Showing posts with label Jimat. Show all posts
Showing posts with label Jimat. Show all posts

Tuesday, May 19, 2020

Online survey:Review Shopper Thoughts

Salam,
Sekadar perkongsian, online survey yang Legit, Eija dah cuba dan dapat hasil :)..
Eija dah bermula dengan Shopper Thoughts ni sejak 2017..tapi biasala on9 survey ni sat rajin sat malas.haha.

Pernah redeem sekali tahun lepas (2019);

Ni hasil dia:

Email inform duit dah masuk...


Check paypal, tengok dah masuk :)


Tapi untuk tahun 2020 ni, Eija perasan hadiah paypal dah tiada...Hanya ada Tesco Voucher dan Lazada Voucher... Eija baru redeem point untuk voucher Lazada minggu lepastapi tak sampai lagi...email inform seminggu baru dapat :)


Hadiah redemption:

1. 2000 point = RM 10 Tesco voucher
2. 4000 point = RM 20 Lazada voucher 

Update as of 12 June 2020;
Alhamdulillah dah sampai email code voucher. Mula2 email kata seminggu ,tapi realiti, dari tarikh redemption sebulan lebih juga baru sampai.huhu..tak apa ,yg pasti legit..Eija dah ada wishlist nak beli apa guna voucher ni.hehehe



Untuk daftar dalam shopper Thoughts, Klik SINI.

Boleh jimat kannn??? Rasa setakat ni Online survey Shopper thoughts bagi hadiah yg banyak sikit, sebab setiap survey dia point banyak jugak.... dan survey dia FIRST COME BASIS....dapat email terus jawabbb...kalau lambat, abes peluang,

Harap membantu anda berjimat :)







Saturday, May 2, 2020

Solo trip ke Hatyai menaiki kereta api #2020

Salam,

Sekadar perkongsian Eija ke Hatyai dan ini merupakan solo trip pertama  Eija ke Hat Yai dan trip pertama buku Merah untuk tahun 2020. Medium pengangkutan ke sana semestinya kereta api, kegemaran Eija. Btw, trip ini bulan 2 yang lalu, dan ketika itu kes Covid-19 tak banyak dan tak seteruk masa kini. Eija berani membuat keputusan untuk ke Hatyai tika itu memandangkan tiada kes dicatatkan lagi di Hatyai dan di Malaysia kurang lagi kes dan tiada halangan dari kerajaan. 


Day 1  (22/2/2020)

Bergerak ke Padang Besar dari stesen Anak Bukit menaiki komuter. Selepas sampai di Padang Besar terus beli tiket dan beratur untuk imigresen. Misi untuk santai-santai  sahaja sebab pergi seorang sahaja. Fikir positif ja sebab dah pernah sampai Hatyai.heheh...Eija ambil kereta api trip pagi. 
Di imigresen Hatyai, disediakan hand santizer. Prevention :)

Note: Jangan lupa bawa pen untuk mengisi white card.

Ketika sampai di stesen Hatyai, ada staff Hatyai Train menyambut dengan menyembur hand sanitizer ke atas tapak tangan. Good inisiatif.

Eija sampai awal lagi, check in pukul 2, maka Eija pergi berjalan-jalan di depan kawasan Plaza Lee Garden.
Rezeki awal pagi, dapat makan Ais Krim Kelapa. Wajibbbb ni :P




Kemudian ronda-ronda cuci mata di Plaza Lee Garden. Dah bosan, keluar , g watson, 7E dan tengok gerai2 di hadapan Lee Garden. Kemudian, Eija terpandang Free Shuttle  Tuk Tuk  ke Hatyai Central Festival (hadapan Lee Garden). Hatyai Central Festival ni mall besar dekat Hatyai. Apa lagi, Eija tanya dan dia cakap boleh naik. jimattt...

shuttle tuk tuk

Bila dah sampai Hatyai Festival, sebelum masuk, kena cek suhu dan barang dulu ya. Memang Thailand dah ambil precaution. Pastu dalam mall tu Eija tengok hand sanitizer pon disediakan untuk pengunjung. Good action taken.

Hand sanitizer
Kedai paling Eija suka ialah kedai 10 bath......Menarik dan jimat...cheapskate :P


Selain itu, Eija dok spend time dekat Watson. Promosi menarik. Patutla orang Malaysia suka masuk Watson Thailand. Selepas itu, Eija kembali ke Hatyai Train station sebab Eija akan menginap di Train Hotel.

Alkisahnya,, Eija menunggu di tempat shuttle tuk tuk free. Ada jadual seperti di bawah. Eija dok tunggu dan perasan ada ja tuk tuk shuttle free tu (ada banner dekat tuk tuk tu), Eija dok ingat dia akan panggil atau tanya orang yang menunggu di situ. Rupa-rupanya TIDAK. Maka terlepas tuk tuk FREE.huhu... So, Eija kena cari tuk tuk untuk kembali ke Hatyai Train Station. Lepas  tawar menawar dapat la 50 bath. Mula-mula dia letak 100 bath.huhu




Naik tuk tuk sorang-sorang

Kemudian, Eija check in di The Train Hotel. Review Eija, klik SINI.




Eija rehat di hotel....Bila dah petang, Eija keluar balik dekat area depan Plaza Lee Garden. Meriah situ...banyak orang jual dan tuk tuk pon banyak...tapi Eija pergi jalan kaki sahaja...nk jimat.ahhahahhah.. pergi beli makanan sebab lapar.hahah.


makanan wajib juga ni kat Thailand :P

gerai2

makanan wajib :)

Untuk makluman, di 7E Thailand sudah TIDAK MEMBEKALKAN PLASTIK, maka standby siap2 bawa plastik beg sendiri.huhu.. Kemudian balik berehat di hotel dan makan.hahha.

Pada malam hari, kawan Eija, Noree datang ambil Eija dan dia bawa ronda-ronda dan makan. Mula-mula kami ke Makinta. Eija pertama kali sampai sini. Info dari Noree, Makinta ni port baru di Hatyai...tempat dia ala foodcourt..tapi besarrrrrr siap ada band nanyi, orang jual barang selain makanan.



Dinner malam ni Noree belanja...TQ Noree :)



Kemudian selepas di Makinta, Noree belanja lagi makan....TQ Noree... Kami makan di  Chalee D'Hatyai.. Restoran ni pon pertama kali Eija sampai....Ramai orang.. Boleh try next time pi Hatyai :)



makan..
Kemudian, Noree hantar balik dan zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Day 2 (23/2/2020)


Eija ambil train pagi disebabkan petang nanti dah nak balik ke Perak. Short trip sahaja ke Hatyai :P Ketika sampai di Padang Besar, pemeriksaaan suhu badan dilakukan di pintu masuk Malaysia, dan peg. KKM menyoal perjalanan kita sama ada pernah travel ke China/Singapura dalam tempoh 2 minggu sebelum itu.

Sekian catatan solo trip Eija ke Hatyai.


Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2019, Klik SINI
Pengalaman Eija buat daytrip ke Hatyai untuk tahun 2016, Klik SINI



Monday, February 24, 2020

Bagaimana Eija mendapat duit FREE /EXTRA/BERJIMAT? #TipJimatEija

Salam,
Sekadar perkongsian rumusan bagaimana Eija mendapat duit FREE/EXTRA /BERJIMAT #TipJimatEija


1.BigPay

Untuk BigPay, Eija install, dan awal2 kena topup RM 20 dulu serta masukkan referral code ..kemudian akan dapat RM 10 percuma.

Referral code: 4LBRSXK6ZJ
Bagaimana guna BigPay? Klik SINI

2. App SETEL

Penggunaan app Setel adalah untuk pengguna minyak PETRONAS. Eija baru mula guna baru-baru ini, dan setakat ini dah dapat RM 10 :) Bagaimana?
Guna referral code: 4d9ym [kena isi minyak RM 30 dlu & akan dapat RM 5 free]. Pastikan masukkan referral code tu. Selain itu, selesaikan challenges yang di sediakan dalam app. Jimat duit minyak :) Selain itu, boleh link kan kad mesra dalam app dan tukarkan point mesra kepada duit minyak #TipJimatEija

Jimat duit minyak :)


3. Boost App
Buat masa ini, ini merupakan e wallet yang paling Eija suka guna.Hehe. Kita kumpul Boost coin dan kemudian redeem  duit. Untuk tahun 2020, setakat bulan 2 ini Eija dah berjaya tebus RM 30 #TipJimatEija

Referral code: ros23cyf
Pengalaman Eija?Klik SINI

Duit extra :) Boleh beli KFC.hehe

4. ShopBack
Shopback ni dapat cash back balik. Ini untuk orang yang suka online shopping/purchasing. Boleh check company yang terlibat dengan cashback.
Nak daftar? Klik : https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
 (Bila guna RM 25 akan dpt RM 5 )

Pengalaman Eija? Klik SINI

Untuk setakat ini, berjaya kumpul dan withdraw RM 30..hehe :) #TipJimatEija



Alhamdulillah...Bila congak2 lebih RM 100 dah dapat :) Semua ini ambil masa dan bergantung kepada perbelanjaan kita.
Nanti Eija kongsi lagi...Cukup 5 cara ni dlu setakat ni :) Harap membantu.


Thursday, January 9, 2020

Misi 2020

Salam,
Sekadar perkongsian misi Eija untuk tahun 2020.

1. #RoadtoFreeFlightTicket

Ya, masih meneruskan misi #RoadtoFree FlightTicket... Hopefully, tahun ini berjaya redeem tiket AirAsia :) dan berjaya pergi melancong ke luar negara :)

2. #RoadToPassiveIncome

Nak cuba untuk mewujudkan passive income. Antaranya melalui affiliate , dividen, (eg:ASB -kena menabung banyak2 :P)

3. #DanaPersaraan

Memulakan #DanaPersaraan... kena mula dari sekarang :)..Perancangan Eija melakukan tabungan sendiri di dalam KWSP.

4. #TambahIlmu

Untuk misi #TambahIlmu, perancangan Eija, sama ada Eija menyambung pengajian ataupun paling kurang enroll class online.

5.#1Buku1Bulan

Misi membaca :) Semoga istiqamah



Doakan Eija berjaya dengan misi Eija :)


Monday, November 18, 2019

5 App penting dalam handphone Eija untuk tahun 2019 #roadtoFreeFlightticket #TipJimat

Salam,
Walaupun tahun 2019 belum berakhir, saja nak kongsi awal, 5 app penting bagi Eija untuk tahun 2019 bagi misi #FreeAirAsiaFlightTickets dan #TipJimatEija.
Untuk tahun 2018 yang lalu, klik SINI.
Berbanding tahun 2018, ada 2 penambahan app baru yang Eija rasa penting untuk mencapai misi Eija :P

5 App Penting:

1. BigPay

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bagi misi#FreeFlight ticket, app BigPay adalah terpenting sekali untuk Eija mengumpul AirAsia Bigpoints.

Review BigPay: Klik SINI
Referral code : 4LBRSXK6ZJ (masukkan kod ini  untuk mendapat RM10 :)

2. Boost

Tujuan:
1. Menambahkan AirAsia bigpoints (Topup boost app guna BigPay)
2. Mengumpul Boost coins untuk menebus duit.

Baru-baru ini, Boost sudah menggantikan sistem baru faedah yang dapat dari Boost. Dulu, penggunaan Boost akan mendapat reward dalam bentuk duit manakala sistem terbaru reward yang  adalah Boost Coin atau duit. Dari pemerhatian Eija, penggunaan kini banyak mendapat Boost Coin berbanding duit. Boost coins yang banyak boleh ditebus untuk duit atau hadiah. Contoh: rm10 utk 1000 boost coin.

Review: Klik SINI
Referral code :ros0TD0   ros23cyf

3. HelloGold

Tujuan:
1. Menabung
2. Mengumpul Boost coins (Beli gold guna Boost App)

Boleh beli emas serendah RM 1....Bagus untuk ada modal rendah , tapi bagi pendapat Eija tak boleh simpan lama-lama  dalam ni sebab caj bulanan akan dikenakan. Bila dah cukup target amount duit nak simpan, jual melalui app (Ini yang Eija buat).

Review: Klik SINI
Referral code: ROSN05BQ (*will get RM5 rebate when buying gold at the buy gold page with min RM50 worth of gold).

4. ShopBack

Tujuan: Penjimatan duit 

Boost dah ada kerjasama dengan ShopBack, Bayar bil di Boost dapat cashback dari ShopBack dgn syarat ikut cara di bawah:

1. Buka app SHOPBACK.
2. Klik Boost dari app SHOPBACK
3. Klik "Bill payment" dan bayar bil anda (max cashback rm 8/month)


Selain itu, SHOPBACK ni pon banyak berkerjasama dengan web/app shopping seperti Lazada, SHOPEE.. dan sebagainya. So, bleh dapat cashback dari hasil shopping anda :)

Review: Klik SINI
Nak daftar---> : https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
( Guna link atas ni Dapat RM 5 bila dah melakukan pembelian bernilai RM 25 melalui SHOPBACK)

5. MyTNB

Tujuan: Kumpul AirAsia Bigpoints

Bayar bil elektrik menggunakan kad BigPay :)


Semoga dapat membantu  dan doakan Eija berjaya kumpul point untuk menebus tiket flight airasia free :)



Friday, November 8, 2019

Review: Shopback #TipJimat Eija

[Dikemaskini pada 10 June 2020]

Salam,
Sekadar perkongsian, app/web untuk dapat cashback ...SHOPBACK... Eija dah daftar lama, tapi ignore sahaja, tapi tahun ini Eija install kat handphone & install dekat laptop, baru dapat rasa keuntungannya..hahah..rugi dah sebelum ni tak guna. Eija perasan pon sebab Eija add dekat "EXTENSION" GOOGLE CHROME.

Pros:
1. Dapat cashback berdasarkan pembelian di website/app untuk syarikat yang join shopback.
2. Boleh withdraw duit masuk ke dalam bank #TipJimatEija
3.Withdraw money ke akaun bank mengambil masa 3-5 hari (tak lama sangat)


Duit masuk akaun bank


Cons:
1.Ambil masa selalunya minimum 3 bulan untuk cashback available..Huhu. Lama
2. Minimum pengeluaran ke akaun bank adalah RM 10.

Pembelian bulan 9 ritu, cashback available pada bulan 1 2020


Cara nak dapat cashback:
1. Buka web/app SHOPBACK.
2. Dari web/app SHOPBACK baru klik website/app yang berkenaan pembelian kita.

Antara store yang join shopback


Nak daftar SHOPBACK?
Klik -> https://app.shopback.com/mys?raf=Lcyzrc&slug=referred-signup-bonus
Faedah guna link tersebut? Dapat RM 5 bila dah melakukan pembelian bernilai RM 25 melalui SHOPBACK. Jimattt


Shopback dah ada kerjasama dengan Boost,..Bertambah  Untung. Dapat duitt. Kerjasama dengan Boost sudah tiada.. tapi Shopee ada.....jimatttt....





Semoga dapat membantu anda memaksimumkan penjimatan dalam pembelian :)

Announcement:
Untuk bulan 11-12/ 2019, Eija perasan di Shopback ada game boleh main di mana berpeluang dapat cabutan bertuah, voucher diskaun dan sebagainya. Nama game " Cashback Trooper".

1. Pergi ke bahagian "Key Event Highlights", akan perasan game "Cashback Trooper"


 2. Main ja game tu, senang ja. Lepas kumpul 150 point, boleh pilih satu kotak dan lihat apa hadiah yang dapat.
hadiah yang Eija dapat
3. Perasan tak, ada hadiah "lucky draw" dalam senarai di atas. Doa-doa Eija dapat cabutan bertuah untuk salah satu hadiah yang diberikan :). Pemenang Cabutan bertuah akan diumukan pada 29 November 2019 (12pm) dan 31 December 2019 (12pm)... Masih ada masa untuk kumpul tiket lucky draw:)

Hadiah  cabutan bertuah.



Saturday, September 21, 2019

Cara kumpul Big Point AirAsia melalui pembayaran bil utiliti #roadtofreeflighttickets #TipJimatEija

[Dikemaskini pada 6/11/2019]

Salam,
Sekadar perkongsian cara Eija praktis memaksimumkan pembayaran bil utiliti untuk mendapatkan Big Point AirAsia.


Untuk bil Air (SADA), streamyx (internet) dan ASTRO, 2 apps wajib ada:

1. BigPay
2. Boost App

Cara:
1. Topup BigPay.
2. Topup Boost App menggunakan BigPay (dapat Big Point AirAsia)
3. Bayar bil guna Boost App (dapat Boost Coin)

Manakala, untuk selesaikan bil elektrik, perlu ada app berikut:

1. BigPay
2. MyTNB App

Cara:
1. Topup BigPay.
2. Bayar bil menggunakan kad BigPay di MyTNB App (dapat Big Point AirAsia)

Dengan  penstrukturan point baru dimana setiap penggunaan BigPay, RM10= 1 POINTS, lagi cepat kita kumpul Big Point AirAsia dan misi untuk #freeflighttickets lagi cepat berjaya :)

Penggunaan BigPay? Refer SINI


Kesimpulan:

Pastikan 3 apps ini (BigPay, Boost App dan MyTNB ada dalam handphone anda :)

BigPay referral code : 4LBRSXK6ZJ (dapat RM10 Freee)
Boost referral code : ros0TD0

Harap dapat membantu :)

Wednesday, August 28, 2019

App dapat duit: BuzzBreak #TabungEija

[kemaskini pada 6/4/2020]

Salam,
Alhamdulillah,
yeay , another legit app to earn money:):):).. yeayyy..

App ini yang ke-2 Eija jumpa dimana dengan membaca anda dapat kumpul duittttt tau:)
Sebelum ini, Eija ada kongsi mengenai app Cashzine
Now, Eija akan kongsi mengenai app BuzzBreak

1. Install app BuzzBreak dalam handphone.


2. Sign up- masukkan details semua dan masukkan referral code : B01400187

3.Kemudian, boleh kumpul point dengan  membaca atau menonton iklan.

   1- Bila Klik sahaja news akan dapat Free 5 points. Kemudian pastikan yg dibluatkan seperti di bawah complete 1 bulatan, dan scroll ke bawah sampai dpt 10  points.


  2- Dapat 100 point bila tengok iklan (limit setiap 1 jam dari tempoh lihat)
  3 - Check in setiap hari.
4. Bila dah cukup point, boleh redeem...Klik "cash out" tapi BuzzBreak x bagi banyak sangat...boleh tebus melalui PayPal atau Touch & Go ewallet..jadila dari tak dapat apa2 :)


5. Bukti bayaran diterima :)


duit dah masuk dalam paypal



duit masuk t&g ewallet. Sikit sikit lama-lama jadi bukit
Semoga dapat membantu:)

Perkongsian lain mengenai Legit app to earn money:
1. Cashpirate
2. Cashzine


Note: Sila gunakan wifi ya..

App dapat duit: Cashzine app #TabungEija

Salam,
Alhamdulillah,
I found another legit app to earn money:):):).. yeayyy..

Dengan membaca anda dapat kumpul duittttt tau:)

1. Install app Cashzine dalam handphone.

cari app ini

2. Sign up- masukkan details semua..
3. Kemudian masukkan invitation code di tempat yang disediakan utk dpt FREEE 
8000 point.

Invitation code: 1927472



masukkan invitation code utk dpt FREE 8000 point

4. Boleh start membaca artikel dalam tu :) Untuk kumpul point lagi banyak, boleh kongsi artikel tersebut di media sosial/whatsapp dan sebagainya...tapi point hanya dapat kalau ada orang baca artikel tersebut (Eija perasan sehari dalam max around 5000++ points sahaja boleh kumpul melalui pembacaan kita di app.huhu)

5. Bila dah cukup point, boleh REDEEM. Untuk pertama kali, boleh redeem 10000 point= RM 1. Klik dekat " Cash out"


Masukkan details akaun bank

withdraw money

* selepas redeem 10000 point, point yg mesti dikumpul utk membolehkan di tebus seperti berikut:


next target: rm 30
6.Bukti duit masuk akaun:



Selamat mencuba!
Jangan lupa masukkan invitation code:1927472 untuk dapat FREE 8000 Points:)

Note: please use your FREE wifi ok !

Legit app to earn money that I tried?Click below:

1. Cash Pirate



Wednesday, July 31, 2019

Naik feri Pulau Pinang #Discover Penang

Salam,

29/7/2019, Kakak Eija menghantar Eija ke Penang Sentral untuk Eija pulang ke kampung. Eija bermalam di rumah kakak di Nibong Tebal selepas menyaksikan perlawanan Final Piala FA. Dah lama tak naik feri, maka sementara meneruskan perjalanan balik ke umah, Eija saja ronda-ronda Penang sat.hehe .
Pertama kali masuk Penang Sentral, menempatkan stesen bus baru Butterworth, menghubungkan   ke Feri (untuk ke kawasan Pulau)  dan menghubungkan komuter utara. Senang kan!

Pemandangan dari tingkat 3 di Penang Sentral

Jom menuju ke Feri (Tingkat 2)
Jom,menuju ke Feri

Laluan ke Feri dan untuk membeli tiket
 Harga tiket Feri RM 1.20...Murah kan! Untuk makluman,  time balik nanti tak perlu beli tiket. FREEE ja...

Jimat & murah!
 Yeay, Enjoyyy angin laut. Dah lama tak kena angin laut.heheheh. Perjalanan dalam 20 minit, sampai la ke seberang Pulau Pinang. Kemudian Eija ke stesen bus berhampiran jeti dan mencari CAT bus sebab naik CAT Bus ni Freeeeee. Jimattttt!... Eija tak tunggu lama pon, bus ni pon dah ready untuk bergerak ke destinasi tertentu sahaja.



Naik bus FREEE
 Selepas dok google nak ke mana, Eija buat keputusan turun di Jalan Chowrasta.


Niat nak pekena cendol tapi cari tak jumpa.hahahahha. Dok jalan-jalan sekitar tu, di Jalan Tamil, ternampak orang dok beratur kat gerai tepi kedai Jeruk Madu Pak Ali, maka Eija pon join memanjangkan barisan.hahahhaha. Sebelum tu, sempat juga Eija beli jeruk Pak Ali.hahahah...

Jalan Tamil


Cari jeruk



Merpati!

Heritage Ais Tingkap

 Gerai yang orang dok beratur tu adalah gerai Heritage Ais Tingkap. Dah tengok nama promosi, Ais tingkap, maka Eija pon membeli Ais Tingkap. Lama jugak beratur.huhu

 Rupa ais tingkap seperti di bawah. RM 3 / bungkus
Ais tingkap@ ais sarbat
 Kemudian sambung ronda sekitar tu, ada Pasar Chowrasta.Banyak orang dok menjual depan pintu masuk tu.


Selain itu,sempat juga Eija beli buah berangan.


Kemudian Eija gerak ke hentian bas berhadapan Pasar Chowrasta untuk menunggu CAT bus untuk pulang ke Jeti.Tak lama tunggu, bus pon sampai. Kemudian jalan ke tempat untuk menunggu feri.

Jom balik
Selepas sampai di Penang Sentral, Eija ke stesen komuter untuk pulang. Ok la , ronda-ronda dalam beberapa jam :) dan lepas gian nak naik feri:)

Sekian trip Eija ke Pulau Pinang bermodalkan RM 1.20 dari Penang Sentral.Jimattt:)