Escape Getaway @ Pulau Pinang Part II

sambungan dari sini.

22 March 2015


Bangun awal untuk meneroka pulau pinang :). Badan/kaki sakit2. Penangan ESCAPE semalam. huahuahua. After having breakfast, destinasi yg dituju adalah Bukit Bendera. Destinasi permintaan Eija.Tak pernah sampai lagi di sini. kesian kan.huhu.

Bukit Bendera

Apa yang menarik?Boleh naik tren yg  bergerak condong 45 degree. steep. salute the engineer yg design. Bila dah smpai atas bukit bendera boleh menikmati pemandangan pulau pinang. Tiket naik ke bukit bendera RM 4 untuk student tapi kena tunjuk matrix card.Jangan lupa bawak kad matrix! Pergi awal during weekends sebab ramai orang. kena beratur tunggu turn naik tren.




excited

Dah sampai penang hill

bergambar dulu

sweeeeeeettttt sgt :P

key lock

Love




We are here @ Pulau pinang


Dah nk turun

Oh, sila simpan tiket yg beli tu. Time balik kena cek lagi tiket.

Lepas dah abes kami ke street art.

Street Art

Kat sini bergambar ja.hehe. Selain itu, kami pekena coconut ais krim.



Dah panas-panas dah time tu., al maklum dekat tengah hari. then decide nak balik. Eija balik ke Ipoh, kawan-kawan  ke hotel utk colloqium. Eija naik feri ke butterworth. Then amik tiket ke Ipoh. Then, amik bus dari Ipoh ke Sri Iskandar menggunakan bas konsortium.

Trip kali ini main memang utk g ESCAPE, tiada food hunting. Penang kan famous dengan makanan kan? Next time maybe. In sha ALLAH.

The end.

Monday, March 23, 2015

Updated target 2015

Salam,
Alhamdulillah, 
Bulan March dapat capai 2 target jalan-jalan. Refer sini

14 March 2015- Caving & Water Rafting @ Gopeng. Seriousss besttttttttt sangat
21 March 2015- ESCAPE, Penang. Berbaloi2222....boleh build up your confidence level.mmg terbaikkkkkk sangat ESCAPE ni...

Will update the details later...

p/s: Berjaya grab tiket tak untuk free seat air asia?????.Eija mampu tengok sahaja.huhuuh